-->

7 Nov 2015

Perfect Proposal - Korean Movie Review

Perfect Proposal - Korean Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Pelakon, Yoo Yeon Seok, Im Soo Jung, Sinopsis Perfect Proposal,
 Assalammualaikum..
Hari tu masa boring2 aku ada ler layan satu Filem Korea yang bertajuk Perfect Proposal secara online. Sebelum ni aku macam ada tengok sedutan cite ni kat Tv, dan nampak macam best jer cite ni dan aku try la tengok online. Ternyata movie Perfect Proposal ni memang best dan layannn, filem ni kira baru lagi sebab baru jer release bulan Jun 2015 hari tu. Filem ni bergenre Romantik Thriller dan dibintangi oleh Yoo Yeon Seok dan Im Soo Jung sebagai hero dan heroinnyer. Filem Perfect Proposal ini adalah berdasarkan Novel Perancis dan juga merupakan remake kepada Filem Woman of Straw. Lokasi shooting cite ni banyak dibuat di Macau dan diatas kapal. Aku tak berapa familiar dengan heroin cite ni sebab die lebih banyak berlakon filem berbanding drama. Manakala hero movie ni iaitu Yoo Yeon Seok pula memang terkenal dan sesuai melakonkan watak2 jahat contohnya seperti dalam filem A Werewolf Boy, Horror Stories, The Royal Tailor dan dalam cite Perfect Proposal ni pun die pegang watak jahat jugak.
Walaupun Y.Yeon Seok cuba melakonkan watak baik yang cute2 seperti dalam drama Warm and Cozy tapi still lakonan die lebih menyerlah dalam watak jahat. Jalan cerita movie ni menarik tambahan ada twist di pertengahan cerita membuatkan kita teruja untuk menonton sampai habis. Ending drama ni bagi aku ada sedih ada gak happy, yang sedihnya bila watak hero iaitu Sung Yeol membuat pengakuan yang dirinya langsung tidak mencintai Ji Yeon tapi masa die cakap tu riak muka die nampak sedih, tu yg macam tertanya-tanya tu adakah die sengaja ckp macam tu, tapi kalau pikir balik kalau betul dia cintakan Ji Yeon takkanlah die sanggup nak bunuh Ji Yeon sebelum ni. Manakala endingnya happy jugak sebab Ji Yeon akhirnya akan mewarisi semua harta suaminya yang mati tu yang juga merepakan bapa Sung Yeol. Ji Yeon x perlu nak share harta tu dgn sesiapa pun. 
Ending cite ni berakhir dengan senyuman Ji Yeon apabila Sung Yeol memanggilnya dan mengatakan die yang menjadikan Ji Yeon, Cinderella. Aku lebih suka kalau ending cite ni berakhir dengan Ji Hyeon dan Sung Yeol saling mencintai dan hidup bahagia, baru betul macam ending kisah Cinderella kan. Apapun memang layannnn cite ni, aku bagi 8.5 bintang dari 10 bintang untuk movie ni. Jom layann sinopsis movie ni kat bawah k.

Sinopsis Perfect Proposal
Mengisahkan Ji Hyeon yang hidup susah apabila terpaksa membayar hutang yang bertimbun pada sekumpulan gangster. Ji Hyeon terpaksa bekerja di sebuah Bar di Macau untuk membayar hutang2 nya itu. Suatu hari rakan sekerja Ji Hyeon menyuruhnya pergi temuduga kerja di suatu tempat. Di situ die bertemu Sung Yeol dan Sung Yeol menjelaskan kerja yang perlu dibuat Ji Hyeon adalah menjadi isteri baru kepada ayahnya yang kaya iaitu Seok Gu. Kemudian Ji Hyeon akan menjadi pewaris kepada seluruh harta ayahnya dan apabila ayahnya mati kelak harta tersebut perlu dibahagi sama rata antara dirinya dan Ji Hyeon. Sung Hyeol terpaksa berbuat demikian kerana dirinya tidak dapat menjadi pewaris disebabkan statusnya yang merupakan anak kepada perempuan simpanan ayahnya. Ji Hyeon awalnya marah dan menolak kerja itu sebelum menerima tawaran tersebut kerana terdesak dengan hutangnya dan hidupnya yg miskin.
Sung Yeol mengajar dan mengubah penampilan Ji Hyeon menjadi seiras dengan isteri Seok Gu yang telah mati. Ji Hyeon ditugaskan menjadi nurse peribadi kepada Seok Gu dan kesemua mereka akan tinggal di atas kapal persendirian milik Seok Gu, Sifat peribadi Seok Gu yang cepat marah, suka mengamuk, membuatkan semuanya menjadi sukar. Dalam masa yg sama Ji Hyeon telah jatuh cinta dengan Sung Yeol, disamping itu, sifat J.Hyeon yg baik dan tegas membuatkan Seok Gu melamarnya untuk menjadi isterinya. Sehari selepas hari perkahwinan mereka, J.Hyeon mendapati Seok Gu mati secara tiba2 dan hal ini membuatkan J.Hyeon panik dan dirinya segera menghubungi Sung Hyeol. S.Yeol menyuruh Ji Hyeon tenang dan berlakon seperti tiada apa yg berlaku. J.Hyeon perlu berlakon dan menyakinkan semua orang yang Seok Gu masih hidup. Mereka terpaksa berlagak tenang sambil membawa mayat Seok Gu dari Macau ke Korea.
Walaubagaimanapun sikap J.Yeon yg mencurigakan dan resah membuatkan pembantu peribadi Seok Gu menghubungi polis. J.Yeon ditangkap dan dituduh membunuh Seok Gu. Atas desakan polis J.Yeon menerangkan segala yang terjadi, namun dirinya terkejut apabila mendapati Sung Yeol hanya mempergunakannya selama ini untuk mewarisi harta ayahnya seratus peratus. Ji Hyeon cuba membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Atas bantuan pembantu peribadi Seok Gu, J.Hyeon dilepaskan sementara dari penjara untuk menghadiri majlis pengebumian Seok Gu. Disitu die cuba mencari bukti dan mendapat tahu bukti sebenar ada dalam camera yang berbentuk loceng yg dipakai oleh anjing peliharaan Seok Gu. S.Yeol ingin menghapuskan bukti tersebut dan terpaksa berebut dengan J.Hyeon yang juga mencari bukti berkenaan. Sung Yeol akhirnya cuba membunuh Ji Hyeon. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. Sungyeol masuk penjara, j.yeon jadi cinderella dan dapat harta tersebut. hihihi hari tuh pun leya tengok. tapi tengok time yang ayah dia mati tuh

    BalasPadam
  2. Menarik rupanya jalan cerita dia.. nak tengoklah nanti..
    Tq..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017