-->

20 Nov 2015

Juara Parodi 2015

Assalammualaikum..
Juara Parodi ni kira rancangan baru yang unik sebab menggabungkan penyanyi dan pelawak dalam satu kumpulan dan berentap di Pentas Juara Parodi untuk merebut hadiah RM300,000 gitu. Juara Parodi ni dah masuk minggu ketiga, minggu pertama dan kedua dikira sebagai konsert pengenalan gitu. Minggu ketiga ini barulah bermula pertandingan sebenar yang mana peserta diperlukan untuk melakar lirik-lirik kreatif secara bersahaja dengan berlatarbelakangkan lagu asal yang ditukar genre muziknya dan dipersembahkan secara langsung menerusi tema istimewa yang diberikan pada setiap minggu. Najip Ali dan Dina Nadzir menjadi pengacara / hos Juara Parodi ni. Kan best kalau Jozan jadi Hos Juara Parodi ni mesti kecohnyer haahaha. Aku suka dengar suara Dina menyanyi, bile die jadi pengacara nampak okeylaa gak. Manakala Najip Ali ni aku suka tengok die jadi Juri MLM dulu sebab cara die kritik peserta best. 
Namun bila die jadi hos Juara Parodi ni agak kurang best sikit n kurang lawak maybe akan best di minggu2 akan datang. Antara peserta yang join program Juara Parodi ini adalah Shuib Sepahtu, Mark Adam, Ajak Shiro, Hattan, Mawi, Zero, Jambu, Misha Omar, Tomok, Rahim R2, Sam Bunkface, Joey, Syuk, Achey, Black, Abam, Fad Bocey, Waris, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Zahid, Firman, Azlee Senario, Lan Pet Pet. Awalnya ingatkan ada Awie dan Shahrol Shiro, tup2 Ajak Shiro jer ada manakala Awie takde n Hattan pula muncul hehehe. Manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki jadi juri tetap program Juara Parodi ni. Kebanyakkan pelawak yang join program ni memang boleh menyanyi dan sedap gak suara diorang. Uniknya rancangan ini apabila tiada penyingkiran yang akan dibuat kerana sistem carta digunakan. Apapun layannn Juara Parodi setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna dan Astro Mustika HD.

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017