11 Nov 2015

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya

Assalammualaikum...
Drama terbaru di Astro Ria yang tengah hangat bersiaran sekarang ni ialah drama Tuan Anas Mikael yang merupakan adaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Drama Tuan Anas Mikael ini dilakonkan oleh Aaron Aziz, Zara Zya, Raja Ilya, Wan Sharmila dan ramai lagi. Aku ingatkan drama ni setiap isnin jer tapi rupanya tak sebab ianya bersiaran setiap isnin hingga khamis dan mempunyai 16 episod kesemuanya. Cite ni diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, seronok tengok karakter watak Zara Zya sebagai Ayu Maisara yang giler2 tu. Rasanya drama Tuan Anas Mikael akan disukai oleh ramai orang, maklumlah pelakon2 nya semuanya popular dan best2 belaka. Apapun jom layannnn Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael Lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.

Lagu Tema / OST Tuan Anas Mikael
- Not For Sale nyanyian Stacy

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Yana Libra berkata...

waaaa, macam best je...nak cari novel dia la..hehe

Related Posts with Thumbnails