-->

26 Ogo 2021

Review Hindi Movie Dial 100

Dial 100, Hindi Movie Dial 100, Bollywood Movie Dial 100, Hindi Movie Dial 100 Cast, Manoj Bajpayee Movie, Hindi Movie 2021,

Movie Dial 100 ini adalah Bollywood Movie / Hindi Movie yang release pada 6 Ogos 2021 bergenre thriller drama dan diarahkan oleh Rensil D Silva. Pelakon utama Hindi movie Dial 100 ini adalah Manoj Bajpayee, Neena Gupta dan Sakshi Tanwar serta movie ini berdurasi 104 minit. Rasanya bagi peminat filem - filem hindustan pasti kenal dengan Manoj Bajpayee dan Neena Gupta ni, kira diorang ni macam pelakon senior dan berpengalaman gitu. Walaupun movie ni bergenre thriller tapi tak suspen mana pun, biasa - biasa saja. Antara fokus movie ni tentang kasih sayang ibu bapa pada anak - anak masing - masing sampai sanggup buat apa saja, asalkan anak mereka selamat, asalkan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa ada campurtangan kuasa - kuasa politik dan sebagainya. Aku geram juga dengan anak Nikhil Sood ini iaitu Dhruv yang tak serik - serik masih dok bergaul dengan budak - budak jahat, tokan dadah dan sebagainya serta masih meneruskan kegiatannya menjual dadah. Last - last memang mendapatlah jawabnya, padan dengan muka. Tapi nampaklah ibu bapa Dhruv ni sedaya upaya untuk menyelamatkan Dhruv daripada sebarang bahaya, sedangkan bahaya tu si Dhruv ni yang mencari. Ikutkan bagi aku movie ni biasa saja, jalan cerita simple, bolehlah nak tengok kalau rasa bosan tu. 
Dial 100, Hindi Movie Dial 100, Bollywood Movie Dial 100, Hindi Movie Dial 100 Cast, Manoj Bajpayee Movie, Hindi Movie 2021, sinopsis filem dial 100, poster filem hindi movie dial 100,
Hindi Movie Dial 100 Cast
  • Manoj Bajpayee as Senior Inspector Nikhil Sood
  • Neena Gupta as Seema Paalav
  • Sakshi Tanwar as Prerna Sood, Nikhil’s wife
  • Nandu Madhav as Chandrakant Paalav aka Chandu, Seema’s husband
  • Abhijeet Chavan as Inspector Gharat
  • Urmila Mahanta as Gayatri
  • Vikram Bham as Najeeb
  • Madhur Arora as Suresh Nayak
  • Deepanshu Titoriya as Avi
  • Girish Dixit as Ashish Deshmukh
  • Virandra Giri as Sangha
  • Svar Kamble as Dhruv Sood, Nikhil’s son
  • Ivan Sylvester Rodrigues as Gautam Mehra
  • Nilesh Mamgain as Gulam Ahmed
  • Aman Gandotra as Yash Mehra, Gautam’s son
Dial 100, Hindi Movie Dial 100, Bollywood Movie Dial 100, Hindi Movie Dial 100 Cast, Manoj Bajpayee Movie, Hindi Movie 2021, sinopsis filem dial 100,
Sinopsis Filem Bollywood Dial 100 Lakonan Manoj Bajpayee, Neena Gupta dan Sakshi Tanwar

Pegawai Polis Nikhil Sood adalah ketua di bahagian Mumbai Police Emergency Call Centre. Namun pada satu malam ketika bertugas, Nikhil mendapat satu panggilan telefon dari seorang wanita yang ingin membunuh diri. Ketika dia cuba menenangkan wanita berkenaan, dia mendapat tahu yang wanita tersebut telah membeli pistol. Awalnya wanita tersebut ingin membunuh diri, namun menukar fikirannya untuk membunuh orang yang bertanggungjawab atas kematian anaknya. Orang bawahannya memberitahunya yang wanita tersebut sudah mengenali Nikhil dari awal dan request ingin bercakap dengan Nikhil sendiri di telefon. Nikhil mula berasa tidak sedap hati dan mula menyiasat panggilan berkenaan dan siapa wanita tersebut. Akhirnya Nikhil mengetahui yang wanita tersebut adalah Seema Paalav. Anak Nikhil iaitu Dhruv antara salah seorang yang menjadi penyebab kematian satu - satunya anak Seema Paalav itu dan kini Seema Paalav dan suaminya nekad untuk membalas dendam. Seema kemudiannya menculik isteri Nikhil Sood iaitu Prerna untuk dijadikan tebusan. Seema mengugut Nikhil untuk menyuruh Dhruv pergi ke satu tempat yang ditetapkan. Nikhil menyuruh Dhruv untuk mengikut segala arahannya supaya mereka dapat menyelamatkan Prerna. Namun adakah mereka berjaya? adakah Seema Paalav berjaya membalas dendam?

Aku buat review ni ringkas - ringkas saja, sebab ada banyak review tak buat lagi hahaha. Jadi secara keseluruhannya movie ni biasa, jalan cerita simple dan straight forward. Jadi aku bagi 5.8/10 bintang untuk movie ini.



Read More »

5 Ogo 2021

Review Filem Hutang 2D (Astro First)


Filem Hutang 2D adalah filem terbaru di Astro First akan mula ditayangkan pada 5 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga strim di Astro Go atau On Demand. Bermula dari sebuah lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88, kini dari lagu dah diangkat menjadi sebuah filem iaitu Hutang 2D. Rasanya satu Malaysia pun tahu menyanyi lagu Hutang ni kan. Lagu ini sangat popular dan mendominasi carta radio dan TV. Malah lirik lagu hutang ini turut menjadi siulan oleh golongan kanak - kanak hingga dewasa. Istimewa buat penonton, Astro Shaw bakal membawakan filem Hutang 2D terbitan Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios terus ke pawagan rumah korang di Astro First. Filem ini bergenre aksi komedi dan merupakan kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu kumpulan Floor 88 dah ada pengalaman berlakon menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra.
Selain itu filem ini juga turut menampilkan gabungan penyanyi terkenal tanah air serta pelakon hebat Malaysia antaranya Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Black Hanifah, Fauziah Dato Ahmad Daud, Altimet, Ropie, Wafiy Aan, Coki dan ramai lagi. Movie Hutang 2D ini mendapat dua sentuhan pengarah iaitu Irwan Rauf dan pengarah bersama Eric Fuzi. Pelakon Ropie sebelum ini tampil dalam muzik video lagu Hutang dengan watak seorang yang banyak hutang dan menariknya watak tersebut telah dikembangkan ke dalam filem dan menjadi salah satu konflik di dalam penceritaan filem Hutang 2D ini. So jom tengok sinopsis movie ini beserta watak - watak pelakon dalam filem Hutang 2D di bawah ini okey.

Sinopsis Filem Hutang 2D Lakonan Floor 88, Baby Shima, Black dan ramai lagi.

HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Barisan Pelakon Filem Hutang 2D

Ayie Elham (Floor 88)  sebagai  Ayie
Baby Shima sebagai  Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sebagai  Eric
Akram (Floor 88) sebagai  Akram
Falique (Floor 88) sebagai  Falique
Achoi (Floor 88) sebagai  Achoi
Amir (Floor 88) sebagai  Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sebagai  Mak Ima
Ropie sebagai  Pak Jie
Black Hanifah sebagai Han
Wafiy Aan sebagai Kit
Coki sebagai  Aiman
Altimet sebagai  Gua Mambang

Latar cerita filem ini adalah ketika Malaysia masih bebas dari Covid 19 dan berlatarbelakangkan kawasan perumahan Flat. Seronok tengok susasana flat tu, semua hidup aman damai ja. Antara yang menarik dalam filem ini bila diorang banyak menggunakan kesan khas dan juga komik yang membuatkan filem Hutang 2D ni nampak unik dan lain dari yang lain. Filem ini turut mengangkat isu kekeluargaan dan persahabatan serta sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan masyarakat. Rasanya jarang tengok Black Hanifah ni berlakon, pastu dapat watak jahat pula, tapi watak jahat Black ni ada komedi gitu. Jadi memang lawaklaa. Antara yang menarik juga bila watak utama filem ini iaitu Ayie Floor 88 terpaksa potong rambutnya yang panjang tu. Hari ketiga shooting dia dah kena potong rambut ni. Jadi dalam filem ni korang boleh tengok perubahan rambut Ayie tu hahaha. Seandainya filem Hutang 2D ni mendapat sambutan hangat dari penonton, kemungkinan besar akan ada Hutang 2D Musical pula.
Selain tu aku juga suka scene Ayie bersembang dengan Gua Mambang lakonan Altimet tu, siap Mambang bagi pinjam tablet macam tu jer hehe. Paling best bila Gua Mambang tu sempat bagi pesanan pada Ayie yang mana dalam dunia ni, takde benda yang datang dengan mudah, semua kena usaha, pasang niat dan niat tu kena betul dan usaha, selebihnya serah pada Allah. Mambang tu pun sempat nasihat Ayie lagi suruh hormat ayahnya. Bagi aku watak Baby Shima biasa - biasa saja, mak dia lagi mencuri tumpuan, siap dengan pisaunya, sampai si samseng Si Han dan Kit pun lari. Tablet ajaib yang mambang tu bagi memang ajaib betul bila boleh buat lukisan Ayie dalam tablet tu jadi hidup. Pastu scene ahli - ahli Floor 88 mula muncul tu pun best gak, bila setiap seorang ada kuasa super power. Misalnya si Akram yang boleh menghasilkan cahaya serta pakar pickup line, Achoi pula boleh menghasilkan api serta bijak. Manakala Amir pula boleh tiru suara orang lain, Falique boleh berlari laju dan pantas serta paling lucu. Last sekali adalah Eric yang ganas dan ada kekuatan luar biasa.

Paling tak sangka bila Tablet tu habis bateri lain pulak jadi, kalau nak tahu apa jadi kenalah tengok filem ni nanti okey. Dekat - dekat nak ending tu Ayie sempat berduet sekejap dengan Baby Shima lagu Yang Benar tu. Sedap pulak bila diorang berduet lagu slow ala - ala balada tu. Selalu nyanyi lagu rancak je kan. Aku memang teringin nak tengok Baby Shima nyanyi lagu balada, mana tau kot dapat berduet dengan Floor 88 lagi ke kan selepas lagu Roadblock Hatiku dan lagu raya tu. Sejujurnya aku tak begitu suka filem - filem genre aksi ni, tapi dalam filem ni semua scene - scene aksi tu kira okeylaa, tak terlalu banyak sangat. Di tambah dengan komedi lagi, kira syoklah nak tonton. Jalan cerita filem Hutang 2D ni memang santai je, just layan dan tak perlu nak fikir banyak. Cuma scene yang Han dan Kit dok culik perempuan - perempuan muda kat flat tu macam tak perlu saja, patut fokus dengan isu hutang Pak Jie saja. OST filem Hutang 2D ni haruslah best kan, semestinya lagu Hutang tu kena ada, serta lagu baru diorang yang lain. Tapi filem ini tak dinafikan memang menghiburkan, jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk movie ini.

Official Trailer Hutang 2D

Read More »

4 Ogo 2021

Dari Lagu Diangkat Ke Filem Hutang 2D Di Astro First

Filem Hutang 2D, Hutang 2D Movie, Poster Filem Hutang 2D, Info dan Sinopsis Filem Hutang 2D, Pelakon - Pelakon Filem Hutang 2D, Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Wafiy, Altimet,

Filem HUTANG 2D
“Kisah Seorang Pelukis Komik Web Amatur Yang Menemui Sebuah Tablet Ajaib Yang Merealisasikan Impian nya”

Satu percaturan yang berani dan luar biasa apabila penerbit filem HUTANG 2D, Arie Zaharie  memilih genre aksi  komedi yang dikatakan kurang menarik minat penonton. 
Berbekalkan kepada keyakinan yang penonton tempatan mahukan kelainan, Arie tidak menjadikan tanggapan itu sebagai  halangan untuk menerbitkannya. 
HUTANG 2D adalah filem terbitan bersama Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios dan Datuk Jamil Baharom. 

Arie Zaharie berkata,  idea asal filem ini datang dari Silentkaiju Studio dan mreka tertarik dengan idea untuk mengangkat lagu Hutang yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
” Memandangkan bait-bait lirik yang menggunakan gaya bahasa sarkastik dan membawa kisah tersendiri lalu kami cuba mengembangkan elemen serta mesej lagu tersebut ke dalam bentuk penceritaan dan kemudian dijadikah sebuah filem.

“Malah, pihak kami juga berusaha membawa kelainan menerusi HUTANG 2D dengan menyajikan penonton dengan konsep menarik. Tahniah buat barisan pelakon, terutamanya kumpulan Floor 88 yang berjaya membawa sisi lain menerusi filem ini.” katanya.

HUTANG 2D mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Irwan Rauf dan Eric Fauzi Floor 88. Filem ini menampilkan lakonan hebat Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Altimet, Coki dan  penampilan khas Fauziah Dato Ahmad Daud AMN (Ogy).
Penampilan mereka bukan sahaja dapat memeriahkan perjalanan filem ini, malah mereka mewarnai HUTANG 2D dengan pelbagai plot dalam filem ini dan watak masing-masing.
Filem Hutang 2D, Hutang 2D Movie, Poster Filem Hutang 2D, Info dan Sinopsis Filem Hutang 2D, Pelakon - Pelakon Filem Hutang 2D, Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Wafiy, Altimet,
Penggambaran HUTANG 2D dilakukan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor, pada Julai 2020 iaitu ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.
Menurut Arie Zaharie, keseluruhan kos penggambaran 10 hari itu menelan belanja sebanyak RM300,000. 

 “Ketika penggambaran dijalankan, negara berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, Penggambaran yang dilakukan di kawasan perumahan flat sememangnya mencabar terutama  dalam tempoh pandemik.  
“Pasukan produksi terpaksa menjalankan proses kawalan SOP yang ketat di set penggambaran. Rumah perlu sentiasa disanitasi, memeriksa dan mencatat catat suhu kru dan pelakon. 

”Kru wajib memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga penjarakan ketika penggambaran dijalankan. Mereka juga terpaksa menjaga keselamatan kerana suasana di kawasan perumahan flat yang ramai orang.” ujarnya.
Kata Arie Zaharie, hubungan kru dan pelakon sangat rapat kerana mereka sentiasa berbincang sepanjang proses penggambaran.

”Tiada masalah bekerja dengan semua pelakon kerana mereka sangat bagus, profesional dan memberikan komitment yang cukup bagus. Masing-masing membuat persediaan watak sejak awal dan lakonan mereka sangat bersahaja,” katanya.

Jelas, Arie Zaharie lagi, beliau berharap HUTANG 2D dapat memberi keterujaan kepada penonton dan mencipta kejayaan seperti filem-filem terdahulu yang pernah mengangkat lagu-lagu terkenal sebagai latar kepada jalan cerita.

Beliau juga amat berterimakasih kepada pihak pengurusan flat dan penduduk setempat yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang lapan hari kru dan pelakon ’berkampung’ di sana. 

“Cabaran besar adalah babak untuk menggelapkan lampu seluruh blok rumah flat ketika babak “blackout” yang mendapat kerjasama baik daripada setiap penduduk di situ yang membenarkan lampu di rumah mereka ditutup serentak selain kerjasama ketua pengurusan flat yang berurusan dengan pihak TNB untuk membantu menjayakan babak tersebut.” ujarnya. 

Sementara itu, Irwan Rauf berkata, HUTANG 2D sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan segenap lapisan masyarakat. 
”Saya sangat berharap, filem ini dapat menghiburkan penonton tambahan dalam keadaan negara yang sedang bertungkus lumus ’melawan Covid-19 .dan sekali gus ia dapat meredakan tekanan orang ramai yang terpaksa ’berkurung’ di rumah. 

”Semoga filem ini dapat meredakan kerisauan dan mengeratkan silaturahim keluarga dengan menonton bersama-sama,” katanya.
Eric Fauzi juga menyimpan harapan sama agar filem ini dapat diterima ramai dan penonton terhibur. 

“Di saat negara dan rakyat sedang berduka dan tertekan akibat Covid-19, filem ini sedikit sebanyak boleh membantu menghilangkan tekanan perasaan. HUTANG 2D adalah filem komedi ringan yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan lapisan masyarakat,” katanya.

Sinopsis Filem Hutang 2D

HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

HUTANG 2D akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 Ogos 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim di Astro Go atau On Demand.

Barisan Pelakon Filem Hutang 2D

Ayie Elham (Floor 88)  sbg  Ayie
Baby Shima sbg  Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sbg  Eric
Akram (Floor 88) sbg  Akram
Falique (Floor 88) sbg  Falique
Achoi (Floor 88) sbg  Achoi
Amir (Floor 88) sbg  Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sbg  Mak Ima
Ropie sbg  Pak Jie
Black Hanifah sbg Han
Wafiy Aan sbg Kit
Coki sbg  Aiman
Altimet sbg  Gua Mambang
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017