-->

5 Ogo 2021

Review Filem Hutang 2D (Astro First)


Filem Hutang 2D adalah filem terbaru di Astro First akan mula ditayangkan pada 5 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga strim di Astro Go atau On Demand. Bermula dari sebuah lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88, kini dari lagu dah diangkat menjadi sebuah filem iaitu Hutang 2D. Rasanya satu Malaysia pun tahu menyanyi lagu Hutang ni kan. Lagu ini sangat popular dan mendominasi carta radio dan TV. Malah lirik lagu hutang ini turut menjadi siulan oleh golongan kanak - kanak hingga dewasa. Istimewa buat penonton, Astro Shaw bakal membawakan filem Hutang 2D terbitan Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios terus ke pawagan rumah korang di Astro First. Filem ini bergenre aksi komedi dan merupakan kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu kumpulan Floor 88 dah ada pengalaman berlakon menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra.
Selain itu filem ini juga turut menampilkan gabungan penyanyi terkenal tanah air serta pelakon hebat Malaysia antaranya Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Black Hanifah, Fauziah Dato Ahmad Daud, Altimet, Ropie, Wafiy Aan, Coki dan ramai lagi. Movie Hutang 2D ini mendapat dua sentuhan pengarah iaitu Irwan Rauf dan pengarah bersama Eric Fuzi. Pelakon Ropie sebelum ini tampil dalam muzik video lagu Hutang dengan watak seorang yang banyak hutang dan menariknya watak tersebut telah dikembangkan ke dalam filem dan menjadi salah satu konflik di dalam penceritaan filem Hutang 2D ini. So jom tengok sinopsis movie ini beserta watak - watak pelakon dalam filem Hutang 2D di bawah ini okey.

Sinopsis Filem Hutang 2D Lakonan Floor 88, Baby Shima, Black dan ramai lagi.

HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Barisan Pelakon Filem Hutang 2D

Ayie Elham (Floor 88)  sebagai  Ayie
Baby Shima sebagai  Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sebagai  Eric
Akram (Floor 88) sebagai  Akram
Falique (Floor 88) sebagai  Falique
Achoi (Floor 88) sebagai  Achoi
Amir (Floor 88) sebagai  Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sebagai  Mak Ima
Ropie sebagai  Pak Jie
Black Hanifah sebagai Han
Wafiy Aan sebagai Kit
Coki sebagai  Aiman
Altimet sebagai  Gua Mambang

Latar cerita filem ini adalah ketika Malaysia masih bebas dari Covid 19 dan berlatarbelakangkan kawasan perumahan Flat. Seronok tengok susasana flat tu, semua hidup aman damai ja. Antara yang menarik dalam filem ini bila diorang banyak menggunakan kesan khas dan juga komik yang membuatkan filem Hutang 2D ni nampak unik dan lain dari yang lain. Filem ini turut mengangkat isu kekeluargaan dan persahabatan serta sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan masyarakat. Rasanya jarang tengok Black Hanifah ni berlakon, pastu dapat watak jahat pula, tapi watak jahat Black ni ada komedi gitu. Jadi memang lawaklaa. Antara yang menarik juga bila watak utama filem ini iaitu Ayie Floor 88 terpaksa potong rambutnya yang panjang tu. Hari ketiga shooting dia dah kena potong rambut ni. Jadi dalam filem ni korang boleh tengok perubahan rambut Ayie tu hahaha. Seandainya filem Hutang 2D ni mendapat sambutan hangat dari penonton, kemungkinan besar akan ada Hutang 2D Musical pula.
Selain tu aku juga suka scene Ayie bersembang dengan Gua Mambang lakonan Altimet tu, siap Mambang bagi pinjam tablet macam tu jer hehe. Paling best bila Gua Mambang tu sempat bagi pesanan pada Ayie yang mana dalam dunia ni, takde benda yang datang dengan mudah, semua kena usaha, pasang niat dan niat tu kena betul dan usaha, selebihnya serah pada Allah. Mambang tu pun sempat nasihat Ayie lagi suruh hormat ayahnya. Bagi aku watak Baby Shima biasa - biasa saja, mak dia lagi mencuri tumpuan, siap dengan pisaunya, sampai si samseng Si Han dan Kit pun lari. Tablet ajaib yang mambang tu bagi memang ajaib betul bila boleh buat lukisan Ayie dalam tablet tu jadi hidup. Pastu scene ahli - ahli Floor 88 mula muncul tu pun best gak, bila setiap seorang ada kuasa super power. Misalnya si Akram yang boleh menghasilkan cahaya serta pakar pickup line, Achoi pula boleh menghasilkan api serta bijak. Manakala Amir pula boleh tiru suara orang lain, Falique boleh berlari laju dan pantas serta paling lucu. Last sekali adalah Eric yang ganas dan ada kekuatan luar biasa.

Paling tak sangka bila Tablet tu habis bateri lain pulak jadi, kalau nak tahu apa jadi kenalah tengok filem ni nanti okey. Dekat - dekat nak ending tu Ayie sempat berduet sekejap dengan Baby Shima lagu Yang Benar tu. Sedap pulak bila diorang berduet lagu slow ala - ala balada tu. Selalu nyanyi lagu rancak je kan. Aku memang teringin nak tengok Baby Shima nyanyi lagu balada, mana tau kot dapat berduet dengan Floor 88 lagi ke kan selepas lagu Roadblock Hatiku dan lagu raya tu. Sejujurnya aku tak begitu suka filem - filem genre aksi ni, tapi dalam filem ni semua scene - scene aksi tu kira okeylaa, tak terlalu banyak sangat. Di tambah dengan komedi lagi, kira syoklah nak tonton. Jalan cerita filem Hutang 2D ni memang santai je, just layan dan tak perlu nak fikir banyak. Cuma scene yang Han dan Kit dok culik perempuan - perempuan muda kat flat tu macam tak perlu saja, patut fokus dengan isu hutang Pak Jie saja. OST filem Hutang 2D ni haruslah best kan, semestinya lagu Hutang tu kena ada, serta lagu baru diorang yang lain. Tapi filem ini tak dinafikan memang menghiburkan, jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk movie ini.

Official Trailer Hutang 2D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017