-->

28 Ogo 2022

Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose

Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose


Assalammualaikum..
Semalam ada ler tengok Telemovie Crush Next Door ni kat Astro Ria lakonan Aiman Hakim dan Nelydia Senrose. Best gak layannn cite ni. Tak silap aku Telemovie Crush Next Door ni adalah adaptasi daripada cerpen yang tajuknya juga sama. Gandingan Aiman Hakim dan Nelydia Senrose ni nampak serasi, sweet dan comel jer hehe. Selalunya Aiman Hakim ni digandingkan dengan Emma Maembong kan, tapi aku tengok die dengan Nelydia pun okey gak hehe. Dalam banyak2 scene aku paling suka scene Zarif mula mengorat Hani tu, paling tak leh blah bila lepas kena lamar dengan Zarif tu boleh plak Hani tu terlanggar tiang depan2 Zarif lak tuh hahaha. 
Satu lagi scene yang aku suka masa last scene tu bila Zarif masuk rumah Hani lepas dengar jeritan Hani, die ingatkan Hani dalam bahaya rupanya Hani tu menjerit sebab takutkan lipas jer. Diorang ni kira berjiranlah n masa Zarif ada dalam rumah Hani tu boleh plak emak Zarif dan Hani datang serentak haha, tup2 dah ada depan pintu rumah dah. Keadaan mula jadi kelam kabut n lawak bila Zarif keluar dari rumah Hani n Hani keluar dari rumah Zarif, terbalik plak jadinya n mak diorang mula jadi konpius, kenapa rumah anak diorang ni bertukar plak hahaha. Scene last yang paling aku suka sekali hehe, not bad gak telemovie ni sebab sweet n lawak gak.

Update 28/8/2022 !!! 
Telefilem Crush Next Door ini akan diulangsiar di Awesome TV pada 28 Ogos 2022, jam 5 petang.




Read More »

20 Ogo 2022

Hindi Movie Review : Jalsa (2022)

Hindi Movie Jalsa, Jalsa Movie Review, Poster Filem Jalsa, Bollywood Movie Jalsa, Jalsa Movie 2022, Vidya Balan Movie, Shefali Shah, Sinopsis Filem Hindi Jalsa, Hindi Movie Jalsa Full Movie,

Jalsa merupakan Hindi thriller film yang diarahkan oleh Suresh Triveni dan release pada 18 Mac 2022 yang lalu. Antara pelakon filem hindi Jalsa ini adalah Vidya Balan, Shefali Shah, Surya Kasibhatla, Manav Kaul, Rohini Hattangadi, Kashish Rizwan, Shafeen Patel, Vidhatri Bandi dan ramai lagi. Rasanya peminat filem Hindi pasti tahu yang Vidya Balan antara pelakon hebat dan berbakat di Bollywood, jadi semua filem lakonannya sentiasa dinantikan. Hari ni aku nak buat review ringkas tentang filemnya yang bertajuk Jalsa. Jalsa Mengisahkan tentang Maya Menon yang merupakan seorang wartawan dan juga hos yang berjaya dan berpengaruh. Maya merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki yang OKU bernama Ayush. Walaubagaimanapun Maya mempunyai hubungan baik dengan bekas suaminya. Maya seorang wanita kuat, berdisiplin, berkeyakinan tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik. Namun segalanya berubah di suatu malam bila Maya terlanggar seorang gadis muda bernama Aliyah yang tiba - tiba muncul di depan keretanya. Kebetulan Maya ketika itu memandu dalam keadaan yang mengantuk, Maya yang panik melihat seorang lelaki melarikan diri dari tempat kejadian dan tanpa membuang masa Maya juga turut melarikan diri dan membiarkan gadis tersebut disitu. Selepas dari itu, Maya hidup dalam ketakutan, keadaan makin rumit apabila Maya dapat tahu gadis muda  yang dilanggarnya itu adalah anak pada pembantu rumahnya iaitu Rukhsana.

Rukhsana mempunyai hubungan baik dengan Maya, dia menjaga dan menyayangi anak Maya iaitu Ayush seperti anaknya sendiri. Apabila anak perempuannya Aliyah dilanggar lari, Rukhsana ingin menuntut keadilan dan ingin polis mencari siapa pesalah sebenar. Maya berasa bersalah pada Rukhsana namun masih teragak - agak untuk berterus - terang pada Rukhsana. Maya membiayai segala pembelajaan bil hospital Aliyah, dalam masa yang sama Maya sering diserang panic attact selepas insiden langgar lari itu. Polis juga tidak begitu membantu dalam kes langgar lari itu sebaliknya ingin menutup kes berkenaan secepat mungkin. Dalam masa yang sama, ada seorang wartawan bernama Rohini turut menyiasat kes langgar lari tersebut. Rohini itu bekerja dengan Maya namun tidak tahu Maya terlibat dalam kes tersebut. Maya cuba menghalang Rohini dari terus menyiasat kes berkenaan, namun Rohini tetap menyiasat kes berkenaan secara senyap - senyap. Alangkah terkejutnya bila Rohini dapat rakaman cctv yang menunjukkan Maya terlibat dalam kes tersebut. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Rohini akan terus berdiam? atau berpakat dengan Maya? apa reaksi Rukhsana bila dapat tahu kebenarannya? okey itu serba sedikit sinopsis filem Jalsa ini. 

Hindi Movie Jalsa, Jalsa Movie Review, Poster Filem Jalsa, Bollywood Movie Jalsa, Jalsa Movie 2022, Vidya Balan Movie, Shefali Shah, Sinopsis Filem Hindi Jalsa, Hindi Movie Jalsa Full Movie,

Maya ni sebenarnya bernasib baik sebab situasi banyak memihak padanya, termasuklah polis yang seolah - olah memihak padanya tapi polis tu tak tahu pun Maya terlibat. Polis cuma nak tutup kes itu secepat mungkin disebabkan hal lain. Kalau nak tahu hal lain tu apa, korang kenalah tengok movie Jalsa ni nanti. Ikutkan storyline Jalsa ni sangat simple dan straight forward, cuma dapat ambil pengajaran jugalah dari watak Maya ni. Dimana dapat dilihat Maya ni pada awalnya seorang yang sangat mementingkan kebenaran, lantang bersuara, berani namun lepas terjadinya insiden langgar lari tu, Maya terus berubah secara drastiknya menjadi seorang penakut dan lemah. Jadi kalau buat salah kita kena berhadapan dengan akibatnya, bila kita merahsiakan kesalahan kita, hal tersebut akhirnya akan memakan diri kita sendiri di akhirnya. Agak kesian juga dengan Rukhsana dalam cerita ini walaupun anaknya jadi mangsa tapi sedara - maranya macam menyalahkan anaknya Aliyah yang keluar malam - malam buta sampai kena langgar dengan kereta. Lebih haru bila Aliyah sebenarnya keluar malam untuk lepak - lepak dengan kawan lelakinya.

Ending Movie Jalsa ni agak tergantung sebenarnya sebab macam tak pasti apa sebenarnya yang terjadi, kiranya korang kena buat andaian sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Adakah di akhirnya Rukhsana dapat memaafkan Maya atau tidak? korang kena tengok sendiri dan buat penilaian korang.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4



Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017