-->

27 Okt 2020

Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir

Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Cover Depan Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Adaptasi Novel,
Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir (Drama Adaptasi Novel)

Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod yang kini tengah hangat disiarkan di slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Watak Adib akan dilakonkan oleh Naim Daniel, manakala watak Esya pula akan dilakonkan oleh Shasha Abedul. Ismail Izzani pula akan melakonkan watak Zambri dan Shalma Eliana sebagai Salina. Berbalik pada novel Lelaki Lingkungan Cinta ini, ianya diterbitkan pada tahun 2017 oleh Penulisan2u. So jom tengok sinopsis novel ini di bawah okey..
Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Cover Depan Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Adaptasi Novel, Drama Baru Naim Daniel,
Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta Karya Lily Haslina Nasir (Drama Adaptasi Novel)

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.
Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib
Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.
Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri
“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib
“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.
Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?
Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Cover Depan Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Drama Adaptasi Novel, Drama Baru Naim Daniel, Drama Baru Ismail Izzani,
Read More »

5 Okt 2020

Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Usop Naib Juara

Big Stage 2020, Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Usop Naib Juara  Big Stage 2020, Qody Rany, Dinie Rashid, Fadh Majid, Finalis Big Stage 2020, Konsert Akhir Big Stage 2020,
Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Usop Naib Juara

Nampaknya tuah berpihak pada Azzam Sham untuk bergelar Juara Big Stage Musim ketiga (Juara Big Stage 2020). Manakala pencabar terdekat Azzam iaitu Usop mendapat tempat kedua dan Qody Rany berada di tempat ketiga. Tempat keempat dan kelima menjadi milik Dinie Rashid dan Fadh Majid. Persaingan sememangnya sangat sengit dan markah para finalis Big Stage 2020 juga sangat dekat terutamanya untuk markah Juara dan Naib Juara. Di konsert Final Big Stage 2020, Azzam menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Dato Seri Siti Nurhaliza dan lagu Grenade (Bruno Mars). Manakala Usop pula menyanyikan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 dan lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali. Apa pun tahniah buat semua finalis..Okey tak sabar nak tengok Gegar Vaganza 2020 pula..
Big Stage 2020, Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Usop Naib Juara  Big Stage 2020, Qody Rany, Dinie Rashid, Fadh Majid, Finalis Big Stage 2020, Konsert Akhir Big Stage 2020,
⏩⏩ Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose (Akasia TV3)
Read More »

1 Okt 2020

Segmen Bloglist Ombak Bergigi

Segmen Bloglist Ombak Bergigi, Blogger Segmen,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date : 4 Oktober 2020
Segmen ini dijalankan selama seminggu. 
Seramai 5 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017