-->

15 Sep 2021

Cruella Lakonan Emma Stone (2021)

Cruella, Cruella Movie 2021, Emma Stone as Cruella, Poster Movie Cruella, Cruella Cast, Cruella Synopsis, Review Movie Cruella, Cruella Sequel,

Movie Cruella ni dah release pada bulan Mei 2021 dan banyak mendapat review positif gitu. Movie Cruella ini based on the character Cruella de Vil from Dodie Smith's 1956 novel The Hundred and One Dalmatians. Lebih menarik bila movie Cruella ni akan ada sequel gitu dan Emma Stone akan kembali membawakan watak Cruella de Vil. Antara pelakon - pelakon movie Cruella ini adalah Emma Stone, Emma ThompsonJoel FryPaul Walter HauserEmily BeechamKirby Howell-Baptiste, and Mark Strong. Syok juga tengok movie Cruella ni, siap ada plot twist gitu, pastu boleh tengok baju lawa - lawa dan fesyen - fesyen thun 1970 di London gitu. Malah OST movie Cruella ni juga best - best okey, bagi aku Emma Stone memang berjaya membawa watak Cruella dengan baik sekali. Masa dia jadi Estella tu, dia takdelah psycho sangat macam dia jadi Cruella tu. Lepas dia jadi Cruella tu, memang berubah habis, dari segi gaya percakapan dan penampilan, malah dia jadi lebih ego, berlagak dan kasar. Hal tersebut membuatkan 2 kawan baiknya iaitu Jasper dan Horace terasa hati dengan sikapnya. 
Cruella, Cruella Movie 2021, Emma Stone as Cruella, Poster Movie Cruella, Cruella Cast, Cruella Synopsis, Review Movie Cruella, Cruella Sequel,
Diorang sampai merajuk jugaklah tapi lepas Cruella cakap elok - elok dengan diorang dan bagitau hal sebenarnya serta bagitau yang diorang ni macam keluarganya, terus diorang okey dah. Bila tengok plot twist movie ni, baru korang tau kenapa Cruella berperangai macam tu hahaha. Dalam movie ni tak ada scene - scene cinta - cinta ke apa ke, semuanya lebih pada impian dan cita - cita Estella nak jadi pereka fesyen serta dendamnya pada Baroness.  Nanti dalam sequel Cruella tu aku tak tahulah macam mana jalan ceritanya nanti, hope best jugaklah. Kebanyakan review - review movie Cruella yang aku baca di mana - mana semuanya positif gitu. Jadi jom tengok sinopsis movie ini di bawah ye..

Sinopsis Movie Cruella Lakonan Emma Stone 

Berlatarkan kota London, Inggeris pada era 1970-an. Berkisarkan tentang seorang gadis muda bernama Estella Miller yang genius, sedikit psycho dan suka memberontak. Berbeza dengan gadis biasa, Estella dilahirkan dengan rambut berwarna hitam putih. Sejak kecil Estella memang bercita - cita ingin menjadi pereka fesyen terkenal, walaubagaimanapun dia sering terlibat dengan banyak masalah sehingga ibunya membawanya pindah ke London. Namun ketika sampai di London ibunya mati dan Estella menyalahkan dirinya kerana menjadi penyebab ibunya mati. Ketika sedang bersedih, dia bertemu dengan 2 orang budak jalanan bernama Jasper dan Horace yang akhirnya membawa Estella masuk dalam geng mereka dan melakukan kerja - kerja mencuri secara kecil - kecilan. Mereka bertiga membesar bersama dan menjadi sebuah keluarga. Atas kerja licik Jasper dan Horace, Estella mendapat kerja di  Liberty department store.  
Cruella, Cruella Movie 2021, Emma Stone as Cruella, Poster Movie Cruella, Cruella Cast, Cruella Synopsis, Review Movie Cruella, Cruella Sequel,
Awalnya Estella menyangka dia akan dapat menggunakan kemahirannya dengan bekerja disitu, tapi lain jadinya bila dia disuruh buat kerja lain seperti cuci tandas dan sebagainya. Disebabkan satu insiden Estella berjaya mendapat kerja di Baroness’ fashion house yang dimiliki oleh pereka fesyen terkenal Baroness von Hellman. Lama kelamaan Estella semakin dipercayai oleh Baroness dan hasil kerjanya diguna pakai oleh Baroness. Namun segalanya berubah bila Estella nampak rantai milik ibunya dipakai oleh Baroness. Estella kemudian membuat rancangan bersama Jasper dan Horace untuk mencuri rantai tersebut. Estella kemudian mencipta satu identiti baru dirinya iaitu Cruella supaya Baroness tidak mengecamnya. Disebabkan kes mencuri rantai itu, Estella mengetahui satu kebenaran yang Baroness adalah penyebab kematian ibunya dan berazam ingin membalas dendam. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hasrat Tersirat Full Episode di Astro Prima

⏩⏩ Episod Akhir dan Ending Drama Korea The Penthouse 3

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017