-->

29 Apr 2020

Sinopsis dan Review Drama Korea My Fellow Citizen

My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,

Lama gila tak buat review kat blog ni sebab sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni, laptop aku yang rosak tu pun tersadai kat kedai komputer (Forest Global Technology) tu. Tak tau nak contact depa macam mana, yela kedai tutup kan, phone pun mesti tak angkat ngan depa pun tak ada media sosial. Jangan laptop aku hilang sudah. Maka terpaksa update blog pakai phone ja. Berbalik pada drama Korea My Fellow Citizen ni, drama ni release pada 1 April 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 28 Mei 2019. Korean Drama My Fellow Citizen ini disiarkan di channel KBS dan bergenre Comedy, Crime, Politik. Antara pelakon drama Korea My Fellow Citizen ini adalah Choi Si Wan, Lee Yoo Young, Kim Min Jung, Tae In Ho, Kim Eui Sung, Park Kyung Hye, Woo Hyeon dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod setengah jam ja, kalau gabung jadi sejam kiranya 16 episod gitu.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Jalan cerita drama My Fellow Citizen ni menarik sebenarnya bila seorang penipu (con artist) boleh jadi wakil rakyat, siap menang pilihanraya gitu. Walaupun sebenarnya dia tak rela untuk masuk politik ni semua, tapi sebab dia dipaksa dan terdesak so dia redah je hehehe. Lakonan Choi Si Won sebagai Yang Jung Kook memang tidak mengecewakan, sesuai juga Choi Si Won ni berlakon dalam genre komedi. Pemilihan pelakon semua best dan serasi dengan watak masing - masing. Antara yang patut diberi pujian pastilah pada Kim Min Jung yang membawa watak jahat sebagai Park Hoo Ja. Tapi watak Park Hoo Ja ni tak adalah jahat sangat sebab kadangkala lawak juga bila ada yang dia plan semua tak jadi disebabkan campurtangan Yang Jung Kook tu. Plus Park Hoo Ja ni nampak elegan dan cara cakap pun lemah - lembut ja, tapi bila dia naik angin habislaa hahaha. Antara yang menarik bila Kim Min Jung dan Kim Eui Sung reunion semula dalam drama My Fellow Citizen ni. Bagi yang tak tahu mereka berdua pernah berlakon dalam drama popular Mr. Sunshine, jadi anak dan bapa dalam drama tersebut.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Antara scene yang aku suka dalam drama ni masa Yang Jung Kook start berkempen dalam pilihanraya tu. Scene diorang meeting ramai - ramai tu pun dah lawak. Calon lain meeting dan cari jalan untuk fokus isu apa dalam pilihanraya tu. Berbeza dengan Yang Jung Kook dan teamnya yang sibuk meeting nak makan apa nanti hahahaha.Plus lagu rasmi untuk kempen pilihanraya Yang Jung Kook tu pun best, siap ada step tarian lagi hahaha. Aku rasa semua scene masa diorang berkempen untuk pilihanraya tu memang best dan lawak okey. Bila Yang Jung Kook dah menang dalam pilihanraya dan berjaya jadi wakil rakyat tu, jalan cerita start jadi boring sikit sebab ianya dah mula bertukar jadi serius sikit. Kadang - kadang aku rasa Kim Min Young lakonan Lee Yoo Young yang jadi isteri Yang Jung Kook ni naif juga walaupun dia adalah polis. Macam manalah dia boleh tak perasan yang suaminya tu adalah con artist, sedangkan dah banyak hint yang dia dapat. Malah Park Hoo Ja sendiri dah bagi tahu dia dah, tapi dia tak percaya. Dia cuma ingat suami dia ada hutang dengan Park Hoo Ja saja. Selain itu pelakon Choi Daniel dan Baek Jin Hee yang merupakan hero dan heroin drama Korea Jugglers turut jadi cameo dalam drama ni.

Aku suka juga dengan keluarga Yang Jung Kook ni, dari bapa sampai adik perempuannya memang semuanya sepesen, kaki tipu dan terror bab2 scammer ni semua, plus diorang ni semua kelakar dan gila - gila especially adik perempuan dia tu. Ending drama Korea My Fellow Citizen ni memang happy ending gitu. Apa pun jom tengok sinopsis penuh drama Korea My Fellow Citizen ni di bawah okey.

Mengisahkan tentang Yang Jung Kook yang merupakan seorang penipu yang jatuh cinta pada Kim Mi Young yang merupakan seorang polis. Kim Mi Young merahsiakan pekerjaannya dari Yang Jung Kook kerana risau hal lama berulang kembali. Dimana ex- boyfriendnya curang kerana stress dengan pekerjaan Mi Young sebagai seorang polis. Mereka berdua akhirnya berkahwin dan Kim Mi Young hanya memberitahu perkara sebenar pada Yang Jung Kook ketika mereka dalam perjalanan untuk pergi honeymoon. Yang Jung Kook sangat terkejut dan takut bila mengetahui yang isterinya adalah seorang polis. Selepas itu hubungan Yang Jung Kook dan Kim Mi Young mula dingin. Dalam masa yang sama Yang Jung Kook mula diburu oleh seorang ceti haram bernama Park Hoo Ja yang ingin membalas dendam pada Yang Jung Kook kerana sudah menipu bapanya. Ketika samseng - samseng upahan Park Hoo Ja sedang mengejar Yang Jung Kook, telah berlaku satu insiden yang tidak disengajakan bila Yang Jung Kook telah memukul seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan untuk menarik perhatian polis yang ada di kawasan berdekatan. 
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best, Poster Drama Korea My Fellow Citizen,
Namun Yang Jung Kook tidak menyangka lelaki yang dipukulnya itu adalah pembunuh bersiri yang dikehendaki polis. Polis berterima kasih pada Yang Jung Kook kerana telah membantu mereka untuk menangkap pembunuh tersebut. Hal tersebut turut mendapat liputan meluas dari pihak media dan Yang Jung Kook turut mendapat anugerah "the brave citizen" dari pihak polis. Dalam sekelip mata Yang Jung Kook menjadi sangat popular disebabkan insiden berkenaan. Dalam masa yang sama Park Hoo Ja berusaha melobi ahli politik untuk bekerjasama dengannya bagi meluluskan satu undang - undang yang akan menguntungkan pihaknya. Namun lama - kelamaan Park Hoo Ja mula berasa menyampah nak membodek dan melayan kerenah ahli politik itu dan mula merancang satu plan yang tak masuk akal iaitu menggunakan Yang Jung Kook. Park Hoo Ja mula mengugut Yang Jung Kook yang dia akan membunuh isteri Yang Jung Kook iaitu Kim Mi Young jika Yang Jung Kook tak mahu ikut cakapnya.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Atas sebab itu Yang Jung Kook terpaksa mengikut arahan Park Hoo Ja dengan ikut bertanding menjadi calon bebas untuk pilihanraya. Populariti Yang Jung Kook sedikit sebanyak membantunya untuk mendapat undian tapi tidak memungkinkan yang dia boleh menang pilihanraya. Atas sebab itu Park Hoo Ja telah mengupah Kim Joo Myung (Kim Eui Sung) yang merupakan seorang ahli politik veteran yang berpengalaman dalam hal ini untuk membantu Yang Jung Kook menang dalam pilihanraya ini. Awalnya Kim Joo Myung tidak begitu suka dengan Yang Jung Kook setelah tahu Yang Jung Kook ini seorang penipu. Namun lama - kelamaan dia menjadi rapat pula dengan Yang Jung Kook. Pelbagai perkara yang berlaku dalam pilihanraya itu sehinggalah pada satu tahap Park Hoo Ja mahukan Yang Jung Kook untuk tarik diri dalam pilihanraya itu dan menyokong calon lain. Yang Jung Kook mula berasa marah dengan keputusan Park Hoo Ja kerana dia telah bersemangat dan berusaha keras untuk menang. Namun atas hasil kebijaksanaan Kim Joo Myung dan Yang Jung Kook juga, mereka akhirnya menang.
My Fellow Citizen, Drama Korea, Korean Drama My Fellow Citizen, Drama Korea My Fellow Citizen, Sinopsis Penuh Drama Korea My Fellow Citizen, Ulasan Drama Korea My Fellow Citizen, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Drama Korea Best,
Setelah menang, Yang Jung Kook berazam ingin menjadi ahli politik yang berbeza dari yang lain dan benar - benar ingin berkhidmat untuk rakyat. Namun hal tersebut tidak disukai oleh Park Hoo Ja kerana semua rancangannya telah gagal bila Yang Jung Kook campurtangan. Lama - kelamaan Yang Jung Kook dan Park Hoo Ja mula bergaduh dan cuba untuk saling menjatuhkan antara satu smaa lain. Apa yang berlaku seterusnya? apa reaksi Kim Mi Young setelah tahu hal sebenar? Apa pun syok gak layan drama ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini. 

Read More »

17 Apr 2020

Jom Online Shopping di PG Mall

PG Mall - Malaysia No 1 Local E-Commerce Platform

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini. Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli - belah secara online kerana lebih selamat dan tak perlu keluar rumah gitu. Apa itu PG Mall?? bagi yang tak tahu mesti tertanya - tanya kan, okey meh aku gtau PG Mall adalah satu - satunya online shopping platform yang berkonsepkan Consumerchant (ConsuMerchant concept). Ada 'added value' disini dimana pembeli dan penjual akan menikmati cashback dari pihak PG Mall. Konsep ConsuMerchant ni adalah yang pertama di dunia yang mana kita sebagai pembeli boleh dapat cashback daripada pembelian sendiri setiap kali membeli - belah di PG Mall. Selain itu pembeli atau pengguna juga turut mendapat cashback daripada pembelian oleh pembeli lain yang 
mendaftar melalui referral link.

PG Mall sentiasa pastikan harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rendah dan tak membebankan pembeli. Antara kelebihan membeli - belah di PG Mall ini adalah menjimatkan masa dan tenaga, tiada had masa, korang boleh shopping pada bila - bila masa saja. Mudah dan selamat, selain menjimatkan wang kerana ada banyak diskaun dan promosi di PG Mall jadi harga produk dan barangan lebih murah gitu. PG Mall juga menyokong peniaga tempatan kerana sebahagian besar produk dan barangan di PG Mall adalah barangan tempatan. Jadi pembelian di PG Mall akan turut menyokong peniaga tempatan. Ada banyak pilihan barangan dan produk di PG Mall ini dari barang dapur, fashion, produk kecantikan sehinggalah ke barangan elektrik dan lain - lain lagi. Lebih istinewa lagi bila emas turut dijual di PG Mall ini okey. Emas seperti cincin, subang, rantai dan banyak lagi yang disukai oleh wanita terutamanya.

Lebih menarik bila PG Mall menjadi satu - satunya online shopping platform yang menerima bayaran melalui kesemua e-wallet yang ada di Malaysia seperti Touch n Go e-wallet, Boost, GrabPay dan juga QRPay sebagai payment method. Apa yang penting korang hanya perlu duduk di rumah dan shopping online di PG Mall. Ada banyak diskaun dan promosi menarik menanti korang di PG Mall antaranya seperti Super Shocking Sale , Hot Day Sale, MyRamadhan Campaign dan banyak lagi. Jom tengok apa yang menarik di PG Mall ini kat bawah okey..

Hot Day Sale

Hot Day Sale ini diadakan setiap hari, 3 slot sehari iaitu pada 10 pagi, 4 petang dan 9 malam. Paling best bila PG Mall bagi diskaun sehingga 80% gitu. Jadi korang kena rebut peluang ni untuk beli - belah pada harga yang murah gitu. ⏩ https://pgmall.my/hotsales

MyRamadhan Campaign

PG Mall, MyRamadhan Campaign, Online Shopping Platfotm,
Sedar tak sedar dah nak masuk bulan puasa dah. Jadi pihak PG Mall ada buat promosi MyRamadhan Campaign gitu. MyRamadhan Campaign ini berlangsung pada 17 April 2020 hingga 3 Mei 2020. Menerusi MyRamadhan Campaign ini pihak PG Mall ada buat tawaran istimewa untuk korang. Bagi pengguna baru atau pembeli baru di PG Mall ini, korang boleh menikmati diskaun RM15 daripada total bill berjumlah RM50 (minimum spend RM50). Ini bermakna korang shopping sebanyak RM50 dan dapat diskaun RM15 gitu, best kan!. Caranya mudah saja, korang hanya perlu tebus kupon diskaun ini. Terhad kepada 1000 pengguna/ pembeli terawal. 

Manakala bagi pengguna / pembeli sedia ada pula, korang akan dapat diskaun RM5 daripada total bill berjumlah RM30. Terhad kepada 1000 pengguna terawal. Seterusnya pengguna atau pembeli sedia ada juga turut menikmati diskaun RM25 daripada total bill berjumlah RM150. Macam biasa korang kena tebus kupon diskaun ini. Terhad pada 200 pembeli / pengguna terawal. Tawaran ini tertakluk pada terma dan syarat. Boleh klik sini untuk lihat MyRamadhan Campaign ➡️ https://pgmall.my/my-ramadhan-campaign

Maybank QRPay

Maybank QRPay, PG Mall, Online Shopping,
Setiap kali korang shopping di PG Mall korang boleh menikmati 10 % diskaun dengan pembelian minima RM30 bila bayar dengan Maybank QRPay atau MAE. Boleh guna sebanyak 2 kali dalam sebulan. Promosi ini sah sehingga 20 April 2020.

Boost Rakyat Cashback Campaign

Boost Rakyat Cashback Campaign, E-Wallet, PG Mall, Boost, PG Mall
Korang boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 15% tanpa perbelanjaan minimum (terhad pada RM10) semasa membuat pembelian di PG Mall dan membayar dengan Boost. Promosi ini sah sehingga 19 April 2020. So tunggu apa lagi jom shopping di PG Mall dan bayar dengan Boost okey.

AirAsia Big Loyalty Points

PG Mall, AirAsia Big Loyalty Points, Online Shopping
Shopping di PG Mall dan dapatkan 50% extra Big Point Bonus daripada Air Asia Big. Selain itu pemegang AirAsia Big Loyalty Points juga boleh gunakan big point mereka dan shopping di PG Mall gitu.

Forever Cashback Up to 3.5%
PG Mall, Pulangan Tunai, Forever Cashback,
Korang boleh menikmati pulangan tunai sepanjang masa di PG Mall ini. Actually korang boleh menikmati pulangan tunai sehingga 3.5% daripada jumlah perbelanjaan korang bila korang share referred link korang kepada pengguna baru / pembeli baru PG Mall. Menarik bukan..

Love You 3000 Campaign (Lucky Draw)
Love You 3000 Campaign, PG Mall,
Love You 3000 Campaign ini antara promosi yang menarik di PG Mall. Setiap bulan akan ada 2 kali cabutan bertuah. Ianya merupakan inisiatif yang dilakukan oleh PG Mall untuk bagi korang peluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM3000 gitu. Menarik kan, nak sertai kempen Love You 3000 ini mudah saja. Korang hanya perlu berbelanja minimum RM30 atau ke atas dalam satu resit. Nanti pihak PG Mall akan adakan cabutan bertuah gitu. Best kan..Cuba bayangkan kalau korang yang menang nanti memang syoklah kan..

PG Mall, Online Shopping Di PG Mall, Jualan, Hot Day Sale,
Apa tunggu lagi jom pi shopping di PG Mall sila klik sini k ➡️ https://pgmall.my/home


Read More »

3 Apr 2020

Maleficent : Mistress Of Evil

Maleficent, Maleficent : Mistress Of Evil, Maleficent 2, Angelina Jolie Movie, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,

Lepas tengok movie Jumanji yang terbaru, aku sempat juga tengok movie Maleficent yang terbaru bertajuk Maleficent : Mistress Of Evil. Movie ini release pada 18 Oktober 2019 dan diarahkan oleh Joachim Ronning. Movie ini adalah sequel pada movie Maleficent (2014). Antara pelakon movie Maleficent : Mistress Of Evil ini adalah Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Ed Skrein, Harris Dickinson dan ramai lagi. Movie ini mengisahkan tentang princess Aurora (Elle Fanning) yang telah dilamar oleh prince Phillip (Harris Dickinson). Pada awalnya mak angkat princess Aurora iaitu Maleficent (Angelina Jolie) tidak bersetuju mengenai lamaran itu dan tak nak Aurora berkahwin. Namun Aurora berdegil nak kahwin juga dan akhirnya Maleficent akur dan bersetuju untuk pergi berjumpa dengan ibu bapa prince Phillip iaitu King John dan Queen Ingrith (Michelle Pfeiffer). Mereka semua akan makan malam bersama. ikutkan prince Phillip dan bapanya King John memang baik, diorang nak kan kedamaian dan tak nak berperang dengan Maleficent. Tapi berbeza dengan ibu prince Phillip yang sememangnya nak berperang dan telah pun membuat persediaan untuk berperang secara rahsia.

Akhirnya atas kelicikan Queen Ingrith itu, makan malam tersebut menjadi huru hara bila Queen Ingrith berjaya membangkitkan kemarahan Maleficent. Manakala Aurora pula menyalahkan Maleficent kerana gagal mengawal kemarahan dan mencederakan King John. Tak lama kemudian Maleficent juga cedera parah dan Aurora tak tahu mengenai hal ini. Akhirnya berlaku peperangan antara 2 negara. Bila tengok movie ini memang rasa geram je tengok kejahatan Queen Ingrith itu. Stress juga tengok perangai Aurora yang lambat sedar mengenai perangai sebenar Queen Ingrith tu, pastu tak nak dengar pula cakap Maleficent tu. Kesian juga dekat semua fairy - fairy tu yang banyak mati sebab diorang tertipu dan hadir ke majlis perkahwinan Aurora tu. Ikutkan Prince Phillip dan Princess Aurora tu memang sepadan, dua - dua pun baik hati. Cuma ibu prince phillip tu je yang buat hal. Dalam movie ini juga Maleficent akan bertemu dengan mereka - mereka yang sama spesis dengannya dan penonton juga akan dapat tahu asal - usul Maleficent yang sebenarnya. Ada banyak juga scene - scene perang dalam movie ini. Walaubagaimanapun ending movie Maleficent : Mistress Of Evil ini mestilah happy ending kan. Puas gak tengok akibat yang Queen Ingrith tu kena tanggung sebab cari pasal dengan Maleficent. Cuma aku rasa hukuman tu tak setimpal dengan perbuatan kejamnya tu. Apa pun aku bagi 7.8/10 bintang untuk movie ini.

Jom Baca Ini juga ➤ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017