-->

18 Jul 2018

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti (Astro)

Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina, Sanay Wala Nang Wakas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Love Story, Cinta, Watak, Arabella, Ara, Bella, Mukhriz, Yem,
Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti 

Drama Cinta Tiada Ganti telah pun disiarkan di slot Tiara Astro Prima / Maya HD bermula 10 Julai yang lalu, drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Monalisa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Cinta Tiada Ganti ini adalah Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama Cinta Tiada Ganti ini adalah adaptasi daripada drama Filipina popular yang pernah menjdi fenomena di Malaysia dulu iaitu drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas lakonan Kristine Hermosa, Jericho Rosales, Diether Ocampo, Angelika Dela Cruz dan ramai lagi. Rasanya ramai yang masih ingat watak - watak dalam drama Sanay Wala Nang Wakas tu kan seperti Ara / Gracy, Christian, Leo dan Mary Ann tu, tambahan lagi drama filipina tersebut sudah diulang tayang beberapa kali di beberapa stesen TV bermula dengan Astro Prima, TV2 kemudian Astro Bella. Malah nama watak Arabella itu dikekalkan dalam drama ini, selain itu drama Cinta Tiada Ganti ini mempunyai 100 episod dan diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina, Sanay Wala Nang Wakas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Love Story, Cinta, Watak, Arabella, Ara, Bella, Mukhriz, Yem,
Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti (Slot Tiara Astro Prima / Maya HD)

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mukhriz (Aedy Ashraf). Dia berasal dari keluarga yang kaya - raya dan bakal mewarisi kesemua harta peninggalan keluarganya, manakala Arabella / Ara (Nelydia Senrose) pula adalah seorang gadis biasa yang berhati baik dan juga cantik. Mukhriz dan Ara bertemu di atas sebuah kapal. Pertemuan yang singkat itu telah menerbitkan rasa cinta antara mereka. Di mata Mukhriz, Ara adalah seorang gadis yang sangat sempurna. Dia dapat menerima Ara seadanya. Perhubungan mereka pada awalnya sangat indah. Di sebalik kebahagian Mukhriz, ada sesuatu yang dipendamkannya. Dia sebenarnya menyimpan dendam terhadap seorang lelaki yang telah membunuh ibunya. Perhubungan antara Mukhriz dan Ara mendapat tentangan keluarga. Demi cinta Mukhriz sanggup menentang keluarganya. Namun Mukhriz tidak pernah menyangka bahawa Ara adalah anak kepada lelaki yang menjadi pembunuh bapanya. Kebenaran tersebut telah menggugat hubungan Ara dan Mukhriz, tak lama kemudian satu kejadian telah berlaku dan menyebabkan Mukhriz menyesal dengan sikapnya pada Ara, manakala Ara pula hilang tanpa khabar berita. Selepas itu mereka masing - masing menemui pengganti dan juga cinta baru, ketika mereka mahu memulakan hidup baru, Ara dan Mukhriz ditakdirkan bertemu semula. Apa yang bakal berlaku seterusnya? adakah mereka bersatu kembali? mahu pun memilih cinta yang baru?..

Lagu Tema / OST Cinta Tiada Ganti
➔ Jodoh Ku nyanyian Khai Bahar
Drama Filipina, Sanay Wala Nang Wakas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, Gambar Pelakon Utama Drama Sanay Wala Nang Wakas, Pinoy Drama, Phillipines Drama, Throwback Picture, Watak, Ara, Gracy, Grace, Christian, Leo, Mary Ann, Newton, Shane, Senarai Pelakon Drama Sanay Wala Nang Wakas, Kristine Hermosa, Jericho Rosales, Diether Ocampo, Angelika Dela Cruz, 2004, 2005, Adaptasi Ke Drama Melayu, Drama Cinta Tiada Ganti, Blog Miss Banu Story,
Saja aku letak gambar pelakon asal Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas tu, ala - ala throwback gitu..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

11 ulasan:

  1. Cerita ni memang akan menjadi top selaras dengan drama Filipina Sanay wala Nang Wakas tuh..

    BalasPadam
  2. woo citer ni laaa ni tertengok ritu skejap. lalu kat ruang tamu tengok anak2 buah penuh depan tv. suka sangat edi tu eheh..

    BalasPadam
  3. Siapa pelakon wanita bertudung yg jd PA Mukhriz tu ? Cantik la dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama husna kot..model muslimah..slalu jd model bju kurung mawar cotton..

      Padam
    2. Cantik kn dia, terjatuh cinta lak

      Padam
  4. Wah best ceritanya sweet sangat

    BalasPadam
  5. sapa agaknya yg pegang watak leo n marry ann nt?

    BalasPadam
  6. dah terjebak ... sweet sgt ni ...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017