-->

30 Mei 2014

A Strong Friendship

Read More »

29 Mei 2014

CPUV Nuffnang - Sanofi Lactacyd

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat CPUV yg ketiga untuk bulan May ni iaitu Sanofi Lactacyd. Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan juga pihak pengiklan iaitu Sanofi Lactacyd. Tak lupa pada semua yg sudi klik2 iklan di blog ini thanks uolls. Kalau sudi klik2 lah lagi yer hehe.CPUV IKEA juga masih On Going di blog ini.
Inilah rupa iklannyer..korang boleh klik iklan ni di blog ini dan korang akan terus dibawa ke Facebook Sanofi Lactacyd dan kat sana korang boleh dapatkan sample percuma dengan hanya mengisi borang mudah. Selain itu korang juga boleh menyertai Contest disitu yang diberi nama Bold Phantasies.
Read More »

26 Mei 2014

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013

Assalammualaikum..
Jom tengok Senarai Pemenang ABPBH 2013 yang berlangsung pada sabtu lalu. Tahniah pada pemenang.

Kategori Utama
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Artis Baru Lelaki Popular – Achey
Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Stacy
Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular – Jep
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali
Kategori Online:
Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin
Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya
Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan

Read More »

25 Mei 2014

Aaron Aziz Menang Bintang Paling Popular 2013 #ABPBH

 
Assalammualaikum
Tahniah buat Aaron Aziz kerana berjaya memenangi Bintang Paling Popular 2013 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi. Kemenangan Aaron Aziz telah pun dijangka. Aaron berjaya 
merampas trofi Bintang Paling Popular dari Shaheizy Sam yg telah menang pada tahun sebelumnya. Tahniah sekali lagi.

P/s- ABPBH tahun ini agak boring...
Read More »

22 Mei 2014

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Setelah drama Aku Isterinya melabuhkan tirainya semalam, kini tibalah giliran drama baru yang bertajuk Kerana Terpaksa Aku Relakan mengambil tempat di Slot Akasia tv3. Drama ini merupakan adaptasi dari novel yang judulnya juga sama dan dibintangi oleh Izreen Azminda, Amar Baharin, Shafiq Kyle dan ramai lagi. Tak silap aku drama ini ada 24 episod. Apapun jom layan Sinopsis Drama ini..

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan
Mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan. Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati. 
Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi. Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah. Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati IndahSatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Sinopsis credit to Sini.. Gambar2 Credit to Page FB KTAR.

P/s- Khabarnya masa tgh shooting drama ini, Izreen bercerai dengan suaminya, moga izreen tabah dgn dugaan ini.
Read More »

21 Mei 2014

Episod Akhir Drama Aku Isterinya Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Semlm berakhirnya drama Aku Isterinya lakonan Izzue Islam dan Anzalna. Apa kesudahan drama ini? puas hati tak dengan ending drama ini, dan semestinya happy endinglah kan..Bagi yang terlepas menonton mana-mana episod drama ini bolehlah menonton di tonton.com.my. Mulai Rabu ini drama Kerana Terpaksa Aku Relakan lakonan Izreen Azminda dan Amar Baharin akan mengambil alih tempat drama Aku Isterinya. Apapun suka tgk Mya dan Mika sweet jer kan hehehe.

P/s- Rasanya aku dah pernah baca Novel KTAR tu, novel yg dipinjam dari member dulu tapi aku x ingat sangat bila yang aku baca tu, tapi bila tgk sinopsis cite ni mmg familiar sgt mcm dah pernah baca..
Read More »

20 Mei 2014

Cunning Single Lady - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yg bertajuk Cunning Single Lady atau turut dikenali dgn tajuk Sly And Single Again. Drama ini mempunyai 16 episod dan dibintangi oleh Lee Min Jung, Joo Sang Wook, Seo Kang Joon dan ramai lagi. Drama ini bergenre Romantik Komedi dan baru saja habis ditayangkan di Korea pada bulan April yang lalu. Tak sangka juga Joo Sang Wook mampu melakonkan watak komedi dengan baik sekali sebab sebelum ini dia terkenal dengan watak serius seperti dalam drama Good Doctor. Manakala Lee Min Jung pula memang terkenal dengan drama2 yang bergenrekan Romantik Komedi.
Bagi aku drama ni sweet dan kelakar tapi still ada part2 yg sedih antaranya ketika Na Ae Ra dan Cha Jung Woo bercerai dan byk lagi. Apapun drama ni memang happy ending nyer. Jom layan sinopsis drama ni..
Na Ae Ra bertemu dengan Cha Jung Woo yg merupakan seorang student Engineering yg amat pintar, Mereka akhirnya berkahwin dan di awal perkahwinan, mereka sangat bahagia. Masalah mula timbul bila Cha Jung Woo berhenti kerja dan cuba memulakan perniagaan sendiri. Namun perniagaan yg cuba diusahakan sering mgalami kegagalan menyebabkan Na Ae Ra yang merupakan suri rumah terpaksa keluar bekerja untuk menampung hidup mereka berdua. Na Ae Ra melakukan pelbagai kerja dan berhutang sana sini, keadaan ini berlanjutan sehingga 4 tahun. Na Ae Ra yg terlampau kuat bekerja akhirnya mengalami keguguran dan menyebabkan Na Ae Ra mula putus asa dengan kehidupannya bersama Cha Jung Woo.
Akhirnya Na Ae Ra memutuskan untuk bercerai dengan Cha Jung Woo. Selepas bercerai hidup Na Ae Ra tetap susah kerana terpaksa membayar hutang2 yang terdahulu. Berbeza dengan Cha Jung Woo, kerana die semakin sukses dan popular serta menjadi president of D&T Software Ventures. Cha Jung Woo kini berubah menjadi terkenal dan kaya. Walaubagaimanapun Cha Jung Woo langsung tidak mengetahui yg Na Ae Ra pernah mengandung dan keguguran dulu sebaliknya mempersalahkan Na Ae Ra atas sebab penceraian mereka. Na Ae Ra yg mengetahui mengenai kejayaan Cha Jung Woo memutuskan untuk cuba merapati dan menggoda bekas suaminya semula.
Na Ae Ra berjaya mendapatkan kerja di syarikat Cha Jung Woo dan berlakulah pelbagai insiden lucu antara mereka. Cha Jung Woo sengaja membenarkan Na Ae Ra bekerja di syarikatnya untuk memudahkan dia membalas dendam pada Na Ae Ra kerana meninggalkannya dulu. Pada awalnya mereka berdua saling membenci antara satu sama lain. Namun lama kelamaan perasaan sayang mula timbul dlm diri mereka. Mereka kini jatuh cinta untuk kali kedua. Namun keadaan dirumitkan dengan kehadiran Gook Yeo Jin turut ada hati pada Cha Jung Woo. Begitu juga dengan adik lelaki Gook Yeo Jin iaitu Gook Seung Hyun yg telah jatuh cinta pada Na Ae Ra walaupun dirinya lebih muda dari Na Ae Ra.
Walaubagaimanapun Syarikat Cha Jung Woo mengalami satu krisis besar sehingga memaksa Cha Jung Woo meletakkan jawatannya dari syarikatnya sendiri. Apa yang bakal berlaku kemudian? Adakah Na Ae Ra akan meninggalkan Cha Jung Woo untuk kali kedua? Adakah Na Ae Ra akan menerima cinta Gook Seung Hyun? Dapatkah Na Ae Ra dan Cha Jung Woo bersatu semula? kalau nak tahu kenalah tengok drama ni.
Saat-saat bahagia Na Ae Ra dan Cha Jung Woo ketika berkahwin sewaktu dulu sebelum berakhir dengan penceraian antara mereka. Selain itu Lee Min Jung pernah muncul jd guest dlm Running Man untuk episod yang di Hong Kong manakala Joo Sang Wook pula pernah muncul jd guest beberapa kali dalam Running Man.

Apapun enjoy juga tengok drama ni, aku bagi 3.6 bintang untuk drama ini.
Baca yg ini jugak-klik pada tajuk entry untuk baca entry berkenaan sepenuhnya..

Review Drama Lakonan Lee Min Jung Yang Terdahulu-
~# Big..

Review Drama Lakonan Joo Sang Wook Yang Terdahulu-
Read More »

17 Mei 2014

CPUV Nuffnang : Oreo Better Together


Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat lagi CPUV yg kedua untuk bulan ni, Sebelum ni dapat IKEA, kali ni dapat CPUV Oreo Better Together pula. Terima kasih pada pihak Advertiser iaitu Oreo dan juga pada Nuffnang. Tak lupa juga terima kasih tak terhingga pada korang yang sudi mengklik iklan2 di blog ini, kalau sudi klik2 lah lagi yer hehehe. Thanks semua.

Baca ini jugak..
Read More »

15 Mei 2014

Shakespeare said..

Read More »

14 Mei 2014

Orang Yang Paling Bahagia

Read More »

12 Mei 2014

Erin Malek & Redha Juara Fear Factor Malaysia 2

Read More »

10 Mei 2014

Jawapan Jom Teka Mata Siapakah Ini?


Assalammualaikum..
Okey inilah Jawapannya-

1- SriDevi
2- Madhuri Dixit
3- Juhi Chawla
4- Karisma Kapoor

Itulah jawapannya..Tahniah pada Deqla..kerana berjaya meneka dgn tepat hehehe. Tapi hadiahnyer xdelaa kan sbb teka suka2 jer ni hehe. Apapun terima kasih pada yg sudi join meneka sekali. Jom terjah Blog diorang ni k.

Read More »

9 Mei 2014

Jom Teka Mata Siapakah Ini?

Mata Siapakah ini??

Assalammualaikum..
Ada Sesape nak teka gambar mata siapakah kat atas tu..??
Klue->Pelakon Wanita Bollywood Yang Popular Dari Dulu Hingga Sekarang dan masih aktif berlakon hingga kini. Cer Teka Mata Siapakah itu??hihihi
Read More »

7 Mei 2014

CPUV Nuffnang : IKEA

Assalammualaikum..
Tadi ada check Nuffnang n tgk2 ada CPUV lak yg melekat di blog ini..yessza Alhamdulilah..Terima Kasih Nuffnang.. & IKEA.
So pada kengkawan semua jemput2lah n sudi2 kanlah Klik2 Iklan2 Nuffnang di blog ini yer..Terima Kasih juga pada semua yg sudi klik2 iklan di blog ini, jasa korang amat dihargai =)
Read More »

6 Mei 2014

Sinopsis Drama Kusinero Cinta Astro Mustika HD

Assalammualaikum
Pastinya ramai x sabar nak tengok drama ini kan sebab ada Jericho Rosales, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Ni drama melayu pertama Jericho Rosales, sebelum ini die pernah berlakon dlm beberapa babak dalam filem Bilut. Apapun drama ni mesti meletop punye hehe, perkataan Kusinero adalah dari bahasa Tagalog (Filipina) yang bermaksud Chef Lelaki. Drama ini mempunyai 60 episod dan akan disiarkan di channel 134 Astro Mustika HD setiap isnin-rabu. Jom layan Sinopsis drama ni k.
Sinopsis Kusinero Cinta

Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya. Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana. Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.
Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne. Apa yg terjadi seterusnya? kenalah tengok drama Kusinero Cinta.
Read More »

4 Mei 2014

God's Gift - 14 Days (Korean Drama Review)

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yg berjudul God's Gift- 14 Days. Drama ini mempunyai 16 episod dan dibintangi oleh Lee Bo Young, Jo Seung Woo, Kim Tae Woo, Jung Gyu Won, Baro dll. Drama ini bergenre suspen thriller, penuh dengan tanda tanya dan ala2  penyiasatan gitu. Lee Bo Young yg sebelum ini cemerlang dengan drama lakonannya yg popular iaitu I Hear Your Voice kini kembali dengan memegang watak sebagai seorang ibu buat pertama kalinya dalam karier lakonannya. Setiap episod dlm drama ini akan membuat kita suspen dan berteka teki siapakah penculik/pembunuh sebenar kerana semua watak boleh dianggap suspek.
Aku rasa drama ni patut dipanjangkan lagi maybe menjadi 17-18 episod sebab final episod drama ini nampak macam tergesa-gesa dan semua jawapan kepada semua persoalan dipadatkan dalam episod akhir . Hal ini menyebabkan episod akhir drama ini jadi sedikit kelam kabut. Teringin nak tahu apa yg jadi kat isteri Perdana Menteri yg berkomplot dengan Timbalan Menteri yg jahat tu sedangkan Pdana Menteri x tahu apa2 pun. Selain itu ramai yg keliru dan konfius dengan ending drama ini adakah hero drama ini mati di akhir cerita ataupun die hidup. 
Kalau ikut logik, die patut hidup, tapi mungkin gak mati. Pening nak pikir sebab ending cite ni terbuka dan terpulang pada penonton untuk mentafsirkannya dan membuat ending masing2. Rasanya penulis skrip patut bagi ending yg jelas. Ingatkan watak Lee Bo Young sbg Kim Soo Hyun akan bercinta dan berkahwin dgn Ki Dong Chan pada akhirnya tpi takde sebaliknya hero lak x tahu hidup ke mati. Apapun memang syok lyn drama ni sbb sentiasa suspen jer. Jom layan sinopsis drama ni k..
Kim So Hyun adalah ibu kepada Saet Byul yang telah diculik dan dibunuh. So Hyun tak dpt menerima kenyataan yg anaknya telah mati lalu cuba untuk membunuh diri sendiri. Walaubagaimanapun satu keajaiban telah terjadi, dimana So Hyun telah diberi peluang utk ke 14 hari yg lalu dan cuba utk menyelamatkan anaknya. So Hyun dibantu oleh Ki Dong Chan yg merupakan seorang bekas polis. Ki Dong Chan membantu So Hyun disebabkan kes peculikan dan pembunuhan anak So Hyun ada kaitan dengan hukuman yg bakal dijalani abangnya di penjara. Maka Mereka berdua sama2 mencari dalang yg sebenar dan akhirnya menemui satu rahsia besar dan mendapati ramai yg berkomplot dlm kes ini. 
Sepanjang penyiasatan, So Hyun juga mengetahui 1 kebenaran iaitu mengenai kecurangan suaminya dan menyebabkan rumahtangganya menjadi retak. Manakala Ki Dong Chan pula mula menaruh hati pada So Hyun, Adakah So Hyun berjaya menyelamatkan anaknya? dan mampukah Dong Chan menyelamatkan dan membuktikan abangnya tidak bersalah dan terselamat dari dihukum gantung? kerana hakikatnya abangnya memang tidak bersalah. Nak tahu Kenalah tengok cerita ni k.
Aku bagi 3.6 bintang untuk drama ni..jom baca review drama korea yg lain dibawah ini..

Review Drama Lakonan Lee Bo Young Yang Terdahulu-

Review Drama Lakonan Jung Gyu Won Yang Terdahulu-



Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017