-->

16 Mac 2014

Wonderful Mama- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review Drama Korea yg dah habis tengok iaitu drama Wonderful Mama yang masih ditayangkan di Channel One. Drama ni menggantikan drama (Incarnation Of Money).. yg ditayangkan sebelum ini di channel tersebut. Awalnya aku ingatkan drama ni tak best, tapi bila aku tengok di channel One tu terus tersuka lak drama Wonderful Mama ni, Aku tengok dalam beberapa episod di tv selebihnya aku tengok kat internet jer. Drama ni release di Korea pada tahun 2013 dan mempunyai 48 episod, panjangkan!? hehe. Setakat ni drama berepisod nih jela yang paling panjang yang pernah aku tonton. Tapi aku x habiskan tengok kesemua 48 episod tu sebab ada episod yang aku langkau2 sebab agak boring episod tu jd terus aku langkau ke episod yg suspen sikit hihi.

Selain itu dalam drama ni ada 4 pelakon yang mukanya familiar sebab aku dah pernah tengok drama diorang yg lain sebelum ni cthnya macam pelakon yg memegang watak Go Young Chae tu, die pernah berlakon pegang watak jahat dlm drama (Rooftop Prince).. manakala pelakon yg pegang watak Go Young Soo tu pernah berlakon dlm drama (Cheongdamdong Alice).. Kemudian yg pegang watak Oh Da Jung pernah berlakon dlm drama hits (Flower Boy Ramyun Shop).. dan last sekali yg pegang watak sbg Jang Ki Nam pula pernah berlakon dlm drama (7th Grade Civil Servant).. Drama Wonderful Mama ni memang menarik di permulaan cerita, tapi bila sampai di pertengahan cerita mulalah jalan cerita jadi agak meleret sedikit sehingga aku pun melangkau-langkau episod. Serabut sikit dgn ujian DNA semua tu sebab tgk anak sape semua dan x leh blah dgn watak Choi Eun Ok yg sgt jahat tuh.
Awalnya memang aku yakin sgt yg doktor tu anak kandung kpd Yoon Bok Hee tpi rupanya tidak, Jang Hoon Nam rupenyer anak kandungnya. Pastu ketiga-tiga anak Yoon Bok Hee tu adalah anak angkat rupenyer. Selain itu dalam cite ni ada gak watak perampas suami orang yg mana watak Kim Nan Hee yg cuba merampas suami Oh Da Jung. Memang geram dgn watak Kim Nan Hee tu yang sengaja nk rampas suami Oh Da Jung semata-mata inginkan kemewahan dan nak hidup senang. Ending drama ni juga nampak macam terburu-buru sikit macam nak cepat2 habis dan agak tergantung sikit yg mana apa jadi dengan Yoon Bok Hee selepas pergi berubat untuk penyakitnya iaitu Alzheimer' di luar negara?.
Adakah dia boleh sembuh? Kemudian sampai ke akhir episod tidak 
ditunjukkan bilakah ketiga-tiga anak angkat Yoon Bok Hee akan 
mengetahui perkara sebenar mengenai anak kandung Y.B.Hee iaitu
J.H.Nam yg juga merupakan suami kpd Go Young Chae. 
Inilah antara persoalan2 yang belum terjawab di ending drama ni.
Namun begitu ending drama ni masih dlm kategori happy ending juga
kerana akhirnya anak2 Y.B.Hee berubah dan matang serta hidup 
bahagia dan mereka akhirnya tahu yang ibu mereka itu sakit dan 
cuba menebus kesilapan mereka yg lalu.
Apapun memang boleh layann drama ni, aku bagi 3.7 bintang dari
 dari 5 bintang untuk drama ini..

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017