-->

22 Jun 2013

CheongDamdong ALice-Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Okey hari ni nak buat review drama Korea yg aku dah tengok baru2 ni iaitu Cheongdamdong Alice, actually dalam drama ni xde pun nama watak Alice hihi cuma nama Alice tu diorang amik sempena nama filem Alice In Wonderland sebab dalam drama Korea ni ada perlambangan sikit dengan filem tu..sape yang dah tengok drama ni mesti faham apa maksud aku..bagi aku drama ni banyak pengajaran, n ada 16 episod kesemuanya. Para pelakon drama ni famous2 jugak seperti Moon Geun Young, Park Si Hoo, So Yi Hyun dll. 2 Heroin drama ni iaitu Moon Geun Young ngan So Yi Hyun pernah jadi guest dalam Running Man.
Basic cerita ni lebih kurang pasal jurang antara Kaya dan Miskin. Aku suka tengok lakonan hero dan heroin drama ni best sangat. Contohnya Moon Geun Young lakonan die nampak tegas dan menyakinkan berbeza masa die jadi guest kat RM dulu cam budak2 qiut jer tpi bila die start berlakon mmg terbaiklah. Hero drama ni pun best suka dengan wataknya yang gila2 tu depan orang die memang nampak perfect tapi sebenarnya die ada masalah tekanan perasaan hihi bila takde orang die mula jadi tak betul sikit lawak dan comel hehe..
SiNoPsis
Han Se Kyung seorang yang rajin dan berusaha keras untuk mencapai impiannya sebagai Fashion Designer. Namun disebabkan keluarganya hidup susah die x dapat sambung belajar di luar negara. Tapi die percaya dengan usaha keras die mampu mencapai impiannya. Akhirnya setelah susah payah die berjaya mendapat kerja sbg Designer di Syk GN Fashion. Namun begitu Han Se Kyung tidak tahu yang dirinya mendapat kerja atas pertolongan musuh ketatnya di sekolah menengah dulu iaitu Seo Yoon Jo yang kini menjadi isteri kepada Presiden Syarikat berkenaan. Seo Yoon Jo sengaja melantik Han Se Kyung sebagai Personal Assistantnya dan ingin menunjuk-nunjuk yang dirinya lebih berjaya dan kaya dari Han Se Kyung. 
Han Se Kyung ternyata sgt terkejut bila melihat Seo Yoon Jo kini menjadi majikannya. Akhirnya die terpaksa bersabar dan akur kerana tidak sanggup menganggur lagi. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Boyfriend Han Se Kyung ingin berpisah dengannya atas alasan tidak mampu membahagiakan Han Se Kyung krn dirinya hidup susah serta perlu menguruskan maknya yg sakit sebelum akhirnya berhijrah ke luar negara. Dalam masa ini juga Han Se Kyung bertemu dengan Jean Thierry Cha/Cha Seung Jo ,yang juga seorang presiden syarikat dan anak orang kaya. Namun begitu Cha Seung Jo menyembunyikan identiti dirinya pada Han Se Kyung. Cha Seung Jo juga adalah bekas teman lelaki pada Seo Yoon Joo.
Dugaan datang menimpa apabila kedai ayahnya juga nak ditutup. Han Se Kyung mula hilang semangat dan tidak mampu bersabar, die berasa apa yang berlaku padanya tidak adil. Akhirnya die memutuskan ingin mengikut jejak langkah Seo Yoon Joo iaitu mencari jalan pantas untuk hidup senang iaitu dengan memikat anak orang kaya. Han Se Kyung meminta Seo Yoon Jo membantunya dalam misinya itu kalau tidak Han Se Kyung akan membocorkan rahsia Seo Yoon Jo. Akhirnya Seo Yoon Jo terpaksa membantu Han Se Kyung dengan memberikan diarinya. Dalam diari berkenaan Seo Yoon Jo telah menulis dengan lengkap apa yang dilakukannya dulu.
Misi pertama Han Se Kyung bermula dengan memikat Tommy Hong namun tidak berjaya akhirnya die beralih kepada Presiden Jean Thierry Cha yang mana die tidak tahu bahawa Jean Thierry Cha dan Cha Seung Jo adalah orang yang sama. Cha Seung Jo menyamar sebagai Setiausa kpd Jean Thierry Cha. Cha Seung Jo tidak tahu motif sebenar Han Se Kyung tapi akhirnya die telah jatuh cinta padanya. Begitu juga Han Se Kyung juga jatuh cinta pada Cha Seung Jo. Walaubagaimanapun Han Se Kyung mengetepikan perasaannya dan meneruskan motifnya untuk mendekati Presiden Jean Thierry Cha. Manakala Seo Yoon Jo pula tidak tahu siapa lelaki yang ingin Han Se Kyung pergunakan untuk jadi kaya.
Akhirnya Han Se Kyung mengetahui yang Cha Seung Jo sebenarnya adalah presiden Jean Thierry Cha. Han Se Kyung berasa bersalah atas perbuatannya tapi masih meneruskan misinya. Perbuatan Jahat Han Se Kyung telah diketahui oleh Tommy Hong dan die mengugut Han Se Kyung untuk meninggalkan Cha Seung Jo. Akhirnya Han Se Kyung memutuskan untuk membuat pengakuan kepada Cha Seung Jo atas segala perbuatannya namun dihalang oleh Seo Yoon Jo yang akhirnya mengetahi Han Se Kyung bercinta dengan Ex-Boyfriendnyer dulu. Akhirnya Han Se Kyung, Seo Yoon Joo,Tommy Hong telah bersepakat untuk merahsiakan dan membuat perjanjian antara mereka. Namun pakatan dan rahsia mereka telah diketahui oleh adik ipar Seo Yoon Joo iaitu Shin In Hwa. Maka apa yang akan terjadi kepada mereka semua???kenalah tengok drama ni hehehe..best ending die..rugi tak tengok..
Selain watak2 diatas aku suka gak dengan watak bapa kepada Cha Seung Jo ni ego giler hehehe tapi tetap sayang dgn anak die..Han Se Kyung ni lah yang cuba merapatkan hubungan bapa dengan anak yang renggang tu..Selain itu, Han Se Kyung dan Seo Yoon Joo yang bermusuh masa Zaman sekolah mula berubah menjadi kawan bila diorang sering berjumpa. Tommy Hong masa mula2 memang agak x best watak die tapi bila die start jadi baik n sering tolong Han Se Kyung seronok plak tengok die hihihi..

Watak Perwatakkan..


5 ulasan:

  1. salam..lama dah xlayan cite2 korean ni..sejak akhir2 ni busy dgn thesis, assgn..huhu..:-)

    BalasPadam
  2. Yess! akhirnya miss banu review drama nie...nyue mmg suka dgn drama nie..bg nyue mmg best la..ehehehe...eending tu happy ending kan..ehehehehe...

    nyue suka Moon Geun Young ..coz dia suka ketawa..ehehehe...cun sgt..btw kat runnig man dia actually suka gary..awww... tambahan skang gary dgn ji hyo bukan monday couple..hope dia dgn gary la...heheheheeh....

    panjang komen...bile kena partnye..ahaahahahaha....

    BalasPadam
  3. Hai Miss Banu...sihat???
    sorry dah lame tak singgah sini....


    BalasPadam
  4. alahaiii... tajuk pun ssh nk menyebutnye.hihihi... miss banu minat sgt eh citer korea..deqla 1 pun x penah lyn citer korea ni.. tp teringin la jugak ke korea tu..kohkohkoh..

    BalasPadam
  5. nak tengok lah. cikna mmg suka citer2 fantasi mcm ni. hehe..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017