-->

7 Ogo 2018

Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi (TV3)

Main Naa Bhoolungi, I Wont Forget, Drama Hindi, Slot Sonia, TV3, Drama Hindi TV3, Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi, India, Bollywood, Drama Serial, Hindi Drama Main Naa Bhoolungi Cast, Pelakon,  Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Bhuvan Chopra, Nigaar Khan, Anang Desai, Papiya Sengupta, Watak Pelakon, Poster, Dendam, Plot Twist, Watak Dalam Drama, Shikha, Sameer, Aditya, Madhu, Samaira Seth, Sinopsis By Miss Banu, 2018,
Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi Slot Sonia TV3

Drama Hindi Main Naa Bhoolungi (I Won't Forget) adalah drama terbaru di slot Sonia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Razia Sultan yang telah tamat episodnya. Sebelum ini TV3 juga sudah pernah menyiarkan drama hindi yang lain seperti Naagin dan Zindagi Gulzar Hai. Antara pelakon Drama Hindi Main Naa Bhoolungi ini adalah Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Bhuvan Chopra, Nigaar Khan, Anang Desai, Papiya Sengupta dan ramai lagi. Drama ini release di India pada tahun 2013 dan tamat disiarkan pada tahun 2014 dan kini pada tahun 2018, ianya disiarkan di Malaysia pula. Kalau tengok dari sinopsis drama hindi Main Naa Bhoolungi ini memang nampak menarik jalan ceritanya sebab ada plot twist dan juga pembalasan dendam, dramatik gitu kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Main Naa Bhoolungi, I Wont Forget, Drama Hindi, Slot Sonia, TV3, Drama Hindi TV3, Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi, India, Bollywood, Drama Serial, Hindi Drama Main Naa Bhoolungi Cast, Pelakon,  Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Bhuvan Chopra, Nigaar Khan, Anang Desai, Papiya Sengupta, Watak Pelakon, Poster, Dendam, Plot Twist, Watak Dalam Drama, Shikha, Sameer, Aditya, Madhu, Samaira Seth, Sinopsis By Miss Banu, 2018,
Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi Slot Sonia TV3

Mengisahkan tentang Shikha Gupta, seorang wanita cerdik dan berdikari. Shikha telah berkenalan dengan jejaka bernama Sameer Verma, yang merupakan seorang usahawan berjaya. Disangkakan sesuai untuk dijadikan suami, Shikha jatuh cinta lalu berkahwin dengan Sameer. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Pada mulanya, rumahtangga pasangan ini kelihatan seperti bahagia dan sempurna. Namun, Shikha langsung tidak tahu bahawa nama sebenar suaminya ialah Aditya Jagannath, dan lelaki ini mempunyai muslihatnya tersendiri. Suatu hari, Sameer telah tunjuk belangnya, dan cuba untuk membunuh Shikha serta menculik anak mereka, Manav. Shikha bernasib baik kerana dia berjaya diselamatkan. Sejak hari itu, hati Shikha diselubungi dengan perasaan benci dan marah. Dia bernekad untuk mencari anaknya dan membalas dendam terhadap Aditya yang telah memusnahkan kehidupannya. Shikha kemudian menukar namanya menjadi Samaira Seth dan turut merubah penampilannya menjadi lebih cantik berbanding dulu. 
Main Naa Bhoolungi, I Wont Forget, Drama Hindi, Slot Sonia, TV3, Drama Hindi TV3, Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi, India, Bollywood, Drama Serial, Hindi Drama Main Naa Bhoolungi Cast, Pelakon,  Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Bhuvan Chopra, Nigaar Khan, Anang Desai, Papiya Sengupta, Watak Pelakon, Poster, Dendam, Plot Twist, Watak Dalam Drama, Shikha, Sameer, Aditya, Madhu, Samaira Seth, Sinopsis By Miss Banu, 2018,
Rupa - rupanya Aditya / Sameer sudah pun mempunyai isteri bernama Madhurima yang merupakan perancang utama segala rancangan jahat ke atas Shikha. Manakala Shikha pula berjaya masuk ke dalam syarikat Jaggannath Group sebagai brand ambassador mereka. Awalnya Aditya yakin yang Samaira Seth itu adalah Shikha dan memberitahu isterinya mengenai Shikha yang masih hidup, namun isterinya Madhu tidak mempercayai kata - kata Aditya. Lama - kelamaan Aditya jatuh hati pula pada Samaira dan sanggup mengkhianati isterinya Madhurima. Rancangan Shikha makin berjaya apabila Aditya mengikut segala kata - katanya, namun bila Madhu mengetahui siapa sebenarnya Samaira, Madhu mula marah, begitu juga dengan Aditya yang turut mengetahui mengenai kebenaran Samaira Seth itu. Akhirnya Madhu dan Aditya kembali bersama dan merancang untuk membunuh Shikha. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Watak Pelakon
  • Aishwarya Sakhuja as Shikha Avinash Gupta/Samaira Seth
  • Vikas Manaktala as Sameer Verma/ Aditya Jagannath
  • Avinesh Rekhi as Neeraj Sachdeva
  • Bhuvan Chopra as Avinash Gupta
  • Rajlaxmi Solanki as Sudha Avinash Gupta
  • Pulkit Bangia as Vineet Avinash Gupta
  • Nigaar Khan as Madhurima Aditya Jagannath
  • Papiya Sengupta as Sunaina Mahanto Jagannath
  • Anang Desai as Mahanto Jagannath
  • Atul Kinagi as Jai Mahanto Jagannath
  • Garima Jain as Arya Mahanto Jagannath

Jom Baca Ini juga 👉👉 Episod Akhir Drama Ryan Aralyn (Akasia TV3)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

57 ulasan:

  1. X prnh layan tp prnh tngk iklan 😀

    BalasPadam
  2. Cikla mmg tgk cerita ni. Mmg best. Persoalan demi persoalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikla tau tak dimana mau tgk drama ni yg ada subtitle? Youtube tiada subtitle la..tmpt sy sewa ni xde astro tgk hp je

      Padam
    2. Betul tu, kenapa la kat Tonton takde masukkan cerita ni. Best kot!

      Padam
  3. Huh...
    Peminat setia hindi rupenye...

    Done follow...
    http://paanhealersblog.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. shu tak layan cita ni kali ni. boleh tengok sinopsis sajalah nampak gayanya :(

    BalasPadam
  5. Ada tengok iklan tapi tak sanggup nak tengok

    BalasPadam
  6. haritu ada tengok satu episod. tengok muka hero ni memang penuh muslihat. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang hero nye jahat sgt tapi hensem gile.hihi minat betol tgk

      Padam
  7. Kwen dgn shikha semata2 nk anak saja ka

    BalasPadam
  8. Pasepa Shikha? 😂hari3 tgok cita ni saya dok tya bnda yg sama. Dlm byak3 pmpn, pasepa Shika?

    BalasPadam
  9. APA DENDAM ANTARA MEREKA GAMAKNYA...

    BalasPadam
  10. Dndam apa lah agaknya . Haish btoi2 penaran jd

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. sinopsis penuh boleh baca kat wikipedia, sila search kat internet okey :)

      Padam
  12. Kenapa sameer nak bunuh shika?

    BalasPadam
  13. X fhm..knp madhu nak suru suaminya aditya bunuh shika..any explaination?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sinopsis penuh boleh baca kat wikipedia, sila search kat internet okey :)

      Padam
    2. Salam mcm mna nk tgok balik episode yg terlepas yg ada subtitles English or malay ya..

      Padam
  14. Kenapa dia nak bunuh Sheikha?
    Siapa bini dia?

    BalasPadam
  15. Sultan Razia da habis ? huhuhu lama gila citer tu. tak follow tapi kalo balik kg makcik memang fan. layan jugakla. apa eh ending dia hahaha.. tapi mesti dia dengan hero hensem tu hahaha.. ok ni drama baru =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap sy klu saya baca dlm sejarah dua2 hero heroin dia mati ...sedih cite dia...tp x tau dalam drama ni mcm mna

      Padam
  16. Saya nonton dari episod 1..bikin seru ni cerita..jln ceritanya sikka baru sedar dr koma...tak sabar mau tunggu cerita selanjutnya...hhhhhhh👍👍👍😃😃😃

    Saya peminat film hindi..☺

    BalasPadam
  17. Tak faham kenapa shika jadi mangsa dendam?

    BalasPadam
  18. Memang best giler😍
    Tapi sayang
    Petang2 ad tuisyen
    Xboleh tengok😂😂

    BalasPadam
  19. Macam mana nak tengok episod yg terlepas..pleasee..

    BalasPadam
  20. Macam mana nk tgok episod yg terlepas yee.. Pleasee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cer tengok kat portal tonton, tapi kalau takde kat situ, x tahulah kat mana boleh tengok huhu..

      Padam
  21. Best movie ni..sy stiap innings hngga khamis msti sy tgk tk blh t'lpas

    BalasPadam
  22. bosan giler drama ni.x logik dh ade album kawin xkn xke tnjuk k mahkhamah,lps tu pompuan tu giler r lembab..tp xpe tgu next episode

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woiii ...kalu ikut jln cite dia logik la.. Mcm mana nk buktikan kalu dri awl shika ni mangsa kpd sameer . Sameer da rncg dri awl la derr ....

      Padam
  23. kalau dah beristeri tu tak payah cari perempuan lain benci betul dengan watak aditya dengan madhurima tu

    BalasPadam
  24. Tiap koi 4 msti melangut depan tv, cerita dia best....

    BalasPadam
  25. Hari ni episod berapa ya?

    BalasPadam
  26. Dr awal tgk tak fhm sbb apa sameer dgn madhurima tu buat rancgan jahat pd shikha..ap salah die dgn kluarganya?sape blh jelaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg sy faham n tgk..shikha xsalah apa2 pun cuma shikha mangsa keadaan aditya n madhurima..sebnrnya adik shikha buat blog @email dlm pencarian mncry jodoh tnpa penhetahuan shikha n family..semua biodata shikha ade dia yg tulis..sbb tu sameer blh jejak dia n jadikan shikha dlm rncangan dia...n dlm pd ms yg sama sameer buat plan upah org suruhan @neeraj u ikut kemana shikha prgi u menakutkan shikha...n dpndekkan cite sameer kawin dgn sikha u dpt ank je sbb lau ade ank baru blh dpt hrta jagnath

      Padam
  27. Tiap ptg saya nk tengok.. Tpi ada yg terlepas... Nk tengok balik x ada ulangan ke.... Tv3..

    BalasPadam
  28. Tak brp fhm la mad dgn adit tu.. Memg adit tu tak suka kt shika ka atau semata nak ank ja

    BalasPadam
  29. Cuma kat youtube tak ada sbtitle..😭😭😭

    BalasPadam
  30. Kenapa slot sinetron tak ada lagi?

    BalasPadam
  31. Best gila cerita ni

    BalasPadam
  32. Best gila cerita ni

    BalasPadam
  33. akku suka taim dia menyanyi hahahha...,..

    mainna bholunggi...........aku takkan lupa .......I won't forget..........hhhhahhhaaa ........WO pu mingpai LA..,....ta Jiang ta se ..,.. aiya chipet

    BalasPadam
  34. Berapa episod ehh Sis cite ni? Mcm dh xlme je. Boleh bgi pencerahan takk? 😊😊😊😊

    BalasPadam
  35. Sy start tgk cerita ni masa drg kt mahkamah dah. Ada sesiapa blh jelaskan x, knp keluarga jagannath percaya yg Manaf tu anak madhu. Klu anak dia,mesti nampak dia ada mengandung kan..

    BalasPadam
  36. Main naa bhoolungi dah habis😣😣

    BalasPadam
  37. Best cite ni... saya tengok dari episode pertama sampai episode last....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lin ahm..sy nak tanya sikit sbb start tgk cerita ni masa drg kt mahkamah dah. Knp ye keluarga jagannath percaya yg Manaf tu anak madhu. Klu anak dia,mesti nampak dia ada mengandung kan..

      Padam
  38. Power citer..best sgt adventure dn pandai mangatu strategi utk mendapatkn keadilan bg pihak wanita ..best harap ada lagi citer mcm ni..tgok dr mula sampai akhir memer hebat jln citer kt tgh ii

    BalasPadam
  39. Tayang cerita Turki pulak... Cerita Turki tak kurang menariknya... Tukar senario pulak... Asyik2 filem hindi jee

    BalasPadam
  40. macam mana nk tengok yang ada subtitle sbb kat youtube xde subtitle la

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017