-->

18 Ogo 2018

Super Spontan Xtravaganza 2018

Super Spontan, Pertandingan, Super Spontan Xtravaganza, Astro Warna, Super Spontan Xtravaganza 2018, Bekas Juara Super Spontan, Zizan, Jep, Johan, Kamal Adli, Pelakon, Penyanyi, Pelawak, 2018, Juri Super Spontan Xtravaganza, Adibah Nor, Afdlin Shauki, Kumpulan, Sotong Kangkung, Peserta Super Spontan Xtravaganza, Ahli Kumpulan Sotong Kangkung, Izzue Islam, Siti Elizad, Modee, Shaheol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu, Nizam JJ, Lobster Leleh, Ahli Kumpulan Lobster Leleh, Fad Bocey, Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh, Abam Bocey, Tersingkir, Lawak, Lawak Spontan, Komedi, Kelakar, Hos Super Spontan Xtravaganza, Dato AC Mizal, Game, Permainan Spontan,
Super Spontan Xtravaganza 2018

Pertandingan Super Spontan Xtravaganza sudah pun berlangsung beberapa minggu dan menyaksikan 2 Kumpulan berentap iaitu kumpulan Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Antara Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018 ini terdiri daripada Izzue Islam yang merupakan ketua kumpulan Sotong Kangkung manakala ahli kumpulannya adalah Siti Elizad, Modee, Shahrol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu dan Nizam JJ. Manakala Fad Bocey pula akan menjadi ketua kumpulan Lobster Leleh dan ahli kumpulannya adalah Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh dan Abam Bocey. Setakat ini sudah ada beberapa peserta yang tersingkir, Tomok hampir tersingkir di minggu pertama namun nasib tiada penyingkiran di minggu pertama. Jaa Suzuran tersingkir di minggu kedua, manakala Modee dari kumpulan Sotong Kangkung tersingkir di minggu ketiga SS Xtravaganza ini. Minggu keempat pula menyaksikan ada 2 penyingkiran dan Achey memperoleh imuniti. Anas dan Zara Zya tersingkir di minggu ke – 4 Super Spontan Xtravaganza 2018.
Super Spontan Xtravaganza, 2018, Astro Warna, Pertandingan, Lawak Spontan, Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018, Ahli Kumpulan Sotong Kangkung, Izzue Islam, Siti Elizad, Modee, Shaheol Shiro, Achey, Atu Zero, Tauke Jambu, Nizam JJ,
Aku rasa Anas dan Zara Zya patut kekal lebih lama dalam Super Spontan 2018 ini, dari segi kumpulan pula, aku tengok kumpulan Sotong Kangkung lebih banyak menang dari Lobster Leleh ini. Antara pembaharuan untuk musim ini dalam Super Spontan Xtravaganza 2018 ini adalah dengan adanya juri tetap iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Nor serta juri jemputan. Kesemua juri ini akan memberi markah dalam 50 peratus dan 50 peratus lagi adalah dari undian sms / online penonton. Pengacara Super Spontan 2018 ini masih sama dan maintain iaitu Dato Ac Mizal, manakala di minggu kedua, Kamal Adli yang juga bekas juara Super Spontan Superstar 2017 menjadi hos sekejap untuk minggu kedua saja bagi menggantikan Dato AC. Manakala Johan dan Zizan pula menjadi juri untuk di minggu kedua yang lalu. Agak kelam kabut jugalah permainan bila Dato AC dan Afdlin takde, Cuma antara yang menarik di minggu kedua bila tanpa disangka Johan jatuh kerusi live di TV haha, apa pun semua benda tu dah lepas. Bestnya di minggu kedua tu bila 3 bekas juara ada di Super Spontan iaitu Kamal Adli, Johan dan Zizan.
Super Spontan Xtravaganza, 2018, Astro Warna, Pertandingan, Lawak Spontan, Peserta Super Spontan Xtravaganza 2018, Ahli Kumpulan Lobster Leleh, Zara Zya, Anas Ridzuan, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Mamak Puteh, Abam Bocey,
Apa pun banyak juga benda lawak dalam Super Spontan 2018 ni datangnya dari Dato Ac Mizal, interaksinya dengan peserta yang lain juga menarik dan kelakar, sampai aku yang susah nak gelak pun boleh tergelak sekali hehe. Part yang aku suka bila Dato AC suka kacau Tomok yang pakai rambut palsu tu hahaha. Malah para peserta pun lawak gak, dari segi game yang diorang main, terdapat juga beberapa game yang baru tapi setakat ni diorang masih belum main game Dahiku Dahimu lagi hehe. Apa pun baguslah sebab dah ramai penyanyi dan pelakon yang berani join Super Spontan yang sebelum ini dikuasai oleh para pelawak kan. Selain itu aku juga tak dapat nak ramal siapa bakal juara Super Spontan Xtravaganza ini nanti? sebab semua pun ada peluang gitu, asalkan belum tersingkir kan. 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    BalasPadam
  2. nak tengok jugak ni tapi x tngk2.. sebab rumah xdak
    tv konon nk tngk online. tp asal bkk laptop dok buat kerja lain =P

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017