-->

10 Ogo 2018

Drama Korea & Filem Bulan Julai 2018


Bulan Julai yang lalu, aku sempat menonton 2 drama Korea dan juga 2 filem Indonesia, selalunya aku tengok filem bollywood kan, tapi bulan Julai tu tukar sikit ke filem Indonesia yang kedua - duanya bergenre seram gitu. Manakala drama Korea tersebut pula berkaitan peguam dan hakim di mahkamah. Apa pun jom tengok senarai drama dan filem tersebut di bawah ini okey.

1) Miss Hammurabi (Korean Drama)
Pelakon: Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang dan ramai lagi.
Miss Hammurabi, Korean Drama Miss Hammurabi, Drama Korea & Filem Bulan Julai 2018, Korean Drama, Korean Style, 2018, Judge, Hakim, Mahkamah, Kes, K Drama, Channel JTBC, Berdasarkan Kisah Benar, Lawyer, Peguam, Miss Hammurabi Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Blog Miss Banu Story,
Awalnya aku teragak - agak juga sama ada nak menonton atau tidak drama Miss Hammurabi ini, bila dah menonton, memang rasa berbaloi gitu sebab jalan ceritanya memang berdasarkan kisah benar dan ditulis oleh hakim sendiri serta drama ini mendapat reaksi yang positif serta pujian daripada penonton. Drama Miss Hammurabi ini berkisarkan tentang kisah suka duka mereka yang bergelar hakim / judge. Aku start suka drama ini bermula episod ke 4, apa pun nantikan review drama ini okey.

2) Lawless Lawyer (Korean Drama)
Pelakon: Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Kim Byung Hee, Yum Hye Ran dan ramai lagi.
Lawless Lawyer, Drama Korea & Filem Bulan Julai 2018, Korean Drama, Korean Style, 2018, Judge, Hakim, Mahkamah, Kes, K-Drama, Channel TVN, Lawyer, Peguam, Pendakwaraya, Poster, Blog Miss Banu Story, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, 2018,
Aku suka dengan gandingan hero dan heroin drama Lawless Lawyer ini, plus semua pelakon lain juga best - best belaka. Nasib baik Lee Joon Gi masih berlakon dalam drama moden gitu hehe, selepas drama criminal minds yang kurang best itu, Lee Joon Gi kembali dengan drama Lawless Lawyer yang lebih menarik dan suspen. Berkisarkan tentang Bong Sang Pil yang ingin membalas dendam pada pembunuh ibunya menggunakan undang - undang, kerana pembunuh tersebut adalah orang penting dalam mahkamah dan Bong Sang Pil sendiri adalah seorang lawyer.

3) Mereka Yang Tak Terlihat (Filem Indonesia 2017)
Pelakon: Estelle Linden, Sophia Latjuba, Bianca Hello, Rowiena Sahertian, Frisly Herlind, Aliyah Faizah dan ramai lagi.
Movie List, Filem Indonesia, Indonesian Movie, Mereka Yang Tak Terlihat, Filem Bulan Julai 2018, Berdasarkan Kisah Benar, Filem Indonesia Mereka Yang Tak Terlihat, 2017, Cast, Pelakon Filem Mereka Yang Tak terlihat, Estelle Linden, Sophia Latjuba, Bianca Hello, Rowiena Sahertian, Frisly Herlind, Aliyah Faizah, Seram, Horror, Hantu, Deria Ke - 6, Poster Filem, Blog Miss Banu Story,
Aku suka dengan jalan cerita filem Mereka Yang Tak Terlihat walaupun endingnya agak sedih, malah fakta - fakta disebalik filem ini juga menarik dan buatkan aku makin tertarik nak tengok filem ini. Filem ini dikatakan berdasarkan kisah benar dan ada banyak hantu dalam filem ini hehehe. Suka tengok Estelle Linden dalam filem ini, sebab nampak comel dan lawa gitu. Apa pun memang best layan movie ini.

4) Arumi (Filem Indonesia 2018)
Pelakon: Panji Saputra, Nadira Maharani, Melvionita, Rizka Maharani, Rebecca Tamara, Ardina Rasti, Aditya Suryo dan ramai lagi.
Arumi, Movie List, Filem Indonesia, Indonesian Movie, Filem Bulan Julai 2018, Indonesian Movie Arumi, Seram, Horror, Hantu, Filem Seram, Arumi Cast, Pelakon Filem Arumi, Panji Saputra, Nadira Maharani, Melvionita, Rizka Maharani, Rebecca Tamara, Ardina Rasti, Aditya Suryo, Sinopsis Filem Arumi, 2018, Blog Miss Banu Story,
Filem Arumi ini juga unik dan menarik, berkisarkan tentang Rasty dan kawan - kawannya yang ingin bercuti di villa keluarga Rasty yang terletak di tengah hutan. Namun dalam perjalanan mereka terserempak dengan seorang kanak - kanak perempuan yang misteri bernama Lily. Kehadiran Lily turut mengundang 1 makhluk aneh dan menyeramkan bernama Arumi yang merupakan penjaga Lily yang kini mengganggu Rasty dan kawan - kawannya. Sepanjang menonton filem ini memang tertunggu - tunggu Arumi menjelmakan dirinya hehehe, tapi di peringkat awal dia acah - acah muncul hehe tapi bila dah muncul tu menyeramkan jugalah, tapi Arumi ini juga boleh berubah menjadi manusia yang cantik gitu hehe.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

7 ulasan:

  1. adudu lama dah x menonton drama korea. faktor umur kah?haha

    BalasPadam
  2. I only watched the lawless lawyer bcuz of joon gi hehe

    BalasPadam
  3. Dh tgk mereka yg tak terlihat, sedih sebenarnya ceritanya.

    BalasPadam
  4. http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-miss-banu.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017