-->

31 Jul 2017

Kartun Berdasarkan Lagu Ayda Jebat

Kartun Berdasarkan Lagu Ayda Jebat

Hahahaha, okey aku tergelak dan tersengih jugalah tengok kartun diatas tu, gambar di atas tu credit to ownernya. Aku jumpa gambar diatas tu dekat Twitter rasanya, apa pun kreatif dan lawak kartun diatas tu. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

30 Jul 2017

Sinopsis Memori Pajeri Nanas (Astro First)

Sinopsis, Filem, Malay Movie, Telefilem, Filem TV, Memori Pajeri Nanas, Astro First, Pelakon, Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Masakan, Rumahtangga,
Sinopsis Memori Pajeri Nanas (Astro First)

Assalammualaikum..
Filem TV Memori Pajeri Nanas sudah mula disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula 20 Julai 2017 yang lalu. Ini bermakna kalau korang nak tengok cerita ini, korang kena langganlah dulu ye macam filem - filem lain yang ditayangkan di Astro First tu. Movie Memori Pajeri Nanas ini dilakonkan oleh Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha dan ramai lagi. Manakala pengarah cerita ini adalah Aidilfitri Mohamed Yunos dan diterbitkan oleh TSAR Asia Sdn Bhd. Aku suka dengan barisan pelakon cerita ini, semuanya best, apa pun jom tengok sinopsis Memori Pajeri Nanas di bawah ini ye..

Sinopsis Memori Pajeri Nanas (Astro)

Mengisahkan Chef Armand (Alif Satar) begitu dikenali dengan resipi makanan hebat beliau. Sajian tradisional yang disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran-restoran terkemuka di ibu kota. Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan sehinggakan mereka berkehendakkan lebih pilihan menu dari Chef Armand. Semuanya dilihat sempurna pada diri Armand. Seorang tukang masak yang hebat, bekerjaya, muda, dikurniakan seorang isteri yang cantik, sempurna dan bahagia. Walaubagaimanapun, itu adalah sekadar luaran dan tidak mencerminkan apa yang terbuku di hati Armand. Armand mula kehilangan sentuhan masakannya. Perkahwinan yang dibina antara Armand (Alif Satar) dan Kayla (Tiz Zaqyah) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing. Armand merupakan seorang Chef dan perunding makanan untuk restoran-restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala isterinya, Kayla pula merupakan seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat (agensi pengiklanan). Tuntutan tugas menjadikan kedua-dua mereka sentiasa berada di dalam keadaan tertekan sehinggakan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama. 
Sinopsis, Filem, Malay Movie, Telefilem, Filem TV, Memori Pajeri Nanas, Astro First, Pelakon, Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Masakan, Rumahtangga,
Keadaan dilihat menjadi semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan telefon di antara Armand dan kawan baiknya, Camelia (Siti Saleha) yang turut merupakan bekas teman wanita Armand. Kayla mulai cemburu dan hubungan mereka semakin berantakan sehinggakan beliau ingin berpisah dari Armand. Armand ternyata tidak ingin mengaku kalah dan beliau mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kembali perkahwinan yang dibina ini. Pendekatan beliau adalah menerusi masakan-masakan tradisional yang dihidangkan kepada Kayla ketika berbuka puasa. Sepanjang 30 hari Ramadan, Armand meminta Kayla untuk pulang ke rumah dan berbuka puasa bersama dengan hidangan yang disediakan khas olehnya. Kayla bersetuju dengan syarat yang diberikan Armand dan jika cubaan ini gagal, Kayla tetap dengan keputusannya untuk berpisah dengan Armand.
Sinopsis, Filem, Malay Movie, Telefilem, Filem TV, Memori Pajeri Nanas, Astro First, Pelakon, Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Masakan, Rumahtangga,
Dalam pada itu, Armand dilihat sentiasa bertemu dengan Camelia untuk membantu beliau dengan masakan yang disediakan. Camelia juga merupakan seorang Chef dan memiliki sebuah restoran di pusat bandar. Pada masa yang sama, Camelia turut menasihati Armand akan cara-cara untuk memenangi hati isterinya kembali. Namun begitu, perjumpaan tersebut telah di salah-ertikan oleh Kayla dan beliau merasakan perkahwinan ini adalah sia-sia dan tidak lagi dapat diselamatkan. Kayla kemudiannya membuat keputusan untuk keluar dari rumah, meninggalkan Armand dan membawa diri ke luar negara. Armand masih lagi tidak mengalah. Beliau menyediakan masakan kegemaran Kayla, pajeri nanas dan berkejaran ke lapangan terbang untuk sekali lagi memujuk hati Kayla. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Berjayakah Armand memenangi kembali hati Kayla?

Lagu Tema / OST Memori Pajeri Nanas
Lagu Sampai Hati Nyanyian Athia Haron
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

29 Jul 2017

Review Drama Korea - Queen Of Mystery

Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Queen Of Mystery, Drama Mystery Queen, Detektif, Polis, Kes Jenayah, Surirumah, Ending, Queen Of Mystery Season 2, Episod Akhir, Pelakon, Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June, 2017,
Queen Of Mystery - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Queen Of Mystery yang release pada 5 April yang lalu dan tamat pada 25 Mei 2017. Drama ini dilakonkan oleh Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June dan ramai lagi. Drama Queen Of Mystery ini mempunyai 16 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Chief Kim / Good Manager yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Queen For Seven Days. Berita baik buat semua peminat drama ini, drama ini akan disambung ke musim kedua, jadi kemungkinan besar Queen Of Mystery 2 akan disiarkan pada tahun 2018. Cuma aku tak pasti, adakah drama tersebut nanti akan mengekalkan semua pelakon asal drama ini, sebab bagi aku, hero dan heroin drama ini iaitu Choi Kang Hee dan Kwon Sang Woo harus ada untuk musim kedua nanti. Kalau watak mereka digantikan dengan pelakon lain, tak bestlah kan, sebab dah biasa dan suka tengok diorang dalam drama ini. Aku harap diorang akan terima tawaran untuk berlakon dalam musim kedua nanti.
Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Queen Of Mystery, Drama Mystery Queen, Detektif, Polis, Kes Jenayah, Surirumah, Ending, Queen Of Mystery Season 2, Episod Akhir, Pelakon, Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June, 2017,
Aku suka tengok keserasian hero dan heroin drama ini, karakter watak diorang iaitu sebagai Yoo Seol Ok dan Ha Wan Seung memang serasi dan sepadan. Di awal - awal episod, korang boleh tengok betapa diorang sering bergaduh antara satu sama lain sebelum menjadi kawan baik di episod - episod seterusnya. Sayangnya dalam drama ini tidak ada kisah cinta antara mereka berdua, sebab Yoo Seol Ok sudah berkahwin manakala Ha Wan Seung masih bujang dan setia menanti kekasihnya. Namun lama - kelamaan memang nampak Ha Wan Seung tu ada hati juga pada Yoo Seol Ok, tambahan lagi Yoo Seol Ok juga mengalami masalah dengan suaminya kerana suaminya telah curang dan Y.Seol Ok juga dah berpindah dari rumah mertuanya itu dan tinggal sendirian tapi masih mengekalkan hubungan baik dengan ibu mertuanya serta adik iparnya. Jadi di musim kedua drama ini nanti, kemungkinan besarlah boleh ada kisah cinta antara Y.Seol Ok dan Ha Wan Seung ini. Selain itu aku suka tengok Ha Wan Seung dan Yoo Seol Ok saling mengusik antara satu sama lain, Ha Wan Seung awal - awal lagi dah warning dekat Y.Seol Ok supaya tidak jatuh cinta padanya hahaha.
Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Queen Of Mystery, Drama Mystery Queen, Detektif, Polis, Kes Jenayah, Surirumah, Ending, Queen Of Mystery Season 2, Episod Akhir, Pelakon, Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June, 2017, Poster Queen Of Mystery,
Malah cara Ha Wan Seung panggil Yoo Seol Ok dengan panggilan "Ajumma" tu pun kelakar, selain itu aku juga suka dengan personaliti Yoo Seol Ok yang unik tu, dia ni surirumah sepenuh masa tapi mempunyai hobi serta kebolehan untuk menyelesaikan segala kes jenayah yang rumit. Yoo Seul Ok ini juga sukar nak halang diri dia dari menyibuk dan mengambil tahu tentang segala kes jenayah yang berlaku di sekelilingnya. Disebabkan hal ini, dirinya sering menghadapi bahaya, namun Ha Wan Seung sering menyelamatkannya dari segala bahaya. Ada banyak persoalan yang tidak terjawab di episod akhir drama Queen Of Mystery ini, contohnya tentang kekasih Ha Wan Seung yang dikatakan telah mati tapi masih hidup, kemungkinan besar kekasihnya itu juga bersubahat dalam kes pembunuhan ibu dan ayah Yoo Seol Ok. Ending drama ini agak tergantung, jadi segala persoalan akan terjawab di season 2 nantilah kan. Secara keseluruhannya, aku suka dengan pelakon serta jalan cerita drama ini, memang best menonton drama ini, apa pun aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

28 Jul 2017

Sinopsis Drama Dendam Aurora (Astro)

Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Prima, Maya HD, Drama Dendam Aurora, Telenovela Itali Tuscan Passion, Drama 100 episod, Tanah Rata Cameron Highlands, Cinta, Love, OST Dendam Aurora, Lagu Nisan Cinta, Pelakon, Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim,
Sinopsis Drama Dendam Aurora (Astro) Lakonan Nabila Huda & Ungku Ismail

Assalammualaikum..
Drama Dendam Aurora adalah drama terbaru di Slot Tiara, Astro Prima dan Maya HD bagi menggantikan Drama Semusim Rindu yang telah tamat episodnya. Drama ini telah mula bersiaran pada 25 Julai 2017 yang lalu dan dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim dan ramai lagi. Drama Dendam Aurora ini mempunyai 100 episod dan merupakan adaptasi daripada telenovela Itali yang bertajuk Tuscan Passion. Selain itu drama ini diarahkan Feroz Kader dan Mohd Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Selain dibarisi oleh ramai pelakon best, aku juga turut sukakan lokasi shooting drama ini yang dibuat di Cameron Highlands, cantik betul tempatnya, jalan cerita pun nampak best. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, Selamat Membaca..
Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Prima, Maya HD, Drama Dendam Aurora, Telenovela Itali Tuscan Passion, Drama 100 episod, Tanah Rata Cameron Highlands, Cinta, Love, OST Dendam Aurora, Lagu Nisan Cinta, Pelakon, Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim,
Sinopsis Drama Dendam Aurora

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff). Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia. Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. 
Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro Prima, Maya HD, Drama Dendam Aurora, Telenovela Itali Tuscan Passion, Drama 100 episod, Tanah Rata Cameron Highlands, Cinta, Love, OST Dendam Aurora, Lagu Nisan Cinta, Pelakon, Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim,
Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim Hamzah(Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya. Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa. Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora. Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Lagu Tema / OST Dendam Aurora
➔ Nisan Cinta Nyanyian Siti Nordiana dan Jaclyn Victor

👉👉 Biodata Terkini Hannah Delisha
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Jul 2017

Sinopsis Drama Miss Kapten Cikgu Waiz (Lestary TV3)

Drama Melayu, Drama Bersiri, 13 Episod, Drama Baru, Slot Lestary, TV3, Drama Miss Kapten Cikgu Waiz, Sinopsis, Plot, Kapten, Pilot, Kapal Terbang, Pelakon, Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris,
Sinopsis Drama Miss Kapten Cikgu Waiz Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Miss Kapten Cikgu Waiz adalah drama terbaru di TV3 menggantikan drama Bahagia Kasihmu yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris dan ramai lagi. Drama 13 episod ini juga telah pun bersiaran pada 21 Julai yang lalu dan akan disiarkan di Slot Lestary Tv3, setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Manakala pengarah drama ini adalah Yeop Hitler dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye. Selamat Membaca..
Drama Melayu, Drama Bersiri, 13 Episod, Drama Baru, Slot Lestary, TV3, Drama Miss Kapten Cikgu Waiz, Sinopsis, Plot, Kapten, Pilot, Kapal Terbang, Pelakon, Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris,
Sinopsis Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Mengisahkan Kapten Khalisha yang berdepan dengan isu kepercayaan dan komitmen dalam cinta. Kisah bermula daripada perkenalan tak dirancang dengan Cikgu Waiz yang kebetulan mengenali adiknya, Kamarul dan kawan baiknya Melisa. Cikgu Waiz, seorang lelaki sederhana telah jatuh cinta pandang pertama dengan Kapten Khalisha dan ingin berkahwin dengannya. Kapten Khalisha sangsi pada kemampuan diri sendiri untuk menerima Cikgu Waiz dalam hidupnya. Semuanya bermula bila ayahnya, Pak Megat telah bernikah baru. Pernikahan itu memberi impak yang cukup besar pada ibunya, Mak Eton dan adiknya, Kamarul. Kapten Khalisha melihat sendiri bagaimana ibunya belajar menerima semua itu dan bagaimana ayahnya memulihkan semula keharmonian rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, Kapten Khalisha melihat semangat adiknya yang ingin melihat kegembiraan dalam keluarga mereka. Kapten Khalisha hanya berkawan rapat dengan Kapten Ghaz yang merupakan teman sekerjanya, walaupun Kapten Ghaz bersungguh ingin meluahkan rasa cinta. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Miss Kapten Cikgu Waiz
➔ Senyuman Manismu Nyanyian Tomok
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

26 Jul 2017

Ending Drama Semusim Rindu

Episod Akhir, Ending, Drama, Drama Bersiri, Semusim Rindu, Pelakon, Intan Ladyana, Ben Amir, Haliza Misbun, Kartina Aziz, Dayang Areeda, Faten Afifah,
Ending Drama Semusim Rindu

Akhirnya tamat sudah drama 40 episod Semusim Rindu ini, endingnya okeylah cuma nampak macam terburu - buru pulak bila di episod akhir inilah, baru macam - macam nak terjadi. Lagi satu aku rasa watak jahat Nadzimah / Mak Long itu macam senang sangat pula mati, just like that sedangkan banyak sungguk kejahatan yang dia dah buat kan. Apa pun watak Nadzimah tu memang jenis tak putus asa, ada je plan jahat nak kenakan Hajar contohnya dia gunakan Eddy untuk lakukan sesuatu pada Hajar tapi belum sempat Eddy tu bertindak, dia dah kena pukul dengan Adila yang merupakan anak sulung Nadzimah tu. Eddy kemudiannya mati, rasanya ni mesti Nuha dan Adila dah berpakat nak kenakan Nadzimah tu. Bila Nadzimah tu sedar, yang dah takde jalan keluar untuk dirinya, boleh pula dia pergi cari adik dia iaitu Nasriah yang merupakan mak pada Ikhman untuk mati bersama - sama, siap nak tembak dah. Pastu Adila sempat halang dan akhirnya berebut pistol dengan maknya tu dan akhirnya Nadzimah tu pun mati.

Apa pun watak Nadzimah lakonan Kartina Aziz dan watak Nasriah lakonan Haliza Misbun memang terbaik, rasa geram je tengok watak lakonan diorang. Manakala Hajar pula dari awal lagi memang mengelak nak bertemu dengan Ikhman, dia kemudiannya menghilangkan diri dan selama 6 bulan Ikhman mencari Hajar dan akhirnya berjumpa juga. Lepas berjumpa tu terus happy endinglah kan hahaha. Aku tak pastilah sama ada ending drama ini sama dengan versi novelnya sebab aku tak baca novelnya, ada yang cakap tak berapa sama. Apa pun aku suka semua barisan pelakon drama ini. Apa pun selepas ini drama Semusim Rindu ini akan digantikan dengan drama baru 100 episod yang bertajuk Dendam Aurora lakonan Ungku Ismail dan Nabila Huda.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Muliakah Aku (TV9)

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Muliakah Aku, Tv9, Slot Skrin Di 9, Watak, Zaidi, Zalia, Maya, Pelakon, Beto Kusyairi, Nonny Nadirah, Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Reza Hasbi,
Sinopsis Telemovie Muliakah Aku (TV9)

Assalammualaikum..
Isnin lepas sempat menonton telemovie Muliakah Aku di Slot Skin Di 9, TV9, best juga telemovie ini, penuh dengan pengajaran dan juga menarik. Telemovie Muliakah Aku ni dilakonkan oleh Beto Kusyairi, Nonny Nadirah, Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Reza Hasbi dan ramai lagi. Aku memang suka tengok semua telemovie yang ada Beto Kusyairi ni, sebab selalunya telemovie yang dia berlakon memang best - best belaka. Selain itu, telemovie Muliakah Aku ini diarahkan oleh Malek Rahman dan diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Muliakah Aku (TV9)

Mengisahkan Zaidi yang sering disenangi oleh penduduk kampung disebabkan sikapnya yang suka menderma dan rajin ke masjid, malah Zaidi juga seorang yang kaya raya namun mempunyai tabiat buruk, dimana dia suka menunjuk - nunjuk segala kebaikan yang dia buat di media sosial seperti Facebook. Zaidi bakal berkahwin dengan Zalia, namun Zalia kemudiannya dirogol oleh seorang lelaki yang berdendam dengan Zaidi. Zalia tidak memberitahu insiden dia dirogol kepada ibu bapanya, sebaliknya ingin membatalkan pernikahannya dengan Zaidi. Namun ibu bapanya bertegas dan inginkan Zalia bernikah dengan Zaidi tanpa mengetahui Zalia sudah dirogol. Zalia kemudiannya berjumpa Zaidi dan memberitahu perkara sebenar pada Zaidi dan merayu pada Zaidi agar tidak membatalkan majlis pernikahan mereka itu kerana tidak mahu ibu bapanya menanggung malu. Sebagai balasan Zaidi boleh menceraikannya bila - bila masa selepas nikah. Zaidi yang marah akhirnya bersetuju bernikah dengan Zalia namun hanya melayan Zalia dengan baik di depan ibu bapa Zalia saja. Namun hakikatnya Zaidi melayan Zalia dengan teruk sekali.

Dia memarahi dan memukul Zalia sesuka hatinya saja, Zalia hanya bersabar dan sentiasa ketakutan bila Zaidi berada di rumah. Dalam masa yang sama, Zaidi mula berkenalan dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Maya. Tak lama kemudian Maya mengandung anak Zaidi dan mula mengugut Zaidi untuk memberikannya duit kalau tidak dia akan malukan Zaidi. Zaidi mula hilang sabar selepas mendengar ugutan Maya, lalu melanggar Maya hingga mati. Tak lama kemudian isteri Zaidi iaitu Zalia pula mengandung tapi Zaidi tidak mempercayai yang Zalia mengandungkan anaknya lalu memukul Zalia hingga hingga keguguran. Dalam keadaan sakit, Zalia balik ke rumah ibu bapanya lalu pengsan. Ketika di hospital, Zaidi mula menuduh Zalia macam - macam dan menyebabkan Zalia minta cerai dan Zaidi akhirnya menceraikannya. Ibu bapa Zalia malu pada orang kampung kerana Zaidi mereka - reka cerita tentang keburukan Zalia dan keluarganya pada orang kampung, lalu menyebabkan Zalia dihalau oleh bapanya dari rumah. Zalia akhirnya menumpang di rumah kawannya dan memulakan hidup baru.

Selepas itu Zaidi pula diserang oleh penyakit misteri dan terlantar sakit, ibu bapa Zalia yang menolong Zaidi ketika sakit. Ibu Zalia menyuruh Zalia memaafkan Zaidi dan datang berjumpa dengan Zaidi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

Another Kad Raya - Julai 2017

Kad Raya, Syawal, Raya,
Another Kad Raya - Julai 2017

Assalammualaikum..
Tak sangka juga dapat kad raya lagi satu pada 21 Julai yang lalu, kad raya ini merupakan kad raya keempat yang aku terima. Kad Raya ini datangnya daripada Ruqaiyah Amanina yang merupakan pemilik Blog www.naniena.com. Terima Kasih kerana sudi mengirimkan kad raya ini, yang bestnya, bukan setakat dapat kad raya saja, tapi aku turut dapat kad diskaun untuk beli belah di kedai online miliknya. Apa pun terima kasih ye..Ikutkan aku nak up entry ini lebih awal, tapi tak berapa sihat plak sebab selsema dan batuk sikit, sekarang ini Alhamdulilah dah okey sikit cuma ada batuk dan kahak / gelema sikit..part kahak tu yang paling aku tak suka, rimas giler hahaha, moga - moga kahak ni hilang lepas makan ubat saja. Amin..
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

22 Jul 2017

Review Drama Korea - Tunnel

Sinopsis, Review, Review By Miss Banu, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Korean Artist, Tunnel, Thriller, Suspen, Time Traveller, Terowong, Unik, Pelakon, Choi Jin Hyuk, Yoon Hyun Min, Lee Yoo Young, Jo Hee Bong, Kim Byung Chul, Kang Ki Young, Lee Shi A, Kim Min Sang,
Tunnel - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Tunnel, drama ini dah lama habis cuma baru sekarang sempat nak buat review. Drama Korea Tunnel ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Choi Jin Hyuk, Yoon Hyun Min, Lee Yoo Young, Jo Hee Bong, Kim Byung Chul, Kang Ki Young, Lee Shi A, Kim Min Sang dan ramai lagi. Korean Drama Tunnel ini release pada 25 Mac dan tamat pada 21 Mei 2017, ianya disiarkan bagi menggantikan drama Voice dan kemudian akan digantikan dengan drama Duel. Aku suka dengan idea drama ini yang menggunakan terowong sebagai perantaraan antara tahun 1986 dan 2017 dan bagaimana Detektif Park Kwang Ho boleh merentas masa secara ajaibnya dari tahun 1986 ke tahun 2017 menggunakan terowong tersebut untuk menangkap pembunuh bersiri. Cara diorang menggambarkan zaman 80 an dulu - dulu juga menarik, aku rasa semua pelakon drama ini memang mempamerkan lakonan terbaik diorang hehehe. Aku hampir tak cam pelakon Kim Byung Chul yang menjadi polis dalam drama ini adalah orang yang sama berlakon watak jahat dalam drama Goblin itu. Begitu juga dengan pelakon Kim Min Sang yang memegang watak jahat dalam drama ini tapi sebenarnya adalah orang yang sama yang melakonkan watak komedi dalam drama Chief Kim / Good Manager.
Sinopsis, Review, Review By Miss Banu, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Korean Artist, Tunnel, Thriller, Suspen, Time Traveller, Terowong, Unik, Pelakon, Choi Jin Hyuk, Yoon Hyun Min, Lee Yoo Young, Jo Hee Bong, Kim Byung Chul, Kang Ki Young, Lee Shi A, Kim Min Sang,
Selain itu, watak jahat dalam drama ini iaitu Mok Jin Woo merupakan pembunuh bersiri tapi ianya berselindung dan menukar identiti menjadi Medical Examiner dan berkhidmat dengan polis. Hal ini mengingatkan aku dengan drama Korea Hello Monster / I Remember You, dimana watak jahat dalam drama tersebut turut menjadi medical examiner dan berada dekat dengan polis. Awalnya agak annoying juga dengan watak detektif Kim Sun Jae yang sombong dan kurang peramah itu, begitu juga dengan watak Shin Jae Yi yang agak misteri dan pelik tu. Sifatnya yang dingin, pelik dan misteri itu menimbulkan tanda tanya gitu, pandai diorang pilih pelakon sebab sesuai betul personaliti watak tersebut dengan raut wajah pelakonnya. Antara scene yang aku suka dalam drama ini adalah ketika scene Park Kwang Ho berasa pelik dan awkward dengan segala teknologi yang wujud di tahun 2017 ini, maklumlah dia kan berasal dari zaman 1986. Part paling kelakar bila dia terperanjat betul bila dengar suara GPS dalam kereta  Sun Jae tu hahaha. Scene ketika Park Kwang Ho reunion semula dengan juniornya iaitu Jeon Sung Sik itu juga best, sebab Sung Sik pada tahun 2017 dah agak berusia berbanding Park Kwang Ho yang kekal muda dan kacak hehe.
Sinopsis, Review, Review By Miss Banu, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Korean Artist, Tunnel, Thriller, Suspen, Time Traveller, Terowong, Unik, Pelakon, Choi Jin Hyuk, Yoon Hyun Min, Lee Yoo Young, Jo Hee Bong, Kim Byung Chul, Kang Ki Young, Lee Shi A, Kim Min Sang, Ending,
Aku juga suka dengan twist yang ada dalam drama ini, contohnya Shin Jae Yi yang pelik itu sebenarnya adalah anak tunggal Park Kwang Ho. Manakala Kim Sun Jae pula adalah anak kepada mangsa bunuh yang disiasat oleh Park Kwang Ho pada tahun 1986, ketika itu Kim Sun Jae masih kecil lagi. Selain itu scene ketika Kim Sun Jae syak Park Kwang Ho adalah penipu itu juga sangat mendebarkan bila Park Kwang Ho terpaksa menerangkan perkara sebenar yang susah untuk dipercayai oleh semua orang kerana penerangannya tidak masuk akal iaitu dia datang dari zaman lampau. OST Tunnel ini boleh tahan juga terutamanya lagu - lagu background untuk scene - scene suspen, manakala ending drama ini memang happy endinglah kan sebab pembunuh bersiri telah dapat ditangkap dan Park Kwang Ho juga dapat pulang ke zamannya, cuma sedih sikitlah masa Park Kwang Ho nak berpisah dengan juniornya itu, serta Sun Jae dan anak perempuannya itu. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama Korea Tunnel ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

20 Jul 2017

Filem Power Rangers 2017

Power Rangers. 2017, Filem, Movie, English Movie, Sinopsis, Review, Review By Miss Banu, Watak, Jason, Kimberly, Billy, Zack, Trini, Aksi, Zords, Megazords, Pelakon, Dacre Montgomery, Naomi Scott, RJ Cyler, Becky G, Ludi Lin, Elizabeth Banks,
Filem Power Rangers 2017

Assalammualaikum..
Filem Power Rangers ini dah release pada 24 Mac 2017 yang lalu dan merupakan sebuah filem Adiwira yang diarahkan oleh Dean Israelite. Filem ini dilakonkan oleh Dacre Montgomery, Naomi Scott, RJ Cyler, Becky G, Ludi Lin, Elizabeth Banks dan ramai lagi. Ingat lagi masa kecil dulu, selalu tengok Power Rangers dekat TV setiap hujung minggu. Paling best bila tengok Power Rangers yang dilakonkan oleh pelakon asalnya, tapi bila diorang dah tukar - tukar pelakon, ianya jadi kurang best sikit. Costume Power Rangers dalam filem ini memang nampak cantik, cool dan bila aku tengok costume diorang ni buat kan aku teringat dekat costume Iron Man hehehe. Dua pelakon asal series TV Power Rangers iaitu Jason David Frank (Original Green Power Rangers) dan Amy Jo Johnson (Original Pink Power Rangers) turut membuat kemunculan khas dalam filem ini iaitu di bahagian ending filem ini, sebagai penduduk di Angel Grove. Watak Jahat dalam filem ini adalah Rita Repulsa yang ingin mendapatkan Zeo Crystal. Bila tengok kenderaan Power Rangers yang dikenali sebagai Zords yang kemudiannya boleh bergabung membentuk Megazord memang mengembalikan nostalgia zaman kanak - kanak dulu, siap keluar lagu "Go Go Power Rangers" hahaha.

Scene ketika Jason, Kimberly, Billy, Trini, Zack yang sukar untuk bekerjasama dalam satu pasukan serta untuk mereka bertukar ke sut Power Rangers itu juga menarik. Mereka berlima sentiasa bergaduh dan sukar untuk bersatu, tapi bila sesuatu terjadi, barulah mereka berlima dapat bekerjasama antara satu sama lain. Aku terfikir juga kalau diorang libatkan juga kesemua pelakon asal untuk memegang beberapa watak dalam filem Power Rangers ini, mungkin kan jadi lebih best kot haha. Selain itu aku juga suka bila filem Power Rangers ini lebih memfokuskan tentang kisah Power Rangers dan bagaimana mereka akan bersatu berbanding kisah cinta. Apa pun boleh tahan jugalah filem Power Rangers ini, dan aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

18 Jul 2017

Filem Adaptasi Novel Kau Yang Satu

Sinopsis, Novel, Filem, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Filem Adaptasi Novel, Kau Yang Satu, Novelis Nia Azalea, Watak, Taufik, Salina, Zulkifli, Isabella, Pengarah, Osman Ali, Pelakon, Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Kisah Kahwin Paksa, Cinta,
Novel Kau Yang Satu Karya Nia Azalea (Filem Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Kau Yang Satu karya Novelis Nia Azalea telah diadaptasikan menjadi sebuah filem dan akan ditayangkan di pawagam pada 27 Julai 2017 ini. Novel Kau Yang Satu ini kira novel lama juga, sebab masa aku masih bersekolah, novel ni dah wujud dah pun hehe. Aku ingat lagi yang aku pernah belek - belek novel ni dekat kedai buku dulu hehe, memang aku kenal sangat cover novel ini. Jalan cerita Novel ini berkisarkan tentang kisah kahwin paksa antara Taufik dan Salina. Manakala dalam versi filem pula, watak Taufik akan dilakonkan oleh Aaron Aziz, dan watak Salina pula akan dilakonkan oleh Izara Aishah. Selain itu, Hisyam Hamid akan melakonkan watak Zulkifli dan Soo Wincci akan melakonkan watak Isabella. Kali ini penonton dapat lihat Soo Wincci melakonkan watak jahat pula dalam filem Kau Yang Satu ini, apa pun aku rasa pemilihan pelakon untuk berlakon dalam filem ini memang sesuai dengan jalan cerita. Apa pun jom tengok sinopsis Novel dan juga filem Kau Yang Satu di bawah ini. Selamat Membaca.
Sinopsis, Novel, Filem, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Filem Adaptasi Novel, Kau Yang Satu, Novelis Nia Azalea, Watak, Taufik, Salina, Zulkifli, Isabella, Pengarah, Osman Ali, Pelakon, Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Kisah Kahwin Paksa, Cinta,
Sinopsis Novel dan Filem Kau Yang Satu

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak SulaimanTaufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan ZulkifliBahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

17 Jul 2017

Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)

Drama Filipina, Slot Telenovela, TV3, Ysabel, Sa Piling Ni Nanay, Telenovela Filipina, Kisah Ibu Tumpang, Cinta, Dendam, Aksi, Jenayah, Pelakon, Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann, Kisah Perebutan Anak,
Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)

Assalammualaikum..
Drama Filipina Ysabel atau Sa Piling Ni Nanay telah mula disiarkan di Slot Telenovela TV3 bermula 10 Julai yang lalu menggantikan drama Glamorosa yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan  Yasmien Kurdi-SoldevillaKatrina HaliliMark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann dan ramai lagi. Drama Filipina Ysabel ini telah pun disiarkan di Filipina pada bulan June 2016 hingga Januari 2017, ini bermakna drama ini masih baru lagi dan kini dah disiarkan di Malaysia. Drama ini akan disiarkan di Tv3, pada hari Isnin hingga Khamis, jam 3 petang dan bergenre romantik, aksi, jenayah dan dendam. Bila tengok sinopsis drama ini, aku teringat pula kat filem Hindustan Chori Chori Chupke Chupke hahaha, sebab fokus utama jalan ceritanya berkisarkan tentang Ibu Tumpang dan Ibu Angkat tapi jalan cerita kedua - duanya memang berbezalah kan. Ada sesiapa tak yang tengok drama ini?, pastinya drama Ysabel ini atau tajuk sebenarnya drama ini adalah Sa Piling Ni Nanay akan membuai emosi penonton, manakala Ysabel adalah nama watak heroin cerita ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Ysabel ini di bawah ye.


Drama Filipina, Slot Telenovela, TV3, Ysabel, Sa Piling Ni Nanay, Telenovela Filipina, Kisah Ibu Tumpang, Cinta, Dendam, Aksi, Jenayah, Pelakon, Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann, Kisah Perebutan Anak,
Sinopsis Drama Filipina Ysabel (Telenovela TV3)

Mengisahkan tentang Ysabel yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Maymay. Ysabel bekerja sebagai pembantu peribadi pada Scarlet dan sangat menyayangi anaknya Maymay, walaubagaimanapun Maymay menghidapi Kanser dan memerlukan rawatan pemindahan tulang sumsum. Ini menyebabkan Ysabel perlu mencari wang secepat mungkin untuk membiayai kos rawatan anaknya itu. Majikannya iaitu Scarlet tidak boleh mengandung dan menyakinkan Ysabel untuk menjadi Ibu Tumpang dan melahirkan anaknya. Ysabel yang terdesak kerana memerlukan wang untuk anaknya, akhirnya bersetuju. Ketika Ysabel hampir melahirkan bayi tersebut, Maymay telah meninggal dunia akibat kemalanganYsabel menjadi kemurungan akibat perkara itu. Tidak lama kemudian, bayinya dilahirkan dan diberi nama Katherine. 
Drama Filipina, Slot Telenovela, TV3, Ysabel, Sa Piling Ni Nanay, Telenovela Filipina, Kisah Ibu Tumpang, Cinta, Dendam, Aksi, Jenayah, Pelakon, Yasmien Kurdi-Soldevilla, Katrina Halili, Mark Herras Jillian Ward, Gabby Eigenmann, Kisah Perebutan Anak,
Disebabkan rindu kepada Maymay, Ysabel ingin menjaga bayi yang dikandungnya itu, tetapi dihalang Scarlet sekeluarga. Scarlet sebenarnya bukanlah ingin menjadi ibu, tetapi dia hanya menuruti kehendak ibu mertuanya yang inginkan cucu. Kerana marah dengan sikap acuh tak acuh Scarlet terhadap anaknya, Ysabel membuat keputusan melarikan bayi tersebut. Bayi itu diberi nama sebagai Maya, sempena nama anaknya yang telah mati, Maymay. Suami Scarlet iaitu Jonas mempunyai perasaan cinta pada Ysabel tetapi cintanya mula berubah menjadi benci dan marah apabila Ysabel mengambil dan melarikan anak Scarlet itu. Bermulalah perebutan antara Ysabel dan Scarlet untuk mendapatkan anak mereka iaitu Maya. Siapakah yang akan dipilih oleh Maya untuk menjadi ibunya? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Jonas aka jatuh cinta kembali pada Ysabel? 

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

16 Jul 2017

Sinopsis Drama Gaduh - Gaduh Sayang (TV1)

Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Gaduh - Gaduh Sayang, Novelis Immaz Huda, Kisah Kahwin Paksa, RTM, Slot Widuri, TV1, Pelakon, Shukri Yahaya, Nur Risteena, Riz Amin, Zarynn Min, Shima Anuar, Moer Mohd, Kenji Sawahi, Fazlina Ahmad Daud,
Sinopsis Drama Gaduh - Gaduh Sayang Slot Widuri TV1 (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Drama Gaduh - Gaduh Sayang Lakonan Shukri Yahaya dan Nur Risteena sudah mula bersiaran di Slot Widuri, TV1 setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam. Drama 26 episod ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Nur Risteena, Riz Amin, Zarynn Min, Shima Anuar, Moer Mohd, Kenji Sawahi, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama ini juga merupakan adaptasi dari Novel Gaduh - Gaduh Sayang karya Novelis Immaz Huda. Selain itu, drama Gaduh - Gaduh Sayang ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Medyavizyon Sdn Bhd. Agak menarik juga jalan cerita drama ini, selain itu dah lama tak nampak Nur Risteena ni berlakon, jadi kalau korang terlepas nak tengok drama ini, korang boleh menonton drama ini secara online di laman web RTM iaitu di myklik.rtm.gov.my. Apa pun jom tengok sinopsis lengkap drama ini dibawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Drama Gaduh - Gaduh Sayang Slot Widuri TV1

Mengisahkan Lady Lee Syazana yang baru pulang ke Malaysia setelah tamat pembelajaran perubatan di Jakarta, dan kepulangannya tidak diketahui kedua ibu bapanya. Yang tahu hanya setiausaha bapanya, Mira. Syazana mahu berehat seketika sebelum memberitahu orang yang dia sebenarnya sudah pulang. Apabila Mira melihat Syazana, dia sedikit terkejut, kerana kali terakhir dia berjumpa dengan Syazana dulu, Syazana adalah seorang yang gemuk dan tidak menarik.
Rafiqi Rayyan pula didesak dengan masalah kewangan syarikat bapanya. Dato Sabri dan Datin Sofea merasa kalaulah Rafiqi boleh berkahwin dengan anak orang yang sama kaya, mungkin keluarga isteri Rafiqi boleh bantu melabur dalam syarikat dia. Akhirnya, Dato Sabri dan Datin Sofea memujuk Rafiqi untuk berkahwin dengan anak kenalan mereka, Dato Lee dan Datin Helena. Sementara itu, pertemuan beberapa kali antara Rafiqi dan Syazana selalu dalam keadaan bermasalah dan sering menimbulkan perkelahian mereka berdua. Setiap kali berjumpa, ada saja yang tak kena sama ada dengan sengaja atau tak sengaja.

Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Gaduh - Gaduh Sayang, Novelis Immaz Huda, Kisah Kahwin Paksa, RTM, Slot Widuri, TV1, Pelakon, Shukri Yahaya, Nur Risteena, Riz Amin, Zarynn Min, Shima Anuar, Moer Mohd, Kenji Sawahi, Fazlina Ahmad Daud,

Syazana bengang apabila dia dapat tahu yang dia akan dikahwinkan oleh bapanya. Dia mula membuat satu rancangan agar idea untuk kahwin itu gagal. Dia pulang ke rumah memakai sut gemuk, membuatkan ibunya Datin Helena dan bapanya Dato Lee terkejut dan risau sekiranya keluarga Dato Sabri tidak bersetuju. Tetapi lebih memeranjatkan mereka adalah apabila Rafiqi yang dikatakan ‘kacak’ itu, tiba dengan perut boroi dan gigi yang jongang.

Rupanya Rafiqi juga mempunyai rancangan menukar identiti asal dengan alasan untuk mengenali sama ada bakal isterinya nanti benar-benar ikhlas atau berkahwin kerana rupa dan harta. Bermulalah episod perkenalan Rafiqi ‘jongang’ dan Syazana ‘gemuk’. Pelbagai insiden mencuit hati berlaku sepanjang perkenalan dalam samaran mereka ini. Akhirnya, rahsia mereka terbongkar dan wajah sebenar masing-masing dapat dilihat. Rafiqi dan Syazana tidak menyangka mereka telah saling mengenali tapi dalam beberapa insiden perkelahian sebelum ini. Rancangan untuk cuba mensabotaj perkahwinan sendiri gagal. Mereka akhirnya dikahwinkan juga.



Perkahwinan Syazana dan Rafiqi bermula dengan rasa kurang senang apabila bekas teman lelaki Syazana (Aiman) dan bekas teman wanita Rafiqi (Qistina muncul semula). Lebih mengharukan adalah apabila Rafiqi dapat tahu yang Qistina juga merupakan teman baik Syazana sewaktu di sekolah dahulu. Aiman cuba untuk untuk memujuk Syazana supaya memaafkan dia sebab memutuskan pertunangan dulu. Dan Qistina juga masih lagi menaruh harapan pada Rafiqi, dan dia tahu yang Rafiqi masih belum boleh melupakan dia memandangkan Qistina adalah cinta dia dari zaman persekolahan dulu. Terdahulu, ibu Rafiqi telah memisahkan Qistina dengan Rafiqi menyebabkan Qistina melarikan diri ke luar negara. Ini menjadi rahsia yang disimpan oleh Qistina untuk memberitahu Rafiqi apabila sampai masanya nanti dengan niat untuk merebut kembali Rafiqi daripada kawan baiknya Syazana. Situasi hubungan dengan bekas kekasih masing-masing menimbulkan rasa tidak senang dan pertelingkahan dalam rumahtangga yang baru dibina oleh Syazana dan Rafiqi.
Sinopsis, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi Novel, Novel Gaduh - Gaduh Sayang, Novelis Immaz Huda, Kisah Kahwin Paksa, RTM, Slot Widuri, TV1, Pelakon, Shukri Yahaya, Nur Risteena, Riz Amin, Zarynn Min, Shima Anuar, Moer Mohd, Kenji Sawahi, Fazlina Ahmad Daud,
Qistina berpakat dengan Danny, setiausaha Rafiqi, yang dalam diam juga menaruh minat pada Syazana. Bagi Danny, sekiranya dia berkahwin dengan Syazana, hidup dia akan lebih terjamin dan dengan mudah dia akan dapat mentadbir syarikatnya sendiri. Qistina dan Danny membuat rancangan bagaimana untuk memisahkan Syazana dan Rafiqi. Pelbagai cara dan helah dilakukan Qistina dan Danny untuk membuatkan mereka berpisah hingga akhirnya usaha itu menjadi kenyataan bila Syazana dan Rafiqi benar-benar bercerai atas desakan orang di sekeliling. Namun rahsia jodoh sememangnya milik Allah. Walaupun berlaku banyak perkara dan fitnah tetapi mereka tetap bersatu bila kebenaran terbongkar. Syazana tidak teragak-agak lagi lalu memberi amaran dan menampar Qistina kerana cuba merosakkan hubungannya dengan Rafiqi. Apakah yang kembali menyatukan Rafiqi dan Syazana sebagai suami isteri?


Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017