-->

27 Jul 2017

Sinopsis Drama Miss Kapten Cikgu Waiz (Lestary TV3)

Drama Melayu, Drama Bersiri, 13 Episod, Drama Baru, Slot Lestary, TV3, Drama Miss Kapten Cikgu Waiz, Sinopsis, Plot, Kapten, Pilot, Kapal Terbang, Pelakon, Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris,
Sinopsis Drama Miss Kapten Cikgu Waiz Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Miss Kapten Cikgu Waiz adalah drama terbaru di TV3 menggantikan drama Bahagia Kasihmu yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris dan ramai lagi. Drama 13 episod ini juga telah pun bersiaran pada 21 Julai yang lalu dan akan disiarkan di Slot Lestary Tv3, setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Manakala pengarah drama ini adalah Yeop Hitler dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye. Selamat Membaca..
Drama Melayu, Drama Bersiri, 13 Episod, Drama Baru, Slot Lestary, TV3, Drama Miss Kapten Cikgu Waiz, Sinopsis, Plot, Kapten, Pilot, Kapal Terbang, Pelakon, Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris,
Sinopsis Drama Miss Kapten Cikgu Waiz

Mengisahkan Kapten Khalisha yang berdepan dengan isu kepercayaan dan komitmen dalam cinta. Kisah bermula daripada perkenalan tak dirancang dengan Cikgu Waiz yang kebetulan mengenali adiknya, Kamarul dan kawan baiknya Melisa. Cikgu Waiz, seorang lelaki sederhana telah jatuh cinta pandang pertama dengan Kapten Khalisha dan ingin berkahwin dengannya. Kapten Khalisha sangsi pada kemampuan diri sendiri untuk menerima Cikgu Waiz dalam hidupnya. Semuanya bermula bila ayahnya, Pak Megat telah bernikah baru. Pernikahan itu memberi impak yang cukup besar pada ibunya, Mak Eton dan adiknya, Kamarul. Kapten Khalisha melihat sendiri bagaimana ibunya belajar menerima semua itu dan bagaimana ayahnya memulihkan semula keharmonian rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, Kapten Khalisha melihat semangat adiknya yang ingin melihat kegembiraan dalam keluarga mereka. Kapten Khalisha hanya berkawan rapat dengan Kapten Ghaz yang merupakan teman sekerjanya, walaupun Kapten Ghaz bersungguh ingin meluahkan rasa cinta. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Miss Kapten Cikgu Waiz
➔ Senyuman Manismu Nyanyian Tomok
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

7 ulasan:

  1. Mcm menarik cerita ni...Follwers ke 2718 lapor diri.. =)

    BalasPadam
  2. Tak pernah pula dengar pelakon bernama Neera Azizi ni. A new actress?

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Neera Azizi pernah berlakon dalam cerita Sayangku Kapten Mukhriz sebagai Anisa kawan baik Doktor Ariana dan pernah juga berlakon dalam Suri Hati Mr. Pilot sebagai adik bongsu Ejaz Fakri :)

      Padam
  3. comel je citer ni..adik2 selalu tgk..

    BalasPadam
  4. Pelakon handsome kemain. Neera tu pun cantik tapi jarang nak tengok drama sebab TV takde hahaha

    BalasPadam
  5. suka tengok drama ni

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  6. suka tengok drama ni

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017