-->

26 Jul 2017

Ending Drama Semusim Rindu

Episod Akhir, Ending, Drama, Drama Bersiri, Semusim Rindu, Pelakon, Intan Ladyana, Ben Amir, Haliza Misbun, Kartina Aziz, Dayang Areeda, Faten Afifah,
Ending Drama Semusim Rindu

Akhirnya tamat sudah drama 40 episod Semusim Rindu ini, endingnya okeylah cuma nampak macam terburu - buru pulak bila di episod akhir inilah, baru macam - macam nak terjadi. Lagi satu aku rasa watak jahat Nadzimah / Mak Long itu macam senang sangat pula mati, just like that sedangkan banyak sungguk kejahatan yang dia dah buat kan. Apa pun watak Nadzimah tu memang jenis tak putus asa, ada je plan jahat nak kenakan Hajar contohnya dia gunakan Eddy untuk lakukan sesuatu pada Hajar tapi belum sempat Eddy tu bertindak, dia dah kena pukul dengan Adila yang merupakan anak sulung Nadzimah tu. Eddy kemudiannya mati, rasanya ni mesti Nuha dan Adila dah berpakat nak kenakan Nadzimah tu. Bila Nadzimah tu sedar, yang dah takde jalan keluar untuk dirinya, boleh pula dia pergi cari adik dia iaitu Nasriah yang merupakan mak pada Ikhman untuk mati bersama - sama, siap nak tembak dah. Pastu Adila sempat halang dan akhirnya berebut pistol dengan maknya tu dan akhirnya Nadzimah tu pun mati.

Apa pun watak Nadzimah lakonan Kartina Aziz dan watak Nasriah lakonan Haliza Misbun memang terbaik, rasa geram je tengok watak lakonan diorang. Manakala Hajar pula dari awal lagi memang mengelak nak bertemu dengan Ikhman, dia kemudiannya menghilangkan diri dan selama 6 bulan Ikhman mencari Hajar dan akhirnya berjumpa juga. Lepas berjumpa tu terus happy endinglah kan hahaha. Aku tak pastilah sama ada ending drama ini sama dengan versi novelnya sebab aku tak baca novelnya, ada yang cakap tak berapa sama. Apa pun aku suka semua barisan pelakon drama ini. Apa pun selepas ini drama Semusim Rindu ini akan digantikan dengan drama baru 100 episod yang bertajuk Dendam Aurora lakonan Ungku Ismail dan Nabila Huda.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017