-->

29 Jul 2017

Review Drama Korea - Queen Of Mystery

Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Queen Of Mystery, Drama Mystery Queen, Detektif, Polis, Kes Jenayah, Surirumah, Ending, Queen Of Mystery Season 2, Episod Akhir, Pelakon, Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June, 2017,
Queen Of Mystery - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Queen Of Mystery yang release pada 5 April yang lalu dan tamat pada 25 Mei 2017. Drama ini dilakonkan oleh Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June dan ramai lagi. Drama Queen Of Mystery ini mempunyai 16 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Chief Kim / Good Manager yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Queen For Seven Days. Berita baik buat semua peminat drama ini, drama ini akan disambung ke musim kedua, jadi kemungkinan besar Queen Of Mystery 2 akan disiarkan pada tahun 2018. Cuma aku tak pasti, adakah drama tersebut nanti akan mengekalkan semua pelakon asal drama ini, sebab bagi aku, hero dan heroin drama ini iaitu Choi Kang Hee dan Kwon Sang Woo harus ada untuk musim kedua nanti. Kalau watak mereka digantikan dengan pelakon lain, tak bestlah kan, sebab dah biasa dan suka tengok diorang dalam drama ini. Aku harap diorang akan terima tawaran untuk berlakon dalam musim kedua nanti.
Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Queen Of Mystery, Drama Mystery Queen, Detektif, Polis, Kes Jenayah, Surirumah, Ending, Queen Of Mystery Season 2, Episod Akhir, Pelakon, Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June, 2017,
Aku suka tengok keserasian hero dan heroin drama ini, karakter watak diorang iaitu sebagai Yoo Seol Ok dan Ha Wan Seung memang serasi dan sepadan. Di awal - awal episod, korang boleh tengok betapa diorang sering bergaduh antara satu sama lain sebelum menjadi kawan baik di episod - episod seterusnya. Sayangnya dalam drama ini tidak ada kisah cinta antara mereka berdua, sebab Yoo Seol Ok sudah berkahwin manakala Ha Wan Seung masih bujang dan setia menanti kekasihnya. Namun lama - kelamaan memang nampak Ha Wan Seung tu ada hati juga pada Yoo Seol Ok, tambahan lagi Yoo Seol Ok juga mengalami masalah dengan suaminya kerana suaminya telah curang dan Y.Seol Ok juga dah berpindah dari rumah mertuanya itu dan tinggal sendirian tapi masih mengekalkan hubungan baik dengan ibu mertuanya serta adik iparnya. Jadi di musim kedua drama ini nanti, kemungkinan besarlah boleh ada kisah cinta antara Y.Seol Ok dan Ha Wan Seung ini. Selain itu aku suka tengok Ha Wan Seung dan Yoo Seol Ok saling mengusik antara satu sama lain, Ha Wan Seung awal - awal lagi dah warning dekat Y.Seol Ok supaya tidak jatuh cinta padanya hahaha.
Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Queen Of Mystery, Drama Mystery Queen, Detektif, Polis, Kes Jenayah, Surirumah, Ending, Queen Of Mystery Season 2, Episod Akhir, Pelakon, Choi Kang Hee, Kwon Sang Woo, Lee Won Geun, Shin Hyun Bin, Kim Hyun Sook, Jeon Soo Jin, Park Jun Keum, Ahn Kil Kang, Yang Ik June, 2017, Poster Queen Of Mystery,
Malah cara Ha Wan Seung panggil Yoo Seol Ok dengan panggilan "Ajumma" tu pun kelakar, selain itu aku juga suka dengan personaliti Yoo Seol Ok yang unik tu, dia ni surirumah sepenuh masa tapi mempunyai hobi serta kebolehan untuk menyelesaikan segala kes jenayah yang rumit. Yoo Seul Ok ini juga sukar nak halang diri dia dari menyibuk dan mengambil tahu tentang segala kes jenayah yang berlaku di sekelilingnya. Disebabkan hal ini, dirinya sering menghadapi bahaya, namun Ha Wan Seung sering menyelamatkannya dari segala bahaya. Ada banyak persoalan yang tidak terjawab di episod akhir drama Queen Of Mystery ini, contohnya tentang kekasih Ha Wan Seung yang dikatakan telah mati tapi masih hidup, kemungkinan besar kekasihnya itu juga bersubahat dalam kes pembunuhan ibu dan ayah Yoo Seol Ok. Ending drama ini agak tergantung, jadi segala persoalan akan terjawab di season 2 nantilah kan. Secara keseluruhannya, aku suka dengan pelakon serta jalan cerita drama ini, memang best menonton drama ini, apa pun aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017