-->

31 Okt 2015

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang Di TV3

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang Di TV3, Telemovie, Pelakon, Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, TV3,
Assalammualaikum..
TV3 akan membawakan telefilem istimewa berjudul Travelling Beruang pada hujung minggu ini. Menampilkan barisan pelakon popular seperti Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, Yana Samsudin, dan Zul Huzaimy. Telefilem ini merupakan kemuncak kepada kempen Travelling Beruang yang telah dilancarkan sejak 9 Jun lalu. Sebuah kempen tercipta atas dasar menimbulkan kesedaran tentang penyakit kanser disamping mendapatkan dana bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Telefilem Travelling Beruang mempunyai dua bahagian, bakal ditayangkan pada hari Sabtu dan Ahad ini (31 Oktober dan 1 November) di TV3 pada pukul 9 malam.

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang

Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka. Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi? 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

Zizan Razak Juara Super Spontan All Stars 2015 Dan Johan Naib Juara

Assalammualaikum..
Berakhirnya Super Spontan All Stars 2015 yang menyaksikan Zizan menjadi Juara buat kali kedua setelah menjadi juara pada Super Spontan musim pertama (2012). Tahniah buat Zizan, memang nampak menyerlah Zizan di malam final tu. Manakala Johan menjadi naib juara walaupun pada awalnya kedudukan undian Johan berada di atas sekali namun rezeki lebih memihak pada Zizan. Manakala Achey berada di tempat ketiga diikuti Pak Yus, Rahim dan Tauke. Apapun tahniah buat semua finalis kerana dah memberikan yang terbaik di Final SS All Stars ni. Best gak game2 yang diorang main di final tu, tapi game yang paling aku suka mestilah game Dahiku Dahimu. Para peserta pun takut nak main game ni hehe. Johan memang lemah sikit dalam game ni hehe tapi tetap menghiburkan. 
Dato Ac Mizal juga turut bermain game tersebut menentang Amir, lawak dan best tengok diorang main ni. Cuma part nak umum juara tu agak kelam kabut sikit bagi aku, macam nak cepat habis jer, patutnya bagi lebih suspen baru syok dan berdebar. Antara game yang diorang main di Final ini adalah seperti Beku, Dahiku Dahimu, Cerita Sampai Kecut, Muzik Video Karaoke. Dengar cerita untuk Super Spontan All Stars 2016, yang dah jadi juara boleh masuk balik bertanding lagi hehe so mungkinkah Zizan join lagi nanti? sama2 kita tunggu, maybe season depan Jep Sepahtu pun join ker kan hahaha. Apapun pasni i will miss Jozan dan selepas habis SS All Stars ni muncul pulak program baru yg berjudul Juara Parodi yang mana ramai pelawak join program tu bersama-sama dengan penyanyi.

Keputusan Penuh dan Senarai Pemenang Super Spontan All Stars 2015

Juara - Zizan Razak
Tempat Kedua - Johan
Tempat Ketiga - Achey
Tempat Keempat - Pak Yus
Tempat Kelima - Rahim
Tempat Keenam - Tauke

Read More »

30 Okt 2015

Sinopsis Filem Juvana 2 (2015)

Assalammualaikum..
Filem Juvana 2 akan mula ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober ini dan dilakonkan oleh Johan As'ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Shera Ayob, Nad Zainal, Hafreez Adam, Eyka Farhana dan ramai lagi. Filem Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan ni adalah sekuel dan kesinambungan kisah dari filem Juvana sebelum ini. Aku memang mengikuti cite Juvana ni dari drama bersiri lagi hinggalah ke filem sebab jalan ceritanya mmg best. Filem Juvana 2 ini diarahkan oleh Faisal Ishak, apapun jom layannn sinopsis filem Juvana 2 kat bawah ni k..

Sinopsis Filem Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan

Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

Para Pelakon Filem Juvana 2
Update!!
Aku dah tengok dah filem Juvana 2 ni, endingnyer macam tergantung sebab ianya akan bersambung dalam Juvana 3 nanti. Memang Daim, Botak dan Ayam terperangkap pastu kat hujung cerita die ada tjuk Daim dan Botak akan saling berlawan, manakala mangsa culik pun tak terlepas, apa jela yang akan jadi nanti. Kena tunggu Juvana 3 nanti.
Read More »

29 Okt 2015

Juara Super Spontan All Stars Milik Johan Atau Zizan?

Assalammualaikum..
Jumaat ini akan berlangsungnya Final Super Spontan All Stars yang mana finalisnya terdiri daripada Zizan, Johan, Tauke, Yus, Achey dan Rahim. Rasanya semua pun boleh mengagak sama ada Johan atau Zizan yang bakal menjadi juara. Finalis lain juga hebat-hebat belaka dan pastinya diorang juga nak menang, tapi kalau ikut dari segi populariti dan Johan, Zizan juga adalah bekas juara so peluang mereka menang lebih cerah. Aku sendiri tak dapat mengagak siapa yang akan menang sebab aku suka dua2 okey, susah nak pilih antara satu sebab aku peminat Johan, Zizan (Jozan) dari dulu lagi sejak diorang bermula dari Raja Lawak 1 sekitar tahun 2007. 
Adakah ulangan Super Spontan musim pertama 2012 akan berlaku yang mana Zizan Juara dan Johan jadi naib juara ataupun Johan pulak yg jadi juara kali ini?. Aku yakin undian peminat pastinya hampir seimbang dan sengit. Apapun good luck untuk Johan, Zizan dan semua finalis lain. Hope Final Super Spontan All Stars ni ada banyak sweet moment antara Johan dan Zizan macam dulu2 tu hehehe. Memang susah giler nak tengok Johan dan Zizan bergandingan sama ada dalam filem atau pun jadi hos bersama. Harapnya lepas ni lebih banyak gandingan mereka berdua.

Read More »

Sinopsis Novel Alergi Mamat Romantik

Assalammualaikum..
Best gak novel ni, Jom layannn Sinopsis Novel Alergi Mamat Romantik karya Ezza Mysara kat bawah ni k..

Sinopsis Novel Alergi Mamat Romantik

Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria.
1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.)

2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.)

Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal.
“Mazhab mana yang ajar kawan baik tak boleh kahwin? Lagi satu… Bukan ke perempuan idamkan lelaki romantik? Perlu ke saya ragui jantina awak sekarang?” – Arjuna.
“Eh… Calon suami saya, kan? Ikut suka hati sayalah nak letak kriteria apa pun!” – Kaisara.
Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek ‘romantik’ diterima tanpa rela.
“Saya tengok hati awak macam kosong.” – Arjuna.

“So?” – Nurul Kaisara

“Bolehlah saya duduk dalam tu?” – Arjuna.

“What?!” – Kaisara.

Hilang nak mengajar, hati Kaisara pula yang belajar untuk jatuh suka. Tapi takkan dia jatuh cinta dengan kekasih orang? Mamat romantik pula tu!
“Itulah kau… Kau ingat cinta tu macam traffic light? Ada merah tanda jangan. Ada hijau tanda jalan atau ada kuning tanda waswas?” – Bakhtiar.
Kaisara lupa. Cinta itu tak ada pagar. Kaisara ni sejenis spesies ikut dan langgar aje. Manalah dia tahu yang di situ kawasan larangan untuk jatuh cinta? Apa yang Kaisara kena buat sekarang? Kalau dia boleh langgar kriteria kedua, mungkin dia pun boleh langgar kriteria pertama. Perlu ke dia lamar Bakhtiar untuk mengubati kekecewaan dia kerana Arjuna?

Aku ingat kau ni tak cerdik tapi cerdik juga. Betul. Kau tu bukan sesiapa, cuma backup cinta saja. Kalau aku tak nak guna, aku buang aje. – Shahrul Haikal

Apakah pengakhiran buat tiga hati ini? Masihkah hati Shahrul yang bak batu tu masih setia inginkan Diana atau berubah milik? Antara Diana dan backup cintanya, Isha, siapakah yang menjadi pilihan?

Read More »

28 Okt 2015

Sinopsis Drama Kau Aku Kita Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Kau Aku Kita adalah drama terbaru di Slot Lestary Tv3, yang akan bersiaran mulai 28 Oktober ini menggantikan drama Lari Mira yang telah tamat episodnya. Drama Kau Aku Kita ni dilakonkan oleh Janna Nick, Syarul Ridzwan, Isey Titan, Adeline Tsen, Hafidz Rashdi dan ramai lagi serta mempunyai 13 episod. Selain itu Drama ni merupakan adaptasi daripada Novel Kau Aku Kita karya Orkid Edyliyne. Dari Sinopsis cite ni memang nampak macam best jer drama ni kan, so jom layannn Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Kau Aku Kita

Kau, Aku, Kita memperkenalkan dua karakter penting yang berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.
Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status. Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru. Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

Lagu Tema / OST Drama Kau Aku Kita
-> Kau Bagai Udara nyanyian Bahrain

Read More »

Baca Online Novel Tuan Anas Mikael

Assalammualaikum..
Sesape yang nak baca online Novel Tuan Anas Mikael karya Syamnuriezmil bolehla klik Link kat bawah sekali yer. Novel Tuan Anas Mikael ni juga akan diadaptasikan menjadi drama bersiri yang akan bersiaran di Astro Ria mulai 9 November ini. Drama Tuan Anas Mikael ini akan dilakonkan oleh Aaron Aziz, Zara Zya, Raja Ilya dan ramai lagi. So sebelum drama ni disiarkan jom ramai2 baca online Novel Tuan Anas Mikael ni dulu k..Selamat Membaca k..

Read More »

27 Okt 2015

Baca Online Novel Hello Mr Perfect

Assalammualaikum..
Semua pun tahu drama Hello Mr Perfect yang tengah hangat bersiaran di Slot Akasia sekarang, merupakan adaptasi dari Novel Hello Mr Perfect Karya Waniey Zakaria. Bagi yang berminat nak membaca Novelnya secara online bolehlaa klik link kat bawah k. Kat situ nanti korang boleh baca Novel Hello Mr Perfect dari Bab 1 hingga Bab 23, so selamat membaca yer, klik jer link kat bawah ni k.

Read More »

25 Okt 2015

Senarai Lagu-Lagu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Kedua


Assalammualaikum..
Gegar Vaganza 2015 kini masuk minggu ke-2 dan menyaksikan kesemua peserta turut mara ke minggu kedua ni. Memang enjoy menonton Konsert Gegar Vaganza ni sebab memang best dan peserta pun memberikan persembahan terbaik mereka, rasa macam final gitu. Ada yang bertanya kat aku tentang lagu tugasan para peserta untuk minggu kedua, so inilah lagu2 tersebut, Lagu2 tu semuanya best2, harus layannn nanti hehehe. Apapun jom tengok senarai lagu-lagu yang akan dinyanyikan oleh para peserta Gegar Vaganza Musim Ke-2 ini. 
Senarai Lagu-Lagu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke-2

1. Ezad Lazim - Butakah Cinta (Spring)

2. Haiza - Kelmarin (Zur Eda)

3. Zul Handy Black - Sendiri (May)

4. Sheeda - Semakin Hari Semakin Sayang (Uji Rashid)

5. Nizam Laksamana - Tika dan Saat Ini (Medicine)
6. Siti Nordiana - Madah Berhelah (Ziana Zain) 
7. Nassier Wahab - Kau Pergi Jua (Adam Ahmad)
8. Ezlynn - Camar Yang Pulang (Aishah)
9. Amir Ukay's - Antara Hujan Dan Air Mata (Sudirman)
10. Azian Mazuan Safuan - Aku Hanya Pendatang (Francesca Peter) 
11. Faradhiya - Di Alam Fana Cintaku (Fotograf)
12. Acong Sweetchild - Dalam Gerimis (Visa)

Baca ni jugak -->  10 Taktik Paling Power Yang Digunakan Oleh Rakan Korang Bila Nak Ajak Korang Teman Dia..

Read More »

24 Okt 2015

Along Tersingkir & Finalis Super Spontan All Stars

Assalammualaikum...
Nampaknya Along tidak berpeluang untuk ke Final Super Super Spontan All Stars 2015 ini,  kerana tersingkir di minggu Separuh Akhir SS All Stars setelah teamnya Kungfu Kipidap tewas. Along menjadi peserta terakhir yang tersingkir manakala peserta lain mara ke Final. Seperti biasa ada 6 Finalis yang berjaya mara ke final. Mark Adam dan Bocil menjadi artis jemputan pada minggu ini, Gelagat Mark Adam yang cool, slumber dan kelakar berjaya mencuit hati penonton. Terror gak die main game pertama tu, setiap perkataan yang die sebut mmg lawak hehe. Manakala "Zizan Bukit Bendera" tetap dijadikan bahan oleh hos iaitu Dato Ac Mizal dan peserta lain untuk minggu ini terutamanya di game kedua iaitu Game Pemberita Berkepala Tiga.

Paling lawak apabila "Zizan Bukit Bendera" menjadi keyword blog aku hehe, tak sangka plak ade yang mencari pasal tu hihihi. Apapun minggu depan dah final, cepat jer masa berlalu kan. Agak2 korang sape yang akan menang nanti?. Antara game yang diorang main pada minggu separuh akhir ini adalah Sketsa Ayat Penyata, Pemberita Berkepala Tiga, Maju Mundur, Cerita Atas Lantai dan Demonstrasi. Jom kita tengok Siapakah Finalis Super Spontan All Stars kali ini :-

 Finalis Super Spontan All Stars 2015  

 Johan
 Zizan
 Tauke
 Achey
 Yus
 Rahim

Read More »

22 Okt 2015

Dolly Ki Doli - Sesi Review Filem Bollywood

Assalammualaikum..
Filem / Movie Dolly Ki Doli ni adalah antara filem hindustan / bollywood yang aku tonton baru-baru ni. Filem Dolly Ki Doli ni kira baru lagi sebab release Januari 2015 dan diterbitkan oleh syarikat produksi adik Salman Khan iaitu Arbaaz Khan. Filem ni dibintangi oleh Soonam Kapoor, Rajkummar Rao, Pulkit Samrat, Varun Sharma dan ramai lagi. Bagi yang tak tahu, Soonam Kapoor ni adalah anak kepada pelakon Anil Kapoor. Suka tengok senyuman Soonam Kapoor ni sebab nampak sweet jer die ni terutamanya bila die senyum or ketawa. Filem ni bergenre komedi so mmg banyak la scene2 yang kelakar dan menghiburkan. Aku suka jalan cerita filem ni yang happening, unik dan menarik. Pelakon Saif Ali Khan turut membuat special appearance dalam filem ni dan memegang watak sebagai putera raja gitu hehe. 
Lagu2 dalam filem ni bolehlaa layann tapi xdelaa terlampau best sgt, biase2 jer, manakala jalan cerita filem ni memang menarik cuma dekat2 penghujung ianya jadi macam kelam kabut sikit. Tak leh blah tengok Dolly dan keluarganya tu, awalnya aku ingat tu family betul die tapi rupanya semua fake, diorang semua berlakon jadi satu family dan hasil duit rompakan diorang bahagi sama rata. Part paling lawak bila polis menahan/menangkap nenek Dolly tu, stress semua polis tu nak ambik kenyataan nenek Dolly sebab die asyik ulang line dialog yang sama hehehe. Dalam ketiga-tiga lelaki tu nampak lelaki pertama Sonu Sherawat yang betul2 mencintai Dolly. Apapun aku suka ending cite ni yang bagi aku happy ending bila Dolly memilih kebebasan dari suami sebab Dolly bahagia dengan apa yang dilakukannya. Cuma kalau endingnyer Dolly betul2 bertemu dengan lelaki yg dicintainya mesti lebih sweet jalan ceritanyer.
Aku ingatkan bila Dolly dan berkahwin dengan cinta pertamanya iaitu Robin Singh yang merupakan seorang polis, die akan berubah dari tabiat lamanya tu, tambahan lagi Dolly juga turut bergaduh dengan fake familynyer tu. Rupanya tak, apabila Dolly turut meninggalkannya juga. Apapun seronok tengok gelagat Dolly dan fake familinyer menipu berpuluh-puluh pengantin lelaki dengan perkahwinan palsu sebelum merompak keluarga pengantin lelaki di malam hari. Cuma part Dolly tergesa-gesa berkahwin dengan Robin tu macam kelam kabut sikit, sebab awalnya Dolly tak dapat memaafkan Robin sebab meninggalkannya dulu, pastu dengan sekelip mata jer diorang boleh berbaik dan pergi daftar perkahwinan diorang. Apapun filem Dolly Ki Doli ni menghiburkan gak dan layannn so aku bagi 7.5 bintang untuk filem ni dari 10 bintang. Jom tengok sinopsis filem ni kat bawah k.

Sinopsis Dolly Ki Doli
The movie centres around a young woman, Dolly (Sonam Kapoor), who is a young con artist. First she married Sonu Sherawat (Rajkummar Rao). She marries men from different religions and runs away with their wealth on the night of the wedding. Her entire family consists of con artists. After conning quite a few number of rich men, she gets media attention, who label her as "looteri dulhan". A cop Robin Singh (Pulkit Samrat) decides to catch Dolly. When she tries to con Delhi boy Manjot (Varun Sharma), she slips and her photographs are splashed all over the media.
When Dolly and her gang try to con a prince (Saif Ali Khan), they are arrested by Robin Singh. Then it is revealed that Robin Singh and Dolly have a past. She is put behind bars but she escapes with Robin's help and they get married. But she leaves him too and regroups with her old gang members and goes in search of their next victim.

Jom Baca ni jugak --> 10 Cara-Cara Paling Ekstrim & Gila Yang Dilakukan Oleh Orang Malaysia Untuk Berjimat Cermat..
Read More »

Sinopsis Filem Love Supermoon Lakonan Farid Kamil & Nadiya Nisaa

Assalammualaikum...
Filem Love Supermoon akan mula ditayangkan di pawagam mulai 22 Oktober ni dan dibintangi oleh Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Zain Hamid, Anne Ngasri, Zain Saidin, Azhar Sulaiman dan ramai lagi. Filem Love Supermoon ni diarahkan oleh Wan Hasliza dan diterbitkan oleh Grand Brilliance. Wahh nampak macam best jer filem ni tambahan lagi pelakon yg berlakon filem Love Supermoon ni juga hebat2 belaka. Apapun jom layann sinopsis filem ni kat bawah k.

Sinopsis Filem Love Supermoon
Mengisahkan tiga rakan baik iaitu Triz, Tiha dan Nina yang suka bergosip tentang kehidupan Razak yang merupakan seorang doktor. Razak telah berkahwin dengan seorang pramugari bernama Nora, tetapi perkahwinan mereka tidak berpanjangan. Razak juga berteman baik dengan Solomon yang merupakan abang angkat kepada Nina, yang kemudiannya menjadi isterinya. Walaupun ketiga rakan baik ini adakalanya bersikap `gila-gila`, mereka tidak sesekali lari daripada dugaan hidup. Razak dan Triz akhirnya bertemu apabila kedua-dua mereka mahu memulakan kehidupan baru. Apakah kesudahan kisah mereka ini?

Read More »

21 Okt 2015

Twenty Again - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Settle menonton drama Korea Twenty Again yang dilakonkan oleh Choi Ji Woo, Lee Sang Yoon, Choi Won Young dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod dan baru saja habis ditayangkan di Korea pada 17 Oktober yang lalu. Setahu aku memang ramai yang suka tengok drama ni selain drama She Was Pretty betul tak? hehehe. Jalan cerita drama ni boleh tahan gak, ianya memberi banyak pengajaran dan inspirasi gitu. Di permulaan cerita memang stress tengok watak utama cite ni iaitu Ha No Ra yang agak lemah dan terlalu bergantung pada suaminya Kim Woo Chul. Makin stress bila tengok sikap suami dan anaknya yang memandang rendah padanya. Tapi mujurlah semuanya akan mula berubah nanti bila Ha No Ra mula yakin diri dan menjadi dirinya yang dulu. Begitu juga dengan anak lelaki Ha No Ra iaitu Min Soo yang akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. 
Choi Won Young sebagai Kim Woo Chul berterusan memegang watak bad guy dalam drama korea ni hehehe, selepas memegang watak pembunuh psiko dalam cite I Remember You, die sambung lagi pegang watak jahat tapi kali ni xde laa jahat sangat cuma die jadi suami yang tidak menghargai isterinya. Manakala Lee Sang Yoon pula memegang watak sebagai Cha Hyun Seok, yang merupakan kawan sekolah Ha No Ra. Aku tak berapa berkenan dengan style rambut Lee Sang Yoon dalam cite ni hehehe nampak macam serabut jer. Apapun memang kesiann juga dengan Ha No Ra tu bila dirinya dipulau masa belajar kat Universiti tu disebabkan faktor usia. Banyak gak adegan2 flash back zaman Ha No Ra dan Cha Hyun Seok bersekolah dulu. Bila ada adegan2 flash back ni mulalah timbul pelbagai persoalan kenapa sikap Ha No Ra berubah dsbnya.
Aku suka tengok hubungan baik Ha No Ra dengan 2 student tu, sorang student lelaki dan sorang student perempuan, diorang ni satu group untuk kelas C.H.Seok. Cuma aku tak puas hati apabila Ha No Ra berhenti belajar dari Universiti tu di penghujung cerita walaupun die dah selesa dengan pembelajarannya. Sayang die tak habiskan pelajarannya tu, tapi Ha No Ra ada sebabnya tersendiri kenapa die putuskan untuk berhenti belajar. Lepas habis drama ni, drama Reply 1988 akan bersiaran, aku tak tonton pun lagi drama Reply 1997 dan Reply 1994, tup tup dah ada siri ketiga dah yang mana jalan cerita semua berlainan antara satu sama lain. Berbalik pada cite Twenty Again ni, agak lawak juga bila tengok sikap Cha Hyun Seok yang kebudak-budakan apabila die bersama Ha No Ra. Part tak leh blah sekali bila K.Woo Chul nak kembali dan dapatkan cinta Ha No Ra semula.
Rating drama Twenty Again ni pun agak tinggi juga manakala Lagu Tema/OST drama ni juga boleh tahan, ada gak lagu2 yang sedap didengar tapi takdela sampai aku rasa nak download ker aper kan. Berbanding kisah Ha No Ra di Universiti tu, aku lebih gemar dengan kisah hidupnya dengan K.Woo Chul tu. Walaubagaimanapun drama Twenty Again ni bukanlah drama favourite aku tapi aku still tengok sampai habis episod hehehe bukan aper cuma aku nak tahu kisah hidup Ha No Ra dari dulu sampai laa sekarang. Ending drama ni mestilah happy ending, walaupun di episod 15 tu menunjukkan H.No Ra tidak menerima cinta Cha Hyun Seok dan membuatkan penonton risau dengan ending cite ni, namun seperti yang dijangka ending cite ni memang memuaskan hati semua penonton. Apapun aku bagi 7 bintang dari 10 bintang untuk drama Twenty Again ni.
Sinopsis Twenty Again

Ha No-ra once dreamed of becoming a dancer, but she unexpectedly became pregnant at age 19 and had to quit school and get married. For the next two decades, her life revolved around being a housewife and mother. Now 38 years old and on the brink of divorce, No-ra is mistakenly diagnosed with terminal pancreatic cancer and given a six-month prognosis. So she decides to go back to school and experience college life for the first time. Among the incoming freshmen are her own 20-year-old son Kim Min-soo and his girlfriend Oh Hye-mi, who are horrified to have No-ra as their classmate. Unbeknownst to No-ra, her intellectual snob husband Kim Woo-chul recently accepted a job teaching psychology at the same university, and her prickly theater arts professor turns out to be Cha Hyun-seok, who had a crush on No-ra in high school.

Read More »

19 Okt 2015

Senarai Lagu-Lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu 1

Assalammualaikum..
Gegar Vaganza kembali dengan musim kedua dengan barisan peserta yang hebat2 belaka. Di minggu pertama ni, semua peserta akan menyanyikan lagu popular masing-masing. Kalau tengok senarai lagu diatas ni semuanya best2 dan pernah hits suatu ketika dulu. Tak sabar nak dengar lagu2 tu semula di kaca tv secara live gitu. Jangan lupa layannn Gegar Vaganza ahad ini k. 

Read More »

18 Okt 2015

Drama Kifarah Mistik Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Kifarah Mistik telah pun disiarkan di Slot Zehra Tv3 bermula 16 Oktober yang lalu menggantikan drama Wadi yang telah tamat episodnya. Drama Kifarah Mistik ini akan memaparkan pelbagai kisah yang berbeza dalam setiap episod, maknanya jalan ceritanya tidak bersambung-sambung sebaliknya setiap episod mempunyai kisah yang berlainan. Drama Kifarah Mistik ini membariskan ramai pelakon hebat seperti Siti Elizad, Aqasha, Nur Risteena, Shafiq Kyle, Sherry Ibrahim, Faezah Elai, Syukri Yahaya dan ramai lagi. Selamat Menonton yer..

Read More »

17 Okt 2015

Ajak Shiro Tersingkir Di Minggu Ke-8 Super Spontan All Stars

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah minggu suku akhir dah Super Spontan All Stars ni dan minggu ini menyaksikan team Silat Dongibab kalah dan menyebabkan Ajak Shiro terpaksa disingkirkan. Nampaknya dah takde kump Shiro dalam Super Spontan All Stars ni. Along pula telah diserap masuk ke dalam team Kungfu Kipidap. Pelakon Nadiya Nisa dan Lia Natalia menjadi artis jemputan SS All Stars minggu ini. Antara yang menarik minggu ni apabila Zizan dah tersalah teka dalam game Pemandu Pelancong tu sampai ke Bukit Bendera perginyer hahaha. Popular Bukit Bendera tu malam ni hihi habis Zizan kena bahan dengan semua peserta dan juga hos hehehe.

Minggu depan dah Separuh akhir hope games yg diorang main makin best laa hendaknyer kan, Antara game yg diorang main minggu ini adalah seperti kaki tiru, Pantun 2 kerat, jangan banyak cakap, pemandu pelancong dan laguku untukmu

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017