-->

30 Okt 2015

Sinopsis Filem Juvana 2 (2015)

Assalammualaikum..
Filem Juvana 2 akan mula ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober ini dan dilakonkan oleh Johan As'ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Shera Ayob, Nad Zainal, Hafreez Adam, Eyka Farhana dan ramai lagi. Filem Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan ni adalah sekuel dan kesinambungan kisah dari filem Juvana sebelum ini. Aku memang mengikuti cite Juvana ni dari drama bersiri lagi hinggalah ke filem sebab jalan ceritanya mmg best. Filem Juvana 2 ini diarahkan oleh Faisal Ishak, apapun jom layannn sinopsis filem Juvana 2 kat bawah ni k..

Sinopsis Filem Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan

Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan. Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. Pada masa sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

Para Pelakon Filem Juvana 2
Update!!
Aku dah tengok dah filem Juvana 2 ni, endingnyer macam tergantung sebab ianya akan bersambung dalam Juvana 3 nanti. Memang Daim, Botak dan Ayam terperangkap pastu kat hujung cerita die ada tjuk Daim dan Botak akan saling berlawan, manakala mangsa culik pun tak terlepas, apa jela yang akan jadi nanti. Kena tunggu Juvana 3 nanti.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017