1 Okt 2015

Oh My Ghost - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Rasa macam lama pulak tak buat Review Drama Korea ni hehehe. Ikutkan aku nak buat review cite Oh My Ghost ni dah lama tapi tak sempat plak sebab busy sikit. Drama Oh My Ghost ni dah habis ditayangkan di Korea dalam bulan Ogos hari tu, sekarang ni cite Twenty Again tengah hangat disiarkan menggantikan drama ini. Drama Oh My Ghost ni mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Park Bo Young, Jo Jung Suk, Kim Seul Gi, Lim Ju Hwan dan ramai lagi. Jarang tengok Park Bo Young ni berlakon drama sebab die ni lebih banyak berlakon dalam filem gitu. Ini adalah kali kedua aku tengok lakonan Jo Jung Suk, sebelum ni aku ada tengok die jadi guest dalam Running Man bersama Shin Min Ah dan juga aku ada tengok filem lakonan mereka berdua. Awalnya agak stress juga tengok karakter watak Park Bo Young sebagai Na Bong Sun yang lemah, senang dibuli, rendah diri dan macam2 lagi tapi bila wataknya bertukar menjadi sebaliknya jadi lawak la plak hehehe.
Kebolehan Park Bo Young menukar karakter wataknya dari pasif menjadi agressif dan agak gedik membuatkan jalan cerita bertambah happening. Rasanya kesemua watak utama mempunyai karakter yang unik dan menarik. Watak Choi Sung Jae yang dilakonkan oleh Lim Ju Hwan juga agak best untuk ditonton sebab ianya akan membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada wataknya baik atau jahat. OST drama ni juga boleh tahan, aku suka dengar lagu yang dinyanyikan sendiri oleh heroin cite ni iaitu P. Bo Young. Aku juga suka tengok gelagat rakan sekerja Na Bong Sun yang giler2 tu, disamping hubungan baik antara bomoh dan hantu Shin Soon Ae yang agak sweet tu, dah macam kawan baik gitu. Awalnya aku sangka watak C. Sung Jae ni sememangnya jahat walaupun muka die nampak baik dan mesra tapi rupa-rupanya die jadi jahat sebab kena rasuk dengan roh jahat.
Diselitkan juga cinta tiga segi dalam drama ni bila watak Kang Sun Woo konfius sama ada die cintakan Bong Sun ataupun roh Shin Soon Ae yang menggunakan badan N.Bong Sun tu. Disamping itu, Na Bong Sun dan roh Shin Soon Ae sama2 cintakan K.Sung Woo. Ending drama ni memang happy ending ler cuma aku tak jelas dengan watak C. Sung Jae tu, ingatkan die mati di penghujung episod tapi rupanya tidak, die akhirnya ada kat hospital kot kalau tak salahlaa kan. Manakala ending untuk watak Na Bong Sun dan Kang Sun Woo juga berakhir dengan happy gitu apabila Na Bong Sun balik dari luar negara dan kembali ke pangkuan kekasihnya K.Sun Woo tu. Paling best bila pelakon Seo In Guk membuat penampilan istimewa dalam episod akhir drama ni, yang mana die jadi chef gitu hehehe. Apapun drama Oh My Ghost ni kira okey dan boleh layannn, jalan cerita die ada kelakar, ada misteri, ada sedih dan mcm2 lagi. Aku bagi 7.5 bintang untuk drama ini.
Sinopsis Oh My Ghost

Mengisahkan Na Bong Sun yang bekerja sebagai pembantu chef di Restoran Sun, dirinya mempunyai kebolehan melihat hantu dan membuatkan dirinya sering berada dalam ketakutan, lemah, pasif dan pendiam. Sikap Na Bong Sun yang lemah, rendah diri membuatkan majikannya iaitu Chef terkenal Kang Sun Woo berasa marah padanya. Walaubagaimanapun dalam diam-diam N.Bong Sun menaruh hati pada majikannya itu. Suatu hari Roh/hantu Shin Soon Ae merasuk dirinya dan Shin Soon Ae berpura-pura menjadi N.Bong Sun dan mula menyukai serta cuba menggoda Chef Kang Sun Woo. Sikap N.Bong Sun yang tiba2 berubah menjadi ceria dan aggresif membuatkan Chef K.Sun Woo mula memberi perhatian pada dirinya. N.B.Sun mula sedar yang dirinya telah dirasuk hantu dan ketakutan apabila hantu S.Soon Ae mula mengganggu nyer untuk mendapatkan kebenarannya untuk menggunakan badan N.B.Sun.
Atas sebab cemburu serta risau jika Chef K.Sun Woo bercinta dengan kenalan rapat Chef sewaktu di zaman universiti itu membuatkan N.Bong Sun tekad untuk bekerjasama dan meminjamkan badannya pada hantu S.Soon Ae dengan syarat Chef K.Sun Woo akan menyukai dirinya. Hantu S.Soon Ae berjaya membuatkan Chef K.S.Woo jatuh cinta padanya dan dalam masa yang sama hantu S.S.Ae tu juga turut ada hati dengan Chef. Na Bong Sun berasa gembira apabila Chef benar2 menyintainya. Dalam masa yg sama Adik Ipar Chef iaitu Choi Sung Jae yang merupakan seorang polis mula berasa sangsi dengan identiti dan sikap N.Bong Sun yg berubah-ubah. Keadaan mula menjadi sukar apabila N.B.Sun mula berterus-terang pada Chef berkenaan Shin Soon Ae dan segalanya.
Manakala hantu Shin Soon Ae mula berasa syak yang kematiannya ada kaitan dengan adik ipar chef itu iaitu C.Sung Jae. Akhirnya Chef, N.B.Sun serta S.Soon Ae bekerjasama dalam menyelesaikan misteri kematian S.Soon Ae dan identiti sebenar C.Sung Jae. Keadaan mula rumit apabila Sung Jae menculik N.B.Sun dan bersembunyi di suatu tempat. Apa yg bakal berlaku seterusnya??.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

Athirah Zain berkata...

best, haritu nk tgk, tp sbb duk sorang, takot la pulak,,haha

mummy_ayu berkata...

best...Ayu pun suka.. Cita twenty again pun best and..now yg paling baru..She Was Pretty..pun best!! ah confius kejab dibuatnya.. he he.

Eintan Nurfuzie berkata...

mm.. seram..
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

shima mohammadnoor berkata...

mane nk cari CD (malay sub.) ni ea?sy tgk dekat 8tv (isnin-rabu)9.30 mlm..tp x tgk dari awal...huhu come jln cter die

BaNu Syah berkata...

@shima mohammadnoor saya pun x sure sbb selalu layann drama korea secara online jer yang kesemuanya english subtitle..

Related Posts with Thumbnails