-->

24 Okt 2015

Along Tersingkir & Finalis Super Spontan All Stars

Assalammualaikum...
Nampaknya Along tidak berpeluang untuk ke Final Super Super Spontan All Stars 2015 ini,  kerana tersingkir di minggu Separuh Akhir SS All Stars setelah teamnya Kungfu Kipidap tewas. Along menjadi peserta terakhir yang tersingkir manakala peserta lain mara ke Final. Seperti biasa ada 6 Finalis yang berjaya mara ke final. Mark Adam dan Bocil menjadi artis jemputan pada minggu ini, Gelagat Mark Adam yang cool, slumber dan kelakar berjaya mencuit hati penonton. Terror gak die main game pertama tu, setiap perkataan yang die sebut mmg lawak hehe. Manakala "Zizan Bukit Bendera" tetap dijadikan bahan oleh hos iaitu Dato Ac Mizal dan peserta lain untuk minggu ini terutamanya di game kedua iaitu Game Pemberita Berkepala Tiga.

Paling lawak apabila "Zizan Bukit Bendera" menjadi keyword blog aku hehe, tak sangka plak ade yang mencari pasal tu hihihi. Apapun minggu depan dah final, cepat jer masa berlalu kan. Agak2 korang sape yang akan menang nanti?. Antara game yang diorang main pada minggu separuh akhir ini adalah Sketsa Ayat Penyata, Pemberita Berkepala Tiga, Maju Mundur, Cerita Atas Lantai dan Demonstrasi. Jom kita tengok Siapakah Finalis Super Spontan All Stars kali ini :-

 Finalis Super Spontan All Stars 2015  

 Johan
 Zizan
 Tauke
 Achey
 Yus
 Rahim

1 ulasan:

  1. Hi tak tau lah siapa menang nanti,kalau johan tetap johan ;)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017