16 Okt 2015

Sinopsis Filem Badi


Assalammualaikum..
Filem Badi adalah filem terbaru yang akan ditayangkan di pawagam mulai 15 Oktober 2015 ini. Filem ini terbitan MIG dan dibintangi oleh Azwan Kombos, Rashidah Jaafar, Hanif Safuan, Sharisa Haris, Navilya Husna dan ramai lagi. Filem Badi ini bergenre Seram dan diarahkan oleh Eyra Rahman. Kalau sebut pasal badi mesti kita akan kaitkan dengan mayat betul tak, so jalan cerita filem ni memang ada kaitan dengan mayat semua, jadi jom layannnn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Badi

Kisah bermula apabila Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) yang merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital.
Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.
Seterusnya, bermulalah kejadian misteri  kepada pelajar-pelajar tersebut yang tidak dijangka telah menghantui diri mereka. Nak tau apa nasib mereka? Semuanya bermula dalam satu kejadian yang tidak mereka ketahui iaitu hanya dalam ‘BADI

Jom Baca ni jugak --> 10 Taktik Paling Power Yang Digunakan Oleh Rakan Korang Bila Nak Ajak Teman Makan..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails