-->

13 Okt 2015

Sinopsis Alaa Bib Slot Iris TV3

Assalammualakum..
Drama Alaa Bib adalah drama terbaru di Slot Iris Tv3 yang dilakonkan oleh Nur Risteena, Iqram Dinzly, Atikah Suhaimie, Shafiq Kyle dan ramai lagi. Drama Alaa Bib disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di tv3. Apapun jom layannn Sinopsis Drama Alaa Bib kat bawah ni k..

Sinopsis Alaa Bib..

Suatu hari, Bibah mendapat poskad daripada London dan kiriman tersebut adalah daripada buah hatinya, Hakim. Hakim yang bakal pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar, iaitu untuk meminang seorang gadis yang dikenalinya. Bibah menyangkakan bahawa Hakim ingin meminangnya sehingga dia menolak lamaran Luqman (Ammar Titan) yang sangat menyukai Bibah. Lebih malang lagi, Bibah dikejutkan dengan kepulangan Hakim yang rupa-rupanya ingin meminta Bibah untuk menjadi pengapit bakal isterinya, seorang wanita yang dikenalinya di London.

Bibah kemudiannya bertemu semula dengan teman lamanya, Mira (Atikah Suhaime) yang sudah berubah menjadi lebih cantik dan kaya. Bibah mendapat tahu bahawa Mira menjadi kaya raya kerana dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya. Mira mengajak Bibah untuk melakukan pelaburan. Setelah dirayu-rayu oleh Bibah, ibunya meminjamkan wang sebanyak RM2, 000 untuk pelaburan yang sebenarnya ingin digunakan oleh Bibah untuk membeli baju baharu, alat solek dan perhiasan dengan satu tujuan, iaitu untuk memikat lelaki kaya. Adakah strategi Bibah untuk mendapatkan lelaki kaya akan berjaya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017