15 Okt 2015

Sinopsis Drama Dhia Sofea Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Dhia Sofea adalah drama terbaru di Slot Samarinda Tv3 menggantikan drama Isteri Bukan Sempurna yang telah tamat episodnya. Drama Dhia Sofea ini akan mula disiarkan mulai 14 Oktober 2015 dan dilakonkan oleh Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Shafiq Kyle, Sharifah Haslinda, Maria Farida, Dato Eizlan Yusof, Roy Azman, Raja Ema dan ramai lagi. Kalau tengok dari Sinopsis cite ni nampak macam menarik jer cite ni sebab ada misteri dan rahsia gitu mengenai siapa ibu bapa Dhia Sofea dan kenapa ada pihak2 yg takut jika rahsia itu terbongkar. Apapun jom layannn Sinopsis Drama Dhia Sofea kat bawah ni k.

Sinopsis Dhia Sofea

Kepulangan Dhia ke kampung selepas tamat pengajian kolej disambut dengan majlis hari lahirnya ke-23 yang disediakan oleh ibunya, Mak Yam. Dhia pulang dihantar oleh teman lelakinya JJ. Kawan baik Dhia, Din yang juga anak angkat kepada Mak Yam cemburu dengan JJ tapi dia hanya memendam perasaan itu. Dhia terkejut apabila ibunya memberitahu yang dia sebenarnya ialah anak angkat. Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu juga berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu. Mak Yam yang hidup menjanda selalu menjadi cacian org kampung kerana Dhia dianggap sebagai anak luar nikah. Tidak tahan dengan tohmahan orang, Mak Yam telah berpindah ke kampung lain.
Walaupun hanya berbekalkan seutas rantai berhuruf M yang dipakai oleh Dhia sewaktu bayi sebagai bukti, Dhia tetap mahu tahu siapakah lelaki dan wanita yang sanggup membiarkannya hidup begitu. Dia mahu mencari dan membalas dendam kepada mereka yg telah menyisihkannya drp hidup mereka. Namun dia buntu kerana peluang untuk menemui jawapan sangat tipis. Sehinggalah suatu hari, Dhia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari lahirnya. Wanita dalam gambar tersebut memakai rantai berhuruf M yang sama dengannya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena. Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena.

Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti. Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts with Thumbnails