12 Okt 2015

Sinopsis Filem Rembat Lakonan Shaheizy Sam

Assalammualaikum..
Filem Rembat Just Duit telah pun ditayangkan di pawagam mulai 8 Oktober yang lalu. Filem Rembat ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Aniu, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Zara Zya dan ramai lagi. Filem ini bergenre komedi dan berkisarkan tentang bola sepak, ianya diarahkan oleh Shamyl Othman yang sebelum ini turut mengarah Filem Kami Histeria.. Aku memang suka filem Kami Histeria..tu so rasanya filem Rembat ni pun mesti best dan kelakar macam filem terdahulu juga kan. Apapun jom layann Sinopsis Filem Rembat kat bawah ni k..

Sinopsis Rembat 

Mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Mereka punyai latar belakang berbeza, cita-cita berbeza, namun mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Mereka juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk berada di perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia. Pelbagai dugaan ditempuhi dalam pengembaraan mereka menuju destinasi. Mereka terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand yang telah diatur oleh sekumpulan Ah long. Pengembaraan mereka untuk melepaskan diri daripada ah long ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu apabila mereka bertemu dengan pelbagai watak yang lain.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails