-->

6 Okt 2015

Yong Pal - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Yong Pal adalah antara drama popular yang dah aku tengok, drama ni baru saja habis ditayangkan di Korea pada 1 Oktober 2015 yang lalu. Drama Yong Pal ni sentiasa mendapat rating yang tinggi, tambahan lagi drama ni dibintangi oleh pelakon terkenal dan popular iaitu Joo Won dan Kim Tae Hee. Drama ni awalnya hanya 16 episod, lepas tu dengar cite ianya akan dipanjangkan menjadi 20 episod namun akhirnya ianya dipanjangkan hanya 2 episod jer dan menjadikan kesemuanya 18 episod. Aku memang excited nak tengok cite ni sebab pelakonnya adalah Joo Won dan Kim Tae Hee yang cantik tu hehe. Start dari awal episod memang dah seronok tengok cite ni sebab jalan ceritanya bergerak laju dan penuh suspen. Namun bila masuk episod 7 camtu, jalan cerita jadi sedikit perlahan dan bosan sedikit bila ianya lebih memfokuskan tentang kisah percintaan watak hero dan heroin drama ni iaitu Yeo Jin dan Tae Hyun. Ada komen yang aku baca mengatakan percintaan watak Yeo Jin dan Tae Hyun tu terlampau awal sangat. Walaubagaimanapun drama ni kembali menarik bila Yeo Jin mula menjalankan misi balas dendamnya itu.
Aku juga suka tengok hubungan baik Tae Hyun dengan ketua gangster tu, diorang ni lah yang akan tolong Tae Hyun masa die susah dan setia jer bersama nyer walau dimana pun Tae Hyun pergi. Sama juga dengan 2 jururawat yang sentiasa bersama dan menolong Tae Hyun. Awalnya aku ingat watak Chief Lee ni jahat sebab die macam tak suka jer Tae Hyun terlibat untuk merawat Yeo Jin tu tapi last2 baru tahu yang die xdela jahat sgt pun cuma die risau dan tak nak Tae Hyun jadi macam die. Memang menyampah dengan watak jahat Han Do Joon tu sebab sanggup buat macam2 kerana tamakkan harta dan kuasa, tapi dalam masa yg sama kesian jugak dgn die sbb die sunyi dan ni semuanya macam berpunca pada ayah diorang yg macam pilih kasih dan lebihkan adik perempuannya Yeo Jin. Isteri H.Do Joon ni iaitu Chae Young ni awalnya nampak macam baik sikit tapi ada agendanya yg tersendiri dan jahat laa jugak. Apapun memang tak puas hati dengan ending untuk watak2 jahat ni sebab diorang just kena tangkap dengan polis jer, x tunjuk apa yg jadi seterusnya. Kiranya diorang ni macam tak dapat balasan yg setimpal dengan perbuatan diorang.
Aku suka tengok Kim Tae Hee berambut panjang dalam drama ni, nampak ayu dan cantik je die, tapi die berambut panjang sekejap jer sampai di pertengahan episod die dah potong rambut die sampai paras bahu. Bila die berambut pendek nampak biasa jer laa tapi still okey. Aku juga suka tengok karakter watak Yeo Jin yang digambarkan sebagai seorang yang berani dan tak lemah. Tapi tulaa die begitu nekad untuk membalas dendam dan akhirnya memakan diri sendiri. Di pertengahan jalan cerita, drama ni macam memfokuskan pasal Yeo Jin dan dendamnyer tu jer, sedangkan tajuk drama ni pasal Yong Pal hehe macam tak kena lak jln cerita dengan tajuk drama. Lagi satu tak leh blah tengok watak nurse psiko yang jaga Yeo Jin waktu die koma tu, mmg giler betul, die obses dan buat Yeo Jin macam anak patung die jer hahaha. Pembantu Yeo Jin tu pun jahat jer, kenapa ler Yeo Jin tu tak pecat jer die awal2 last2 die yg berkomplot nak jatuhkan Yeo Jin tu.
Ending drama ni agak kelam kabut gak bagi aku sebab masa episod akhir lah diorang nak buat macam2 benda, dramatik sangat, kena racun, kena cancer, ada pembedahan semua. Ending untuk watak Yeo Jin dan Tae Hyun juga simple sangat sampai aku konfius gak sama ada Yeo Jin ni bermimpi ataupun pembedahan tu brjaya dan die hidup. Akhirnya memang happy ending ler jugak sbb Yeo Jin tu hidup tapi takat takat tu jerlaa pastu tamat jalan cerita. Apapun drama ni still menghiburkan juga dengan drama ni dibarisi pelakon popular membuatkan drama ni seronok ditonton. Aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni. Lepas ni ada cite baru yang ganti drama Yong Pal ni lakonan Moon Geun Young, tengok dari preview nampak macam best jer cite tu ada misteri2 gitu.
Sinopsis Yong Pal

Kim Tae-hyun is a talented surgeon. Desperate for money to pay for his sister's medical bills, he adopts the code name Yong-pal and offers his medical skills to those in need of medical attention but who cannot do so publicly, dealing with criminals and corrupt plutocrats. Joining a team of corrupt physicians Kim rescues "sleeping beauty" Han Yeo-jin, a chaebol heiress, from a medically induced coma, leading to unintended consequences.

2 ulasan:

  1. Ramai jugak eyh blogger buat review pasal Yong Pal nie. Hehe Saya belum tengok lagi. Huhuhu

    BalasPadam
  2. Jemput hantar juga ulasan Yong Pal di sini: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=884671&extra=page%3D1

    Kami mengumpul ulasan -ulasan yang ditulis peminat k-drama untuk dinilai dan dipertimbangkan dalam pencalonan CARI K drama Awards.

    Terima kasih.

    Boleh contact moderator di forum berkenaan : dauswq atau ismaha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017