-->

14 Feb 2020

Drama Jujurlah Nikahi Aku (DramaVaganza Astro Ria)

Jujurlah Nikahi Aku, Drama Jujurlah Nikahi Aku, Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku, OST Jujurlah Nikahi Aku, Info - Info Mengenai Drama Jujurlah Nikahi Aku, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah, Senarai Pelakon Drama Jujurlah Nikahi Aku, Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Baru Raja Azura, Drama Bersiri Astro Ria 2020,

Drama Jujurlah Nikahi Aku adalah drama terbaru di slot DramaVaganza Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran sejak 27 Jamuari 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Astro Ria. Antara pelakon drama Jujurlah Nikahi Aku ini adalah Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar dan ramai lagi. Drama 30 episod ini juga adalah adaptasi daripada Novel Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah. Selain itu drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production. Nampak menarik drama ini kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Jujurlah Nikahi Aku, Drama Jujurlah Nikahi Aku, Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku, OST Jujurlah Nikahi Aku, Info - Info Mengenai Drama Jujurlah Nikahi Aku, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah, Senarai Pelakon Drama Jujurlah Nikahi Aku, Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Baru Raja Azura, Drama Bersiri Astro Ria 2020,
Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku Lakonan Uyaina Arshad dan Sean Lee (Slot DramaVaganza Astro Ria)

Mengisahkan Nurin Asyfa (Uyaina Arshad), gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri iaitu Puan Azah (Raja Azura) kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan Wong (Sean Lee) yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu. Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif (Amar Asyraf)  juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna turut meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin (Rita Nadira), adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Ahmad Zanif. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama. Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Nurin mengecapi bahagia akhirnya?

Lagu Tema / OST Drama Jujurlah Nikahi Aku
⏩ Racun Hati nyanyian Ara Johari


My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2020, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

12 Feb 2020

Segment Blog Review & Cheerful Bloglist By Hana

Segment Blog Review & Cheerful Bloglist By Hana, Blogger, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 15 February 2020
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Antara kata motivasi yang saya suka -
Quote, Kata -Kata Motivasi, Kata - Kata Hikmat,
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

8 Feb 2020

Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam (Astro Citra)

Telefilem Racun Suami Jahanam, Telemovie Racun Suami Jahanam, Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam, Poster Telefilem Racun Suami Jahanam, Senarai Pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam, Mimi Lana, Ben Amir, Riz Amin, Scha Alyahya, Telefilem Astro Citra,

Telefilem Racun Suami Jahanam sudah pun disiarkan di Astro Citra pada 25 Januari yang lalu. Antara pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam ini adalah Mimi Lana, Riz Amin, Ben Amir, Scha Alyahya dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Aku dah tengok telefilem ni, memang best sebab jalan ceritanya agak berani dan lain dari yang lain, plus telefilem ni juga akan buat korang rasa geram dengan semua watak lelaki dalam telefilem ni. Lagi best bila telefilem Racun Suami Jahanam ni ada plot twist di bahagian ending gitu. Watak Scha Alyahya sebagai Maria tu memang agak misteri gitu, sebab dia tiba - tiba je muncul hahaha tapi masa di ending cerita, korang akan tahu siapa Maria yang sebenarnya jeng jeng jeng jeng. Lepas telefilem ni, Ben Amir dan Mimi Lana akan bergandingan lagi untuk drama Chandelier yang akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 10 Februari 2020 ini. So hari ni aku nak share sinopsis telefilem ini di bawah ye, selamat membaca..
Telefilem Racun Suami Jahanam, Telemovie Racun Suami Jahanam, Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam, Poster Telefilem Racun Suami Jahanam, Senarai Pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam, Mimi Lana, Ben Amir, Riz Amin, Scha Alyahya, Telefilem Astro Citra,
Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam Lakonan Mimi Lana dan Ben Amir

Mengisahkan Suraya (Mimi Lana) yang merupakan gadis kampung yang cantik tapi tidak berpelajaran tinggi, dia kemudian dinikahkan dengan Hasrul (Riz Amin) yang merupakan pemandu lori dan tinggal di bandar. Selepas berkahwin Suraya mengikut suaminya ke bandar dan ketika sampai di bandar barulah suaminya menunjukkan perangainya yang sebenar. Hasrul memaksa Suraya untuk buka tudung dan memakai pakaian seksi, kemudian membawa Suraya untuk bekerja di kelab malam / Bar. Lebih teruk lagi bila Suraya dipaksa untuk minum arak dan menjadi pelacur, Suraya juga kerap dipukul oleh suaminya. Ibu bapa Suraya datang ke bandar untuk melawat Suraya dan Hasrul menjadi sangat terkejut melihat keadaan Suraya yang mabuk. Hasrul pula memfitnah Suraya pada ibu bapa Suraya sehingga ibu Suraya menjadi benci pada Suraya. 
Telefilem Racun Suami Jahanam, Telemovie Racun Suami Jahanam, Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam, Poster Telefilem Racun Suami Jahanam, Senarai Pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam, Mimi Lana, Ben Amir, Riz Amin, Scha Alyahya, Telefilem Astro Citra,
Dalam masa yang sama Suraya mula berkawan dengan Maria (Scha Alyahya) yang sering datang padanya ketika dirinya memerlukan. Tak lama kemudian, secara kebetulan, Suraya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Rizal (Ben Amir). Rizal mula mengunjungi tempat kerja Suraya dan turut membawa Suraya keluar makan dan akhirnya Rizal mengaku mencintai Suraya. Suraya mula yakin yang Rizal mencintainya dan akan menolongnya untuk bebas dari suaminya itu. Setelah Rizal dapat apa yang dia nak, Rizal mula menunjukkan perangainya yang sebenar, dia mengaku yang dia hanya mempergunakan Suraya. Malah Rizal juga turut membiarkan Suraya dirogol oleh kawan - kawannya yang lain. Suraya yang tertekan cuba untuk bunuh diri, mujurlah Maria sempat menyedarkan Suraya dan mereka berdua akhirnya berpakat untuk membalas dendam. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca ini juga 👉👉 Biodata Terkini Mimi Lana


My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

Drama Hot Chocolate & Tea Lady (TV2)

Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid, Novel Online, Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady, Sinopsis Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Info - Info Mengenai Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV2, Drama Bersiri TV2 RTM 2020, Slot Selekta Prima, TV2, RTM, Poster Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Senarai Pelakon Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria,

Drama Hot Chocolate & Tea Lady adalah drama terbaru di slot Selekta Prima TV2 RTM yang disiarkan bagi menggantikan drama Lara Syakila yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hot Chocolate & Tea Lady ini adalah Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria dan ramai lagi. Drama Hot Chocolate & Tea Lady ini sudah mula bersiaran di TV2 sejak 29 Januari 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Hot Chocolate & Tea Lady karya Ramlah Rashid. Selain itu drama Hot Chocolate & Tea Lady ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar serta diterbitkan oleh Filmer Network Distribution Sdn Bhd. Nampak menarikkan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid, Novel Online, Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady, Sinopsis Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Info - Info Mengenai Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV2, Drama Bersiri TV2 RTM 2020, Slot Selekta Prima, TV2, RTM, Poster Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Senarai Pelakon Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria,
Sinopsis Drama Hot Chocolate & Tea Lady - Drama Adaptasi Novel

Pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki. Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. 
Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid, Novel Online, Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady, Sinopsis Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Info - Info Mengenai Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV2, Drama Bersiri TV2 RTM 2020, Slot Selekta Prima, TV2, RTM, Poster Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Senarai Pelakon Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria,
Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan. Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!. Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

6 Feb 2020

Top 21 Drama Korea Terbaik 2019

Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,

Patutnya entry ni aku buat masa hujung bulan Disember 2019 tu atau pun awal Januari hari tu tapi tak sempat buat sebab ada beberapa drama Korea yang aku tak habis tengok. Jadi bila dah habis tengok semua drama dalam list aku tu, barulah boleh senaraikan drama korea terbaik untuk tahun 2019 mengikut pilihan dan citarasa aku. Semua senarai drama di bawah ini mengikut citarasa aku semata - mata ye, kalau korang tak setuju dengan pilihan drama kat bawah ini tak boleh buat apalah kan hehehe. Tapi korang boleh juga share drama korea kesukaan korang untuk tahun 2019 di ruangan komen entry ini nanti k. Apapun memang pening nak susun drama - drama di bawah ini mengikut tahap kesukaan aku hahaha. Apa pun semua drama di bawah ini adalah drama yang tamat episodnya pada tahun 2019 ye. Manakala drama - drama lain yang tamat episodnya pada Januari 2020 tak masuk dalam senarai ini okey. Jadi bagi yang mencari drama - drama Korea yang best untuk ditonton bolehlah try rujuk entry ini dan pilih drama mana yang korang rasa nak tonton nanti.

21) VIP
Pelakon: Jang Na Ra, Lee Sang Yoon, Lee Chung Ah, Pyo Ye Jin, Kwak Sun Young, Shin Jae Ha dan ramai lagi.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Drama Korea VIP, Poster VIP, Sinopsis Drama Korea VIP,
Suka tengok Jang Na Ra dalam drama ni, plus drama ni agak misteri juga sebab penonton kena teka siapa wanita tersebut yang dikatakan ada skandal dengan watak lakonan Lee Sang Yoon itu. Kalau nak baca sinopsis penuh drama ini boleh klik sini➔ Sinopsis Drama Korea VIP

20) Secret Boutique
Pelakon: Kim Sun Ah, Jang Mi Hee, Go Min Si, Kim Jae Young dan ramai lagi. 
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Secret Boutique, Poster Drama Korea Secret Boutique,
Walaupun tajuk drama ni Secret Boutique tapi drama ini berkisarkan tentang dendam okey. Mengisahkan Jenny Jang yang ingin membalas dendam pada Kim Yeo Ok kerana telah mencuri identiti ibunya serta mengambil tempat ibunya sebagai menantu orang kaya. Malah Kim Yeo Ok turut cuba membunuh Jenny Jang ketika Jenny Jang masih kecil. Namun Jenny terselamat dan duduk di rumah anak yatim. Setelah Jenny remaja, dia bertemu lagi dengan Kim Yeo Ok dan secara kebetulan Kim Yeo Ok mengambilnya bekerja sebagai orang gaji di rumahnya. Atas kebijaksanaan Jenny Jang dia berjaya mengubah statusnya dari orang gaji kepada orang penting dalam syarikat Kim Yeo Ok. Drama ini ada elemen suspen dan misteri gitu.

Pelakon: Lee Sang Yeob, Park Ha Sun, Ye Ji Won, Jo Dong Hyuk, Jung Sang Hoon dan ramai lagi
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Love Affairs In The Afternoon, Poster Drama Korea Love Affairs In The Afternoon,
Merupakan remake dari drama Jepun tapi ending versi drama Korea agak berbeza sebab lebih happy ending gitu. Suka tengok Lee Sang Yeob dalam drama ni sebab dia sangat adorable dan sweet okey hehe. Bagi yang cepat emosi maybe tak sesuai tengok drama ni, sebab jalan ceritanya berkisarkan suami orang ada affair dengan isteri orang, kontroversi sangat hahaha. Drama ini menerangkan dengan jelas sebab kenapa seseorang itu boleh berlaku curang pada pasangan mereka serta kesan dan akibat yang perlu ditanggung selepas curang tu. Boleh klik tajuk drama ini untuk baca review yer.

18) The Tale Of Nokdu
Pelakon:  Jang Dong Yoon, Kim So Hyun, Kang Tae Oh, Jung Joon Ho, Jo Soo Hyang dan ramai lagi.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu,
Di permulaan cerita sampailah ke pertengahan cerita, drama ini agak lawak sebenarnya, tambahan lagi drama ni bergenre romantik komedi juga. Cantik pula Jang Dong Yoon ni bila dia menyamar jadi perempuan, lawak pun lawak. Di pertengahan cerita drama ini mula start jadi serius dan suspen plus tak sangka Kang Tae Oh boleh bawa watak jahat dengan baik sekali.

Pelakon: Yum Jung Ah, Yoon Se Ah, Oh Na Ra, Kim Seo Hyung, Kim Hye Yoon, Kim Bo Ra, Kim Byung Chul dan ramai lagi. Boleh klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama ini ye..
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Sky Castle, Poster Drama Korea Sky Castle,
Drama ni memang popular dan mendapat rating yang tinggi gitu, nak tahu lebih lanjut boleh baca review drama ni yang dah aku buat okey. Boleh klik tajuk drama ini untuk baca review yer

16) Arthdal Chronicle
Pelakon: Song Joong Ki, Jang Dong Gun, Kim Ok Vin, Kim Ji Won, Park Hae Joon dan ramai lagi..
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Arthdal Chronicle, Poster Drama Korea Arthdal Chronicle,
Drama yang berbajet besar, no wonderlah storylinenya unik habis tapi endingnya memang tergantung, pastu tak ada kepastian sama ada drama ini ada season 2 atau tidak.

Pelakon: Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Honey, Go Joon, Keum Sae Rok, Kim Hyung Mook dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ni untuk baca review The Fiery Priest ini yer..
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea The Fiery Priest, Poster Drama Korea The Fiery Priest,
Drama ni lawak habis dan paling penting drama ini akan ada musim kedua gitu yeayyy..Boleh klik tajuk drama ini untuk baca review yer

Pelakon: Yoon Gyun Sang, Keum Sae Rok, Jun, Choi Kyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Class Of Lies ini.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Class Of Lies , Poster Drama Korea Class Of Lies,
Walaupun drama ni berkisarkan tentang pelajar sekolah tapi drama ni suspen juga dan ada unsur misteri gitu..

Pelakon: Park Bo Gum, Song Hye Kyo, Jang Seung Jo, Cha Hwa Yeon dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ni untuk baca review penuh drama Korea Encounter ini.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Encounter, Poster Drama Korea Encounter,
Jalan cerita drama Korea Encounter ni simple tapi nice and sweet, lokasi shooting yang cantik serta dibarisi pelakon popular memang antara sebab aku suka dengan drama ni.

Pelakon: Shin Ha Kyun, Lee Seol, Park Ho San, Kim Gun Woo, Baro, Bae Da Bin dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Less Than Evil ini.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Less Than Evil, Poster Drama Korea Less Than Evil,
Drama Less Than Evil ni memang suspen, ada plot twist dan syok layan drama ni..

11) Designated Survivor : 60 Days 
Pelakon: Ji Jin Hee, Heo Jun Ho, Kang Han Na, Lee Joon Hyuk, Bae Jong Ok, Son Seok Koo, Choi Yoon Young, Lee Moo Saeng dan ramai lagi.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Designated Survivor : 60 Days, Poster Designated Survivor : 60 Days,
Best gak layan drama ni, suspen gitu berkisarkan Park Moo Jin yang merupakan menteri alam sekitar dan antara menteri yang termuda gitu. Namun sesuatu terjadi bila Blue House telah dibom dan semua menteri dan presiden telah mati. Hanya Park Moo Jin yang hidup dan dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai presiden Korea selama 60 Hari. Pelbagai cabaran yang perlu dilaluinya serta dia juga perlu membuat pilihan yang tepat untuk sesuatu keputusan. Di samping perlu membuktikan dirinya pada mereka yang memandang rendah pada kemampuannya. Hope ada season 2 gitu, suka tengok hubungan baik Park Moo Jin dengan semua kakitangannya tu, sweet je.

Top 10 Drama Korea Terbaik 2019

Pelakon: Jin Young (Got7), Shin Ye Eun, Kim Kwon, Kim Da Som, Lee Seung Joon dan ramai lagi.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea He Is Psychometric, Poster Drama Korea He Is Psychometric,
Drama ni best, aku tak begitu suka dengan kisah cinta watak utama drama ini sebab lebih tertarik dengan storyline drama ini terutamanya yang membabitkan watak Kang Sung Mo yang misteri gitu. Agak sedih sebenarnya drama ni huhuhu. Boleh klik tajuk drama ini untuk baca review yer

Pelakon: Im Soo Hyang, Lee Jang Woo, Bae Jong Ok, Lee Gyu Han, Kim Jin Woo dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Graceful Family ini.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Graceful Family, Poster Drama Korea Graceful Family,
Antara drama Korea yang best untuk ditonton. Drama ini suspen dan ada banyak plot twist gitu serta drama ini juga turut mendapat rating yang tinggi.

Pelakon: Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Son Eun Seo, Kwon Yool dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Voice 3 ini.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Voice 3 : City Of Accomplices, Poster Drama Korea Voice 3 : City Of Accomplices, Voice 3,
Semua siri drama Voice dari season 1 hinggalah season 3 memang semuanya best. Suka tengok hero dan heroin drama ni sebab diorang nampak sepadan sangat. Untuk musim ketiga ini, endingnya sad ending okey huhuhu..

Pelakon: Kim Hye Yoon, Ro Woon, Lee Jae Wook, Lee Na Eun, Jung Gun Joo dan ramai lagi. Boleh klik tajuk drama ini untuk baca review yer
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Extraordinary You, Poster Drama Korea Extraordinary You,
Syok layan drama ni, jalan ceritanya unik dan best serta dibarisi dengan pelakon - pelakon muda yang berbakat.

Pelakon: Joo Jin Moo, Han Ye Seul, Kim Hee Won, Park Sun Im, Cha Soon Bae dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Big Issue ini.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Big Issue, Poster Drama Korea Big Issue,
Jo Jin Moo dan Han Ye Seul nampak serasi betul dalam drama ini yang memfokuskan tentang dunia paparazzi gitu. Best layan drama ni, suspen gitu..

Pelakon: Namgoong Min, Kwon Nara, Kim Byung Chul, Choi Won Young, Park Eun Seok, Kim Jung Nan, Jang Hyun Sung dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Doctor Prisoner ini okey.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Doctor Prisoner, Poster Drama Korea  Doctor Prisoner,
Walaupun bergenre medical drama, tapi jalan ceritanya memang wow, suspen dan ada banyak plot twist gitu. Terbaik dan lakonan para pelakon pun mantap.

4) Vagabond
Pelakon: Lee Seung Gi, Bae Suzy, Shin Sung Rok, Lee Ki Young, Moon Jeong Hee, Lee Kyoung Young, Jang Hyuk Jin dan ramai lagi.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Vagabond, Poster Drama Korea Vagabond,
Merupakan drama aksi suspen yang best untuk ditonton. Dibarisi oleh pelakon popular serta jalan ceritanya menarik dan ada plot twist gitu. Sayangnya ending drama ini tergantung dan tak pasti sama ada akan ada season 2 atau tidak.

Pelakon: IU, Yeo Jin Goo, Shin Jung Keun, Bae Hae Sun, P.O, Kang Mi Na, Seo Yi Sook, Lee Do Hyun dan ramai lagi.  Sila klik tajuk drama ini untuk baca review penuh drama Korea Hotel Del Luna ini.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Hotel Del Luna, Poster Drama Korea Hotel Del Luna,
Antara drama popular untuk tahun 2019, jalan cerita unik, pelakon best, OST pun best, pendek kata semua best. 

Pelakon: Hyun Bin, Park Shin Hye, Park Hoon, Kim Eui Sung, Lee Seung Joon, Min Jin Woong, Han Bo Reum dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca review drama Korea Memories Of The Alhambra ini ye.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea Memories Of The Alhambra, Poster Drama Korea Memories Of The Alhambra,
Korean Drama Memories Of The Alhambra ini disiarkan pada penghujung tahun 2018 tapi tamat episodnya pada bulan Januari 2019. Jadi aku anggap drama ni dalam tahun 2019 gitu. Drama ni memang terbaik, jalan ceritanya amazing, unik dan lain dari yang lain. Pelakon pun best, semuanya perfect kecuali endingnya saja yang tergantung dan open ending gitu. 

Pelakon: Gong Hyo Jin, Kang Ha Neul, Kim Ji Suk, Oh Jung Se, Yum Hye Ran, Son Dam Bi, Kim Kang Hoon, Ko Du Shim, Lee Jung Eun dan ramai lagi. Sila klik tajuk drama ini untuk baca reviewnyer okey.
Top 21 Drama Korea Terbaik 2019, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama 2019, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea When The Camellia Blooms, Poster Drama Korea When The Camellia Blooms,
Jeng-jeng jeng pada pendapat aku inilah drama terbaik untuk tahun 2019. Sebab aku pilih drama ni jadi top 1 gitu sebab jalan ceritanya yang menyentuh hati gitu, endingnya pun takde tergantung bagai, happy ending. Drama ni serba - serbinya lengkap, ada sweet, ada pengajaran, ada kelakar, ada misteri, ada suspen, ada plot twist, ada cintan - cintun. Pendek katanya drama ni memang best giler, plus rating drama ini juga tinggi okey serta drama ini dan para pelakonnya turut menang besar dalam 2019 KBS Drama Awards gitu. Macammana pulaa dengan list drama Korea pilihan korang? sama macam aku tak?


(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

4 Feb 2020

Bloglist Segment 2020

Bloglist Segment 2020, Blog, Blogger,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 5 February 2020
Nak join boleh klik Banner diatas ye..

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017