-->

19 Jan 2020

Review Drama Korea Class Of Lies

Class Of Lies, Korean Drama Class Of Lies, Drama Korea Class Of Lies, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Korean Drama Class Of Lies Ending, Sinopsis Drama Korea Class Of Lies, Poster Drama Korea Class Of Lies, My Opinion, My Review, My Favorite, Senarai Pelakon Drama Class Of Lies, Yoon Kyun Sang, Gem Sae Rok, Choi Yu Hwa, Lee Jun Young, Choi Gyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji, Jang Dong Joo, Jung Da Eun, Byun Hun, Kwon So Hyun, Shin Jae Hwi, Jun Suk Ho, Kim Min Sang, Yu Seong Ju,
Class Of Lies - Korean Drama Review

Korean Drama Class Of Lies ini disiarkan di channel OCN bermula 17 Julai 2019 dan tamat episodnya pada 5 September 2019 yang lalu serta mempunyai 16 episod. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Korea Save Me 2 : The Fake dan kemudian akan digantikan dengan drama The Running Mates Human Rights. Antara pelakon drama Korea Class Of Lies ini adalah Yoon Kyun Sang, Gem Sae Rok, Choi Yu Hwa, Lee Jun Young, Choi Gyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji, Jang Dong Joo, Jung Da Eun, Byun Hun, Kwon So Hyun, Shin Jae Hwi, Jun Suk Ho, Kim Min Sang, Yu Seong Ju dan ramai lagi. Aku tertarik nak tengok drama Korea Class Of Lies ni sebab ramai yang memuji dan memberi komen yang positif mengenai drama ini. Ikutkan aku malas nak tengok drama yang berkaitan budak sekolah ni semua, tapi drama ini berbeza sedikit kerana ianya lebih pada suspen dan penonton perlu meneka siapa pembunuh sebenar Jeong Soo Ah itu. Pembunuh sebenar itu dikalangan pelajar sekolah juga dan semuanya ada motif untuk membunuh gitu, jadi ada ramai suspek okey. Memang geram tengok perangai pelajar - pelajar di sekolah elit tersebut sebab ramai yang tak berguna, diorang dilayan macam raja disebabkan diorang semua anak orang kaya dan berpengaruh. Latar tempat drama ini banyak di sekolahlah kan, selain ada beberapa scene di mahkamah, di penjara, di hospital dan juga di tempat - tempat lain.
Class Of Lies, Korean Drama Class Of Lies, Drama Korea Class Of Lies, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Korean Drama Class Of Lies Ending, Sinopsis Drama Korea Class Of Lies, Poster Drama Korea Class Of Lies, My Opinion, My Review, My Favorite, Senarai Pelakon Drama Class Of Lies, Yoon Kyun Sang, Gem Sae Rok, Choi Yu Hwa, Lee Jun Young, Choi Gyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji, Jang Dong Joo, Jung Da Eun, Byun Hun, Kwon So Hyun, Shin Jae Hwi, Jun Suk Ho, Kim Min Sang, Yu Seong Ju,
Drama Korea Class Of Lies ini mengisahkan tentang Gi Moo Hyeok (lakonan Yoon Kyun Sang) yang merupakan seorang peguam hebat dan sering mengendalikan kes - kes berprofil tinggi. Namun suatu hari majikannya Lee Do Jin menyuruhnya untuk menjadi peguambela untuk seorang pelajar sekolah bernama Kim Han Soo (lakonan Jang Dong Joo) yang menjadi suspek untuk satu kes bunuh rakan sekolahnya Jeong Soo Ah (lakonan Jung Da Eun) . Gi Moo Hyeok agak pelik kerana disuruh untuk mengendalikan kes berkenaan kerana baginya kes tersebut biasa saja. Gi Moo Hyeok sukar mendapatkan kerjasama dari suspek iaitu Kim Han Soo kerana Kim Han Soo enggan berterus - terang dan seolah - olah cuba menyembunyikan sesuatu. Namun ketika Gi Moo Hyeok berjaya menyakinkan Kim Han Soo untuk berterus - terang dengannya, Kim Han Soo pula tiba - tiba dikatakan cuba bunuh diri dan kini koma. Selepas itu Gi Moo Hyeok pula diberhentikan kerja oleh majikannya atas alasan yang tidak kukuh. Gi Moo Hyeok mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes tersebut, dia juga berasa marah kerana dibuang kerja seperti itu. Akhirnya Gi Moo Hyeok nekad untuk menyiasat kes tersebut dengan caranya sendiri. Ketika dia menghadiri upacara pengebumian mangsa bunuh kes tersebut iaitu Jeong Soo Ah. Gi Moo Hyeok telah terdengar perbualan 4 pelajar sekolah di situ dan mula curiga dengan mereka berempat. 
Class Of Lies, Korean Drama Class Of Lies, Drama Korea Class Of Lies, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Korean Drama Class Of Lies Ending, Sinopsis Drama Korea Class Of Lies, Poster Drama Korea Class Of Lies, My Opinion, My Review, My Favorite, Senarai Pelakon Drama Class Of Lies, Yoon Kyun Sang, Gem Sae Rok, Choi Yu Hwa, Lee Jun Young, Choi Gyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji, Jang Dong Joo, Jung Da Eun, Byun Hun, Kwon So Hyun, Shin Jae Hwi, Jun Suk Ho, Kim Min Sang, Yu Seong Ju,
Gi Moo Hyeok nekad untuk menyamar menjadi guru ganti di Chunmyung High School dan menukar namanya menjadi Gi Kang Jae untuk menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam lagi. Setelah berjaya menjadi guru ganti di sekolah tersebut, Gi Moo Hyeok mendapati ada banyak suspek lain yang turut ada motif untuk membunuh Jeong Soo Ah itu. Apa yang berlaku seterusnya? okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Class Of Lies ini. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang 4 pelajar yang paling popular dan berpengaruh di sekolah itu yang merupakan suspek untuk kes bunuh tersebut. Mereka berempat adalah Yoo Beom Jin (lakonan Lee Jun Young) yang merupakan pelajar yang bijak, perfect serta pandai memanipulasikan situasi dan juga orang. Seterusnya adalah Lee Gi Hoon, (lakonan Choi Gyu Jin) dia ni panas baran serta menyukai Jeong Soo Ah dalam diam dan sering stalk Jeong Soo Ah. Seterusnya adalah Han Tae Ra (lakonan Han So Eun) yang merupakan girlfriend Yoo Beom Jin, mereka berdua digelar perfect couple gitu. Han Tae Ra cemburu dengan hubungan baik Yoo Beom Jin dan Jeong Soo Ah serta bertindak membuli Jeong Soo Ah. Last sekali adalah Na Ye Ri (lakonan Kim Myung Ji) yang merupakan seorang idol trainee dan tengah menanti gilirannya untuk debut dalam bidang nyanyian. Dia juga cemburukan Jeong Soo Ah serta risau jika Jeong Soo Ah akan menggantikannya dalam kumpulan tersebut. Maka dia juga turut membuli Jeong Soo Ah itu.
Class Of Lies, Korean Drama Class Of Lies, Drama Korea Class Of Lies, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama 2019, Korean Drama Class Of Lies Ending, Sinopsis Drama Korea Class Of Lies, Poster Drama Korea Class Of Lies, My Opinion, My Review, My Favorite, Senarai Pelakon Drama Class Of Lies, Yoon Kyun Sang, Gem Sae Rok, Choi Yu Hwa, Lee Jun Young, Choi Gyu Jin, Han So Eun, Kim Myung Ji, Jang Dong Joo, Jung Da Eun, Byun Hun, Kwon So Hyun, Shin Jae Hwi, Jun Suk Ho, Kim Min Sang, Yu Seong Ju,
Kesian tengok pelajar miskin dalam drama ini yang kena buli kaw- kaw dengan pelajar lain tu. Selain itu agak annoying dengan guru tetap dalam sekolah tersebut terutamanya Ha So Hyeon (lakonan Gem Sae Rok). Dia ni cikgu yang sayangkan pelajarnya tapi agak annoying bila dia macam ganggu plan Gi Moo Hyeok pastu tuduh Gi Moo Hyeok macam - macam, sedangkan pelajarnya yang salah dan jahat. Kiranya ambil masa jugalah untuk dia sedar dan akhirnya membantu Gi Moo Hyeok tu. Antara scene yang aku suka dalam drama ini adalah scene ketika Gi Moo Hyeok cuba hack handphone para pelajarnya tu masa pelajarnya tengah jawab soalan ujian. Memang suspen scene ni sebab Yoo Beom Jin macam dah tahu and minta balik handphone dia tu. Ending drama Korea Class Of Lies ini happy ending tapi yang tak berapa bestnya bila pembunuh sebenar tu tak dapat hukuman yang sepatutnya. Apa pun best juga layan drama ni jadi aku bagi 7.9/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis dan Review Filem Dua Garis Biru
➔ My Korean Drama List 2019
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,

4 ulasan:

  1. oh kak belum tengok drama ni. rasanya kak pass kan ja la drama ni :P

    BalasPadam
  2. hahaha kannn menyampah je acah concern dengan pelajar tapi satu apa yang jadi pun tak tahu. Lepastu nak kacau plan orang lain. Apa benda entah

    BalasPadam
  3. bila baca review orang mesti rasa nak tgk lg. haha

    BalasPadam
  4. Jadinya nak tanya..siapa pembunuh yang sebenar? Siapa yang Bunuh boem?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017