-->

28 Nov 2022

Finalis Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Finalis AJL37, Finalis Anugerah Juara Lagu 37, ajl37, 12 Lagu Yang Layak Ke AJL37, Anugerah Juara Lagu 37, Anugerah Vokal Terbaik,

Akhirnya terjawab sudah teka - teki mengenai lagu manakah yang akan ke Anugerah Juara Lagu 37 #AJL37 yang akan berlangsung pada 12 Februari 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil. Aku pun tengok juga semi final Muzik Muzik 37 yang berlangsung selama 2 hari tu sebab ada 30 lagu n penyanyi yang berentap pun semuanya best - best belaka. Ikutkan susah nak teka 12 lagu yang akan terpilih tu, apa pun aku nampak persaingan sengit untuk anugerah vokal terbaik AJL37 tu sebab ada Ernie Zakri, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah dan juga Marsha. Namun peserta lain pasti akan memberi saingan hebat sebab semua peserta ada suara yang sedap dah hebat - hebat belaka. Apa pun good luck untuk semua finalis AJL37. Jadi jom tengok senarai 12 lagu yang layak ke AJL37 di bawah ini okey..
Senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37):

Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar
Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

Debu 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

Korban
Penyanyi : Ernie Zakri
Lirik : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

Bahagiakan Dia
Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone
Lirik : Joe Flizzow & Sonaone
Komposer : Sonaone

Kembali Terang
Penyanyi : Marsha Milan
Lirik : Senna
Komposer : Senna & Ajin

Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

Nang
Penyanyi : Iman Troye
Lirik : Ezra Kong & A.ramle
Komposer : Ezra Kong & A.ramle

Payung Pelangi
Penyanyi : Noki & Mk
Lirik : Noki & Mk
Komposer : Noki & Mk

Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Irama
Penyanyi : Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga



Read More »

27 Nov 2022

Telefilem Wanji (TV1)

Telefilem Wanji, Telemovie Wanji TV1, Sinopsis Telefilem Wanji TV1, Wanji Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Wanji, Telemovie Wanji Full Movie, Poster Telefilem Wanji, Pelakon - Pelakon Telefilem Wanji, Syed Ali Murtadha, Sayyid Baqir, Yaakob Abd Aziz, Wafariena, Azman Hassan, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Akmal Ahmad, Pablo Amirul, Khai Sabri,
Telefilem Wanji (TV1)

Telefilem Wanji sudah pun disiarkan di TV1 pada 26 November 2022 yang lalu, antara pelakon telefilem Wanji ini adalah  Syed Ali Murtadha, Sayyid Baqir, Yaakob Abd Aziz, Wafariena, Azman Hassan, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Akmal Ahmad, Pablo Amirul, Khai Sabri dan ramai lagi. Selain itu telemovie Wanji ini diarahkan oleh Danny Alamsyah dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM. Apa pun nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom baca sinopsis telemovie Wanji ini di bawah okey..

Sinopsis Telefilem Wanji TV1

Kisahnya berlatarkan tentang dua beradik, Wanji berumur 12 tahun dan adiknya, Walid, 11, yang dibesarkan datuknya, Tok Su. Mereka kemudiannya berhubungan rapat dengan seorang wanita dianggap kakak bernama Ereen. Konflik memuncak apabila Wanji diasuh oleh Lando untuk menyukai kerjanya sekaligus membuatkan Walid berang dengan perubahan sikap Wanji. Walid, Sofea dan Atai kemudiannya cuba untuk melarikan diri namun gagal apabila Walid dan Sofea ditangkap semula oleh orang-orang Lando. Apakah kesudahan hubungan Wanji dan Walid di sebalik konflik antara keduanya?



Read More »

28 Ogo 2022

Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose

Telemovie Crush Next Door Lakonan Aiman Hakim & Nelydia Senrose


Assalammualaikum..
Semalam ada ler tengok Telemovie Crush Next Door ni kat Astro Ria lakonan Aiman Hakim dan Nelydia Senrose. Best gak layannn cite ni. Tak silap aku Telemovie Crush Next Door ni adalah adaptasi daripada cerpen yang tajuknya juga sama. Gandingan Aiman Hakim dan Nelydia Senrose ni nampak serasi, sweet dan comel jer hehe. Selalunya Aiman Hakim ni digandingkan dengan Emma Maembong kan, tapi aku tengok die dengan Nelydia pun okey gak hehe. Dalam banyak2 scene aku paling suka scene Zarif mula mengorat Hani tu, paling tak leh blah bila lepas kena lamar dengan Zarif tu boleh plak Hani tu terlanggar tiang depan2 Zarif lak tuh hahaha. 
Satu lagi scene yang aku suka masa last scene tu bila Zarif masuk rumah Hani lepas dengar jeritan Hani, die ingatkan Hani dalam bahaya rupanya Hani tu menjerit sebab takutkan lipas jer. Diorang ni kira berjiranlah n masa Zarif ada dalam rumah Hani tu boleh plak emak Zarif dan Hani datang serentak haha, tup2 dah ada depan pintu rumah dah. Keadaan mula jadi kelam kabut n lawak bila Zarif keluar dari rumah Hani n Hani keluar dari rumah Zarif, terbalik plak jadinya n mak diorang mula jadi konpius, kenapa rumah anak diorang ni bertukar plak hahaha. Scene last yang paling aku suka sekali hehe, not bad gak telemovie ni sebab sweet n lawak gak.

Update 28/8/2022 !!! 
Telefilem Crush Next Door ini akan diulangsiar di Awesome TV pada 28 Ogos 2022, jam 5 petang.




Read More »

20 Ogo 2022

Hindi Movie Review : Jalsa (2022)

Hindi Movie Jalsa, Jalsa Movie Review, Poster Filem Jalsa, Bollywood Movie Jalsa, Jalsa Movie 2022, Vidya Balan Movie, Shefali Shah, Sinopsis Filem Hindi Jalsa, Hindi Movie Jalsa Full Movie,

Jalsa merupakan Hindi thriller film yang diarahkan oleh Suresh Triveni dan release pada 18 Mac 2022 yang lalu. Antara pelakon filem hindi Jalsa ini adalah Vidya Balan, Shefali Shah, Surya Kasibhatla, Manav Kaul, Rohini Hattangadi, Kashish Rizwan, Shafeen Patel, Vidhatri Bandi dan ramai lagi. Rasanya peminat filem Hindi pasti tahu yang Vidya Balan antara pelakon hebat dan berbakat di Bollywood, jadi semua filem lakonannya sentiasa dinantikan. Hari ni aku nak buat review ringkas tentang filemnya yang bertajuk Jalsa. Jalsa Mengisahkan tentang Maya Menon yang merupakan seorang wartawan dan juga hos yang berjaya dan berpengaruh. Maya merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki yang OKU bernama Ayush. Walaubagaimanapun Maya mempunyai hubungan baik dengan bekas suaminya. Maya seorang wanita kuat, berdisiplin, berkeyakinan tinggi dan mempunyai kerjaya yang baik. Namun segalanya berubah di suatu malam bila Maya terlanggar seorang gadis muda bernama Aliyah yang tiba - tiba muncul di depan keretanya. Kebetulan Maya ketika itu memandu dalam keadaan yang mengantuk, Maya yang panik melihat seorang lelaki melarikan diri dari tempat kejadian dan tanpa membuang masa Maya juga turut melarikan diri dan membiarkan gadis tersebut disitu. Selepas dari itu, Maya hidup dalam ketakutan, keadaan makin rumit apabila Maya dapat tahu gadis muda  yang dilanggarnya itu adalah anak pada pembantu rumahnya iaitu Rukhsana.

Rukhsana mempunyai hubungan baik dengan Maya, dia menjaga dan menyayangi anak Maya iaitu Ayush seperti anaknya sendiri. Apabila anak perempuannya Aliyah dilanggar lari, Rukhsana ingin menuntut keadilan dan ingin polis mencari siapa pesalah sebenar. Maya berasa bersalah pada Rukhsana namun masih teragak - agak untuk berterus - terang pada Rukhsana. Maya membiayai segala pembelajaan bil hospital Aliyah, dalam masa yang sama Maya sering diserang panic attact selepas insiden langgar lari itu. Polis juga tidak begitu membantu dalam kes langgar lari itu sebaliknya ingin menutup kes berkenaan secepat mungkin. Dalam masa yang sama, ada seorang wartawan bernama Rohini turut menyiasat kes langgar lari tersebut. Rohini itu bekerja dengan Maya namun tidak tahu Maya terlibat dalam kes tersebut. Maya cuba menghalang Rohini dari terus menyiasat kes berkenaan, namun Rohini tetap menyiasat kes berkenaan secara senyap - senyap. Alangkah terkejutnya bila Rohini dapat rakaman cctv yang menunjukkan Maya terlibat dalam kes tersebut. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Rohini akan terus berdiam? atau berpakat dengan Maya? apa reaksi Rukhsana bila dapat tahu kebenarannya? okey itu serba sedikit sinopsis filem Jalsa ini. 

Hindi Movie Jalsa, Jalsa Movie Review, Poster Filem Jalsa, Bollywood Movie Jalsa, Jalsa Movie 2022, Vidya Balan Movie, Shefali Shah, Sinopsis Filem Hindi Jalsa, Hindi Movie Jalsa Full Movie,

Maya ni sebenarnya bernasib baik sebab situasi banyak memihak padanya, termasuklah polis yang seolah - olah memihak padanya tapi polis tu tak tahu pun Maya terlibat. Polis cuma nak tutup kes itu secepat mungkin disebabkan hal lain. Kalau nak tahu hal lain tu apa, korang kenalah tengok movie Jalsa ni nanti. Ikutkan storyline Jalsa ni sangat simple dan straight forward, cuma dapat ambil pengajaran jugalah dari watak Maya ni. Dimana dapat dilihat Maya ni pada awalnya seorang yang sangat mementingkan kebenaran, lantang bersuara, berani namun lepas terjadinya insiden langgar lari tu, Maya terus berubah secara drastiknya menjadi seorang penakut dan lemah. Jadi kalau buat salah kita kena berhadapan dengan akibatnya, bila kita merahsiakan kesalahan kita, hal tersebut akhirnya akan memakan diri kita sendiri di akhirnya. Agak kesian juga dengan Rukhsana dalam cerita ini walaupun anaknya jadi mangsa tapi sedara - maranya macam menyalahkan anaknya Aliyah yang keluar malam - malam buta sampai kena langgar dengan kereta. Lebih haru bila Aliyah sebenarnya keluar malam untuk lepak - lepak dengan kawan lelakinya.

Ending Movie Jalsa ni agak tergantung sebenarnya sebab macam tak pasti apa sebenarnya yang terjadi, kiranya korang kena buat andaian sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Adakah di akhirnya Rukhsana dapat memaafkan Maya atau tidak? korang kena tengok sendiri dan buat penilaian korang.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4



Read More »

4 Jun 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Scammer 2

Ending Scammer 2, Episod Akhir Drama Scammer 2, Drama Scammer 2 Lakonan Bato Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah, Sinopsis Scammer 2, Sinopsis Episod Akhir Drama Scammer 2, Drama Scammer 3,
Episod Akhir dan Ending Drama Scammer 2 

Berakhir sudah drama Scammer 2 lakonan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah ni, drama ini mempunyai 28 episod dan disiarkan di Astro Ria. Best juga layan drama Scammer 2, aku tengok kedua - dua season iaitu Scammer 1 dan Scammer 2. Kalau season one jalan ceritanya lebih pada money laundering (cuci duit) manakala season 2 ni, jalan ceritanya sedikit beratlah sebab berkisarkan balas dendam, penipuan serta kisah penunggang agama. Scammer 2 ini mengisahkan tentang Taqriz yang nak balas dendam atas kematian ayahnya iaitu Cikgu Shah yang dikatakan menipu duit orang kampung lalu dibunuh. Taqriz mencari seorang demi seorang yang bertanggungjawab atas kematian ayahnya dan ingin membersihkan nama ayahnya. Walaupun usahanya membuahkan hasil namun Taqriz turut hilang orang - orang yang disayanginya akibat dendamnya itu. Episod akhir drama Scammer 2 ini menyaksikan Rudy lakonan Zahiril Adzim dah kantoi dan polis dah tahu dia yang membunuh Yanti lalu Rudy bertindak melarikan diri dan memaksa isterinya Hajar untuk ikut dia sekali.

Taqriz turut mengejar Rudy dan mereka sempatlah berlawan, bertumbuk bagai. Geram jugak aku dengan mak Rudy yang protect anak dia tahap gila - gila, no wonderlah anak dia pun jadi tak betul. Akhirnya mak Rudy tu dengan angkuhnya mengaku dia yang bunuh bapa Taqriz semua. Manakala Taqriz berjaya menahan marahnya dari membunuh mak Rudy tu dan menyerahkan mak Rudy pada polis. Ending drama Scammer 2 bagi aku agak menarik bila Amy lakonan Siti Saleha dan Inspektor Aqil lakonan Wan Raja dari season 1 datang berjumpa Taqriz dan Liya untuk ajak diorang sama - sama menyiasat tentang duit hilang. Aku terfikir gak kalau diorang gabungkan pelakon season 1 dan 2 untuk next season mesti lagi best kan, tapi tak sure la kalau nanti akan ada drama Scammer 3 pula hahaha..



Read More »

26 Mei 2022

Telefilem Cangkul Lakonan Nazim Othman dan Aweera (Astro Citra)

Telefilem Cangkul Astro Citra, Telemovie Cangkul Astro Citra, Sinopsis Telefilem Cangkul, Pelakon - Pelakon Telefilem Cangkul, Aweera, Nazim Othman, Aisha Retno, Telemovie Astro Citra 2022, Poster Telefilem Cangkul,
Telefilem Cangkul Lakonan Nazim Othman dan Aweera (Astro Citra)

Telefilem Cangkul sudah pun disiarkan pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada 21 Mei 2022 di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Cangkul ini adalah Nazim Othman, Aweera, Aisha Retno, Dian Fernandez dan ramai lagi. Selain itu telemovie Cangkul ini diarahkan oleh Azmir Affandi dan diterbitksn oleh u2media Sdn Bhd. Manakala skrip drama ini pula ditulis oleh Srikandi Emma & Sri Dewi. Nampak menarik kan telefilem Cangkul ini kan, jadi jom tengok ringkas telefilem ini di bawah okey..

Sinopsis Telefilem Cangkul Lakonan Nazim Othman dan Aweera (Astro Citra)

Imran penggali kubur yang memiliki sebatang cangkul yang akan bergerak sebagai tanda berlakunya kematian. Atas desakan hidup, Imran bersama rakan baiknya Musa merancang untuk mendapatkan lebih banyak tempahan menggali kubur dengan mencipta kematian.




Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017