-->

4 Jun 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Scammer 2

Ending Scammer 2, Episod Akhir Drama Scammer 2, Drama Scammer 2 Lakonan Bato Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah, Sinopsis Scammer 2, Sinopsis Episod Akhir Drama Scammer 2, Drama Scammer 3,
Episod Akhir dan Ending Drama Scammer 2 

Berakhir sudah drama Scammer 2 lakonan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah ni, drama ini mempunyai 28 episod dan disiarkan di Astro Ria. Best juga layan drama Scammer 2, aku tengok kedua - dua season iaitu Scammer 1 dan Scammer 2. Kalau season one jalan ceritanya lebih pada money laundering (cuci duit) manakala season 2 ni, jalan ceritanya sedikit beratlah sebab berkisarkan balas dendam, penipuan serta kisah penunggang agama. Scammer 2 ini mengisahkan tentang Taqriz yang nak balas dendam atas kematian ayahnya iaitu Cikgu Shah yang dikatakan menipu duit orang kampung lalu dibunuh. Taqriz mencari seorang demi seorang yang bertanggungjawab atas kematian ayahnya dan ingin membersihkan nama ayahnya. Walaupun usahanya membuahkan hasil namun Taqriz turut hilang orang - orang yang disayanginya akibat dendamnya itu. Episod akhir drama Scammer 2 ini menyaksikan Rudy lakonan Zahiril Adzim dah kantoi dan polis dah tahu dia yang membunuh Yanti lalu Rudy bertindak melarikan diri dan memaksa isterinya Hajar untuk ikut dia sekali.

Taqriz turut mengejar Rudy dan mereka sempatlah berlawan, bertumbuk bagai. Geram jugak aku dengan mak Rudy yang protect anak dia tahap gila - gila, no wonderlah anak dia pun jadi tak betul. Akhirnya mak Rudy tu dengan angkuhnya mengaku dia yang bunuh bapa Taqriz semua. Manakala Taqriz berjaya menahan marahnya dari membunuh mak Rudy tu dan menyerahkan mak Rudy pada polis. Ending drama Scammer 2 bagi aku agak menarik bila Amy lakonan Siti Saleha dan Inspektor Aqil lakonan Wan Raja dari season 1 datang berjumpa Taqriz dan Liya untuk ajak diorang sama - sama menyiasat tentang duit hilang. Aku terfikir gak kalau diorang gabungkan pelakon season 1 dan 2 untuk next season mesti lagi best kan, tapi tak sure la kalau nanti akan ada drama Scammer 3 pula hahaha..



1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017