-->

30 Dis 2018

Review Drama Korea The Ghost Detective

The Ghost Detective, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Ghost Detective, Korean Drama The Ghost Detective, Korean Drama Review, Korean Drama 2018, Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective, Kisah Seram, Horror Thriller, Cast, Pelakon Drama Korea The Ghost Detective, Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young, Shin Jae Ha, Yoo Su Bin, Chae Ji An, Jeon Bae Su, Park Jo Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, OST The Ghost Detective, Ending Korean Drama The Ghost Detective, My Favorite Drama, Poster The Ghost Detective,
The Ghost Detective - Korean Drama Review

Seperti biasa hari ini aku nak buat Review Drama Korea The Ghost Detective yang telah disiarkan di channel KBS2 (KBS World) bermula pada 5 September 2018 dan tamat episodnya pada 31 Oktober yang lalu. Antara pelakon drama Korea The Ghost Detective ini adalah Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young, Shin Jae Ha, Yoo Su Bin, Chae Ji An, Jeon Bae Su, Park Jo Hee dan ramai lagi. Selain itu Korean Drama The Ghost Detective ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam sahaja dan drama ini bergenre seram dan thriller. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The House Helper dan kemudian akan digantikan dengan drama Feel Good To Die. Gandingan Choi Daniel dan Park Eun Bin sebagai hero dan heroin drama The Ghost Detective ini nampak sepadan dan sweet gitu. Sebelum ini aku dah biasa melihat lakonan Park Eun Bin dalam drama Korea Age Of Youth season 1 and 2, dalam drama Age Of Youth tu, wataknya memang jenis mulut murai, suka bercakap tapi berbeza dengan drama The Ghost Detective ini, wataknya sebagai Jung Yeo Wool agak serius, beremosi, sweet dan baik hati. 
The Ghost Detective, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Ghost Detective, Korean Drama The Ghost Detective, Korean Drama Review, Korean Drama 2018, Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective, Kisah Seram, Horror Thriller, Cast, Pelakon Drama Korea The Ghost Detective, Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young, Shin Jae Ha, Yoo Su Bin, Chae Ji An, Jeon Bae Su, Park Jo Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, OST The Ghost Detective, Ending Korean Drama The Ghost Detective, My Favorite Drama, Poster The Ghost Detective,
Aku juga suka dengan lakonan Choi Daniel dalam drama ini, dimana dia memegang watak sebagai Lee Da Il yang merupakan seorang penyiasat persendirian yang berdepan dengan tragedi. Dua episod awal drama ini mungkin sedikit bosan sebab diorang hanya menyiasat kes penculikan kanak - kanak sahaja. Tapi bila Lee Da Il mati disebabkan kes berkenaan, jalan cerita drama ini dah jadi makin best gitu. Tak pasal - pasal Lee Da Il jadi hantu dan hanya Jung Yeo Wool saja yang dapat melihat dirinya. Jadi tajuk drama ini memang sesuai sangatlah dengan jalan ceritanya hehe. Pujian harus diberikan pada Lee Ji Ah kerana berjaya membawakan watak roh jahat / hantu yang bernama Sun Woo Hye dengan baik sekali. Setiap kali Sun Woo Hye muncul memang agak menyeramkan jugalah dengan ekspresi wajahnya serta renungannya, ini di tambah lagi dengan background music yang bagi lagi suspen setiap kali Sun Woo Hye muncul. Walaubagaimanapun muka Sun Woo Hye tu tak menakutkan pun, cantik lagi adalah, cuma auranya bila muncul tu memang menjadi dan berjaya buat penonton rasa seram. 
The Ghost Detective, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Ghost Detective, Korean Drama The Ghost Detective, Korean Drama Review, Korean Drama 2018, Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective, Kisah Seram, Horror Thriller, Cast, Pelakon Drama Korea The Ghost Detective, Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young, Shin Jae Ha, Yoo Su Bin, Chae Ji An, Jeon Bae Su, Park Jo Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, OST The Ghost Detective, Ending Korean Drama The Ghost Detective, My Favorite Drama, Poster The Ghost Detective, Drama Korea 2018,
Terdapat juga cinta tiga segi dalam drama ini, dimana Lee Da Il dan Park Jung Dae lakonan Lee Jae Kyoon sama - sama jatuh cinta pada Jung Yeo Wool. Tapi Jung Yeo Wool dah lama sukakan Lee Da Il, sejak Lee Da Il masih hidup sampailah jadi hantu. Walaupun tak logik dia jatuh cinta dengan hantu tapi itulah yang berlaku hehe. Lagi pun memang nampak comel dan sweet je Lee Da Il dan Jung Yeo Wool tu sebab diorang saling ambil berat dan sayang antara satu sama lain, paling penting diorang sanggup berkorban untuk satu sama lain. Selain tu scene ketika Sun Woo Hye ingin membunuh semua orang yang disayangi oleh Lee Da Il tu memang suspen. Sebab dah macam persaingan antara hantu Lee Da Il dan juga hantu jahat Sun Woo Hye, Lee Da Il ingin menghapuskan Sun Woo Hye manakala Sun Woo Hye pula ingin menyeksa Lee Da Il. Scene ketika Sun Woo Hye berjaya masuk ke dalam badan Jung Yeo Wool tu pun suspen giler kot. Paling best drama Korea The Ghost Detective ini ada banyak plot twist gitu.
The Ghost Detective, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Ghost Detective, Korean Drama The Ghost Detective, Korean Drama Review, Korean Drama 2018, Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective, Kisah Seram, Horror Thriller, Cast, Pelakon Drama Korea The Ghost Detective, Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young, Shin Jae Ha, Yoo Su Bin, Chae Ji An, Jeon Bae Su, Park Jo Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, OST The Ghost Detective, Ending Korean Drama The Ghost Detective, My Favorite Drama, Poster The Ghost Detective,
Bagi aku memang berbaloi menonton drama ini, sebab memang suspen dan terbaik. Sepanjang drama ini korang memang akan tengok Choi Daniel sentiasa memakai kemeja hitam saja sebab wataknya dah matikan dan jadi hantu, so cuma baju kemeja hitam tu yang dia akan pakai. Tapi di penghujung cerita barulah dia tukar baju, tu pun sebab Jung Yeo Wool yang bagi baju baju dekat dia dan suruh dia tukar hehehe. Dalam banyak - banyak scene dalam drama ini, aku paling annoying dan geram dengan scene ketika Kang Eun Chong (lakonan Yoo Su Bin) menggangu rancangan Lee Da Il yang telah berjaya menangkap dan mengurung Sun Woo Hye di sebuah bilik di satu hospital ni. Tapi boleh pula si Kang Eun Chong ni confident gila nak berdepan dan bersemuka dengan Sun Woo Hye tu, last - last Sun Woo Hye berjaya merasuk dia dan akhirnya Sun Woo Hye tu berjaya melepaskan diri, jadi plan Lee Da Il dah tak berjaya ketika ini. 
The Ghost Detective, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea The Ghost Detective, Korean Drama The Ghost Detective, Korean Drama Review, Korean Drama 2018, Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective, Kisah Seram, Horror Thriller, Cast, Pelakon Drama Korea The Ghost Detective, Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young, Shin Jae Ha, Yoo Su Bin, Chae Ji An, Jeon Bae Su, Park Jo Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, OST The Ghost Detective, Ending Korean Drama The Ghost Detective, My Favorite Drama, Poster The Ghost Detective,
Selain itu aku sangat suka dengan lagu tema / OST The Ghost Detective ini terutamanya lagu Dream Me nyanyian Joy Red Velvet dan Mark. Lagu ini memang akan muncul di penghujung setiap episod drama ini, sekali dengar dah rasa sedap gitu, aku share juga video lagu ini, di bawah ye, so bolehlah korang layan dengar lagu sambil tengok adegan - adegan dalam drama ini di video tersebut di bawah sekali tu. Rasanya lagu tersebut antara lagu favorite aku setakat ini selepas lagu - lagu dalam drama Goblin. Aku sangat susah nak suka dengan lagu - lagu Korea ni kecuali kalau ianya betul - betul sedap dan best. Aku suka dengan semua plot twist dalam drama ini sebab ianya sukar dijangka. Manakala ending drama Korea The Ghost Detective ni memang happy ending gitu walaupun tak berapa logik sikit hahaha. Pendek katanya aku memang suka dengan drama ini dan aku bagi 9.5/10 Bintang untuk drama ini.
OST The Ghost Detective ➔ Dream Me nyanyian Joy (Red Velvet) Ft Mark.
 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

29 Dis 2018

Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu (TV3)

Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Melayu, Drama Best, Slot Samarinda, TV3, 2018, Poster Drama Jika Masih Ada Rindu, Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha, OST, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Cast, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh,
Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Slot Samarinda TV3

Drama Jika Masih Ada Rindu sudah pun mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 19 Disember yang lalu, bagi menggantikan drama Terbaik Dariku yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jika Masih Ada Rindu ini adalah Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama 15 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Rasanya ini kali kedua aku melihat Kamal Adli dan Siti Saleha berlakon sekali. Sebelum ini diorang dah pernah bergandingan dalam telemovie I Heart You Cik Yah. Menarik juga jalan cerita drama ini dan buatkan aku nak tahu sebab dan kenapa Wahida boleh bersikap dingin sedemikian rupa pada Hisham. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Melayu, Drama Best, Slot Samarinda, TV3, 2018, Poster Drama Jika Masih Ada Rindu, Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu, Drama Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha, OST, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Cast, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh,
Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha

Mengisahkan Hisham (Kamal Adli) yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida (Siti Saleha). Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina (Ku Zara Eryna) dan perlu menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Talak dilafazkan Hisham terhadap isterinya, Wahida sekali gus memadamkan segala memori indah dalam diri Wahida. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan.


Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud), ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?



Lagu Tema / OST Jika Masih Ada Rindu

➔ Nadi nyanyian Afif Tirmizie

Jom Baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Terbaik Dariku
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

27 Dis 2018

Review Drama Korea Lawless Lawyer

Lawless Lawyer, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Lawless Lawyer, Sinopsis Drama Korea Lawless Lawyer, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Ahn Nae Sang, Park Ho San, Poster Drama Korea Lawless Lawyer, Suspen, Peguam, Hakim, Judge, Mahkamah, Ending Korean Drama Lawless Lawyer, Review Korean Drama Lawless Lawyer By Miss Banu,
Lawless Lawyer - Korean Drama Review

Okey hari ini aku nak buat review drama Korea Lawless Lawyer pula, drama 16 episod ini release pada 12 Mei 2018 dan tamat episodnya pada 1 Julai yang lalu. Korean Drama Lawless Lawyer ini disiarkan di channel TVN dan disiarkan bagi menggantikan drama Live dan kemudian akan digantikan dengan drama popular Mr. Sunshine. Antara pelakon drama Korea Lawless Lawyer ini adalah Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Ahn Nae Sang, Park Ho San dan ramai lagi. Gandingan Lee Joon Gi dan Seo Ye Ji sebagai hero dan heroin drama ini nampak serasi dan sepadan gitu. Aku tertarik nak tengok drama ini sebab ada Lee Joon Gi gitu, drama ini best juga berbanding drama sebelum ini iaitu Criminal Minds yang turut dilakonkan oleh Lee Joon Gi. Manakala Seo Ye Ji pula cemerlang dengan drama Save Me yang memang popular dan mendapat perhatian penonton.
Lawless Lawyer, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Lawless Lawyer, Sinopsis Drama Korea Lawless Lawyer, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Ahn Nae Sang, Park Ho San, Poster Drama Korea Lawless Lawyer, Suspen, Peguam, Hakim, Judge, Mahkamah, Ending Korean Drama Lawless Lawyer, Review Korean Drama Lawless Lawyer By Miss Banu,
Selain Lee Joon Gi dan Seo Ye Ji, drama Lawless Lawyer ini turut dibintangi oleh pelakon yang berpengalaman dan berbakat besar seperti Choi Min Soo, Lee Hye Young, Yum Hye Ran. Diorang semua ini melakonkan watak jahat dalam drama ini, memang terbaik lakonan diorang, watak jahat diorang tu memang buat penonton rasa geram betul dengan diorang semua. Drama Korea Lawless Lawyer ini mengisahkan Bong Sang Pil (lakonan Lee Joon Gi) yang bekerja sebagai peguambela dan ingin membalas dendam pada semua yang terlibat dalam pembunuhan ibunya. Bong Sang Pil ingin menggunakan cara yang betul untuk membalas dendamnya itu iaitu melalui undang - undang walaupun sebenarnya Bong Sang Pil sendiri tak suka dengan undang - undang yang ada. Tambahan lagi musuh utamanya juga adalah seorang hakim yang berpengaruh dan dihormati ramai dan sering memanipulasikan undang - undang untuk kepentingannya.
Lawless Lawyer, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Lawless Lawyer, Sinopsis Drama Korea Lawless Lawyer, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Ahn Nae Sang, Park Ho San, Poster Drama Korea Lawless Lawyer, Suspen, Peguam, Hakim, Judge, Mahkamah, Ending Korean Drama Lawless Lawyer, Review Korean Drama Lawless Lawyer By Miss Banu,
Agak unik juga drama ini sebab diorang dah reveal dari awal - awal episod tentang siapa yang jahat. So selepas itu penonton akan dibawa melihat perjalanan Bong Sang Pil menuntut keadilan mengikut caranya yang licik untuk menangkap semua yang terlibat dalam pembunuhan ibunya itu. Aku suka dengan keberanian watak Bong Sang Pil dan juga Ha Jae Yi (lakonan Seo Ye Ji) yang berani berdepan dengan musuh mereka face to face dan fight di mahkamah. Namun ianya tak mudah kerana banyak halangan yang perlu dilalui oleh mereka. Tapi memang suspenlah semua kes - kes yang dibicarakan di mahkamah itu. Serta bagaimana Bong Sang Pil mencari idea yang bernas dan segala bukti - bukti yang boleh membuatkan hakim tersebut serta segala orang suruhannya ditangkap. 
Aku paling suka part Bong Sang Pil sengaja mewujudkan masalah dalam kumpulan orang jahat tu dan membuatkan mereka bergaduh sesama sendiri dan Bong Sang Pil cuba membuatkan diorang mengkhianati antara satu sama lain. Walaubagaimanapun biasalah drama ini pastinya tak dapat lari dari kisah cinta antara hero dan heroinya kan. Satu lagi aku paling annoying dengan mak Ha Jae Yi yang ingin membalas dendam pada hakim tersebut tapi tak berfikir panjang lalu mendatangkan masalah pada Bong Sang Pil. Ending drama Korea Lawless Lawyer ini memang happy ending gitu. Apa pun memang tak rugi layan drama ini sebab penuh suspen ada plot twist lagi, kalau korang nak baca sinopsis penuh Korean Drama Lawless Lawyer ini, korang boleh klik link di bawah sekali tu ye. Apa pun aku bagi 8.4/10 bintang untuk drama ini.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

25 Dis 2018

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda (TV3)

Pujaan Hati Kanda, Novel Pujaan Hati Kanda, Novelis Aulia Iman, 2018, Drama Adaptasi Novel, Drama Pujaan Hati Kanda, Novel Online, Baca Online Novel Pujaan Hati Kanda, Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda. Cast, Gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor, Poster Drama Pujaan Hati Kanda, 2018, OST Drama Pujaan Hati Kanda, Lagu Pujaan Hati Nyanyian Adira, Ending Drama Pujaan Hati Kanda, Drama Pujaan Hati Kanda Trending Di Twitter,
Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Slot Akasia TV3

Drama Pujaan Hati Kanda adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Seribu Rindu yang telah tamat episodnya. Selain itu drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Pujaan Hati Kanda karya novelis Aulia Iman serta drama ini sudah disiarkan di TV3 sejak 20 Disember 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini adalah Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor dan ramai lagi. Manakala pengarah drama ini adalah Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Drama Pujaan Hati Kanda ini memang tengah hot dan popular gitu sebab setiap episod trending di Twitter gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Pujaan Hati Kanda, Novel Pujaan Hati Kanda, Novelis Aulia Iman, 2018, Drama Adaptasi Novel, Drama Pujaan Hati Kanda, Novel Online, Baca Online Novel Pujaan Hati Kanda, Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda. Cast, Gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor, Poster Drama Pujaan Hati Kanda, 2018, OST Drama Pujaan Hati Kanda, Lagu Pujaan Hati Nyanyian Adira, Ending Drama Pujaan Hati Kanda, Drama Pujaan Hati Kanda Trending Di Twitter,
Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Remy Ishak & Mira Filzah

Mengisahkan Megat Danish atau Danny (lakonan Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (lakonan Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (lakonan Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Apa yang berlaku seterusnya? Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?.

Lagu Tema / OST Pujaan Hati Kanda
➔ Pujaan Hati nyanyian Adira

Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Pujaan Hati Kanda

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

24 Dis 2018

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN

2019 SEGMEN BLOG AZLINDA ALIN, Blogger, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai...
Due Date - 7 Januari 2019
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Blogger yang terpilih akan dapat masuk bloglist..
Good Luck and happy new year 2019

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

23 Dis 2018

Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady in Red Planner

Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady in Red Planner, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 23 Disember 2018
Nak join boleh klik Banner diatas ye, hari ini last day kalau nak join giveaway ini
Wish me luck okey hehe..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi 2019

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi 2019, Blogger, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Disember 2018
Syarat penyertaan juga sangat simple gitu
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

22 Dis 2018

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember), Blogger, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Disember 2018
Nak join boleh klik Banner diatas ye..
Semua yang join segmen ini akan dimasukkan ke dalam bloglist blog YEASLMN  selama setahun (Januari 2019 - Disember 2019).
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

21 Dis 2018

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu (Astro Ria)

Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Adaptasi Novel, Novel Kan Kukejar Cinta Kamu, Karya Novelis Fauziah Ashari, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Arahan Yusri Abdul Halim, Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu, 2018, Cast, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, OST Kan Kukejar Cinta Kamu, Lagu Hajat By Hael Husaini, Poster,

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Isteri Bukan Untuk Disewa yang telah tamat episodnya. Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini adalah adaptasi daripada Novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya novelis popular Fauziah Ashari dan drama ini sudah bersiaran sejak 17 Disember 2018 yang lalu serta mempunyai 28 episod. Antara pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini adalah Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ dan ramai lagi. 

Manakala pengarah drama ini adalah Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik juga jalan cerita drama adaptasi novel Kan Kukejar Cinta Kamu ni. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Drama Adaptasi Novel, Novel Kan Kukejar Cinta Kamu, Karya Novelis Fauziah Ashari, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Arahan Yusri Abdul Halim, Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu, 2018, Cast, Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu, Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, OST Kan Kukejar Cinta Kamu, Lagu Hajat By Hael Husaini, Poster,
Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu Lakonan Fendy Bakry & Amyra Rosli

Alma Hakim (lakonan Amyra Rosli) dan Mukramin Raiyan (lakonan Fendy Bakry)  bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Nek bonda (lakonan Delimawati) yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila (Elya Miera) untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail (Hafidz Roshdi), anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib. Apa yang berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Kan Kukejar Cinta Kamu
➔ Hajat nyanyian Hael Husaini

Jom Baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Kan Kukejar Cinta Kamu
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

20 Dis 2018

Segmen Bloglisted 2019 by Misya

Segmen Bloglisted 2019 by Misya, Blogger, Blog,

Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Disember 2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
semua yang join dapat masuk bloglist gitu.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

19 Dis 2018

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog, Blogger Segmen, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 30 Disember 2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
antara kenangan best 2018 ini dapat cash out duit google adsense buat pertama kalinya hahaha..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

18 Dis 2018

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com


The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.


Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

16 Dis 2018

THE LITTLE FELLA'S

segmen bloglist " THE LITTLE FELLA'S", Blogger, Blog, Bloglist 2019,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Disember 2018
Nak join boleh klik Banner ye..
hujung - hujung tahun ni memang ramai blogger buat segmen bloglist, jadi mari semua pakat join ramai - ramai..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom, Segmen Bloglist, Blogger, Blog,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Disember 2018
Nak join boleh klik banner di atas ye..
Untung - untung dapat masuk bloglist gitu
Good Luck semua..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

14 Dis 2018

Sinopsis Drama Raisha 2 (TV3)

Raisha 2, Drama Raisha 2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 12 Episod, Slot Lestary, TV3, 2018, Poster Drama Raisha 2, Sinopsis Raisha 2, OST Raisha 2, Lagu Bukan Aku By Tasha Manshahar, Raisha 2 Cast, Pelakon Drama Raisha 2, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim, Ridzuan Hashim, Tunku Hanis, Aisyah Atan, Fahrin Ahmad, Fara Mendoza, Mahsuri Jesuli, Lina Ayu, Suzana,
Sinopsis Drama Raisha 2 Slot Lestary TV3

Drama Raisha 2 telah pun mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 5 Disember yang lalu iaitu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama Raisha musim kedua ini adalah sambungan kepada drama Raisha yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Antara pelakon drama Raisha 2 ini adalah Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim, Ridzuan Hashim, Tunku Hanis, Aisyah Atan, Fahrin Ahmad, Fara Mendoza, Mahsuri Jesuli, Lina Ayu, Suzana dan ramai lagi. Selain itu drama Raisha 2 ini mempunyai 12 episod dan diarahkan oleh Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Tak sangka ada musim kedua gitu apa pun jom tengok sinopsis drama Raisha 2 di bawah ini ye..
Raisha 2, Drama Raisha 2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 12 Episod, Slot Lestary, TV3, 2018, Poster Drama Raisha 2, Sinopsis Raisha 2, OST Raisha 2, Lagu Bukan Aku By Tasha Manshahar, Raisha 2 Cast, Pelakon Drama Raisha 2, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim, Ridzuan Hashim, Tunku Hanis, Aisyah Atan, Fahrin Ahmad, Fara Mendoza, Mahsuri Jesuli, Lina Ayu, Suzana,
Sinopsis Drama Raisha 2 Lakonan Diana Danielle (TV3)

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti. Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem. Raisha telah merahsiakan statusnya malahan dia mendakwa Qayyum hanyalah anak saudaranya.
Raisha 2, Drama Raisha 2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama 12 Episod, Slot Lestary, TV3, 2018, Poster Drama Raisha 2, Sinopsis Raisha 2, OST Raisha 2, Lagu Bukan Aku By Tasha Manshahar, Raisha 2 Cast, Pelakon Drama Raisha 2, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim, Ridzuan Hashim, Tunku Hanis, Aisyah Atan, Fahrin Ahmad, Fara Mendoza, Mahsuri Jesuli, Lina Ayu, Suzana,

Fuad tidak senang hati dengan perubahan Raisha. Raisha sering mencari masa dan alasan untuk berjumpa dengan Rashdan. Dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Rashdan pula sudah jatuh cinta dengan Raisha. Dia meyakinkan Raisha bahawa dia akan menjaga Raisha di Kuala Lumpur nanti. Lantas, Raisha berfikir bahawa penceraian bersama Fuad adalah jalan terbaik baginya. Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah. Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur. Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai?



Lagu Tema / OST Raisha 2

➔ Bukan Aku nyanyian Tasha Manshahar

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

13 Dis 2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah Misteri,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 16 Disember 2018
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Syarat - syarat penyertaan juga sangat mudah dan simple gitu
tag
1.., 2.., & 3..

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

12 Dis 2018

Review Drama Korea Miss Hammurabi

Miss Hammurabi, Ms. Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Miss Hammurabi, Drama Korea Miss Hammurabi, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Poster Miss Hammurabi, Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L (Infinite), Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Kim Hong Fa, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Sinopsis Penuh Drama Korea Miss Hammurabi, Judge Story, Kisah Pasal Hakim di Mahkamah,
Miss Hammurabi - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Miss Hammurabi pula yang mula disiarkan di channel JTBC pada 21 Mei 2018 dan tamat episodnya pada 16 Julai yang lalu. Antara pelakon drama Korea Miss Hammurabi ini adalah Go Ara, L (Infinite), Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Kim Hong Fa, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae dan ramai lagi. Korean Drama Miss Hammurabi ini mempunyai 16 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Welcome To Waikiki dan kemudian akan digantikan dengan drama Life. Manakala pengarah drama ini adalah orang yang sama yang pernah mengarah drama - drama best seperti The K2, Neighbourhood Hero, The Slave Hunter dan banyak lagi. Sebelum ini aku dah pernah menonton banyak drama yang berkisarkan tentang kisah peguam, namun ini adalah kali pertama aku menonton drama yang memfokuskan tentang kehidupan dan masalah yang dihadapi sebagai seorang Hakim / Judge. 
Miss Hammurabi, Ms. Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Miss Hammurabi, Drama Korea Miss Hammurabi, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Poster Miss Hammurabi, Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L (Infinite), Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Kim Hong Fa, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Sinopsis Penuh Drama Korea Miss Hammurabi, Judge Story, Kisah Pasal Hakim di Mahkamah,
Lebih menarik bila drama ini berdasarkan kisah benar juga kerana penulis novelnya juga merupakan seorang hakim. Jadi banyak isu - isu yang dipaparkan dalam drama ini berdasarkan kisah benar gitu. Bila tengok drama Ms. Hammurabi ni penonton akan faham bahawa tugas seorang hakim tidak mudah kerana satu keputusan yang salah akan membuatkan semuanya jadi hancur. Malah semua keputusan hakim perlu dibuat mengikut undang - undang dan bukannya mengikut emosi sendiri. Walaupun kadang - kala hakim tu sendiri merasakan undang - undang yang sedia ada tidak adil dan berat sebelah. Jalan cerita drama ini bergerak laju dan aku rasa jalan cerita drama Miss Hammurabi ini makin best dan mendebarkan bermula episod 4, iaitu ketika Park Cha Oh Reum berani mengambil tindakan ke atas hakim yang lebih senior darinya. 
Miss Hammurabi, Ms. Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Miss Hammurabi, Drama Korea Miss Hammurabi, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Poster Miss Hammurabi, Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L (Infinite), Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Kim Hong Fa, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Sinopsis Penuh Drama Korea Miss Hammurabi, Judge Story, Kisah Pasal Hakim di Mahkamah,
Selain itu ramai yang memuji lakonan Go Ara dalam drama ini kerana wataknya sebagai Park Cha Oh Reum sangat sesuai dengan dirinya. Gandingan Go Ara dan L dalam drama ini juga nampak serasi dan comel. Lebih menarik bila personaliti watak Go Ara dan L sangat berbeza bagai langit dan bumi, tapi masih saling memahami. Malah aku juga suka dengan sikap berani Park Cha Oh Reum dalam drama ini, walaupun akhirnya akan ada sesuatu yang berlaku sehingga menyebabkan dia mempersoalkan dirinya sama ada dia layak atau tidak untuk terus menjadi seorang hakim. Dalam drama ini juga turut diselitkan kisah cinta antara Park Cha Oh Reum dan juga Im Ba Reun lakonan L. Namun kisah cinta mereka bermula dengan perlahan dan tidak begitu menonjol. Paling lawak bila Park Cha Oh Reum siap reject lagi cinta Im Ba Reun itu.
Miss Hammurabi, Ms. Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Miss Hammurabi, Drama Korea Miss Hammurabi, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Poster Miss Hammurabi, Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L (Infinite), Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Kim Hong Fa, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Sinopsis Penuh Drama Korea Miss Hammurabi, Judge Story, Kisah Pasal Hakim di Mahkamah,
Selain gandingan Go Ara dan L yang jadi perhatian dalam drama ini. Gandingan next couple iaitu Lee Do Yeon lakonan Lee Elijah dan Jung Bo Wang lakonan Ryu Deok Hwan juga amat menarik dan kelakar. Aku suka tengok Lee Elijah dalam drama ini sebab dia memang sentiasa cantik gitu, malah wataknya juga digambarkan sebagai seorang wanita yang bijak kiranya macam beauty with brain gitu walaupun dia bukan bekerja sebagai hakim. Selain itu memang banyaklah scene - cene di mahkamah sebab cerita pun pasal hakim kan, ada banyak perbicaraan yang menarik di mahkamah tersebut antaranya perbicaraan tentang kes gangguan seksual, kes perebutan harta pusaka antara adik - beradik, kes kecurian, kes bunuh dan banyak lagi. Drama ini turut mengupas tentang konflik dalaman dalam institusi kehakiman itu sendiri seperti isu rasuah, isu menindas pekerja bawahan dan sebagainya. 
Miss Hammurabi, Ms. Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Miss Hammurabi, Drama Korea Miss Hammurabi, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Poster Miss Hammurabi, Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L (Infinite), Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Ahn Nae Sang, Kim Hong Fa, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Sinopsis Penuh Drama Korea Miss Hammurabi, Judge Story, Kisah Pasal Hakim di Mahkamah,
Lagu tema / OST Miss Hammurabi ini tak ada yang menarik perhatian aku, semuanya biasa - biasa saja. Kalau korang nak baca sinopsis penuh drama Korea Miss Hammurabi ini, korang boleh klik saja link di bawah sekali ye. Manakala ending drama Korea Miss Hammurabi ini memang happy ending gitu. Apa pun aku rasa berbaloi menonton drama ini kerana ada banyak pengajaran dan aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017