-->

3 Dis 2018

Sinopsis Drama Dian (NTV7)

Dian, Drama Dian, Slot Glamadrama, NTV7, 2018, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Sedih, Kisah Hidup Dian, Drama 20 Episod, Dian Cast, Pelakon Drama Dian,  Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne, Watak Pelakon Dalam Drama Dian, Sinopsis Drama Dian, Poster Drama Dian,
Sinopsis Drama Dian (NTV7)

Drama Dian adalah drama terbaru di slot Glamadrama NTV7 yang disiarkan bagi menggantikan drama Rahasia Kasih yang telah tamat episodnya. Drama Dian ini mempunyai 20 episod dan sudah bersiaran di ntv7 sejak 28 November 2018 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama Dian ini adalah Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne dan ramai lagi. Selain itu drama Dian ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah xx Azma Aizal Yussof dan diterbitkan oleh A-10 Alliance Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis, memang nampak menarik drama ini. Sedih betul kisah hidup Dian ini kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.

Sinopsis Drama Dian Lakonan Siti Elizad & Qi Razali

Dian (Siti Elizad) seorang wanita yang hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dengan ibunya yang tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dalam kehidupannya. Dian telah memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah (Fazlina Ahmad Daud). Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris (Tony Eusoff) yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham (Qi Razali). Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu. Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. 
Dian, Drama Dian, Slot Glamadrama, NTV7, 2018, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Sedih, Kisah Hidup Dian, Drama 20 Episod, Dian Cast, Pelakon Drama Dian,  Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne, Watak Pelakon Dalam Drama Dian, Sinopsis Drama Dian, Poster Drama Dian, Drama Best,
Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri. Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa (Yasmin Hani). Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi. Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya (Erra Fazira). Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebasBanyak kejadian yang berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula dengan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham? 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017