-->

5 Dis 2018

Review Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim

What's Wrong With Secretary Kim, Korean Drama, Drama Korea, 2018, Romantik Komedi, Korean Drama What's Wrong With Secretary Kim, Sinopsis Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Ending Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Cast, Pelakon Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan, Kang Ki Young, Chansung (2PM), Pyo Ye Jin, Hwang Bo Ra, Kang Hong Suk,
Review Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim

Hari ini aku nak buat review drama Korea What's Wrong With Secretary Kim yang release pada 6 Jun 2018 dan tamat episodnya pada 26 Julai yang lalu serta bersiaran di channel TVN. Korean Drama What's Wrong With Secretary Kim ini mempunyai 16 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama My Mister dan kemudian akan digantikan dengan drama Familiar Wife. Antara pelakon drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini adalah Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan, Kang Ki Young, Chansung (2PM), Pyo Ye Jin, Hwang Bo Ra, Kang Hong Suk dan ramai lagi. Selain itu drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini bergenre romantik komedi dan sememangnya popular serta diminati ramai. Sesiapa yang sukakan cerita yang ringan tak banyak konflik, banyak scene sweet - sweet, drama ini memang sesuai untuk korang tonton. Bagi yang sukakan drama yang banyak elemen suspen mahu pun misteri, kemungkinan besar drama ini akan buatkan korang cepat bosan. Plus drama ini juga tidak ada watak jahat gitu tapi untuk scene - scene kelakar, drama ini boleh tahan jugalah. Antara tarikan utama drama ini pastilah sebab pelakonnya iaitu Park Seo Joon dan Park Min Young. Dahlah sama cantik dan sama padan, gandingan diorang pun serasi gitu.
What's Wrong With Secretary Kim, Korean Drama, Drama Korea, 2018, Romantik Komedi, Korean Drama What's Wrong With Secretary Kim, Sinopsis Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Ending Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Cast, Pelakon Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan, Kang Ki Young, Chansung (2PM), Pyo Ye Jin, Hwang Bo Ra, Kang Hong Suk,
Aku rasa drama What's Wrong With Secretary Kim ini bermula dengan baik, tapi bila sampai di pertengahan cerita, drama ini dah jadi bosan. Plus ada banyak adegan flashback masa diorang kecil semua, tapi pelakon kanak - kanak tu memang comel, pandai betul diorang berlakon. Ada beberapa pelakon popular yang turut membuat special appearance / cameo dalam drama ini iaitu pelakon Jung Yu Mi serta pelakon Lee Min Ki dan Jung So Min yang sebelum ini popular dengan drama Because It Is My First Life. Agak annoying juga dengan watak Lee Young Joon lakonan Park Seo Joon tu yang sangat perasan bagus dan perasan perfect sangat tu. Tapi aku suka tengok Park Min Young dalam drama ini iaitu sebagai Kim Mi So yang jadi setiausaha / pembantu peribadi Lee Young Joon tu. Park Min Young kelihatan sangat elegan dan cantik dalam drama ini, selain itu aku rasa banyak scene - scene kelakar dalam drama ini datangnya dari watak - watak pelakon pembantu. Watak utama dalam drama ini tak adalah kelakar sangat sebab lebih fokuskan tentang kisah cinta antara diorang. Konflik dalam drama ini juga tak banyak cuma ada sikit je, antaranya adalah konflik Lee Young Joon dengan abang kandungnya Lee Sung Yeon lakonan Lee Tae Hwan yang agak dingin antara satu sama lain disebabkan kisah silam mereka masa kecil dulu
What's Wrong With Secretary Kim, Korean Drama, Drama Korea, 2018, Romantik Komedi, Korean Drama What's Wrong With Secretary Kim, Sinopsis Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster, Ending Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Cast, Pelakon Drama Korea What's Wrong With Secretary Kim, Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan, Kang Ki Young, Chansung (2PM), Pyo Ye Jin, Hwang Bo Ra, Kang Hong Suk,
Aku tak nafikan yang aku agak struggle juga untuk menghabiskan menonton drama 16 episod ini sebab terdapat beberapa episod yang membosankan. Tapi sebab dah tonton tu aku habiskan juga menonton drama ini sebab nak tahu endingnya macam mana kan. Apa pun ending drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini memang happy ending gitu. Secara keseluruhannya drama ini mengisahkan tentang Kim Mi So yang merupakan setiausaha terbaik Lee Young Joon dan telah berkhidmat untuk Lee Young Joon selama 9 tahun. Namun tak lama kemudian Lee Young Joon terkejut apabila mengetahui Kim Mi So ingin berhenti kerja dan ingin memfokuskan tentang kehidupannya. Lee Young Joon tidak dapat menerima perletakkan jawatan Kim Mi So dan mula mencari jalan untuk meghalang Kim Mi So dari meletak jawatan dan meninggalkan dirinya. Lee Young Joon juga turut mengajak Kim Mi So untuk berkahwin dengannya namun Kim Mi So tetap dengan pendiriannya ingin berhenti kerja dan reject semua lamaran Lee Young Joon itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Apa pun aku bagi 6.5/10 Bintang untuk drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. gara2 tgk Hwarang myra tgh dalam marathon nak tgk Park Seojun drama. 6.5/10 je?

    Myra | The Grey Lines Between

    BalasPadam
  2. My fav drama.. 90 % rabia bagi markah..sebab setiap hari kot tgk..walaupun dh tamat pun . tapi still tgk kat youtube..tak leh move on dgn drama ni.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017