Drama Selafaz Cinta sudah mula disiarkan di slot Tiara, Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 27 November yang lalu, bagi menggantikan drama Cinta Tiada Ganti yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Selafaz Cinta ini adalah Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Haleeda Mazlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan, Asyiqin Zaed dan ramai lagi. Selain itu drama Selafaz Cinta ini mempunyai 60 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya dan Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik jalan cerita drama ini, selalunya drama - drama terbitan Suhan Movies ini memang best - best gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Sinopsis Drama Selafaz Cinta Lakonan Saharul Ridzwan & Syatilla Melvin
Mengisahkan mengisahkan konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri. Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza. Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza. Reza Ammar (Saharul Ridzwan) seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari yang juga bekas kekasihnya. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.
Zahratul Jannah (Syatilla Melvin) seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah. Liza Liyana (Puteri Aishah) berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza. Ustaz Fakih (Harris Ismail) membesar dengan ilmu agama di luar Negara dan pulang ke Malaysia menjadi seorang Ustaz. Namun, satu konflik timbul yang mula menguji kesetiaan kepada isterinya. Ustaz Fakih mula jatuh cinta dengan isteri orang yang selalu hadir ke kuliah agamanya. Dalam masa yang sama, Fakih ni kasihankan wanita tersebut yang dianiayai oleh suami.
Lagu tema / OST Selafaz Cinta
Menarik..Kalo start pkol 9pm boleh la tengok kejab..Kalo pkol 10mlm start..tak dpt la join tgk..huhu
BalasPadamBukan pukul 9 mlm lah..pukul 6 ptg..setiap isnin hingga jumaat
PadamDia cakap “kalau” alahai apa lah
Padamcerita ni menarik sangat. geram betul tengok Liza tu..
BalasPadamFatina Mudz | The Infinity Words
lama dah tak layan drama Melayu. tapi suka jugak tgk lakonan syatilla. hmm
BalasPadamMyra | The Grey Lines Between
Jln crite ok.. dgn watak masg2 tp yg jd kurg msuk akal bila watak ustaz yg bleh jtuh hati pd istri org plk tu.. huhu
BalasPadamXlojik prangai ustaz mcm tu😔
Padambest sangat cerita dia.
BalasPadamBest drama ni. Sayang kalau terlepas siaran.
BalasPadamBest ,geram pun ada apa2 pun tak sabar tgk ending reza ngan jannah bersatu semula
BalasPadamEntah apa si janah.. .
BalasPadamBest gk.tp knapa drama melayu derita dgn suspen tu terlalu lama.bahagia sedikt sgt.kdg2 tu jd boring pla
BalasPadamStressss la.. Jannah ni pilih reza ke ustaz tu 🤔🤔🤔🤔
BalasPadamAlamak.... Jannah ni x ttp pendirianla... Dh nk ustaz plak dia.
BalasPadamAdoiii jd sakit ht lak...bila ht seorg wanita yg ego..cuba la bg peluang kt reza,nie dgr penjelasan pun tidak..tahu salah je..moga diorg bersatu..harap reza kuat...kesian reza
BalasPadamDrama bersiri ni menjatuhkan martabat ustaz ustaz. Seorang ustaz boleh tertarik dengan isteri orang, tak cukup dengan tu, berdating dengan Jannah semasa dia masih dalam iddah. Episod 42 tunjukkan pulak ustaz Fakir dengan ustaz Jihad terus masuk rumah orang (Reza) tanpa bagi salam dan tanpa minta izin dari tuan rumah.
BalasPadamkesian reza.. rasanya jannah tu masih sayang kat reza cuma ego nya tinggi.. dgn perangai ibu jannah yang teruk tu.. geram dibuatnya.. apalah ibu mertua mcm tu..
BalasPadamada siapa tau tak lagu yg lirik 'semalam ku terpandang kamu..cukup buatku rasa bahagia..walau hanya senyum dan sebaris kata..' penyanyi lelaki..
BalasPadamSaya pun suka lagu tu.. Tercari2 kat youtube tapi tak jumpa.. Search ost selafaz cinta, yg keluar semua lagu penyanyi perempuan..
PadamSaya baru tgk drama Selafaz Cinta... Mmg lagu dlm Episod ke-35 sgt indah.. Apa lagu ni yerr? Dan siapa penyanyinya?
PadamAlhamdulillah, dpt jumpa dah.. Memori Semalam nyanyian Faisal Firdaus
PadamMemori Semalam nyanyian Faisal Firdaus
PadamGeram campur suka campur segalanya..hahaha...tpi series ini cerita pling terubat di hati...lagi-lagi dh nak hbiz ni..ahaha..makin teruja nak tngok sampai tamat selafaz cinta..makin bersambung makin nak tahu apa yg terjadi...ahahha.....x pernah miss satu episod pon.....apa nasib jannah dengan reza di episod 57 hri ni....cpatlah ptng x sabar den nak nengok nyo ni,....aahhaha...teruja sangat smpai panjang aq type....95% cerita ni memag terbaik...
BalasPadamharap ii jannah rujuk semula dengan reza
BalasPadamKenapa habis begitu je...jadi ke jannah kawin semula
BalasPadamJalan citer mmg best...tp sakit hati ending citer tu mmg tak best lgsung...kisah yg tiada bkesudahan....
BalasPadamHbs cmtu je...endingnya?
BalasPadamEnding citer x best langsung..penat tggu..
BalasPadamCerite tak masuk akal, memperbodohkan penonton dan ending yg mengarut.
BalasPadamApa terjadi endingnya
BalasPadamJannah pilih siapa ni? Bagi la ending happy..suruh org fikir plak..monolog reza tunggu Jannah smpai bila2 tp yg muncul depan Jannah ialah Ustaz Jihad..serabut..
BalasPadam