-->

18 Jun 2020

The Children's Protection Society Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti George Town

Details of the Ayam Brand community pantry in Penang, Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand,
The Children's Protection Society Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti George Town

George Town, Jun 16, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Sebagai contoh, di Penang, The Children's Protection Society di Jalan Scotland meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. “Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir The Children's Protection Society, Puan Magdeline Leong.
 Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Magdeline Leong. Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.
Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.
Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,
“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.
 Details of the Ayam Brand community pantry in Penang, Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,
Pantri makanan #AyamWithYou terletak di The Children's Protection Society, No.118-A Jalan Scotland, 10450 Penang Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my
Read More »

17 Jun 2020

Kematian dan Kisah Tragis Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput

Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,

Selepas kematian pelakon Bollywood Irrfan Khan dan Rishi Kapoor akibat penyakit, tiba - tiba pada petang 14 Jun 2020 semua dikejutkan dengan kematian pelakon muda berbakat besar serta dikenali ramai iaitu Sushant Singh Rajput. Apa yang mengejutkan dia mati sebab bunuh diri  (gantung diri), ramai yang tertanya - tanya kenapa dia bertindak sedemikian rupa. Dikatakan pada 6 bulan terakhir ini, Sushant mengalami masalah kemurungan dan turut menjalani kaunseling dengan doktor, namun ada yang mengatakan Sushant enggan untuk makan ubat untuk masalah kemurungannya itu. Persoalannya sekarang apa yang menyebabkan dia kemurungan. Macam - macam cerita yang didengari antaranya Sushant Singh Rajput dipulaukan di industri Bollywood kerana dia adalah outsider sebab dia bukan kroni mahupun berasal dari keluarga yang ada pengaruh dalam industri Bollywood. Kiranya karier Sushant Singh Rajput bermula dari bawah iaitu sebagai penari, sebelum menjadi pelakon teater dan kemudian drama TV dengan watak pelakon pembantu saja. Sebelum dia akhirnya terpilih menjadi pelakon utama (hero) untuk watak Manav dalam drama popular Pavitra Rishta bersama Ankita Lokhande yang jadi heroin dalam drama tersebut. Menerusi drama tersebut Sushant Singh Rajput mula popular. Watak Manav lakonannya dalam drama tersebut yang sangat baik dan gentleman menjadi sebutan penonton. Malah aku juga antara penonton setia drama berkenaan. Lebih manis bila hero dan heroin drama Pavitra Rishta tersebut iaitu Sushant Singh Rajput dan Ankita Lokhande betul - betul bercinta in real life. Drama Pavitra Rishta ni sangat panjang okey, makan masa bertahun - tahun, beratus episod. Jadi Sushant keluar dari drama berkenaan untuk fokus dalam filem pula. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Watak Manav selepas itu digantikan dengan pelakon lain, lepas Sushant keluar dari drama Pavitra Rishta tu, aku pun berhenti dari tengok drama tu lagi sebab tak seronok bila pelakon lain ganti dia. Pada tahun 2013 Sushant Singh Rajput start berlakon filem Kai Po Che!, diikuti  Shuddh Desi Romance, PK, Detective Byomkesh Bakshy!. Namun percintaan dia dengan Ankita still okey dan bertahan selama 6 / 7 tahun dan mereka berdua hampir berkahwin. Namun akhirnya diorang berpisah juga pada tahun 2016. Pada tahun 2016 Sushant berlakon dalam filem M.S. Dhoni: The Untold Story dan filem ini berjaya menjulang nama Sushant dan lakonannya dalam filem ini dipuji oleh semua pihak. Tahun 2017 Sushant berlakon dalam filem Raabta bersama Kriti Sanon dan dikatakan Sushant Singh dan Kriti Sanon bercinta. Namun tak lama kemudian mereka juga berpisah. Tahun 2018 Sushant berlakon pula dalam filem Kedarnath bersama Sara Ali Khan dan lakonan Sushant dipuji oleh para pengkritik. Filem Kedarnath mendapat perhatian dari semua pihak kerana ianya adalah filem debut Sara Ali Khan yang merupakan anak pada Saif Ali Khan. Tahun 2019 juga antara tahun cemerlang buat Sushant bila filem Chhichhore lakonannya bersama Shraddha Kapoor turut mendapat sambutan penonton. Walaubagaimanapun filem Drive lakonannya bersama Jacqueline Fernandez under Dharma Production (Karan Johar) tidak ditayangkan di pawagam sebaliknya ditayangkan secara online di Netflix. Filem terakhir lakonan Sushant Singh Rajput adalah Dil Bechara bersama pelakon baru Sanjana Sanghi. Walaupun kematian Sushant Singh Rajput disebabkan gantung diri, namun polis tak menjumpai apa - apa nota terakhir darinya. Namun polis akan terus menyiasat lebih mendalam. Girlfriend atau mungkin juga ex - girlfriend terakhir Sushant Singh Rajput adalah Rhea Chakraborty yang juga seorang pelakon filem. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Sushant Singh Rajput terpaksa berdepan banyak masalah bila dia dipulaukan dan dibuli oleh Karan Johar and the geng. Bermula dengan pergaduhannya dengan Aditya Chopra yang merupakan pemilik Yash Raj Films yang banyak menghasilkan filem - filem popular. Dikatakan juga selepas itu Sushant Singh Rajput diboikot oleh syarikat - syarikat filem di Bollywood itu. Aku juga agak terkejut besar juga bila dapat tahu Sushant mati sebab bunuh diri. Aku tahu pasal ni lepas baca tweet pelakon Akshay Kumar, lepas baca tweet tu aku terkejut dan terfikir biar betul Akshay Kumar ni. Hashtag #SushantSinghRajput juga turut trending di Twitter, lepas baca hashtag tu baru tahu yang berita tu betul. Lebih sadis dan tragis bila gambar mayat Sushant lepas bunuh diri turut tersebar di media sosial, sedihnya. Selepas itu ramai pelakon Bollywood mula mengucapkan takziah dan bercakap pasal Sushant Singh Rajput di media sosial masing - masing. Karan Johar turut menulis yang dia menyesal sebab ignore dan tak bercakap dengan Sushant. Tapi ramai netizen yang bash dan mengutuk Karan Johar sebab dikatakan antara penyebab Sushant kemurungan. Soonam Kapoor, Alia Bhatt dan Deepika Padukone turut dikecam. Selepas kematian Sushant, para wartawan mula berebut - rebut untuk interview ahli keluarga Sushant terutama bapanya. Kesian bapanya terpinga - pinga dahla masih terkejut pastu kena jawab soalan yang sensitif pula. Kalau nak tahu Sushant ni anak bongsu dan merupakan satu - satunya anak lelaki dalam family dia. Para wartawan juga call Ankita Lokhande Ex - Girlfriend Sushant untuk tengok reaksi dia pasal berita kematian Sushant tu. Wartawan juga turut interview mereka - mereka yang pernah bekerjasama dengan Sushant dalam filem mahu pun drama. 
Kematian dan Kisah Tragis Sushant Singh Rajput, Info Sushant Singh Rajput, Pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput, Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri, Ex - Girlfriend Sushant Singh Rajput, Ankita Lokhande, Hindi Drama Pavitra Rishta, Filem - Filem Lakonan Sushant Singh Rajput,
Antaranya Prarthana Behere yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam drama Pavitra Rishta. Dialah yang reveal keadaan Ankita Lokhande lepas dapat tahu tentang kematian Sushant tu. Dia cakap Ankita menangis tak berhenti. Ankita juga turut dikecam sebab tak post apa - apa pasal Sushant di media sosial. Ikutkan Ankita ada post something tapi dia delete lepas tu sebab ramai dah salah faham dengan post dia tu. Malah ramai yang tak puas hati bila Ankita tak datang majlis pengebumian Sushant tu. Ikutkan ramai pelakon Pavitra Rishta nak datang tapi lepas tahu hanya 20 orang yang boleh masuk untuk majlis pengebumian tu, maka ramai yang tak datang, pastu mungkin juga ada yang risau dengan Covid 19 kalau berhimpun ramai - ramai. Tapi masih ada selebriti yang datang walaupun kena tunggu lama antaranya Kriti Sanon, Shraddha Kapoor, Rajkummar Rao, Abhishek Kapoor, Vivek Oberoi dan Rhea Chakraborty. Walaubagaimanapun pada hari Selasa yang lalu Ankita ada datang ke rumah Sushant Singh Rajput untuk melawat keluarga Sushant tu. Nepotisme dan kronisme telah lama wujud di Bollywood. Salah seorang mangsanya dahulu ialah Shah Rukh Khan sendiri. Shah Rukh Khan juga bermula dari bawah dan tidak berasal dari keluarga pelakon. Namun dia ‘survive’ kerana sokongan padu para peminatnya dan kini Shah Rukh Khan gah dalam kelasnya yang tersendiri. Sushant sendiri sangat mengagumi Shah Rukh Khan dan menjadikan SRK idolanya. Namun siapa sangka Sushant tidak dapat mengikut jejak langkah SRK dan mengambil tindakan drastik yang mengejutkan semua orang.

Read More »

11 Jun 2020

Review Drama Korea - He Is Psychometric

Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,

Aku dah lama habis menonton Korean Drama He Is Psychometric ini, tapi baru sekarang ada masa nak buat review drama ni. Drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN, drama ini release pada 11 Mac 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 30 April 2019. Antara pelakon drama Korea He Is Psychometric ini adalah Jin Young (GOT7), Shin Ye Eun, Kim Kwon, Kim Da Som, Jeon Mi Sun, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Ko Yoon Jung, Kim Hyo Jin, Park Chul Min dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The Crowned Clown dan kemudian akan diganti dengan drama Abyss. Awalnya masa menonton episod pertama drama ini aku ingatkan drama ni pasal cinta budak sekolah gitu, sebab banyak scene kat sekolah. Tapi tak sangka lepas - lepas tu jadi best pula drama ini, plus ada banyak scene suspen, plot twist serta banyak juga scene - scene yang menyedihkan gitu. Aku suka tengok bromance antara watak Lee An lakonan Jin Young dengan watak Kang Sung Mo lakonan Kim Kwon, comel giler, tapi tula ianya akan bertukar jadi tragedi di penghujung cerita huhuhu. Selain itu aku juga tak berapa berminat dengan kisah cinta antara Lee An dan Yoon Jae In lakonan Shin Ye Eun tu sebab aku lebih tertarik dengan kisah cinta tak berbalas or tak kesampaian antara Kang Sung Mo dan Eun Ji Soo lakonan Kim Da Som. Bila tengok drama ni korang kena sediakan tisu siap - siap okey sebab ada banyak scene sedih bermula dengan episod 11, 12 dan ke atas.
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Dalam banyak - banyak watak dalam drama He Is Psychometric ni, aku paling suka dengan watak Kang Sung Mo. Watak Kang Sung Mo lakonan Kim Kwon ni sangat misteri okey, banyak rahsia dan sukar untuk jujur sepenuhnya kerana dia ada menyimpan satu rahsia besar dalam hidupnya. Plus wataknya juga antara yang paling kesian sekali, serius sedih drama ni huhu. Drama Korea He Is Psychometric ini mengisahkan mengenai Lee An yang mempunyai kebolehan istimewa dimana setiap kali dia menyentuh seseorang, dia mampu membaca dan melihat memori mereka. Lee An anak yatim piatu setelah ibu bapanya mati dalam kebakaran yang berlaku di tempat mereka. Lee An masih kecil ketika itu dan diselamatkan oleh Kang Sung Mo. Kang Sung Mo ketika itu masih remaja dan Lee An menganggap Kang Sung Mo seperti abangnya sendiri. Namun tak lama kemudian Kang Sung Mo bertindak meninggalkan rumah anak yatim berkenaan dan juga Lee An. Lee An sedih dan kecewa apabila Kang Sung Mo meninggalkannya dan mula membesar menjadi remaja yang bermasalah dan suka memberontak. Kang Sung Mo kini sudah menjadi pendakwaraya dan kembali pada Lee An semula. Lee An gembira dan tinggal bersama dengan Kang Sung Mo. Perangai Lee An juga mula berubah menjadi baik dan Kang Sung Mo juga tahu mengenai kebolehan Psychometric Lee An itu. Lee An boleh melihat memori semua orang kecuali memori Kang Sung Mo.
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Manakala Yoon Jae In pula adalah pelajar baru di sekolah Lee An dan mereka sekelas. Banyak perkara yang berlaku dan akhirnya Yoon Jae In tahu mengenai kebolehan Lee An itu. Yoon Jae In juga menyimpan satu rahsia besar yang cuba disembunyikannya dari orang lain. Yoon Jae In kemudian berhenti sekolah dan menghilangkan diri akibat satu peristiwa. Namun dia bertemu semula dengan Lee An ketika dia sudah bekerja sebagai polis peronda. Lee An juga ingin menjadi polis dan menggunakan kebolehan istimewanya itu. Lee An juga sering membantu Inspektor Eun Ji Soo (Da Som) untuk menyiasat kes - kes yang sukar diselesaikan. Eun Ji Soo rapat dengan Lee An dan dia juga dah lama jatuh hati pada Kang Sung Mo. Namun Kang Sung Mo buat tak tahu saja mengenai hal tersebut, Eun Ji Soo dan Kang Sung Mo banyak bekerjasama dalam menyelesaikan kes - kes jenayah. Dalam banyak - banyak kes yang disiasat mereka, kelihatan Kang Sung Mo begitu obses dengan satu kes yang melibatkan Kang Geun Tae. Manakala Kang Geun Tae juga obses dengan Kang Sung Mo dan berazam akan mencederakan dan membunuh semua orang yang rapat dengan Kang Sung Mo seperti Lee An, Yoon Jae In dan Eun Ji Soo. Apa hubungan Kang Sung Mo dan Kang Geun Tae itu?. 
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Kang Sung Mo juga meminta pertolongan Yoon Jae In untuk membantu Lee An dalam meningkatkan kebolehan Psychometric Lee An itu supaya Lee An dapat membaca dan melihat memori Kang Sung Mo. Setelah Lee An mula dapat melihat sedikit demi sedikit memori Kang Sung Mo itu, kejutan demi kejutan berlaku. Lee An sukar untuk menerima kebenaran yang dilihatnya itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey itu serba sedikit sinopsis drama Korea He Is Psychometric ini. Manakala ending drama Korea He Is Psychometric ini bagi aku ada sad ending dan juga happy ending. Jadi pada yang belum tengok drama ni, bolehlah try tengok nanti sebab best walaupun sedih sikit. Apa pun aku bagi drama ni 8.9/10 bintang gitu.

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review dan Sinopsis Drama Korea Psychopath Diary
Read More »

8 Jun 2020

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

Lama tak join segmen - segmen macam ni lepas laptop rosak dulu..so kali ni jom join segmen ni ramai - ramai okey.
Due Date - 30 Jun 2020
Boleh klik gambar screenshoot kat atas tu kalau nak join segmen ini ye..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017