-->

19 Mei 2020

Bollywood Movie Review - Kedarnath

Kedarnath, Kedarnath Movie, Bollywood, Bollywood Movie Kedarnath, Hindi Movie Kedarnath, Poster Filem Kedarnath, Pelakon Utama Filem Hindi Kedarnath, Hero and Heroin Kedarnath Movie, Sushant Singh Rajput, Sara Ali Khan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Hindi Kedarnath,

Hindi Movie Kedarnath ini release pada 7 Disember 2018 dan merupakan filem pertama (movie debut) Sara Ali Khan yang merupakan anak perempuan pada Saif Ali Khan dan Amrita Singh. Antara pelakon filem Kedarnath ini adalah Sushant Singh Rajput, Sara Ali Khan, Nishant Dahiya, Nitish Bharadwaj, Alka Amin, Pooja Gor dan ramai lagi. Selain itu movie Kedarnath ini diarahkan oleh Abhishek Kapoor dan filem ini diinspirasikan dari kisah benar iaitu banjir besar yang pernah melanda India iaitu di Kedarnath, Uttara Khand pada tahun 2013. Dalam banjir besar itu, beribu orang terkorban dan ada yang masih hilang sampai sekarang ni. Selain peristiwa banjir besar yang dasyat itu, filem ini turut memfokuskan kisah cinta dua darjat dari dua agama berbeza antara Mansoor Khan (Sushant Singh Rajput) dan Mandakini (Mukku) (Sara Ali Khan). Walaupun kisah cinta diorang agak clisye dan sama macam movie lain, tapi stil okeylah untuk ditonton. Plus syok tengok keindahan panorama sekitar Kedarnath itu. Rasanya lakonan Sara Ali Khan dalam movie Kedarnath ni wajar dipuji sebab menyakinkan gitu. Nampak dia selesa membawa watak Mukku ini yang merupakan seorang gadis cantik yang berani, gila - gila dan happy go lucky tapi dalam masa yang sama suka memberontak pada keluarganya.
Kedarnath, Kedarnath Movie, Bollywood, Bollywood Movie Kedarnath, Hindi Movie Kedarnath, Poster Filem Kedarnath, Pelakon Utama Filem Hindi Kedarnath, Hero and Heroin Kedarnath Movie, Sushant Singh Rajput, Sara Ali Khan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Watak Mansoor Khan seorang lelaki Muslim yang budiman dan baik hati. Watak baik macam tu memang makanan Sushant Singh Rajputlah kan hehehe. Sushant memang serasi dan sesuai bawa watak lelaki baik macam tu. Aku start kenal Sushant Singh Rajput dari zaman - zaman dia berlakon drama lagi iaitu drama Pavitra Rishta tu. Lepas drama tu baru dia start fokus berlakon filem. Ingat lagi aku suka betul gandingan Sushant dan Ankita dalam drama tu, lebih best bila diorang betul - betul bercinta pula tu. Sayangnya lepas tu diorang putus, sekarang ni Ankita pun dah start berlakon filem juga bermula dengan filem Manikarnika tu. Berbalik pada movie Kedarnath ni scene banjir besar tu memang nampak real gitu, terbaik. Namun of courselah banjir besar ni muncul masa dekat hujung - hujung cerita kan. Bagi aku ending filem Bollywood Kedarnath ni memang sad ending gitu. Selain itu penonton pasti geram dengan tunang Mukku tu iaitu Kullu (Nishant Dahiya) yang merupakan pemilik hotel disitu. Dari awal si Kullu tu bercinta dengan kakak Mukku iaitu Brinda (Pooja Gor). Tapi bila dia tengok Mukku ni makin cantik bila dah dewasa, boleh pula dia tinggalkan si Brinda ni dan nak bertunang dengan Mukku.
Paling tak leh blah bila ayah Mukku dan Brinda iaitu Brijraj Mishra (Nitish Bharadwaj) yang merupakan ketua sami disitu boleh layan je perangai si Kullu ni. 
Kedarnath, Kedarnath Movie, Bollywood, Bollywood Movie Kedarnath, Hindi Movie Kedarnath, Poster Filem Kedarnath, Pelakon Utama Filem Hindi Kedarnath, Hero and Heroin Kedarnath Movie, Sushant Singh Rajput, Sara Ali Khan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Filem Hindi Kedarnath,
Hal ini turut menimbulkan konflik dalam hubungan adik - beradik antara Mukku dan Brinda sebab diorang asyik bergaduh. Mukku benci dengan Kullu tapi dipaksa untuk bertunang dengan Kullu manakala Brinda pula terpaksa makan hati dengan sikap Kullu dan ayah diorang. Disebabkan hal ini Mukku sering memberontak dan cuba memalukan ayahnya dan Kullu dengan pergi mengorat lelaki - lelaki di Kedarnath tu hahaha. Manakala Mansoor Khan pula bekerja sebagai porter di Kedarnath itu, tugasnya adalah membawa, mengangkut / mengangkat barang - barang atau orang yang ingin pergi ke kuil. Pendek katanya Kedarnath ini macam tempat untuk pergi haji bagi mereka yang beragama Hindu. So kat kawasan tu memang jadi tumpuan orang ramai dan ramai juga yang bekerja sebagai porter disitu. Kali pertama Mukku dan Mansoor bertemu ketika mereka sama - sama berada di kedai yang sedang menayangkan perlawanan Kriket. Selepas itu Mukku sering menggunakan khidmat Mansoor untuk membawanya pergi ke mana - mana. Mukku juga sering mengorat Mansoor, namun pada awalnya Mansoor hanya bersikap dingin. Tapi biasalah dah hari - hari kena ngorat dengan perempuan lawa macam Mukku, mana tak cair si Mansoor ni hehehe. Akhirnya diorang sama - sama jatuh cinta gitu.
Kedarnath, Kedarnath Movie, Bollywood, Bollywood Movie Kedarnath, Hindi Movie Kedarnath, Poster Filem Kedarnath, Pelakon Utama Filem Hindi Kedarnath, Hero and Heroin Kedarnath Movie, Sushant Singh Rajput, Sara Ali Khan, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Kedarnath,
Lepas tu of courselah penonton dah boleh agak apa yang akan jadi kan. Hubungan cinta Mukku dan Mansoor ditentang oleh semua pihak dan Mukku dikahwinkan dengan Kullu walaupun dia tak rela. Selepas itu Mukku cuba membunuh dirinya namun berjaya diselamatkan. Apa yang berlaku seterusnya?? okey tu serba sedikit sinopsis filem Bollywood Kedarnath ini. Aku rasa okey je layannn movie ni walaupun ada scene - scene clisye sikit. Tapi bab banjir besar tu memang scary okey. Secara keseluruhannya aku bagi 7.5/ 10 bintang untuk Hindi movie Kedarnath ini.

Jom Baca ini Juga 👉👉 Buku Pendidikan Viral - Buku Kuasai Bahasa Mandarin

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017