-->

25 Jun 2017

Ending Drama Seharum Mawar

Ending Drama Seharum Mawar 

Assalammualaikum..
Drama 30 episod Seharum Mawar yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini di Slot Widuri TV1, sememangnya menghiburkan, memberi pengajaran serta menjadi kesukaan penonton. Episod akhir Drama Seharum Mawar telah menjawab segala persoalan dan turut mengejutkan penonton di bahagian ending drama ini. Episod akhir drama ini bermula dengan Shirin yang ditangkap polis dan kini berada di hospital atas kesalahan bersubahat dalam kes langgar lari Farhan. Puan Afifah juga turut menyesal atas perbuatannya pada Mawar dan mula berubah dan turut berbaik - baik dengan suaminya. Mawar pula berada di kampung dan hubungannya dengan Mak Long nya juga dah baik dan semakin rapat. Mawar juga tidak mahu lagi bekerja di rumah puan Afifah. Bapa saudara Mawar terserempak dengan Armin yang turut berada di kampung tersebut dan membawanya untuk berjumpa dengan Mawar yang juga merupakan tuan tanah yang dicarinya selama ini. Armin berasa gembira dapat bertemu dengan Mawar semula dan berusaha memujuk Mawar untuk kembali, malah dirinya turut melamar Mawar.

Ketika Mawar dan Armin sampai di rumah Puan Afifah dan Tuan Jamal, kelihatan Farhan dan lain - lain agak sedih pasal Bella. Kemudian Armin pula membuat satu pengakuan yang mengejutkan, dimana dirinya sebenarnya melamar Mawar untuk Farhan. Mawar pula kelihatan keliru dan aku rasakan ending drama Seharum Mawar agak kelam kabut dan tak begitu jelas pasal Bella tu sebab Armin dah buat kejutan. Kalau ikut logik, slumber je Armin ni melamar Mawar tanpa beritahu dengan jelas tentang niatnya yang melamar Mawar untuk Farhan dan bukan untuk dirinya. Kesian dengan Mawar sebab dia ingatkan Armin yang lamar dia, tiba - tiba lamaran itu untuk Farhan pula. Mawar patut lari balik kampung semula sebab memang nampak diorang buat dia macam bola, kejap Farhan, pastu Syakir, kemudian Armin, pastu Farhan balik. Masa part ending tu pun, Farhan tak beri reaksi pun lepas Armin umum pasal Mawar tu sebab dia masih bersedih pasal Bella tu. Dari komen - komen yang aku baca di Twitter pun, ramai yang kecewa apabila endingnya Mawar bukan dengan Armin tapi Farhan.

Lebih bagus kalau ada Drama Seharum Mawar 2 ke kan, sebab aku nak tahu juga apa reaksi dan jawapan Mawar apabila Armin melamar dia untuk Farhan sebab aku rasa Mawar memang sukakan Armin. Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca Blog Miss Banu Story ini.
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,

10 ulasan:

  1. x sempat tgok drama ni sbb bz dgn iftar n solat maghrib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. drama ni hari tu ada banyak ulangan, plus boleh tengok online kat laman web RTM..

      Padam
  2. ending ntah hape x 2. Hilang mood terus.

    BalasPadam
  3. Tapi kalau dekat RTM streaming...rtm tulis tajuk Seharum Mawar Season 1 adakah akan Ada kesinambungan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada musim kedua mmg bestlah kan, nak tengok apa jadi dengan Mawar lepas tu hehe..

      Padam
  4. Tapi di streaming rtm...rtm tulis tajuk Seharum mawar season 1...AdaKah Alan Ada kesinambungan Seharum mawar utk musim.ke 2

    BalasPadam
  5. ramai jugak yang layan drama ni ye, ye la boring drama tv lain tukar mood hehe,

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017