-->

11 Jun 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

resepi, ayam goreng, ayam goreng berempah, bahan - bahan, cara penyediaan, masakan, raya, menu berbuka puasa, ramadan,
Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun suka makan Ayam Goreng Berempah ini kan, nak buatnya pun senang, gambar diatas ini aku ambil dari google ye dan resepi Ayam Goreng Berempah yang aku kongsikan dalam entry ini aku ambil dari Akhbar Kosmo edisi 9 Jun 2017. Jadi selamat berbuka puasa dan selamat mencuba resepi ini.

Bahan - Bahan

Bawang Merah 6 Biji
Bawang Putih 3 Ulas
Lengkuas 3 Inci
Serai 6 Batang
Kunyit Hidup 2 Inci
Telur 2 Biji
Daun Kari 1 lembar
Biji Ketumbar 10 gram
Jintan Putih 10 gram
Jintan Manis 10 gram
Ayam 1 ekor dipotong 16
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam Goreng Berempah

1- Kisarkan Bawang Merah, Bawang Putih, Lengkuas, Serai, Kunyit Hidup, Biji Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih
2- Masukkan Daun Kari, Telur dan Garam secukup rasa
3- Gaulkan bersama Ayam dan perap selama 1 hingga 2 jam.
4- Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kemudian hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017