-->

23 Okt 2019

Review Drama Korea Fate and Furies

Fate & Furies, Fate and Furies, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Fate And Furies, Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung New Drama, Jo Sang Wook New Drama, Review Drama Korea By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Fate and Furies, OST Fate and Furies, Poster Drama Korea Fate and Furies, Senarai Pelakon Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung, Jo Sang Wook, Soo Yi Hyun, Lee Ki Woo, Song Ok Suk, Kong Jung Hwan, Shim Yi Young, Park Soo Ah, Yoon Hak, Heo Joon Seok,
Fate And Furies - Korean Drama Review

Korean Drama Fate and Furies lakonan Lee Min Jung dan Jo Sang Wook ini mempunyai 40 episod dan disiarkan di channel SBS serta mula bersiaran pada 1 Disember 2018 dan tamat episodnya pada 9 Februari 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Korea Fate and Furies ini adalah Lee Min Jung, Jo Sang Wook, Soo Yi Hyun, Lee Ki Woo, Song Ok Suk, Kong Jung Hwan, Shim Yi Young, Park Soo Ah, Yoon Hak, Heo Joon Seok dan ramai lagi. Drama Korea Fate and Furies ini merupakan drama comeback Lee Min Jung dan merupakan gandingan kali kedua dirinya bersama Jo Sang Wook selepas sukses dengan drama mereka sebelum ini iaitu Cunning Single Lady. Reunion semula Lee Min Jung dan Jo Sang Wook menerusi drama ini, antara sebab yang buatkan aku tertarik nak tengok drama ini, sebab gandingan mereka berdua dalam drama terdahulu memang terbaik. Bezanya drama Fate and Furies lebih serius dan merupakan revenge drama berbanding drama Cunning Single Lady yang bergenre romantik komedi. Sebelum ini Lee Min Jung lebih terkenal dengan drama - drama yang bergenre romantik komedi, jadi untuk drama comebacknya, dia sengaja nak cabar dirinya untuk berlakon dalam drama yang bergenre lebih serius. Hasilnya memang tidak mengecewakan apabila Lee Min Jung berjaya melakonkan watak Goo Hae Ra dengan baik sekali.
Fate & Furies, Fate and Furies, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Fate And Furies, Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung New Drama, Jo Sang Wook New Drama, Review Drama Korea By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Fate and Furies, OST Fate and Furies, Poster Drama Korea Fate and Furies, Senarai Pelakon Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung, Jo Sang Wook, Soo Yi Hyun, Lee Ki Woo, Song Ok Suk, Kong Jung Hwan, Shim Yi Young, Park Soo Ah, Yoon Hak, Heo Joon Seok,
Korean drama Fate and Furies ini mengisahkan tentang Goo Hae Ra (Lee Min Jung) yang hidup dalam kesusahan selepas kematian ayahnya manakala kakaknya pula berada dalam keadaan koma di hospital. Goo Hae Ra mewarisi bakat ayahnya dalam membuat kasut. Pertemuannya dengan Tae In Joon (Jo Sang Wook) serta Jin Tae Oh (Lee Ki Woo) mengubah hidupnya. Tae In Joon merupakan anak orang kaya yang kini berada dalam situasi perebutan harta dengan abangnya yang tamak. Bagi mengelakkan semua harta jatuh ke tangan abangnya, Tae In Joon sanggup untuk berkahwin dengan Cha Soo Hyun (Soo Yi Hyun) yang merupakan seorang announcer dan model terkenal walaupun sebenarnya Tae In Joon tidak menyintai Cha Soo Hyun. Manakala Cha Soo Hyun pula hanya mengikut kehendak keluarganya, walaubagaimanapun lama - kelamaan dia jatuh cinta pada Tae In Joon dan menjadi obses dengan Tae In Joon. Manakala Jin Tae Oh pula mengupah Goo Hae Ra untuk mengorat dan merebut cinta Tae In Joon supaya Tae In Joon akan membatalkan perkahwinannya dengan Cha Soo Hyun. Jin Tae Oh dan Cha Soo Hyun pernah bercinta suatu masa dulu dan mereka berdua turut mempunyai seorang anak perempuan yang sakit. Namun Cha Soo Hyun meninggalkan dirinya dan anak mereka untuk kembali pada keluarganya. 
Fate & Furies, Fate and Furies, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Fate And Furies, Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung New Drama, Jo Sang Wook New Drama, Review Drama Korea By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Fate and Furies, OST Fate and Furies, Poster Drama Korea Fate and Furies, Senarai Pelakon Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung, Jo Sang Wook, Soo Yi Hyun, Lee Ki Woo, Song Ok Suk, Kong Jung Hwan, Shim Yi Young, Park Soo Ah, Yoon Hak, Heo Joon Seok,
Disebabkan anaknya memerlukan buah pinggang ibunya untuk terus hidup, membuatkan Jin Tae Oh terpaksa bertindak kejam dengan memaksa Go Hae Ra untuk terus merebut cinta Tae In Joon, walaupun ada ketikanya Goo Hae Ra ingin berhenti. Kehadiran Goo Hae Ra dan Jin Tae Oh yang cuba menghalang perkahwinannya dengan Tae In Joon membuatkan Cha Soo Hyun semakin nekad untuk berkahwin dengan Tae In Joon. Keadaan makin rumit apabila Goo Hae Ra dapat tahu yang Tae In Joon dan keluarganya menjadi punca kakaknya koma. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Fate and Furies ini. Jalan cerita drama ini agak menarik juga, terdapat plot twist di hujung cerita, Lee Min Jung memang nampak lawa dalam drama ni. Tapi aku agak pelik dengan makeup Soo Yi Hyun tu yang tak habis - habis pakai lipstick merah menyala tu hahahaha. Tahula watak dia watak jahat tapi tak adalah jahat sangat sampai semua scene pun makeup dia macam tu je. Paling menyampah dengan mak tiri dan abang sulung Tae In Joon tu yang tamak dan jahat giler. Selain itu agak kesian juga pada kakak ipar Tae In Joon yang selalu kena buli, kena dera dan jadi hamba abdi dalam rumah tu. Cuma tak sangkalah ada plot twist untuk watak kakak ipar Tae In Joon tu. Selain itu aku agak stress juga tengok perangai Goo Hae Ra yang tak selidik betul - betul tentang siapa yang sebenarnya salah pastu pi balas dendam terhadap orang yang salah.
Fate & Furies, Fate and Furies, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama Fate And Furies, Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung New Drama, Jo Sang Wook New Drama, Review Drama Korea By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Drama Korea Fate and Furies, OST Fate and Furies, Poster Drama Korea Fate and Furies, Senarai Pelakon Drama Korea Fate and Furies, Lee Min Jung, Jo Sang Wook, Soo Yi Hyun, Lee Ki Woo, Song Ok Suk, Kong Jung Hwan, Shim Yi Young, Park Soo Ah, Yoon Hak, Heo Joon Seok,
Kemudian dalam drama Korea Fate & Furies ini juga memang ada banyak scene pandang - memandang, jeling - menjeling, renung - merenung dalam jangka masa yang lama okey pastu diiringi dengan muzik yang suspen hahaha. 
Manakala lagu tema / OST Korean Drama Fate and Furies ini dinyanyikan oleh Aalia dengan tajuk Fate and Furies juga, sama tajuk dengan drama ni. Bahagian Chorus lagu Fate and Furies ini memang sering digunakan dalam drama ini. Ending drama Korea Fate and Furies ini memang happy endinglah kan tapi ending untuk watak Cha Soo Hyun dan Jin Tae Oh tu tak berapa happy ending sebab lebih pada open ending gitu. Apa pun aku bagi 7.5/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini Juga ➔ Tips Putihkan Gigi Menggunakan Kaedah Tradisional

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,

30 ulasan:

  1. 0 episod..omai...lama tu. tak pernah follow cita korea yg panjang2 ni.. max pun 20 episod kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. 40 episod tu kiranya 30 minit untuk setiap episod..kalau gabung jd satu jam, kiranya 20 episod gak..

      Padam
  2. Balasan
    1. Hehe drama ni kurang popular skit, tp not bad gak la citenyer..

      Padam
  3. tak pernah jugak perasan drama ni. huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Bile nak review drama arthdal chronicles? Min kata dah tgok? Sy dah tgok sampai ep 17. Tinggal 1 ep final. Citer tu dah buat sy berdosa besar. SEbab asyik mencarut2. Terlalu geram.😁😁.

    BalasPadam
  5. Arthdal chronicles. Terlalu banyak scene2 yg ak xsuke. Tagon bodoh xgune dan taelha semua nya patut mati. Benci ak smua tu. Suku kaum wahan mampus kan seorang yg mbelot tu. Name dia mungtae. Bunuh semua org2 jhat tu. Song jonggi boleh gi mampos. Watak hero bodoh. Xgune sampah. Eunseom boleh mati. Memang xgune serious. Hero paling bodoh. Yes ak tau la. Songjonggi tu ikut je pengarah ckap. Dan ikut skrip. Tp memang bodoh sampah. Ak xtau dimana kepentingan songjonggi tu. Kitorang sebg penonton mau tgok scene songjonggi yg hebat kompeten. Bukan seorg taik sampah. Kitorang mau tgok ape kehebatan kuda kanmoreu tu. Tp alahai drama ni mmang banyak yg buat ak xsuke. Banyak kurangnya. Ak suke drama ni. Tp terlalu bnyak kelemahan. Bnyak kslapan. Org jhat bodoh tu sesuka ht ko je ek nak penggal2 kpale org. Oooo kalau org jht mati bukan main sopan pulak? Dimana keadilannya ni? Kalau org baik mati bukan main tragis. Ape pun arrhdal chroniclea drama ade 1 scene yg buat ak tergelak terkekek2 bersama mak ak. Ak tgok citer ni bsama mak. Iaitu scene dimana kesemua kaum suku wahan telah dimasukkan kedalm penjara bawah tanah untuk menanti dipenggal kepalanya kesmuanya esok hr. Pastu ayah tania sebg ketua menyarankan sesuatu. OKLAH SEMUA MEMANDANGKAN BESOK PUN KITA NI DAH NAK PERGI MAMPOS KENA PENGGAL. JD MARILAH KITA SAMA2 MENCEKIK ANTARA SATU SAMA LAIN.hhahahahahahahhaahhahahahahahahaha 😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁. Lawak gile. Sebenarnya drama ni xbuat lawak. Tp kitorng twrgelak.

    BalasPadam
  6. Cepatla min review drama artdal chronicles. Pastu sy tgh layan vagabond. Memang best. Sy bg 9markah. Vagabond memang gile best. Macam ni la kita mau kan hero yg kompeten yg memainkan peranan. Sy dah layan sampai episode 9

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arthdal Chronicle baru tgk sampai episod 3 haha berhenti kjp sbb dok layan drama korea voice season 3 skrg ni dh nk msuk ep 12,kesian kt watak hero cite voice 3 ni..

      Padam
  7. Sy semlm download habie drama doctor john dan juga class of lies. Wow xsabar nak layan. Wow wow dah lame xlayan hospital drama. I like. Harap2 best. Sebab popular giler drama doctor john.

    BalasPadam
    Balasan
    1. doctor john saya x tgk lagi n mmg plan nk tgk nanti..Class Of Lies saya dah tgk, best gak hehe..awk tak try tgk drama doctor prisoner lakonan namgoong min tu? best giler drama tu hihi.

      Padam
    2. Sy dah tgok lame dah doctor prisoner tu. Time bulan puase hrtu.mmg best. Hebat gile lakonan namgoongmin tu. Mmg sesuai ap saje watak dia. Plakon berbakat. Sy bg 8markah doktor prisoner.

      Padam
  8. Smlm sy dah hbis layan arthdal chronicles. Penamat yg kurang puas ht. Xpe ak tunggu artdal seasone 2. Jage ko org2 jahat xgune. Mampos ko ak kerjw kan 😁😁😁😅. Ak tunggu ni wahai crew2 yg twrlibat dlm pmbikinan drama artdhal oooiiii.

    BalasPadam
  9. Artdhal chroniclea ni inspire by apocalypto punya film mexico punya peradaban aztec tu. Memang same citer dia. Cume diolah balik idea nya. Hmmmmmm ak harap suatu hr nt drama korea akan kuarkan drama tamadun mesir pulak la. Min min setuju x? Mesti gempak gitue

    BalasPadam
  10. Dlm artdhal chroniclea ni watak yg betul2 hidup dan aku suke ialah TANYA. Itu je. Yg lain boleh mati. Pastu kan mule2 ak rase pelik tgok hutan pokok2 macam hutan hujan tropika je. Kat korea mane ade hutan semak samun macam kat malaysia sini. Scene hutan ep 16 17 kalau xsilap. Bile eunseom masuk ke kampung kawasan ago. Sy ni ilmu pngetahuan am tinggi jd sy kenal la jenis hutan korea tu dia macam ala2 mediterianean ataupun ala2 sub siberian gitu. Mane ade semak samun macam negara kita. Pastu sy pun cek internet pasal drama lokasi pengambaran. Rupe2 mmg betul. Diorg berlakon kat brunei. Baru sy tau. Sebelum tu sy hnya macam mengagak dlm ht. Macam suasana sabah swrawak je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh kt brunei ker, woww diorang berkampung kt brunei gitu

      Padam
  11. Haaaa lg 1. Lupe nak ckp. Artdhal chronicles ni jenis drama yg mudah diteka. Xde plot twis nye. Semua nya mudah sgt2 bg kite pnonton.

    BalasPadam
  12. Sy msih xleh nak move on pd artdhal chronicles ni min. Perasaan marah. Masih membuak2 ni xpuas ht 😁😁😝😝. Hmmmm mungkin season 2 xde kot. Sebab menelan belanjan sampai 40billion dollar. Wow terbesar dlm. Sjrh kdrama. Tp menerima kritikkan dr netizen korea yg bodoh. Kononnya telah copycat drama the games thrones. Aduhai itu pulak yg jd isu. Pade ak itu xjd hal. Yg jd hal utama adalah. Kebodohan watak songjoonhki dlm drama ni. Netizen korea mmg bongok. Ok berbalik pd drama. Sy sebenarnya nak tgok lebih banyak lagi scene antara TANYA dan YANGCHA. 😁😁😁😁. Padahal yangcha tu pelakon tmbahan jee. Tp sy tersuke plak. Ade stu scene tu kan. Yangcha terpegang tanya.😁😁. Pastu ade satu scene tu yangcha tengah sembang2 dgn tanya pastu tibe2 ade si bodoh dtg kacau. I was like. Cis tagune tol la sebok la ko. Baru nak tgok tanya bersembang2 dgn yangcha. 😁😁😁. Hmmmmmmmmm sedih la xde seasone 2. Twrgantung gitu je. Kite nak tgok semua orh jht tu gi mampos. Songjoongki pun boleh mati jugak. Sebab xpenting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti saya sambung balik tgk arthdal chronicle tu, sy dah habis tgk drama korea voice season 3, ish x boleh move on lagi dari drama ni sbb endingnya sad ending aiyaaaaaaa uwaaaa..

      Padam
    2. Sekarang ni tgah layan
      1 vagabond dah ep 10
      2 tale of nokdu ep 13 14
      3 catch the ghost ep 1
      Hmmm berehat sekejap untuk 3hrni sebb cuti deepavali kan. Jd adik beradik lain sebok balik ke rumah mak ni. 😪😪. Kite xmau diganggu bile tgok drama. Jd xpyh la tgok sampai hr isnin. Hr slase smbung balik. Untuk drama catch the ghost ep 1 hmmm boleh la layan. tp heroin tu rambut dia tu serabut la. Potong la cantik2. Xpun ikatkan baru lawa. Harap2 lawak la citer ni. Pastu tale of nokdu hmmmm biase2 jugak. Ade la lawak2 ringan2 gitu. Boleh la layan. Vagabond org jahat ramai gile. Semuanya jahat2. Dah macam xbernafas kite sbg pnonton ni 😆😆😁😁. Pastu sy ade download romance is bonus book. Nak try layan nt sbab popular jgk citer tu. Nak layan sebab ade wi ha joon 😁😁😁. Wihajoon dalam arthdal chronicles nmpak seksi dgn pakaian org asli tu.

      Padam
    3. Silap. Wi ha joon lahir tahun 1991 xde dlm drama artdal chronicles tu. Yang berlakon tu ha joon lahir 1987. Konfius nama dia. Try je la layan romance is bonus book. Mane la tau kot memang best kan.

      Padam
    4. bagi saya romance is a bonus book tu bolehlah, kira biasa2 gak, lagi suka tgk lee jong suk berlakon drama suspen thriller gitu berbanding romantik komedi

      Padam
  13. hahahaha kalau banyak scene pandang2 jeling2 tu dah lama tekan skip. Dah la drama ni panjang

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tulaa mmg asyik skip scene2 gitu

      Padam
    2. Pastu ade x kemera tu dekat kemuka? Kalau ade wow. Dah macam sinetron mabuk indon. 😆😆😜😁😁😁.

      Padam
  14. Tentu besat cerita ini kan.

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin

    BalasPadam
  15. salam berhujung minggu sis, shu tag ga dari FF. jom ! https://www.shuhaidasaad.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    BalasPadam
  16. Nice article as well as whole site.Thanks.

    BalasPadam
  17. microsoft365.com/setup/family product key is a secured 25 digit alphanumeric code
    series xxxxx-xxxxx-xxxxx-xxxxx-xxxxx. This activation key can be used summarily to
    install and activate the product with ease. One can effortlessly access more information
    about these product keys at microsoft365.com/setup today.

    microsoft365.com/setup

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017