Korean Drama Spring Turns To Spring ini mempunyai 32 episod,
setiap episod hanya setengah jam, jadi kalau gabung jadi satu jam, maknanya
drama ini hanya 16 episod jela dan disiarkan di channel MBC. Antara pelakon
drama Korea Spring Turns To Spring ini adalah Lee Yu Ri, Uhm Ji Won, Lee Jong
Hyuk, Choi Byung Mo, An Se Ha, Kim Nam Hee, Son Eun Seo, Kim Kwang Kyu, Lee Seo
Yeon dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama
Children Of Nobody dan kemudian akan digantikan dengan drama The Banker. Drama
Korea Spring Turns To Spring ni mula bersiaran pada 23 Januari 2019 dan tamat
episodnya pada 21 March 2019 yang lalu. Aku memang suka menonton drama – drama
lakonan Lee Yu Ri ni, sebab drama lakonannya memang semuanya best – best. Drama ini memang memfokuskan 2 watak utama iaitu Kim Bo Mi lakonan Lee Yu Ri
dan Lee Bom lakonan Uhm Ji Won. Mereka berdua adalah 2 wanita yang berbeza
personaliti, gaya hidup dan kerjaya terpaksa bekerjasama apabila mereka
bertukar badan tanpa sengaja , selepas terminum air yang mengandungi formula
unik yang dicipta oleh seorang saintis bernama Heo Bom Il lakonan Kim Nam Hee.
Berbanding drama lain yang mempunyai genre yang sama, drama ini memberi
penjelasan yang mudah kenapa diorang boleh bertukar badan, kiranya tak ada
unsur mistik atau misteri yang terlibat. Hal ini membuatkan penonton lebih
mudah untuk memahami jalan cerita sebab ianya dijelaskan secara straight to the
point. Memang enjoy menonton drama Korea Spring Turn To Spring ni sebab lawak
habis especially bila Kim Bo Mi yang merupakan seorang announcer dan juga
wartawan yang mempunyai personaliti yang garang, tegas , gila - gila dan
bercita – cita tinggi tertukar badan dengan Lee Bom yang merupakan bekas
pelakon popular yang kini menjadi suri rumah serta mempunyai personaliti yang
lemah – lembut, penyayang, kaya – raya dan mempunyai seorang anak perempuan
yang sudah remaja serta suaminya terlibat dalam politik. Part paling best bila Lee Yu Ri yang melakonkan watak yang
tegas, garang dan gila – gila bertukar jadi lemah – lembut hahaha, suara dia
halus je bila jadi lemah – lembut, adorable dan comel habis hehehe. Pujian buat
Lee Yu Ri dan Uhm Ji Won yang berjaya melakonkan watak mereka dengan baik
sekali, bukan senang nak berlakon jadi garang sekejap pastu lemah lembut pulak
secara berselang – seli dan banyak kali dalam drama ini.
Simpton dan tanda –
tanda awal ketika diorang nak bertukar badan tu pun diterangkan dengan jelas,
diorang akan menggaru – garu seluruh badan kemudian bersin dan kemudian jeng
jeng jeng, bertukarlah mereka berdua hehe. Selain itu aku juga suka melihat
lakonan Kim Nam Hee sebagai Heo Bom Il dalam drama ini, cara dia bercakap pun
best ada slang orang putih gitu maklumlah saintislah katakan. Nampak Kim Nam
Hee banyak berlakon watak komedi pula sekarang, bermula dalam drama ini diikuti
drama Search WWW. Siapa boleh lupa watak jahat yang dilakonkan Kim Nam Hee ini
dalam drama popular Mr. Sunshine iaitu sebagai ketua tentera Jepun yang kejam.
Selain Kim Nam Hee, pelakon Son Eun Seo juga turut cuba keluar dari zon
selesanya dengan membawa watak jahat. Bagi
yang dah tengok drama Voice, Voice 2 dan Voice 3 ni pasti akan kenal
dengan Son Eun Seo ni sebab dia berlakon dalam ketiga – tiga season drama Korea
Voice tu. Dalam drama ini Seo Eun Seo akan melakonkan watak Choi Seo Jin yang
merupakan kawan dan juga pembantu peribadi Lee Bom tapi dalam masa yang sama
turut ada hubungan sulit dengan suami
Lee Bom iaitu Park Yeon Cheol lakonan Choi Byung Mo.
Memang geram tengok Choi Seo Jin dan suami Lee Bom tu berpura – pura baik depan Lee Bom tu. Selain itu tiada kisah cinta dalam drama Korea Spring Turns To Spring ni ye,walaupun nampak macam Kim Bo Mi dan Lee Hyung Seok lakonan Lee Jong Hyuk tu sepadan dan serasi, walaupun pada pandangan Lee Hyung Seok tu, Kim Bo Mi adalah perempuan gila hahaha. Memang banyak scene – scene lawak dalam drama ni, malah lagu tema / OST Korean Drama Spring Turns to Spring juga comel habis dan berentak rancak gitu sesuai dengan genre drama ini iaitu komedi. Manakala ending drama Korea Spring Turns To Spring ni happy ending dan tetap lawak. Bagi yang nak release stress ke tension ke bolehlah try layan drama ni sebab boleh buat korang ketawa, especially dengan watak Kim Bo Mi lakonan Lee Yu Ri tu. Jadi aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Save Me 2 : The Fake
(Blog Miss Banu Story)

Ada nampak iklan drama ni tapi x rasa nak tgk. Tapi lepas baca review ni terus nak tgk hehe thanks for sharing ya^^
BalasPadamjarang dah tengok k drama ni selalu cdrama hehe
BalasPadambtw jemput join >> http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html
Terima kasih ya...saya nak tengok sekarang..happy baca semua blog dan isu di kongsikan..semoga sentiasa di beri kesihatan dan di murahkan rezeki..amin..
BalasPadam