-->

5 Apr 2019

Sinopsis Telefilem Batu 120 (Astro Citra)

Batu 120, Telemovie, Telefilem, Telemovie Batu 120, Telefilem Batu 120, Sinopsis Telefilem Batu 120, Kampung Batu 120, Poster, Cast, Pelakon Telefilem Batu 120, Izzue Islam, Azman Hassan, Ezzaty Abdullah, Azlan Komeng, Syel Ramlan, Astro Citra,
Sinopsis Telemovie Batu 120 - Astro Citra



Telemovie Batu 120 telah pun disiarkan di Astro Citra pada 30 Mac 2019 yang lalu, antara pelakon telefilem Batu 120 ini adalah Izzue Islam, Azman Hassan, Ezzaty Abdullah, Azlan Komeng, Syel Ramlan dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Pitt Hanif dan diterbitkan oleh MS Digital Studio Sdn Bhd. Aku suka dengan jalan cerita telemovie Batu 120 sebab unik dan ala - ala misteri gitu. Tapi tula ending telemovie Batu 120 ni sad endinglah pula. Antara yang menarik bila Izzue Islam cakap Kelantan sepenuhnya dalam telemovie ni okey hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..


Mengisahkan Zakri (Izzue Islam) yang tersedar dari pengsan dan mendapati dirinya berada di Kampung Batu 120. Dia kemudian berkenalan dengan Tok Bakar (Azman Hassan) dan anaknya Aishah (Ezzaty Abdullah) yang menjaga serta merawat dirinya yang kemalangan. Kaki Zakri masih cedera menyebabkan dia terpaksa tinggal di kampung tersebut lebih lama. Zakri agak pelik dengan kehidupan penduduk di kampung tersebut kerana tiadanya bekalan air dan elektrik, penduduk di situ juga tidak memiliki sebarang kenderaan dan mereka hanya berjalan kaki sahaja. Seolah - olah penduduk kampung itu tidak keluar langsung dari kampung itu. Kadangkala apa yang diperkatakan Zakri juga tidak difahami oleh mereka. 
Batu 120, Telemovie, Telefilem, Telemovie Batu 120, Telefilem Batu 120, Sinopsis Telefilem Batu 120, Kampung Batu 120, Poster, Cast, Pelakon Telefilem Batu 120, Izzue Islam, Azman Hassan, Ezzaty Abdullah, Azlan Komeng, Syel Ramlan, Astro Citra,
Selain itu Zakri juga sering bermimpi sesuatu yang menakutkan yang menyuruhnya untuk keluar dari kampung itu, kalau tidak dia akan mati. Dalam masa yang sama, Zakri dah jatuh hati dengan anak Tok Bakar iaitu Aishah dan ingin melamarnya. Namun Tok Bakar menyuruhnya untuk menunggu dulu dan memahami terlebih dahulu adat resam penduduk kampung itu. Kelihatan Aishah juga menyukai Zakri tapi Aishah tahu mereka tidak boleh bersama dan menginginkan Zakri untuk segera keluar dari kampung batu 120 itu. Ketika Zakri dah jumpa jalan keluar dari kampung itu, dirinya dipukul dan dikurung, akhirnya Zakri mengetahui yang kampung itu menyimpan satu rahsia besar dan Aishah cuba untuk menyelamatkan Zakri. Apa yang berlaku seterusnya?.

(Blog Miss Banu Story) - mulan-sahbanu.blogspot.com

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. Zakri berjaya cari jalan tapi adakah Zakrikemalangan? Siapakah yang tersedar di episod akhir? Cerita ini tiada jaian penyelesaian....

    BalasPadam
  2. Siapa watak Milah dalam cerita ini

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017