-->

3 Apr 2019

Bollywood Movie - Raazi and Andhadhun

Raazi, Andhadhun, Bollywood, Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, India, 2 Filem Bollywood Best, Poster Filem Raazi, Poster Filem Andhadhun, Pelakon Filem Raazi, Raazi Cast, Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Jaideep Ahlawat, Rajit Kapur, Shishir Sharma, Soni Razdan, Amruta Khanvilkar, Arif Zakaria, Hindi Movie Raazi, Hindi Movie Andhadhun, Filem Bollywood 2018, Box Office, Pelakon Filem Andhadhun, Andhadhun Cast, Tabu, Ayushmann Khurrana, Radhika Apte, Anil Dhawan, Zakir Hussain, Ashwini Kalsekar, Manav Vij, Chaya Kadam, Ulasan Filem Bollywood By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Bollywood Movie - Raazi and Andhadhun

Okey hari ini saja nak kongsi 2 filem hindustan / Bollywood yang best untuk ditonton iaitu filem Raazi dan Andhadhun. Dua - dua filem ini release pada tahun 2018, box office, mendapat pujian penonton serta menang pelbagai anugerah gitu. Jadi memang berbaloi layan 2 movie ni okey, aku dah tonton movie ni masa bulan Januari yang lalu tapi baru sekarang dapat kongsi di blog ini hehe. So jom tengok serba sedikit sinopsis serta ulasan aku mengenai 2 filem ini di bawah okey.

Raazi
Pelakon: Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Jaideep Ahlawat, Rajit Kapur, Shishir Sharma, Soni Razdan, Amruta Khanvilkar, Arif Zakaria, dll..
Raazi, Bollywood, Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, India, 2 Filem Bollywood Best, Poster Filem Raazi, Pelakon Filem Raazi, Raazi Cast, Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Jaideep Ahlawat, Rajit Kapur, Shishir Sharma, Soni Razdan, Amruta Khanvilkar, Arif Zakaria, Hindi Movie Raazi, Filem Bollywood 2018, Box Office,  Ulasan Filem Bollywood By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Aku bukanlah peminat Alia Bhatt, tapi aku suka dengan lakonan Alia dalam filem Raazi ni, no wonderlah dia menang best actress dalam beberapa majlis anugerah gitu. Filem Raazi ini adalah adaptasi daripada novel Calling Sehmat karya Harinder Sikka yang sememangnya berdasarkan kisah benar. Mengisahkan Sehmat Khan (Alia Bhatt) yang awalnya merupakan gadis biasa, tapi atas permintaan terakhir ayahnya yang sakit, Sehmat bersetuju untuk dilatih menjadi perisik  / spy dan berkhidmat untuk negara India dan seterusnya berkahwin dengan anak bongsu dari keluarga pegawai tentera Pakistan. Setelah latihannya untuk menjadi spy selesai, Sehmat akhirnya berkahwin dengan Iqbal Syed (Vicky Kaushal) dan tinggal dengan keluarga Iqbal Syed di Pakistan. Di rumah mentuanya itu, Sehmat perlu mencari dan memberi informasi kepada India mengenai segala perbincangan, taktik peperangan dan segala yang berkaitan, berikutan peperangan yang akan berlaku antara India dan Pakistan (1971). Tragisnya disini bila Iqbal Syed dan seluruh keluarganya melayan Sehmat dengan amat baik sekali, tapi Sehmat perlu mengkhianati kepercayaan mereka demi tugasnya pada negaranya yang tercinta, sehingga perlu membunuh sesiapa yang menjadi penghalang pada misi dan tugasnya itu. Lakonan Alia Bhatt memang terbaik, masih terbayang lagi scene dia menangis dengan penuh emosi sekali sampai aku pun nak menangis sekali. Scene ketika Sehmat sedih, kecewa serta mula mempersoalkan kenapa perlu berperang, sampai banyak nyawa mereka yang tak berdosa perlu dikorbankan tu memang touching dan sedih. Apa pun filem ni memang terbaik, 9.5/10 bintang okey.

Andhadhun
Pelakon: Tabu, Ayushmann Khurrana, Radhika Apte, Anil Dhawan, Zakir Hussain, Ashwini Kalsekar, Manav Vij, Chaya Kadam dan ramai lagi.
Andhadhun, Bollywood, Movie, Bollywood Movie, Hindi Movie, Filem Hindustan, India, 2 Filem Bollywood Best, Poster Filem Andhadhun, Hindi Movie Andhadhun, Filem Bollywood 2018, Box Office, Pelakon Filem Andhadhun, Andhadhun Cast, Tabu, Ayushmann Khurrana, Radhika Apte, Anil Dhawan, Zakir Hussain, Ashwini Kalsekar, Manav Vij, Chaya Kadam, Ulasan Filem Bollywood By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ending Filem Andhadhun,
Andhadhun merupakan sebuah filem black comedy crime thriller yang diarahkan oleh Sriram Raghavan. Mengisahkan Akash (Ayushmann Khurrana) yang merupakan seorang pemain piano yang menyamar jadi buta kerana ingin bereksperimen dengan seni disamping dapat menyewa rumah kebajikan yang murah atas alasan buta. Namun secara tak sengaja, Akash menjadi saksi kes pembunuhan artis terkenal iaitu Pramod Sinha (Anil Dhawan) yang dibunuh oleh Manohar Jawanda (Manav Vij) yang merupakan kekasih gelap isteri Pramod Sinha iaitu Simi (Tabu). Memang suspen tengok Akash yang terkejut melihat pembunuhan tersebut tapi terpaksa berpura - pura tidak terkejut, bertenang dan terus bermain piano kerana Simi dan Manohar benar - benar percaya yang Akash tu buta. Nasib Akash pandai kawal emosi dan reaksinya, kalau tidak dengan dia sekali kena bunuh hahaha. Akash sebenarnya datang ke rumah Simi tu atas jemputan suaminya Pramod Sinha untuk bermain piano sebagai kejutan ulangtahun perkahwinan mereka. Tapi lain jadinya bila kes pembunuhan yang berlaku, Akash nekad nak laporkan pada polis, tapi boleh pula si Manohar Jawanda tu pegawai polis di situ hahaha. Tak pasal - pasal Manohar mula syak yang Akash ni tak buta. Lagi menarik bila Akash sekali lagi menjadi saksi pembunuhan bila dia datang ke rumah Simi untuk mengajar Daani yang merupakan anak tunggal Pramod Sinha untuk belajar piano tapi ternampak pula Simi menolak jirannya dari tingkat atas rumah Simi. Scene ni memang best sebab berjaya buat aku tergelak dan kesian dengan Akash, ditambah dengan muzik latarnya yang kena dengan scene tu. Simi akhirnya yakin yang Akash tak buta, apa yang berlaku seterusnya?.

Ending movie Andhadhun yang open ending tu memang mengundang pelbagai spekulasi dan teori yang dibuat oleh penonton tentang apa sebenarnya yang berlaku di akhir cerita Andhadhun ni. Seronok juga baca kesimpulan yang dibuat oleh penonton lain mengenai ending Andhadhun ni. Korang boleh search je di google nanti, macam  macam teori keluar, hanya sebab tin kosong tu hahaha. Kesimpulannya movie ni best dan aku bagi 9.8/10 bintang untuk movie ni.

~Blog Miss Banu Story~

Jom Baca Ini juga ➔ Bila Pelakon Popular Korea Park Bo Gum Nyanyi Lagu Melayu!
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017