Fazura telah mengeluarkan single terbarunya yang bertajuk Can't Forget Me dan muzik video lagu Can't Forget Me ini juga telah pun ada di Youtube. Dikatakan juga yang pembikinan muzik video lagu itu menelan kos yang paling besar dalam sejarah pembikinan klip video Universal Music Malaysia. Kos untuk satu klip video Fazura bersamaan dengan pembuatan empat muzik video. Aku dah dengar lagu Can't Forget Me tu, sedap gak, muzik video boleh tahan, tapi ramai yang juga yang komen kata muzik video nampak biasa - biasa je walaupun kos pembikinannya mahal gitu. Apa pun semuanya pandangan masing - masing kan. Jadi kat sini aku share juga muzik video Can't Forget Me nyanyian Fazura di bawah ini ye. Selamat menonton..
Westlife yang dianggotai Shane, Mark, Nick dan Kian berpecah pada tahun 2012 dan kemudian mereka membawa haluan masing - masing. Sepanjang mereka berpisah mereka memfokuskan kerjaya solo masing - masing dan akhirnya di penghujung tahun 2018 Westlife telah membuat press conference untuk mengumumkan yang mereka bersatu kembali dan akan mengadakan konsert jelajah gitu serta turut mengeluarkan satu lagu baru yang bertajuk Hello My Love yang dicipta oleh Ed Sheeran. Gembira sebenarnya bila dapat tahu yang Westlife bergabung kembali yeayy, lagi pun masa aku sekolah dulu memang kumpulan Westlife ni popular giler kot dengan lagu - lagu diorang yang meletop dan best. Aku pun sampai sanggup beli album original diorang kot hahaha, tak lama kemudian agak sedih sikit bila Brian keluar dari Westlife, so dari 5 orang dah jadi 4 saja dan diorang kekal berempat sampailah diorang berpecah sekejap pada tahun 2012 tu.
Masa diorang umumkan reunion tu ramai juga fans yang mengharapkan agar Westlife akan bergabung berlima termasuk dengan Brian sekali. Aku ada tengok juga video sidang media mengenai Westlife reunion itu, dan Westlife sendiri turut menjawab mengenai isu berkaitan Brian yang tak terlibat langsung dalam reunion itu serta konsert yang akan mereka buat. Aku rasa jawapan yang Westlife beri tu memang logik dan sangat terperinci okey hehehe. Yela Brian dah keluar awal kot dan diorang kekal berempat dah lama dan diorang juga dah lama tak jumpa Brian. Lagi pun diorang berpecah masa diorang berempat, jadi bila diorang kembali bergabung biarlah berempat juga gitu. Plus Brian juga dah ada group sendiri, dimana dia bergabung dengan salah seorang anggota Boyzone dulu dan membentuk kumpulan BoyzLife. Tapi tak pastilah sama ada kumpulan tu hanya sementara saja untuk special project ke apa ke, tapi kumpulan duo ini turut buat konsert jelajah. Tapi kan best kalau Brian jadi guest untuk konsert Westlife tu nanti kan.
Apa pun lagu baru Westlife yang bertajuk Hello My Love tu pun sedap didengar, muzik video Hello My Love tu pun best dan cantik. Aku sertakan sekali MV Hello My Love nyanyian Westlife kat bawah ini okey. Welcome Back Westlife..
Seperti biasa hari ini aku nak buat Review Drama Korea The Ghost Detective yang telah disiarkan di channel KBS2 (KBS World) bermula pada 5 September 2018 dan tamat episodnya pada 31 Oktober yang lalu. Antara pelakon drama Korea The Ghost Detective ini adalah Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Joo Young, Shin Jae Ha, Yoo Su Bin, Chae Ji An, Jeon Bae Su, Park Jo Hee dan ramai lagi. Selain itu Korean Drama The Ghost Detective ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam sahaja dan drama ini bergenre seram dan thriller. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The House Helper dan kemudian akan digantikan dengan drama Feel Good To Die. Gandingan Choi Daniel dan Park Eun Bin sebagai hero dan heroin drama The Ghost Detective ini nampak sepadan dan sweet gitu. Sebelum ini aku dah biasa melihat lakonan Park Eun Bin dalam drama Korea Age Of Youth season 1 and 2, dalam drama Age Of Youth tu, wataknya memang jenis mulut murai, suka bercakap tapi berbeza dengan drama The Ghost Detective ini, wataknya sebagai Jung Yeo Wool agak serius, beremosi, sweet dan baik hati.
Aku juga suka dengan lakonan Choi Daniel dalam drama ini, dimana dia memegang watak sebagai Lee Da Il yang merupakan seorang penyiasat persendirian yang berdepan dengan tragedi. Dua episod awal drama ini mungkin sedikit bosan sebab diorang hanya menyiasat kes penculikan kanak - kanak sahaja. Tapi bila Lee Da Il mati disebabkan kes berkenaan, jalan cerita drama ini dah jadi makin best gitu. Tak pasal - pasal Lee Da Il jadi hantu dan hanya Jung Yeo Wool saja yang dapat melihat dirinya. Jadi tajuk drama ini memang sesuai sangatlah dengan jalan ceritanya hehe. Pujian harus diberikan pada Lee Ji Ah kerana berjaya membawakan watak roh jahat / hantu yang bernama Sun Woo Hye dengan baik sekali. Setiap kali Sun Woo Hye muncul memang agak menyeramkan jugalah dengan ekspresi wajahnya serta renungannya, ini di tambah lagi dengan background music yang bagi lagi suspen setiap kali Sun Woo Hye muncul. Walaubagaimanapun muka Sun Woo Hye tu tak menakutkan pun, cantik lagi adalah, cuma auranya bila muncul tu memang menjadi dan berjaya buat penonton rasa seram.
Terdapat juga cinta tiga segi dalam drama ini, dimana Lee Da Il dan Park Jung Dae lakonan Lee Jae Kyoon sama - sama jatuh cinta pada Jung Yeo Wool. Tapi Jung Yeo Wool dah lama sukakan Lee Da Il, sejak Lee Da Il masih hidup sampailah jadi hantu. Walaupun tak logik dia jatuh cinta dengan hantu tapi itulah yang berlaku hehe. Lagi pun memang nampak comel dan sweet je Lee Da Il dan Jung Yeo Wool tu sebab diorang saling ambil berat dan sayang antara satu sama lain, paling penting diorang sanggup berkorban untuk satu sama lain. Selain tu scene ketika Sun Woo Hye ingin membunuh semua orang yang disayangi oleh Lee Da Il tu memang suspen. Sebab dah macam persaingan antara hantu Lee Da Il dan juga hantu jahat Sun Woo Hye, Lee Da Il ingin menghapuskan Sun Woo Hye manakala Sun Woo Hye pula ingin menyeksa Lee Da Il. Scene ketika Sun Woo Hye berjaya masuk ke dalam badan Jung Yeo Wool tu pun suspen giler kot. Paling best drama Korea The Ghost Detective ini ada banyak plot twist gitu.
Bagi aku memang berbaloi menonton drama ini, sebab memang suspen dan terbaik. Sepanjang drama ini korang memang akan tengok Choi Daniel sentiasa memakai kemeja hitam saja sebab wataknya dah matikan dan jadi hantu, so cuma baju kemeja hitam tu yang dia akan pakai. Tapi di penghujung cerita barulah dia tukar baju, tu pun sebab Jung Yeo Wool yang bagi baju baju dekat dia dan suruh dia tukar hehehe. Dalam banyak - banyak scene dalam drama ini, aku paling annoying dan geram dengan scene ketika Kang Eun Chong (lakonan Yoo Su Bin) menggangu rancangan Lee Da Il yang telah berjaya menangkap dan mengurung Sun Woo Hye di sebuah bilik di satu hospital ni. Tapi boleh pula si Kang Eun Chong ni confident gila nak berdepan dan bersemuka dengan Sun Woo Hye tu, last - last Sun Woo Hye berjaya merasuk dia dan akhirnya Sun Woo Hye tu berjaya melepaskan diri, jadi plan Lee Da Il dah tak berjaya ketika ini.
Selain itu aku sangat suka dengan lagu tema / OST The Ghost Detective ini terutamanya lagu Dream Me nyanyian Joy Red Velvet dan Mark. Lagu ini memang akan muncul di penghujung setiap episod drama ini, sekali dengar dah rasa sedap gitu, aku share juga video lagu ini, di bawah ye, so bolehlah korang layan dengar lagu sambil tengok adegan - adegan dalam drama ini di video tersebut di bawah sekali tu. Rasanya lagu tersebut antara lagu favorite aku setakat ini selepas lagu - lagu dalam drama Goblin. Aku sangat susah nak suka dengan lagu - lagu Korea ni kecuali kalau ianya betul - betul sedap dan best. Aku suka dengan semua plot twist dalam drama ini sebab ianya sukar dijangka. Manakala ending drama Korea The Ghost Detective ni memang happy ending gitu walaupun tak berapa logik sikit hahaha. Pendek katanya aku memang suka dengan drama ini dan aku bagi 9.5/10 Bintang untuk drama ini.
OST The Ghost Detective ➔ Dream Me nyanyian Joy (Red Velvet) Ft Mark.
Lagu & Lirik Teri Meri Kahaani - OST Gabbar Is Back
Ikutkan dah lama suka dengar lagu Teri Meri Kahaaniyang merupakan salah satu lagu dalam filem Bollywood Gabbar Is Back lakonan Akshay Kumar. Tapi baru sekarang sempat download lagu ini, jadi alang - alang dah download tu, aku share sekalilah lagu ni dekat blog hehehe. Ada dua versi lagu Teri Meri Kahaani ni, satu lagi version duet manakala satu lagi adalah version yang dinyanyikan sepenuhnya oleh penyanyi perempuan yang lebih berentak slow dan sentimental berbanding yang asal yang lebih rancak. Aku sendiri lebih suka version Teri Meri Kahaani Reprise yang dinyanyikan oleh penyanyi perempuan sepenuhnya. Apa pun kat sini aku kongsikan juga video lagu ini yang merupakan versi asal serta liriknya dibawah ini. Selamat Menonton dan Menyanyi ye hehe.
Jom tengok Video Tribute Pak Yus Jambu Dalam Kenangan kat bawah ni, video ni bukanlah aku buat buat tetapi dibuat oleh Miss W yang merupakan Fans kepada Kump Jambu. So aku just share jer kat blog ni. Video Tribute Pak Yus Jambu Dalam Kenangan ni dibuat adalah sekadar sebagai satu perkongsian sedikit sebanyak perjalanan seni karier Allahyarham Yussry Bin Edoo atau Pak Yus Jambu semasa hayatnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..
Nampaknya setelah Trailer Filem Dilwale ditonton ramai peminat dan mendapat jutaan view, kini tibalah giliran satu lagu dari filem Dilwale ini yang bertajuk Gerua telah pun release di Youtube. Lagu Gerua ni menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol. Sedap gak lagu ni tapi aku lebih suka pada muziknya jer berbanding nyanyian. Muzik masa permulaan lagu tu sangat sedap hehehe. Pemandangan dalam lagu ni sangat indah dan cantik gitu, kat mana ler agaknya diorang shooting kan, sebab tempatnya sangat cantik memang woww gitu. Apapun meh layannn video lagu yang ada SRK n Kajol kat bawah ni k lalalala Selamat Menonton.
Sape Layan Drama Memori Cinta Suraya..di Astro Prima dan Astro Mustika HD kat sini? Sape yang tengok drama ni mesti suka dengan OST / Lagu Tema drama ni yang mendayu-dayu tu kan. Ramai gak yang tanya pasal lagu tema drama Memori Cinta Suraya ni, meh sini aku gtau hehehe, lagu tema yang sedap dan mendayu-dayu tu bertajuk Milikmu Selamanya dan dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza. Memang syok dengar lagu ni tambah2 dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza gitu. Setakat ni aku tak jumpa lagi Official MV ataupun lagu yg full version tapi korang boleh layann video lagu serta liriknya sekali kat bawah ni, lagunya jelas didengar juga. Selamat Mendengar dan menyanyi hehehe.
Lirik Lagu Milikmu Selamanya - Dato Siti Nurhaliza ( OST Drama Memori Cinta Suraya)
Apakah kau tahu
Di dalam hatiku
Cintamu telah larut
Menjadi darahku
Betapa rinduku
Tak henti menderu
Indahnya namamu
Berharap kau selalu ada
Menemani aku
Saat tawa dan tangisku
Cintaku ini cinta sejati
Kepadamu belahan jiwaku
Tak akan pernah luntur dan layu
Janjiku paut di dalam hatimu
Selamanya aku milikmu
Selamanya aku milikmu
Ku rebahkan hidupku padamu
Yakini ku milikmu selamanya
Cintaku ini cinta sejati
Kepadamu belahan jiwaku
Tak akan pernah luntur dan layu
Janjiku paut di dalam hatimu
Lagu Milikmu Selamanya nyanyian Dato Siti Nurhaliza
Lagu yang bertajuk Perempuan adalah antara single terbaru Faizul Sany (Juara AF2013). Lagu ini adalah antara lagu tema (OST) drama yang tengah hot sekarang iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha dan ramai lagi. Lagu ini berentak rancak n catchy gitu. Lirik die pun best. Pendek kata memang layannn lagu ni. So jom tengok lagu dan lirik lagu Perempuan kat bawah ini k.
Lirik Lagu - Perempuan
Ku kenali dirimu Kau berada gadis bergaya Citarasa sang jejaka Kau terlalu mencuba Nak gaya ranggi atas bawah Berkaca mata berkasut tumit tinggi (Gadis idaman Malaya)
Tak ku sangka kau rupa-rupanya Ada maksud di sebalik gaya Korus (Katakan saja) Katakan saja kau mahu (Kalau kau suka) Apa yang kau tunggu Datang mendekat datang merapat Jangan malu denganku Ku tahu engkau mahu
(Semuanya takkan) Jelas kalau kau tak cuba (Manakan tahu) Apa yang di dada Jangan kau gentar Jangan kau gusar Kerna diriku juga suka kamu
Terkadang ku keliru Hampir separuh mati ku cuba fahami Misteri gerak gerimu
Kau punyai naluri Mahu memiliki mahu dimiliki Memuja dipuja teruja Kumbang dan bunga
(Kita tiada bezanya) Tak ku sangka kau rupa-rupanya Ada maksud di sebalik gaya
Ulang Korus
(Perempuan) Asyik-asyik tarik-tarik tali denganku (Perempuan) Sudah-sudahnya kau tolak-tolak diriku Jangan bermuka kau jujur saja Akan ku terima kau seadanya Selamanya
Datang mendekat kau datang merapat Jangan malu denganku Ku tahu engkau mahu
Ulang Korus
P/s- Bagi yang belum tahu -> Kalau nak tengok video muzik kat atas ni boleh jer klik tengok kat youtube terus ataupun tengok jer kat atas ni. Sebelum tu korang boleh klik butang stop yang ada disidebar untuk tutup lagu background blog ini.
Layannn juga lagu Firman AF2014 ni yang bertajuk Di Pintumu,lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Dato M.Nasir. Lagu juara AF2014 gitu. Sedap gak lagu ni. So jom layannn lirik dan lagu dibawah ni yer.
Lirik Lagu Di Pintumu - Firman AF2014
Apakah aku tak mampu Apakah aku tak layak Mendaki takhta hatimu Dan kau jadi permaisuri ku Bagai telah dilewati Jejaki jalan berduri Dipintumu aku berdiri Menantikan kau tunjukkan wajahmu
Rasanya ramai yang bersetuju bahawa lagu single Aman AF2014 ni antara yang paling sedap didengar, mesra pendengar gitu. Sekali dengar dah rasa macam best, lirik die pun mudah n senang nak ingat. Memang bertuahlah Aman ni sebab dapat lagu yang kena dengan vokal die, catchy n sedap didengar. Lagu Without You ni dicipta sepenuhnya oleh Awi Rafael. So apa lagi jom layan lagu dan lirik lagu ni kat bawah yer..
Lirik Without You - Aman AF2014
Indah, indahnya hatimu
Lembut namamu membuat aku
Tenang atas jalan terang
Mudah, mudahnya caramu
Membuka pintu hati aku
Kau bukakan semua nyata
Jangan / jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu
Chorus Without you Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu..
Hilang, Hilang dalam diri Kotak hatimu / dibela sepi
Lagu ni mmg tgh popular sekarang, best gak lagu ni, lirik lagu ni pun simple n senang paham, mmg asyik nak menyanyi tang part korus tu hihihi. Oh ye, Ewal pun ade menyanyi lagu ni di konsert separuh akhir AF2014 yang lalu. Apapun layannnn jer k, lirik lagu dan video dibawah ni.
Lirik Lagu Rude - MAGIC!
Saturday morning jumped out of bed
And put on my best suit
Got in my car and raced like a jet
All the way to you
Knocked on your door with heart in my hand
To ask you a question
‘Cause I know that you’re an old-fashioned man, yeah
Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes ’cause I need to know
You say I’ll never get your blessing ’til the day I die
Tough luck, my friend, but the answer is ‘No’
Why you gotta be so rude?
Don’t you know I’m human too?
Why you gotta be so rude?
I’m gonna marry her anyway
Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
Yeah, no matter what you say
Marry that girl
And we’ll be a family
Why you gotta be so
Rude
I hate to do this, you leave no choice
Can’t live without her
Love me or hate me we will be both
Standing at that altar
Or we will run away
To another galaxy, you know
You know she’s in love with me
She will go anywhere I go
Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes ’cause I need to know
You say I’ll never get your blessing ’til the day I die
Tough luck, my friend, ’cause the answer’s still ‘No”