-->

15 Dis 2019

Review Drama Korea Doctor Prisoner

Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Doctor Prisoner - Korean Drama Review

Drama Korea Doctor Prisoner ini disiarkan di channel KBS bermula 20 Mac 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 15 Mei 2019 serta mempunyai 32 episod. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Liver or Die dan kemudian akan digantikan dengan drama Angel's Last Mission : Love. Antara pelakon drama Korea Doctor Prisoner ini adalah Namgoong Min, Kwon Nara, Kim Byung Chul, Choi Won Young, Jin Hee Kyung, Lee Da In, Park Eun Seok, Jang Hyun Sung, Kim Jung Nan, Ryeo Un, Chae Dong Hyun, Lee Min Young, Lee Jun Hyeok dan ramai lagi. Drama Korea Doctor Prisoner ini memang popular dan ramai yang suka menonton drama ini sebab jalan ceritanya best dan suspen gitu walaupun bergenre medical. Aku sebenarnya tak begitu suka menonton drama - drama Korea yang bergenre medical ni, tapi drama Doctor Prisoner ni lain sikit sebab jalan ceritanya sangat best dan lain macam tau hahaha. Siapa yang belum tengok drama ini memang harus tengok okey sebab sangat berbaloi, lakonan para pelakon juga terbaik. Pelakon Kim Byung Chul dan Choi Won Young reunion semula dalam drama ini selepas sukses dengan drama mereka yang terdahulu iaitu drama Sky Castle. Lebih menarik bila 3 pelakon utama drama Doctor Prisoner ini iaitu Namgung Min, Kim Byung Chul dan Choi Won Young merupakan pelakon serba boleh dan biasa membawa watak jahat giler mahu pun watak baik dengan cemerlang sekali.
Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Sebenarnya aku rindu juga juga nak tengok Namgoong Min bawa watak jahat lagi dan dalam drama ini, watak dia sebenarnya baik cuma dia perlu jadi jahat serta bijak untuk membalas dendam. Nampak jugalah sisi gelap wataknya itu, walaupun hakikatnya watak dia memang baik pun. Selain suspen, drama ini ada banyak plot twist gitu, tu yang buat aku bertambah teruja menonton drama ini. Syok tengok permainan Na Yi Je (Namgoong Min) dan Seon Min Sik (Kim Byung Chul) ni yang saling berebut kuasa dan dua - dua tak nak kalah. Bertambah menarik bila tiada kisah cinta dalam drama ini, drama ini memang masuk dalam list aku untuk top 3 my favorite Korean Drama 2019 ni. Scene - scene lawak dalam drama ini banyak datangnya dari watak Oh Jung Hee (Kim Jung Nan) dan pendakwaraya Jung Wi Sik (Jang Hyun Sung). Scene percintaan diorang tu lawak giler dan dalam masa yang sama sweet juga hehe. Watak Lee Jae Hwan lakonan Park Eun Seok tu pun lawak gila especially masa dia duduk dalam penjara tu. Tak sangka wataknya boleh jadi lawak macam tu, sebab di peringkat awal, wataknya sangat annoying okey dan berjaya buat penonton geram dengan wataknya itu. Apa pun aku memang suka tengok perkembangan watak Lee Jae Hwan tu bermula dengan sikapnya yang jahat, kejam dan suka cari pasal tu berubah jadi kelakar dan baik sikit ketika berada di penjara dan mula berubah jadi serius di hujung cerita.
Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Lee Jae Joon lakonan Choi Won Young merupakan watak paling jahat dalam drama ini. Lepas dia jadi baik dalam drama Sky Castle, dia start jadi jahat pula dalam drama ni hehehe. Awalnya aku agak annoying dengan watak Han So Geum lakonan Kwon Nara tu sebab dia acah - acah baik sangat, pastu ambil masa yang lama untuk join team Na Yi Je tu. Seronok juga tengok gelagat Oh Jung Hee yang sentiasa membantu Na Yi Je walaupun kadang - kala dia macam risau juga. Selain itu aku juga suka dengan background muzik drama ini sebab sesuai sangat dengan genre drama macam ni. Korean Drama Doctor Prisoner ini mengisahkan tentang Doktor Na Yi Je yang merupakan seorang doktor yang sangat berkebolehan dan baik dengan semua pesakitnya. Disebabkan satu insiden, Na Yi Je hilang segalanya, lesennya digantung, dia dipenjarakan manakala ibunya yang sakit tidak dapat dibedah dan akhirnya mati. Kematian ibunya telah menyebabkan Na Yi Je menjadi nekad untuk membalas dendam pada semua orang yang bertanggungjawab membuat hidupnya derita. Pertemuan Na Yi Je dengan banduan Oh Jung Hee menjadi langkah pertamanya untuk membalas dendam. Na Yi Je berjaya membebaskan Oh Jung Hee dari penjara. Melalui Oh Jung Hee, Na Yi Je berjaya menjadi ketua doktor di penjara itu dan pembalasan dendamnya bermula. Okey itu serba sedikit sinopsis drama Korea Doctor Prisoner.
Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Manakala Ending drama Korea Doctor Prisoner ini memang happy endinglah kan. Suka pula aku tengok Na Yi Je dan Seon Min Sik boleh bekerjasama gitu, tapi diorang bekerjasama tu demi kepentingan masing - masinglah kan bukan sebab sukarela ke apa ke hehe. Tapi stil seronok tengok diorang boleh bekerjasama walaupun pada mulanya diorang saling bermusuh. Aku tak pasti sama ada drama ini akan ada season kedua atau tidak, tapi kemungkinan tu adalah kan, sebab Namgoong Min pun ada sebut juga pasal musim kedua dalam satu article tu, tapi entahlah kan, hope ada Doctor Prisoner 2 nanti. Apa pun aku bagi 10/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca ini juga ➔ Drama Adellea Sofea Lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz (TV3)

➔ Review Drama Korea - Perfume
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017