-->

21 Dis 2019

Review Drama Korea Hotel Del Luna

Hotel Del Luna, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Hotel Del Luna, Drama Korea Hotel Del Luna, Sinopsis Hotel Del Luna, Ending Hotel Del Luna, OST Hotel Del Luna, Korean Drama 2019, My Favorite Korean Drama 2019, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, IU New Drama, Yeo Jin Goo New Drama, Poster Hotel Del Luna,
Hotel Del Luna - Korean Drama Review

Drama Korea Hotel Del Luna ini antara drama yang ditunggu - tunggu untuk tahun 2019 ini. Korean Drama Hotel Del Luna karya Hong Sisters ini memang best, terbaik, unik dan syok layan drama ini. Peminat drama Korea pasti kenal dengan Hong Sisters ini sebab diorang banyak idea dan merupakan screenwriter untuk drama - drama popular Korea seperti A Korean Odyssey (Hwayugi), Master's Sun, The Greatest Love, My Girlfriend Is A Gumiho, You're Beautiful, My Girl dan lain - lain lagi. Drama Korea Hotel Del Luna ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN bermula 13 Julai 2019 dan tamat episodnya pada 1 September 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Korea Hotel Del Luna ini adalah Lee Ji Eun (IU), Yeo Jin Goo, Shin Jung Geun, Pyo Ji Hoon, Kang Mi Na, Bae Hae Sun, Lee Do Hyun, Seo Yi Sook, Jo Hyun Chul, Park Yoo Na, Lee David, Kang Hong Seok, Lee Tae Sun dan ramai lagi. Pelakon Oh Ji Ho dan Lee Joon Gi yang pernah berlakon dalam drama karya Hong Sisters sebelum ini turut jadi cameo dalam drama ini. Selain mereka ada ramai lagi pelakon lain yang turut jadi cameo dalam drama ini seperti Kim Won Hae, Lee Si Eon, Lee Yi Kyung, Pyo Ye Jin, Park Jin Joo, Nam Da Reum, Seo Eun Soo, Kim So Hyun dan juga Sulli. Selain jalan cerita yang menarik, ramai juga yang memuji pakaian IU yang cantik - cantik belaka dalam drama ini.
Hotel Del Luna, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Hotel Del Luna, Drama Korea Hotel Del Luna, Sinopsis Hotel Del Luna, Ending Hotel Del Luna, OST Hotel Del Luna, Korean Drama 2019, My Favorite Korean Drama 2019, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, IU New Drama, Yeo Jin Goo New Drama,
Di awal - awal episod drama ini, memang ada banyak scene - scene yang lawak gitu. Paling best masa scene Ku Chan Sung lakonan Yeo Jin Goo mula nampak hantu tu. Reaksi Ku Chan Sung masa nampak hantu tu lawak gila dan cute sangat hehe. Tapi bila masuk hujung - hujung cerita, drama Hotel Del Luna ni dah jadi sangat sedih sampai ke endingnya huhuhu. Gandingan IU dengan Yeo Jin Goo juga sangat serasi dan sepadan, malah lagu tema / OST Hotel Del Luna ini juga sangat best dan sedap di dengar. Antara lagu yang aku suka dalam drama ini adalah seperti lagu Another Day nyanyian MondayKiz & Punch, Lean On Me nyanyian 10cm, All About You nyanyian Taeyeon, Only You nyanyian Yang Da Il, Remember Me nyanyian Gummy dan lagu Done For Me nyanyian Punch serta ada beberapa lagu lain yang aku tak ingat tajuknya hehe. Aku suka dengan karakter dan personaliti watak Jang Man Wol lakonan IU tu sebab dia tegas, gila - gila dan juga ganas hehe. Scene flashback masa Jang Man Wol and the geng di zaman Goryeo tu pun best. Lee Do Hyun yang melakonkan watak Goo Chung Myung di zaman Goryeo tu turut mencuri tumpuan para peminat drama ini yang kesiankan wataknya kerana menjadi mangsa keadaan dan Jang Man Wol pula salah faham akan dirinya.
Hotel Del Luna, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Hotel Del Luna, Drama Korea Hotel Del Luna, Sinopsis Hotel Del Luna, Ending Hotel Del Luna, OST Hotel Del Luna, Korean Drama 2019, My Favorite Korean Drama 2019, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, IU New Drama, Yeo Jin Goo New Drama,
Watak Mago lakonan Seo Yi Sook tu juga best sebab wataknya ada 12 adik - beradik kembar yang pelbagai ragam. Ada yang tegas dan garang, ada gak yang serius dan ada gak yang happy go lucky. Watak Sanchez tu pun menarik gak, paling sedih masa Girlfriend dia mati tu. Selain itu ini adalah kali pertama aku melihat Lee David melakonkan watak jahat dalam drama ini iaitu sebagai Seol Ji Won. Aku dah biasa melihat Lee David ni melakonkan watak komedi gitu. Agak tak puas bila tak ada scene yang melibatkan watak Jang Man Wol dengan Yeon Woo lakonan Lee Tae Sun di zaman moden ni. Diorang berdua tak pernah bercakap direct face to face, setakat pandang - memandang je. Kalau boleh aku nak Yeon Woo tu ingat balik hubungannya dengan Man Wol di zaman Goryeo tu. Hotel Del Luna ini adalah hotel yang khas untuk hantu - hantu dan roh berehat sementara waktu sebelum pulang selamanya. Hotel ini diuruskan oleh Jang Man Wol yang sudah hidup selama 1300 tahun. Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh bapa Ku Chan Sung dengan Jang Man Wol telah memaksa Ku Chan Sung yang merupakan seorang manusia untuk bekerja di Hotel Del Luna sebagai General Manager. Di awalnya Ku Chan Sung tidak mahu bekerja disitu, namun selepas beberapa kejadian, dia mula rasa selesa bekerja di situ. Malah dia dan Jang Man Wol juga mula jatuh cinta antara satu sama lain.
Hotel Del Luna, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Hotel Del Luna, Drama Korea Hotel Del Luna, Sinopsis Hotel Del Luna, Ending Hotel Del Luna, OST Hotel Del Luna, Korean Drama 2019, My Favorite Korean Drama 2019, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, IU New Drama, Yeo Jin Goo New Drama,
Namun begitu, semakin kuat cinta mereka, semakin pendeklah masa yang ada kerana Jang Man Wol perlu move on dan pergi selamanya. Jadi memang agak sedihlah masa ni sebab Jang Man Wol sukar nak meninggalkan Ku Chan Sung sendirian manakala Ku Chan Sung pula sukar nak melepaskan Man Wol pergi dari hidupnya. Selain itu setiap pekerja di Hotel Del Luna itu ada kisah mereka yang tersendiri. Ada banyak scene yang melibatkan watak - watak utama drama ini merenung dan melihat pokok besar di dalam hotel itu yang merupakan simbolik pada diri Jang Man Wol. Scene daun - daun dan bunga mula berguguran dari pokok tu memang agak touching sikit sebab tu melambangkan masa Jang Man Wol di dunia ini sudah tak lama lagi. Manakala ending drama Korea Hotel Del Luna ini memang sad ending bagi aku. Kesian pada Ku Chan Sung yang membuat pilihan yang tidak dijangka. Dia boleh saja move on dan hidup normal tapi dia memilih jalan sukar gitu. Antara scene yang suspen bila Jang Man Wol mula curiga dengan Ku Chan Sung, bila dia mula yakin yang Ku Chan Sung adalah jelmaan orang yang paling dibencinya iaitu Goo Chung Myung. Awalnya aku memang curius pasal Ku Chan Sung ni, kenapa dia jadi manusia terpilih untuk bersama dengan Jang Man Wol tu. Apa keistimewaan Ku Chan Sung tu? serta siapa sebenarnya Ku Chan Sung ini. 
Hotel Del Luna, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Hotel Del Luna, Drama Korea Hotel Del Luna, Sinopsis Hotel Del Luna, Ending Hotel Del Luna, OST Hotel Del Luna, Korean Drama 2019, My Favorite Korean Drama 2019, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, IU New Drama, Yeo Jin Goo New Drama,
Semua persoalan di atas itu akan terjawab dalam tiga episod terakhir drama ini. Ramai yang mengharapkan drama ini akan disambung ke musim kedua sebab di penghujung episod muncul owner baru iaitu Kim Soo Hyun dengan hotel Blue Moonnya tu. Tapi pihak produksi dan screenwriter drama ini dah buat statement pun yang tak ada musim kedua. Apa pun excited sekejap tengok Kim So Hyun jadi owner hotel tu, penuh bergaya uollss hehe. Kesimpulannya drama Korea Hotel Del Luna ini memang best okey, aku bagi 10/10 bintang untuk drama ini.
Hotel Del Luna, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Hotel Del Luna, Drama Korea Hotel Del Luna, Sinopsis Hotel Del Luna, Ending Hotel Del Luna, OST Hotel Del Luna, Korean Drama 2019, My Favorite Korean Drama 2019, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, IU New Drama, Yeo Jin Goo New Drama, Hotel Del Luna Quotes,
Hotel Del Luna Quotes

"Whatever it is you're going to do, just don't forget this. I don’t care if this place is a prison or a fence to you, I will be here with you." - Ku Chan Sung
"Even if I go berserk, do crazy things and vanish one day... please stay by my side." - Jang Man Wol
It needs more courage to let go than to hold on - Mago I will be your last 99th manager, I won’t let you spend meaningless time with the 100th one” - Ku Chan Sung “I'll be your last costumer because i like you. Ku Chan Sung, when you see me off, don't feel lonely.” - Jang Man Wol -Most people easily throw away things they used to care about, they protect things they want to hide with their life. - Jang Man Wol

Jom Baca ini juga ➔ Movie Review - Kalank (Bollywood Movie)
➔ Sinopsis Drama Lara Syakila (TV2)

(Blog Miss Banu Story)

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,

7 ulasan:

  1. setuju.. 10 bintang. suka tgk baju IU, lagu2 pun best & sedih bila baca maksud lagu tu.. tambah2 lagu Done. suka sgt! pelakon2 pun best...
    love it!

    BalasPadam
  2. best sangat. salah satu drama terbaik tahun ni ^_^

    BalasPadam
  3. Tengok kat Netflix je haritu. Best dan unik sangat kan jalan cerita dia! Cuma ending macam tak berapa puas hati sebab dia habis gitu je. I was like, “tu je??”. Hmm... Suggest cerita korea lain pulak please!

    BalasPadam
  4. Hotel del luna ni perlukan daya fokus yang tinggi. Xboleh ade gangguan konsentrasi. Terlalu melodrama. Pd ak xboleh layan lebih dr 3 episode sehari. Kalau lebih kepala jd pening. Amik mase 5hari hbiskan drama ni. Lg sekali ak nk ckp. Cerita korean odysea tu memang taik. Xbest lansung. Cerita sampah

    BalasPadam
  5. Min silap la. Umur jang man wol tu 1300 tahun la. 200 tahun tu joseon era.

    BalasPadam
  6. best cerita ni sedih pun sedih hahah tapi tak taula kenapa sya bila tengok cerita ni lagi minat dekat general tu daripada ku chan sung haha..lagi ship man wol dengan general tu heheeh

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. alamak jln cerita nya menarikla..sha xtgk lg drma ni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017