-->

8 Feb 2020

Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam (Astro Citra)

Telefilem Racun Suami Jahanam, Telemovie Racun Suami Jahanam, Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam, Poster Telefilem Racun Suami Jahanam, Senarai Pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam, Mimi Lana, Ben Amir, Riz Amin, Scha Alyahya, Telefilem Astro Citra,

Telefilem Racun Suami Jahanam sudah pun disiarkan di Astro Citra pada 25 Januari yang lalu. Antara pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam ini adalah Mimi Lana, Riz Amin, Ben Amir, Scha Alyahya dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Aku dah tengok telefilem ni, memang best sebab jalan ceritanya agak berani dan lain dari yang lain, plus telefilem ni juga akan buat korang rasa geram dengan semua watak lelaki dalam telefilem ni. Lagi best bila telefilem Racun Suami Jahanam ni ada plot twist di bahagian ending gitu. Watak Scha Alyahya sebagai Maria tu memang agak misteri gitu, sebab dia tiba - tiba je muncul hahaha tapi masa di ending cerita, korang akan tahu siapa Maria yang sebenarnya jeng jeng jeng jeng. Lepas telefilem ni, Ben Amir dan Mimi Lana akan bergandingan lagi untuk drama Chandelier yang akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 10 Februari 2020 ini. So hari ni aku nak share sinopsis telefilem ini di bawah ye, selamat membaca..
Telefilem Racun Suami Jahanam, Telemovie Racun Suami Jahanam, Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam, Poster Telefilem Racun Suami Jahanam, Senarai Pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam, Mimi Lana, Ben Amir, Riz Amin, Scha Alyahya, Telefilem Astro Citra,
Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam Lakonan Mimi Lana dan Ben Amir

Mengisahkan Suraya (Mimi Lana) yang merupakan gadis kampung yang cantik tapi tidak berpelajaran tinggi, dia kemudian dinikahkan dengan Hasrul (Riz Amin) yang merupakan pemandu lori dan tinggal di bandar. Selepas berkahwin Suraya mengikut suaminya ke bandar dan ketika sampai di bandar barulah suaminya menunjukkan perangainya yang sebenar. Hasrul memaksa Suraya untuk buka tudung dan memakai pakaian seksi, kemudian membawa Suraya untuk bekerja di kelab malam / Bar. Lebih teruk lagi bila Suraya dipaksa untuk minum arak dan menjadi pelacur, Suraya juga kerap dipukul oleh suaminya. Ibu bapa Suraya datang ke bandar untuk melawat Suraya dan Hasrul menjadi sangat terkejut melihat keadaan Suraya yang mabuk. Hasrul pula memfitnah Suraya pada ibu bapa Suraya sehingga ibu Suraya menjadi benci pada Suraya. 
Telefilem Racun Suami Jahanam, Telemovie Racun Suami Jahanam, Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam, Poster Telefilem Racun Suami Jahanam, Senarai Pelakon Telefilem Racun Suami Jahanam, Mimi Lana, Ben Amir, Riz Amin, Scha Alyahya, Telefilem Astro Citra,
Dalam masa yang sama Suraya mula berkawan dengan Maria (Scha Alyahya) yang sering datang padanya ketika dirinya memerlukan. Tak lama kemudian, secara kebetulan, Suraya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Rizal (Ben Amir). Rizal mula mengunjungi tempat kerja Suraya dan turut membawa Suraya keluar makan dan akhirnya Rizal mengaku mencintai Suraya. Suraya mula yakin yang Rizal mencintainya dan akan menolongnya untuk bebas dari suaminya itu. Setelah Rizal dapat apa yang dia nak, Rizal mula menunjukkan perangainya yang sebenar, dia mengaku yang dia hanya mempergunakan Suraya. Malah Rizal juga turut membiarkan Suraya dirogol oleh kawan - kawannya yang lain. Suraya yang tertekan cuba untuk bunuh diri, mujurlah Maria sempat menyedarkan Suraya dan mereka berdua akhirnya berpakat untuk membalas dendam. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca ini juga 👉👉 Biodata Terkini Mimi Lana


My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017