-->

18 Jul 2019

Review Drama Korea Encounter Lakonan Song Hye Kyo dan Park Bo Gum

Encounter, Boyfriend, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Encounter, Drama Korea Encounter, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Encounter, Sinopsis Drama Korea Encounter, Park Bo Gum New Drama, Penceraian Song Hye Kyo, Song Hye Kyo New Drama, Poster Drama Korea Encounter, Encounter Cast, Pelakon Drama Korea Encounter, Song Hye Kyo, Park Bo Gum, Jang Seung Jo, Cha Hwa Yeon, Nam Gi Ae, Baek Ji Won, Kwak Sun Young, Kim Joo Hun, TVN, Drama Korea 2018 / 2019,
Encounter - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review drama Korea Encounter yang disiarkan di channel TVN dan mula bersiaran pada 28 November 2018 dan tamat episodnya pada 24 Januari 2019. Korean Drama Encounter ini juga antara drama yang dinanti - nanti oleh ramai penonton kerana dibarisi pelakon popular gitu. Antara pelakon drama Korea Encounter ini adalah Song Hye Kyo, Park Bo Gum, Jang Seung Jo, Cha Hwa Yeon, Nam Gi Ae, Baek Ji Won, Kwak Sun Young, Kim Joo Hun dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The Smile Has Left Your Eyes dan kemudian akan digantikan dengan drama Touch Your Heart lakonan Lee Dong Wook dan Yoo In Na. Song Hye Kyo berambut pendek dalam drama ni, cuma dalam scene flashback je yang nanpak dia berambut panjang, tu pun kejap saja. Tapi stil nampak dia cute dan lebih muda bila berambut pendek ni. Manakala Park Bo Gum pula berambut panjang n kerinting gitu tapi hanya dalam episod satu saja, masuk episod 2, rambut dia dah kemas n makin qiut hehe. Rasanya watak Kim Ji Hyuk tu memang sesuai dan sepadan sangat dengan Park Bo Gum tu, adorable, matang dan baik sangat. 
Encounter, Boyfriend, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Encounter, Drama Korea Encounter, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Encounter, Sinopsis Drama Korea Encounter, Park Bo Gum New Drama, Penceraian Song Hye Kyo, Song Hye Kyo New Drama, Poster Drama Korea Encounter, Encounter Cast, Pelakon Drama Korea Encounter, Song Hye Kyo, Park Bo Gum, Jang Seung Jo, Cha Hwa Yeon, Nam Gi Ae, Baek Ji Won, Kwak Sun Young, Kim Joo Hun, TVN, Drama Korea 2018 / 2019,
Gandingan Park Bo Gum dan Song Hye Kyo sebagai hero dan heroin drama Encounter ni juga nampak serasi dan sweet. Aku masa tengok drama ni memang tersengih - sengih jela tengok percintaan mereka di peringkat awal yang sweet tu. Tapi kesian juga dekat Park Bo Gum, lepas dia berlakon dalam drama ni dengan Song Hye Kyo tu, dia dituduh sebagai punca pada penceraian Song Hye Kyo dan Song Jong Ki pula. Berbalik pada drama ni, watak - watak paling annoying sekali mestilah watak bekas mak mertua Cha Soo Hyun, mak kandung Cha Soo Hyun serta last sekali mak Kim Ji Hyuk. Diorang ini lah yang menjadi penghalang terbesar cinta Cha Soo Hyun dan Kim Ji Hyuk ni. Manakala bapa Cha Soo Hyun dan Kim Ji Hyuk pula sporting habis dan merestui perhubungan mereka. Apa pun kagum dengan Kim Ji Hyuk sebab dia membuktikan dia anak yang baik, walaupun dia kecewa dan sedih dengan sikap mak dia tu, tapi dia tetap melayan maknya dengan baik sekali, sampai mak dia pula yang rasa bersalah sangat. Salah satu watak yang agak kesian juga adalah bekas suami Cha Soo Hyun iaitu Jung Woo Seok lakonan Jang Seung Jo.
Encounter, Boyfriend, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Encounter, Drama Korea Encounter, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Encounter, Sinopsis Drama Korea Encounter, Park Bo Gum New Drama, Penceraian Song Hye Kyo, Song Hye Kyo New Drama, Poster Drama Korea Encounter, Encounter Cast, Pelakon Drama Korea Encounter, Song Hye Kyo, Park Bo Gum, Jang Seung Jo, Cha Hwa Yeon, Nam Gi Ae, Baek Ji Won, Kwak Sun Young, Kim Joo Hun, TVN, Drama Korea 2018 / 2019,
Bekas suami Cha Soo Hyun sengaja menceraikan Cha Soo Hyun dengan berpura - pura ada affair dengan perempuan lain, sedangkan dia sengaja buat macam tu sebab tak tahan tengok Cha Soo Hyun menderita melayan kerenah maknya yang mengawal hidup Cha Soo Hyun tu. Bila dah bercerai, boleh pula dia nak rujuk semula dengan Cha Soo Hyun tu, memang taklah Cha Soo Hyun nak terima dia balik. Tambahan lagi masa Cha Soo Hyun masih jadi isteri Jung Woo Seok tu, tak ada sebarang inisiatif yang diambil oleh Jung Woo Seok tu untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Sebaliknya Jung Woo Seok hanya memerhati dan membiarkan dia terseksa tinggal serumah dengan mak Jung Woo Seok yang psiko tu. Sinematografi drama Korea Encounter ni juga sangat cantik okey, tambah - tambah bila diorang shooting kat luar negara gitu iaitu di Cuba. Manakala OST Encounter ni pula biasa - biasa saja bagi aku dan ending drama Korea Encounter ini pula mestilah happy ending gitu. Aku memang enjoy menonton Korean Drama Encounter ni, walaupun jalan ceritanya agak simple tapi sweet, plus para pelakon drama ini turut menjadi tarikan utama untuk aku menonton drama ini. Aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini.
Encounter, Boyfriend, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Encounter, Drama Korea Encounter, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Encounter, Sinopsis Drama Korea Encounter, Park Bo Gum New Drama, Penceraian Song Hye Kyo, Song Hye Kyo New Drama, Poster Drama Korea Encounter, Encounter Cast, Pelakon Drama Korea Encounter, Song Hye Kyo, Park Bo Gum, Jang Seung Jo, Cha Hwa Yeon, Nam Gi Ae, Baek Ji Won, Kwak Sun Young, Kim Joo Hun, TVN, Drama Korea 2018 / 2019, Gif, Animated Picture, Gambar Bergerak, Animated Picture From Korean Drama Encounter, Encounter GIF,
Sinopsis Drama Korea Encounter Lakonan Song Hye Kyo dan Park Bo Gum

Mengisahkan Cha Soo Hyun (Song Hye Kyo) yang merupakan CEO Hotel Donghwa yang pergi ke Cuba atas urusan kerja, di sana dia bertemu dengan seorang lelaki yang baik hati dan jauh lebih muda darinya iaitu Kim Jin Hyuk (Park Bo Gum). Kim Jin Hyuk adalah pelancong di sana dan telah menolong Cha Soo Hyun yang tengah berada dalam kesusahan. Mereka berdua meluangkan masa bersama dan mula tertarik antara satu sama lain. Namun ketika berada di Cuba ini mereka masih belum mengenal identiti diri masing - masing dan ketika ingin pulang ke Korea semula, mereka membawa haluan masing - masing. Tak lama kemudian Kim Ji Hyuk dan Cha Soo Hyun bertemu semula secara kebetulan ketika Kim Ji Hyuk diterima bekerja di hotel Donghwa. Mereka berdua agak terkejut ketika bertemu kembali kerana tak menyangka akan bertemu semula dalam situasi yang berbeza iaitu sebagai majikan dan pekerja. Walaupun awalnya agak awkward, Cha Soo Hyun dan Kim Ji Hyuk menjadi semakin rapat dari hari ke hari. Satu hari ketika keluar bersama, gambar mereka berdua berjaya ditangkap oleh paparazzi dan gambar mereka berdua tersebar dan mereka berdua menjadi bahan gosip seluruh pekerja hotel Donghwa. Walaupun tertekan dengan hal tersebut akhirnya Cha Soo Hyun dan Kim Ji Hyuk bercinta juga. Namun percintaan mereka berdua ada banyak halangan dari pelbagai pihak. Pelbagai dugaan perlu ditempuhi oleh mereka berdua, mampukah cinta mereka bertahan?..

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

5 ulasan:

  1. Ok, masuk dalam waiting list.

    BalasPadam
  2. erk kita baru nak cakap benda sama...adakah ini yang menyebabkan song song berpisah..huhuhuhu...sedhehhhh

    BalasPadam
  3. Tak tengok lagi, tp rasanya bukan ni yg buat songsong berpisah..

    BalasPadam
  4. Sis.. buat review citer sky castle. Citer ni dpt rating tertinggi mengalahkan reply 1988, goblin

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess memang dalam plan nak buat review citer Sky Castle tu..

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017